Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, November 8, 2009

SOLAT JAMAK DAN QASAR

بسم الله الرحمن الرحيم

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar.

Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan).

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan).

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar".

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan).

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan).

2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak".

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

UNTUK KETERANGAN SERTA FEMAHAMAN SETERUSNYA BERKENAAN SOLAT JAMAK DAN QASAR SILA KLICK DISINI


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

8 comments:

kunizzul said...

bgs entry ni..
solat Jamak & Qasar ni berguna bila kita gi jln jauh..

aDeQ / Muhammad Danial Bin Ahmad said...

salam....ana arap anta terus kan menenulis...penulisan yang baik dan berguna kepada semua pembaca...jemput lah datang ke blog ana sedikit sebanyak ilmu dapat dikongsi bersama....

ijoks2009 said...

Terima kasih ,info menarik

Anonymous said...

Salam ziarah...smoga drahmati Allah.

wachak said...

Bro BS, ada lagi satu jamak yg ramai wa
selalu tengok dorang bikin iaitu jamak
'takyah'. Lebih2 lagi time iedul fitri.
Selamber dorang jer ...

Anakkhas said...

assalammualaikom..

terimakasih bujang.. segar semula ingatan... ingat allah... solat tiang agama.

Auna said...

salam untuk bujang susah.

ooo baruler Auna dpt paham aper ituu maksod JAMAK DAN QASAR....thanks.....

joegrimjow said...

thx u!!