Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, November 17, 2009

TIADA CELANYA BERGELAR JANDA

بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar Hiasan.

“Abang bukannya lelaki yang dayus nak tunduk pada perempuan macam Ana, Abang dah serik, hari ini hari terakhir kita kenal, bawa la haluan masing-masing, jagalah anak-anak tu baik-baik, Abang ceraikan Ana hari ni, jangan tanya pasal Abang lagi, terima kasih.” Satu sms yang tak pernah Ana sangka akan terima tapi Ana redha dan pasrah dengan takdir-Nya. Setelah 4 kali dalam tempoh 4 tahun Ana berikan peluang untuk suami Ana berubah tapi suami tetap tidak mahu berubah, masih tetap menyalahkan Ana, cukuplah. Ana akan berusaha menjaga anak-anak dan Ana yakin, insyaAllah Ana mampu kerana selama ini pun, segala urusan rumahtangga Ana yang tanggung. Yang agak merunsingkan Ana, bagaimana agaknya pandangan masyarakat apabila Ana memegang status janda dan ibu tunggal?


Satu luahan hati seorang wanita yang ingin saya kongsi bersama pembaca semua dalam perbincangan kali ini. Saya tidak mahu menganalisa kes ini panjang-panjang, luahannya pun ringkas namun persoalannya yang utama dan yang menarik perhatian saya ialah: bagaimana agaknya pandangan masyarakat apabila Ana memegang status janda dan ibu tunggal?

Rata-rata, apabila saya mengendalikan kes-kes rumahtangga, memang kebanyakannya persoalan tentang pandangan masyarakatlah antara dua perkara yang paling merisaukan para wanita di dalam menentukan keputusan. Perkara paling utama sudah tentulah mengenai hak jagaan anak-anak. Seringkali saya tegaskan, peduli dengan pandangan masyarakat. Bahagia dan senang anda mereka suka tapi bila anda derita dan susah, berapa ramai yang sudi menghulur simpati? Tetapkan pendirian, mohon yang terbaik daripada Yang Maha Kuasa. Jika ketentuan-Nya anda bergelar janda atau ibu tunggal, terima dengan redha dan pasrah. Sabar, tingkatkan keimanan, dekatkan diri kepada-Nya, mohon agar diberikan kekuatan dan yang terbaik untuk anda, anak-anak dan bekas suami anda juga untuk terus menghadapi kemelut hidup ini.

Ya.. bercakap tidak sepayah insan yang perlu menghadapinya. Saya faham. Kerana itulah saya ketengahkan isu kali ini. Tidak ada cela atau hinanya menjadi janda. Setiap ahli masyarakat perlu menanam prinsip ini di dalam diri. Janda apatah lagi ibu tunggal perlu dibantu dan disokong dengan kata-kata semangat dan motivasi agar mereka mampu terus tabah menjalani hidup. Mereka tidak pernah minta untuk menjadi janda. Seperti wanita-wanita lain, mereka juga ingin hidup bahagia di dalam perkahwinan mereka. Namun, dah namanya hidup ini satu ujian, perkahwinan juga satu ujian, mereka pula terpilih untuk menerima ujian gagal di dalam rumahtangga, kita yang masih selamat dengan ujian serupa perlulah mengambil iktibar dan pengajaran.

Jangan sesenang hati menuding jari menyalahkan insan bernama janda. Saya yakin, ramai janda-janda yang telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan perkahwinan mereka namun tidak berjaya. Seperti luahan hati Ana, telah empat kali peluang diberi namun suami mensia-siakan dan akhirnya, Allah menetapkan perceraian sebagai akhiran perkahwinannya. Apakah Ana dan wanita-wanita lain sepertinya masih perlu dipersalahkan? Nyata sekali bukannya janda-janda ini tak pandai jaga suami sebaliknya suami-suami mereka yang tidak pandai menghargai permata berharga. Seperti kata-kata popular dari filem Cinta: isteri bukannya hak milik tetapi anugerah, lantas anda semua yang bernama suami, jagalah anugerah Allah Taala ini sebaiknya kerana anugerah ini boleh ditarik balik bila-bila masa jika anda terleka dan lalai menjaganya.

Ingatlah! Perkahwinan adalah untuk kemaslahatan kedua-dua pihak suami dan isteri. Bila perkahwinan mengundang masalah malah ada kes, mewujudkan dosa apabila isteri tidak mampu lagi menghormati suami yang enggan menjalankan tanggungjawab sebagai suami maka perceraian adalah jalan terbaik. Bila Islam sebagai agama yang paling agung mengiktiraf adanya perceraian sebagai jalan terakhir di dalam perkahwinan yang bergolak, kenapa kita sebagai umatnya boleh bersikap angkuh dan sombong meletakkan janda dan ibu tunggal sebagai insan yang bersalah? Kepada para wanita bernama isteri, tidak salah jika anda berkawan dengan janda-janda ini kerana mereka juga masih seorang insan yang perlukan kawan dan sahabat untuk berkongsi semangat. Ingat!! Sikap kaum wanita yang meminggirkan janda-janda inilah menjadi penyebab kepada mereka ini berkawan dengan kaum lelaki. Tujuan asal hanya untuk berkongsi cerita dan masalah namun dek kerana terus dipinggirkan oleh kaum sejenis, simpati lelaki boleh berubah menjadi sayang. Masa ni, barulah anda nak melenting marahkan janda memikat suami anda. Sedangkan hakikatnya, andalah pencetus ke arah fenomena tersebut.

Kepada para suami dan kaum lelaki lainnya, jangan ambil kesempatan kepada wanita dengan status janda. Istilah ‘dah pernah dapat dan tak boleh duduk jika tak dapat’ tak benar sama sekali. Kajian membuktikan kebanyakan wanita boleh hidup tanpa seks. Tambah lagi bila wanita tersebut mempunyai pekerjaan dan mampu menjaga anak-anak sendiri. Malah, kebanyakan kes janda yang menerima huluran kasih lelaki bukanlah kerana dirinya sendiri sebaliknya demi anak-anak. Lantas, ubahlah pendirian anda terhadap mereka yang bernama janda, balu atau ibu tunggal. Kepada wanita bernama janda, balu atau ibu tunggal di luar sana, tabahkan hati dan kuatkan semangat. Dekatkan diri kepada-Nya, anda akan bahagia, percayalah!! Jika ditakdirkan saya juga seperti anda (bukan memohon tetapi hakikat hidup, bukan sebagai janda, mungkin juga sebagai balu), saya pasrah dan redha kerana semua yang berlaku adalah di atas ketentuan-Nya dan sebagai manusia, kita sama-sama mohon yang terbaik daripada-Nya. .amiinnnn! !!

****http://resipihidup- bersamasuzana. blogspot. com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

2 comments:

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

Sahabat yang terbaik adalah diri sendiri, InsyaALLAH

Anonymous said...

tapi ade je janda yg memang suka suki nk goda n merampas sumi kite2!