Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, May 25, 2010

MASUKAN PENSEL, BOTOL DAN AIS DALAM KEMALUAN MANGSA

بسم الله الرحمن الرحيم

LAHANAT: Mereka Masukkan Pensil, Botol Minyak Angin, & Ais ke dalam Kemaluan Mangsa - Tolong Ambil Tindakan Segera!



Tragis! Berita ini pernah disiarkan dalam akhbar baru-baru ini. Namun laporan oleh Mstar ini menggambarkan hal yang cukup mengejutkn. Budak sekolah 14 -16 thn bertindak wewenang dan ganas sehingga membuatkan ibu bapa, guru, penduduk sekitar ketakutan.

Remaja perempuan yang menjadi mangsa lahanat-lahanat ini diseksa dan dirogol tanpa belas kasihan. Yang peliknya kejadian ini berlaku di kawasan sekolah, antara kawasan yang paling selamat. Lagi pelik, lahanat-lahanat itu ditangkap dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Apa cerita polis, Hishamuddin, Muhyiddin Yasin? Budak perempuan ini tinggal dan bersekolah di Malaysia, bukan di Mexico atau di Rusia!

RAWANG: Mereka bukan lagi pembuli biasa di sekolah - pada umur antara 14 dan 16 tahun, mereka kini samseng tegar dan seronok merogol.

Mereka bukan sahaja melakukan keganasan terhadap pelajar sekolah malah kepada guru, penduduk yang menetap di dua kawasan kejiranan berdekatan sekolah - dan kesemua mereka hidup dalam ketakutan.

Kerana takut diapa-apakan oleh remaja yang sanggup melakukan apa sahaja terhadap mereka, guru, ibu bapa dan penduduk memilih untuk berdiam diri dengan aktiviti tidak bermoral mereka.

Lebih menyedihkan kes pencabulan terhadap remaja perempuan dikatakan berleluasa di kawasan itu, namun hampir kesemua kes tidak dilaporkan berikutan mangsa takut akan menerima akibat yang lebih teruk daripada samseng tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diketahui setelah satu laporan polis dibuat mengenai kes rogol terhadap seorang gadis berumur 14 tahun oleh rakan sekolahnya dan dipercayai kejadian berlaku di sekolah mereka.

Berita yang telah menggemparkan negara itu menghairankan semua pihak kerana masyarakat tertanya-tanya bagaimana seorang pelajar boleh diserang di dalam sekolahnya sedangkan keselamatan pelajar di dalam kawasan sekolah sepatutnya terjamin.

Difahamkan beberapa pelajar sekolah terbabit telah mengadu kepada seorang penjaga rumah anak yatim mengenai kejadian itu sebelum ia bertambah buruk.

Gadis berkenaan didakwa telah berulang kali dirogol oleh beberapa rakan sekelasnya di beberapa lokasi di sekolah itu dalam tempoh tiga minggu.

Satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan terhadap gadis tingkatan dua itu dan telah mendedahkan sebatang pensel berukuran empat sentimeter ditemui di dalam kemaluannya.

Hampir empat minggu pasukan Starprobe cuba mencari kebenaran mengenai masalah itu dan ternyata ketakutan mencengkam penduduk di kawasan itu.

Lebih daripada 20 penduduk yang ditemuramah termasuk pelajar, penduduk, ibu bapa dan guru turut melahirkan rasa sama.

Pasukan penyiasat diberitahu gadis tersebut bukan sahaja dirogol malah telah diseksa oleh kumpulan pelajar lelaki yang sama.

Kumpulan pelajar lelaki terbabit bagaimanapun telah ditahan oleh polis tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Seorang kenalan mangsa turut mendakwa sebotol minyak angin cap kapak telah dimasukkan ke dalam bahagian kemaluan mangsa.

"Mereka turut memasukkan ketulan ais ke dalam kemaluan mangsa," katanya lagi.

Ternyata usaha pasukan Starprobe untuk menemubual mangsa gagal dan hanya bercakap melalui kelakuannya - menutup kesemua pintu dan tingkap, menutup langsir dan menguatkan suara televisyen.

Mereka gelisah dengan soalan-soalan yang ditanya, tetapi akhirnya mendedahkan terdapat 'tiga serangkai' mendalangi aktiviti samseng disekolah – dikenali sebagai 08, 21 dan 36 yang menjalankan aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.

Randy (bukan nama sebenar), bekas ahli kongsi gelap itu mendedahkan, memeras ugut rakan-rakan sekolah menjadi aktiviti harian mereka.

Dedahnya, jumlah wang yang diperas ugut daripada mangsa adalah mengikut nombor ahli kongsi gelap itu.

"Jika nombor kongsi gelap ialah 08, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM8,” katanya yang menambah mereka yang enggan membayar wang tersebut akan dipukul di luar sekolah.

Dia juga mendakwa beberapa ahli-ahli kumpulan itu turut mengedar dadah seperti ganja, ketamin dan Eramin 5 di sekolah.

“Sumber dadah mereka perolehi daripada samseng-samseng di luar," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelajar tingkatan empat di sekolah itu memberitahu dia pernah ternampak seorang pelajar tingkatan tiga diserang dalam dua kejadian di tandas perempuan dan di dalam sebuah kelas yang kosong pada Mac lalu.

“Saya hairan bagaimana mereka begitu berani melakukan perbuatan itu tanpa sebarang rasa takut dan sesal dengan tindakan mereka itu," tambahnya.

Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sarimah berkata, keluarganya sentiasa menghadapi masalah dengan pembuli tersebut yang menggunakan satu jalan pintas berhampiran rumahnya untuk ke sekolah.

“Anak-anak perempuan saya takut untuk keluar bermain di kawasan sekitar jika pembuli itu berada di situ," kata ibu kepada tiga anak ini.

Lebih mengecewakan apabila dia melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah, mereka menyuruhnya berpindah ke tempat lain jika tidak tahan dengan perlakuan samseng itu.

Dalam pada itu, seorang penjaga tanah perkuburan Islam di sebelah sekolah tersebut berkata, pembuli itu akan mabuk dan menghisap dadah di kawasan tanah perkuburan itu bertujuan mempersenda-sendakannya.

“Semasa mereka sibuk minum minuman keras itu mereka akan membaling saya dengan batu dan apabila saya bertanya sebab mereka membaling batu ke arah saya mereka akan memaki saya kembali dan mengugut untuk memukul saya," katanya yang turut memberitahu telah memgambil gambar aktiviti pelajar tersebut dan menyerahkan gambar tersebut kepada pihak sekolah namun tiada tindakan yang diambil.

Pemeriksaan menunjukkan grafiti yang diconteng pada dinding sekolah menggambarkan nombor yang mewakili ahli kumpulan kongsi gelap tersebut.

Mereka juga turut merosakkan kereta yang diletakkan di dalam kawasan sekolah, memecahkan cermin dan merosakkan kenderaan kepunyaan guru sekolah itu.

Happy hour kumpulan samseng itu bermula pada setiap Jumaat petang dekat tanah perkuburan yang terletak bersebelahan sekolah. - Oleh ANDREW SAGAYAM dan WONG PEK MEI



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SEBULAN JE KE.. BUKAN SEPATUTNYA 6 BULAN KE?

بسم الله الرحمن الرحيم

Rahsia Lama KJ Menghilang

SEREMBAN, 25 Mei -- BERSEMANGAT... Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin (tengah) yang juga Anggota Parlimen Rembau bersama para pelatih lain ketika menyertai majlis Perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di sini, hari ini.



Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan sijil tamat latihan sebagai askar Wataniah kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin yang juga Anggota Parlimen Rembau pada majlis Perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di sini, hari ini.




Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada para pelatih askar Wataniah termasuk Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin yang juga Anggota Parlimen Rembau pada majlis Perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di sini, hari ini.

Khairy menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Sumber : Bernama

Note: Ada plak krusus asas askar wataniah sebulan jer ek? setahu aku sepatutnya 6 bulan ...


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BLOG AWARD

بسم الله الرحمن الرحيم



http://famefeedfab.blogspot.com/



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NOH OMAR MAKAN PADI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Syarikat Milik Noh Omar Monopoli Benih Padi Negara



Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Swee Lim mendakwa dua buah syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memonopoli bekalan benih padi menyebabkan beban harga kepada golongan petani.

Sehubungan itu petani yang marahkan kegiatan tidak bermoral dua buah syarikat tersebut akan mengadakan protes di kilang BERNAS Sekinchan terhadap Beras Padi Nasional bagi menyatakan bantahan mereka.

Menurut Swee Lim yang dihubungi Suara Keadilan harga padi musim ini merosot secara mendadak daripada RM1,380 setan kepada RM1,150 setan.

"Harga pasaran beras di kedai runcit dan pasar raya tidak turun tetapi Bernas membeli padi daripada petani di sini dengan harga yang murah.

"Di sini, Bernas adalah satu-satunya agen yang dibenarkan oleh kerajaan, jadi petani tidak mempunyai pilihan.

"Tahun ini, Bernas mengimport beras dengan harga yang lebih murah menyebabkan harga padi yang dibekalkan petani kepada Bernas merudum," kata beliau.

Tambahnya, tindakan syarikat tersebut membuat golongan petani tertekan kerana terbeban dengan harga padi yang lebih tinggi pada tahun lepas.


Swee Lim juga mendakwa tindakan Noh yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang memberikan kuota hak benih padi kepada syarikat kepunyaan kroninya juga mendatang kemarahan petani.

Dua syarikat ialah Haji Mat Nor Sendirian Berhad (Ahli Jawatankuasa Umno Tanjung Karang) dan Kejora Desa Sendirian Berhad (rakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin).

"Sebelum ini dua syarikat tersebut diberikan 5,000 tan benih tetapi selepas Noh dilantik sebagai menteri, mereka diberikan 17,000 tan sedangkan kapasiti benih padi yang mampu mereka hasilkan hanya 5,000 ke 6,000 tan padi sahaja," kata beliau.

Swee Lim berkata demonstrasi itu juga akan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meminta Noh meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani kerana didakwa telah menyeleweng kuota benih padi serta tidak menjaga periuk nasi petani yang bergantung kepada hasil penjualan padi kepada Bernas.

Seramai 300 orang petani dijangka akan menghadiri bantahan tersebut. -SK


Harga Padi Merudum, Petani Berdemontrasi Depan Bernas

TANJONG KARANG 25 MEI: Kira-kira 300 petani yang mengadu terbeban dengan kenaikan harga benih padi, mengadakan demontrasi di depan kilang Beras Padi Nasional (Bernas), Sekinchan di sini, pagi ini.

Mereka menyalahkan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang dianggap sebagai punca berlaku kenaikan harga benih padi yang didakwa terlibat dalam menetapkan kuota kepada dua syarikat kroni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Swee Lim berkata, harga padi musim ini merosot mendadak daripada RM1,380 setan kepada RM1,150 setan.

"Sebelum ini, dua syarikat itu diberi 5,000 tan benih padi tetapi selepas Noh menjadi menteri, mereka memperoleh 17,000 tan sedangkan kapasiti benih padi yang mampu dihasilkan mereka hanya 5,000 ke 6,000 tan padi," katanya.

Demonstrasi itu juga mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meminta Noh meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani kerana didakwa menyeleweng kuota benih padi.
-TVS / GB




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BUTUL PUNYA, BUKAN UMNO TAJA PUNYA : V. MU GILA...n

بسم الله الرحمن الرحيم

Umno taja RM3 juta gerakkan kempen GAS ?
Oleh G. Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra



Bekas timbalan ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menafikan mendapat sokongan moral dan bantuan kewangan daripada Umno dalam melancarkan kempen Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) untuk mendesak Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu berundur segera.

“Tidak, tidak, tidak... ini ada inisiatif saya sendiri. Ini bukan program Umno, tidak dibantu oleh Umno,” kata Mugilan sambil mendakwa Samy Vellu dan puaknya membuat dakwaan sedemikian kerana semakin terdesak.


“Mereka (kumpulan penyokong Samy Vellu) mahu memanipulasikan keadaan sebenar dengan tujuan mahu mencetuskan kemarahan di kalangan orang India khususnya ahli MIC,” kata beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor dipecat Khamis lalu.

Mugilan menambah, inisaitif beliau itu mendapat sokongan masyarakat India dari seluruh negara dan tidak perlu mendapatkan sokongan kaum lain.

“Tarikh 30 Mei adalah hari pengadilan ke atas kepimpinan Samy Vellu,” katanya lagi.

Mugilan menambah, beliau mendapatkan sokongan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan termasuk kira-kira 230 peguam.

Ketika mengumumkan kempennya kelmarin, Mugilan mengakui usaha itu mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum yang tidak gembira dengan kepimpinan Samy Vellu termasuk ketika menjadi anggota Kabinet.

Sabtu lalu, Setiausaha Pemuda MIC C. Sivarraajh menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyiasat dakwaan Mugilan bahawa beliau mendapat sokongan kewangan daripada Umno untuk kempen GAS.

“Ketika hendak meraih sokongan, dia (Mugilan) memberitahu ahli-ahli saya bahawa mereka diberikan RM3 juta oleh Umno untuk kempen ini,” kata Sivaraajh.

Mugilan juga mengulangi bahawa beliau tidak pernah mengkhianati Barisan sNasional (BN) dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

“Saya tidak pernah mengkhianati ataupun bertentangan dengan kepentingan MIC dan Umno-BN ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor malah saya sentiasa bersama untuk membantu berkempen.

“Itu cuma Datuk Seri S. Samy Vellu (Presiden MIC) yang cakap tetapi sebenarnya tidak pernah berlaku,” katanya.

Beliau berkata Samy Vellu menggunakan kuasa presiden untuk memecatnya dengan alasan yang tidak logik.

“Beliau (Samy Vellu) pecat saya kerana saya beri cadangan supaya beliau berundur daripada MIC, itu sahaja.

“Tetapi beliau cakap saya desak supaya beliau letak jawatan, beliau macam budak kecil tidak tahu apa yang beliau buat.

“Saya memang tidak boleh terima kerana dipecat dengan alasan sebegitu,” katanya.

Mugilan akan membuat rayuan terhadap hukuman tersebut pada Isnin depan.

“Saya akan membuat rayuan pada Isnin depan kerana sekarang saya sedang sibuk dengan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

“Lagipun saya mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat persiapan terlebih dahulu,” katanya.M/I

Note: Orang umno/BN kalau dia berkata "YA" baksudnya tidak... jika dia berkata "TIDAK" maksudnya ya..



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

APA BEZANYA..? TELANJANG JER KAN SENANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas Judi Bola, Ratu Cantik 1 Malaysia Pulak..

Hari ini Ann Fiona Philips dari Sarawak (tengah) menjuarai gelaran Ratu Cantik 1Malaysia mengalahkan Rodiatul Adawiah Abd Latid (kiri) and Aimi Zanura Mohd Zafrullah (kanan) yang diadakan. Phillips akan mewakili Malaysia dalam Ratu Cantik World Pageant 2010 di Venezuela nanti.

Ini adalah kejayaan agenda Barat terutamanya Amerika Syarikat untuk memporak-puradakan Islam. Sebelum ini Miss USA 2010 yang dimenangi rakyatnya yang berketurunan Arab Islam, Rima Fakih, 24 pembuka tirai menjadi wanita simbol dan bahan memperagakan untuk dipertontonkan seterusnya menjadi ikutan remaja Islam.

Satu masa lalu kita telah didedahkan dengan satu fatwa berkaitan hukum wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik. Fatwa ini telah dikeluarkan oleh Allahyarham Dato Haji Ishak Baharom, bekas mufti negeri Selangor iaitu sekitar tahun 1997 dan disahkan oleh Sultan Selangor. Fatwa ini dikeluarkan ekoran sekitar tahun itu banyak pertandingan ratu cantik yang telah dijalankan dan apa yang menyedihkan dan memalukan apabila terdapat ramai juga wanita yang beragama Islam tidak terlepas dari menyertainya.


Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 "Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780).

Adakah dengan ‘pertabalan’ ratu cantik Islam ini akan membuka jalan atau peluang kepada remaja-remaja Islam lain untuk turut sama mengorak langkah menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik kelak? Cukup merisaukan andai perkara ini bisa mempengaruhi pemikiran anak muda zaman sekarang yang mana sememangnya buta dalam menilai halal haram sesuatu perkara.

Inilah kejayaan besar buat negara barat dan musuh-musuh Islam kerana kehalusan dan kelicikan perancangan mereka yang sukar dihidu yang pada akhirnya akan memusnahkan identiti masyarakat Islam itu sendiri. Kita selaku masyarakat Islam pada hari ini perlu sedar dan cakna akan serangan demi serangan yang telah barat halakan khasnya agar umat Islam sentiasa leka, lalai dan hancur mengikut apa yang telah mereka rancangkan.

Pihak yang berwajib juga haruslah memainkan peranan yang sepatutnya dalam memastikan isu umat Islam khususnya wanita Islam tidak lagi diperkotak katikkan dan dijaga maruah serta martabatnya dimata masyarakat lain. Kita tidak menghalang wanita untuk menyertai apa sahaja bentuk pertandingan, asalkan pertandingan itu tidak bertentangan dengan apa yang telah Islam gariskan. Begitu juga dengan isu pertandingan ratu cantik ini. "



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KAPAL BN DAH HAMPIR KARAM.. TONGGANG LANGGANG MACAM KELING MABUK

بسم الله الرحمن الرحيم

Umno Punca Samy Ditolak Orang India - Anak Samy

S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.

''Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.

''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?


''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today di sini hari ini.

Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.

Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.

Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.

''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya.

Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.

''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan.

Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.

Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, Timbalan Presiden, G. Palanivel akan mengambil alih jawatan presiden daripada Samy Vellu apabila bapanya meletak jawatan nanti.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NAJIB, IBRAHIM ALI NAK JUDI.. MCA PULA TOLAK .. SIAPA YG ISLAM NI?

بسم الله الرحمن الرحيم

MCA MENDAHULUI UMNO PUNGUT TANDATANGAN SEKAT JUDI



Di bawah tajuk 'Boy's RM8mil gambling losses', The Star Online hari ini melaporkan MCA Kapar berjaya memungut 2,000 tanda tangan untuk kempen “Anti-Gambling at Internet Cafes” hanya dalam masa dua jam.

Berita selanjutnya ialah mengenai seorang remaja ketagih judi. Pada usia 19 tahun, ia telah kalah judi sebanyak RM 8 juta! Judi bola sepak online adalah kegemaran beliau.

Ia mewarisi tabiat perjudian itu dari bapanya, seorang jutawan.

MCA memungut tanda tangan menyekat perjudian, termasuk perjudian bola sepak online. UMNO?

Tanggungjawab moral MCA nampaknya melebihi parti 'driver' BN.

PORT KLANG: A boy who went into high-stakes gambling at the age of 16 accumulated losses amounting to about RM8mil by the time he was 19.

The boy, a millionaire’s son, had allegedly followed in his father’s footsteps by gambling and ended up losing millions in foreign football bets over the Internet.

His compulsion for betting was so great that he came to be known as the Little Dragon.

Yesterday, Klang Barisan Nasional chairman Datuk Teh Kim Poo (pic) who was unable to coax the teenager to come forward to relate his gambling spree, said the youth’s gambling habit stemmed from his father, a compulsive gambler.

“This teenager grew up watching his father gamble and at the age of 16, he began to gamble after gambling agents gave him a credit line of RM100,000. Each time he was buried in debt, his father would bail him out. Over these three years, there have been several bail-outs,” he said.

Teh added when the accumulated losses came to RM8mil, it was the last straw for the father. The man, in his 50s, barred him from gambling and stopped his son from attending college. He now works with his father.

Teh added that Pandamaran New Village had become a hot place for such gambling and simple wooden houses were equipped with Internet facilities for the activity.

On Sunday, Klang and Kapar MCA held an “Anti-Gambling at Internet Cafes” signature campaign at the Taman Eng Ann morning market.

It got more than 2,000 signatures from parents in two hours.

faqir putih




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SPR: SELAGI WAKIL RAKYAT TAK KOJOL JANGAN MIMPI AKU NAK ADAKAN PRK?

بسم الله الرحمن الرحيم



Inilah hukum karma pada SPR kerana terlalu salah guna kuasa menentukan sesuatu DUn atau Parlimen perlu dibuat pilihanraya kecil atau tidak. Selagi tak mati wakil rakyat maka tiadalah Pilihanraya walaupun mahkamah 2 kali istihar contongnya satu DUN di Kedah yang telah diistihar mahkamah agar melakukan PRK oleh mahkamah tetapi dihalang oleh SPR.
Akhir-akhir ini rakyat dapat rasa dan lihat ramai benor wakil rakyat kita yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami pelbagai komplikasi penyakit, terutama jantung & kanser. Malah ada yang sampai meninggal dunia hingga PRK(pilihanraya-pilihanraya kecil) terpaksa diadakan semula.
Terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja, Ab. Aziz Kaprawi dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas mengalami serangan jantung ringan. Sebelum itu ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim juga dirawat Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) kerana penyakit yang sama.
Raser teman elok juga Suruhanjaya Pilihan Raya mewajibkan setiap calon yang hendak bertanding dalam pilihan raya LULUS ujian medical check up sepertimana yang dipraktiskan di beberapa buah negara luar.

Selain bagi memastikan setiap wakil rakyat ada kelulusan yang minima keadaan fizikal cukup sihat 'fit' untuk berkhidmat diperlukan kerana wakil rakyat diperlukan oleh rakyat bukan mayat.

Karier sebagai wakil rakyat ini cabarannya bukan sikit, seorang wakil rakyat akan mula berhadapan dengan 1,001 macam kerenah pengundinya dari dia bangun tidur sampailah di saat dia hendak melelapkan mata. Ada saja perkara yang dia perlu tangani.

Kesihatan sangat penting kerana dengan pemeriksaan ini dapat mengesan dan mencegah hal-hal yang dapat mengganggu kesihatan di kemudian hari.

Sedemikian dicadangkan waima wakil rakyat berumur 30 tahun ke atas perlu di periksa kesihatannya.
-PAS Cawangan Bukit Sentosa 2



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Monday, May 24, 2010

SPRM BERSANDIWARA PULAKKKKK !

بسم الله الرحمن الرحيم



YOU HELP ME, I HELP YOU – SPRM SIASAT NAJIB - mkini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri,Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu. Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu menlanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Kassim Mohamed (memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya. Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi dirakamkan kenyataan mereka.

KAH KAH KAH…

nota:
ini semua sandiwara
ini semua wayang
ini semua teater
macam nak jumpa bala
tak percaya sila tunggu

ini jawapan nanti:

- sprm tidak menemui unsur rasush
- sprm yakin ini adalah tugas mat mongol
- kes sibu semua selesai
- ini janji bukan rasuah

yang penting untuk kita memahami kenapa sandiwara ini dipentaskan.
ini lebih mustahak untuk di sedari:

sandiwara ini dipentaskan kerana seluruh malaysia tidak yakin pada mat mongol
sandiwara ini dipentaskan kerana seluruh malaysia tidak yakin pada sprm
sandiwara ini dipentaskan untuk menipu orang melayu bahawa mat mongol ini baik
sandiwara ini dipentas untuk potong stim kerana seluruh malaysia makin marah
sandiwara ini dipentas biar pengundi lihat gerombolan bersih
sandiwara ini dipentaskan kerana sprm ini barua gerombolan kah kah kah

- TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...