بسم الله الرحمن الرحيم
AKHIRNYA!!!Demi Kuasa.. UMNO Penang menjilat kembali "KAHAK" mereka..?
Demi kuasa, UMNO Pulau Pinang dilaporkan telah menjilat kembali ludah mereka, mereka mengenepikan sikap perkauman mereka, mereka membakul sampahkan Ketuanan Melayu mereka..
Demi Kuasa.. UMNO Pulau Pinang dilaporkan melutut dan merayu kepada Koh Tsu Koon dan Gerakan..
Terjemahan dari Kwong Wah Jit Poh, 11 September 2011, muka surat A6.
Untuk merampas kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat, pemimpin UMNO Pulau Pinang telah memohon maaf kepada Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, agar hubungan antara kedua-dua parti yang terjejas sebelum ini dapat dijalin semula.
Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir yang sering menyerang Koh Tsu Koon sebelum ini, dikatakan telah berjanji kepada Koh Tsu Koon bahawa dirinya tidak akan menyerang Gerakan lagi.
Malah, UMNO Pulau Pinang berjanji agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang pemimpin Gerakan, seandainya Barisan Nasional menang di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Demikianlah laporan Kwong Wah Yit Poh yang disiarkan pada 11 September 2011, memetik daripada sumbernya.
Menurut laporan, kebangkitan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2008 telah menyedarkan UMNO Pulau Pinang, bahawa mereka tidak boleh menang hanya dengan undi Melayu.
Kesedaran UMNO Pulau Pinang tentang "kepentingan undi Cina" telah membuka ruang untuk UMNO berbaik semula dengan Gerakan.
Perselisihan berlaku antara UMNO dengan Gerakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya Pemuda UMNO mengambil kesempatan untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap Koh (yang pada ketika itu masih Ketua Menteri), dalam satu acara yang turut dihadiri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri ketika itu) pada tahun 2006.
Pada September 2008, seorang penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail mengoyakkan gambar Koh di khalayak ramai, sehingga Koh dipersendakan musuh politiknya. Rata-rata masyarakat Cina menganggap Koh Tsu Koon terlalu "lembik", sehingga mudah "dibuli" pemimpin UMNO.
Koh ugut keluar dari BN?
Seorang pemimpin Gerakan yang memihak kepada Koh, memberitahu Kwong Wah Yit Poh bahawa Koh Tsu Koon amat tegas dalam isu Ahmad Ismail, malah mengugut untuk memanggil Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) Gerakan agar keluar dari Barisan Nasional, seandainya pimpinan tertinggi UMNO tidak membekukan keahlian Ahmad Ismail.
Menurut laporan, ada usaha sebelum ini untuk menobatkan semula Ahmad Ismail (gambar kanan) sebagai Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera selepas tamat tempoh pembekuan keahlian beliau, namun usaha ini dihalang kerana tekanan daripada Koh.
Menurut laporan, Presiden UMNO Najib Razak dikatakan memberi jaminan bahawa Ahmad Ismail tidak akan kembali menjadi Ketua Bahagian selagi Najib kekal pada jawatan Presiden UMNO.
Melihat kepada nasib Ahmad Ismail, ditambah pula senario politik yang menyaksikan pemecahan undi Melayu kepada UMNO, PKR dan PAS, maka pemimpin UMNO Pulau Pinang telah menyedari kepentingan undi Cina, lantas berbaik-baik semula dengan Gerakan dalam mesyuarat Barisan Nasional sebelum ini.
Laporan Kwong Wah Yit Poh juga memetik Penyelaras BN DUN Padang Kota, Oh Tong Keong yang mengakui bahawa dirinya pernah mendengar khabar bahawa pemimpin UMNO memohon maaf kepada Koh Tsu Koon, dan berjanji untuk menyokong pemimpin Gerakan untuk menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kwong Wah Jit Poh, 11 September 2011, muka surat A6.
Terjemahan oleh Lim Hong Siang dari MerdekaReview
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Wednesday, September 14, 2011
AKHIRNYA MELAYU UMNO BERLUTUT SUJUD DIKAKI CINA GERAKAN
RM2.45 DIBERI PADA TIGA KRONI
بسم الله الرحمن الرحيم
Duit Petronas RM2.45 Bilion Di Beri Pada Tiga Syarikat KroniDatuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pemberian kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada tiga syarikat dipercayai milik kroni Umno Barisan Nasional (BN).
Ketua Umum KEADILAN itu tidak menolak kemungkinan tiga syarikat itu dikhuatiri berperanan menyalur sebahagian keuntungan kepada Umno BN menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Saya mahukan wang itu dikembalikan kepada rakyat. Barulah kita mengangkat martabat serta taraf hidup rakyat. Saya nak jadikan Malaysia negara model, negara contoh apabila kita memerintah,” katanya.
Kira-kira 10,000 penduduk setempat mengikuti ceramah Anwar di Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya, malam tadi.
Beliau memberi penerangan berkenaan beberapa isu semasa dalam negara kepada penduduk di Pulau Pinang diselang-seli ‘usikan’ kepada pemimpin Umno Barisan Nasional (BN).
Awal Februari ini, Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn Bhd (Sapura Energy).
Sapura Energy, anak syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dianugerah kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) di persisiran pantai Semenanjung.
Kontrak itu ialah yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.
Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50 peratus pegangan ekuiti RSC akan mengendalikan operasi membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25 peratus kepentingan ekuiti.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana adalah Datuk Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dinamakan sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan harta peribadi bernilai RM1.075 bilion.
Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business itu, adalah Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam ceramah itu, Ketua Pembangkang itu mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji Buku Jingga kepada rakyat termasuk mengurangkan harga minyak serta merta apabila mentadbir Putrajaya.
Beliau juga memberi jaminan terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Umno pula, tidak akan ditindas mahupun dipenjarakan seperti amalan parti pemerintah itu terhadap pimpinan pembangkang.
“Saya mahu hantar Najib jadi duta besar Malaysia ke Mongolia,” kata Anwar disambut sorakan meriah dan tepukan gemuruh daripada hadirin.
Anwar juga mendedahkan gelagat Datuk Seri S Samy Vellu ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, betapa Menteri Kerja Raya itu sentiasa mendesaknya menaik tol.
“September 1998, saya dipenjarakan, Oktober tol naik. Tak lama lagi, mungkin menteri berkenaan dianugerah Tun, Tun Tol,” kata Anwar disambut sorakan hadirin.
Kecelaruan Fitnah II
Anwar turut menyentuh kecelaruan pihak pendakwa raya dalam perbicaraan kes Fitnah II yang sedang berlangsung antara 14 Februari lalu hingga 25 Mac depan.
“Pendakwa sekarang bercelaru dengan bukti mereka sendiri. Pertama, muka surat laporan lain. Yang dia bagi saya dengan yang ada pada mereka, tak sama.
“Kedua, bukti tambahan. Mula-mula dalam laporan, bukti ditanda sampai B11. Tiba-tiba hari bicara, jadi B12 pula,” kata Anwar.
Beliau yakin kecelaruan itu adalah berkat doa rakyat yang menolak fitnah jahat pemimpin Umno BN kepadanya.
‘Ahli Parlimen BN tak perlu pandai’
Dalam nada seloroh, Anwar mengulas pertemuan Najib dengan Ahli Parlimen BN baru-baru ini.
Katanya, Najib memperuntuk masa tiga minit setiap seorang untuk sekadar memastikan mereka menyebut ‘setuju’ atau ‘tidak’ sahaja atas hal diusul Perdana Menteri itu.
“Kerja Ahli Parlimen BN tak payah pandai sangat, cuma kena pandai cakap ‘setuju’.
“Sebab itu bincang dengan Ahli Parlimen tiga minit, cuma kena tengok pandai sebut setuju atau tidak sahaja,” kata Anwar disambut hilai tawa daripada hadirin.
Ceramah Anwar berlangsung selama lebih sejam tamat menjelang pukul 12 malam. Sebaik tamat ceramah itu, hadirin berpusu-pusu berebut bersalaman dengan Anwar.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
UMMI MEMANG PANDAI BUAT LAWAK
بسم الله الرحمن الرحيم
Kes Saman-Ummi halfida ubah fikiran
Media melaporkan Ummi Hafilda yang sebelum ini diketahui ramai telah diputuskan tali persaudaraan oleh ayahnya sendiri menarik balik saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan pengendali laman berita Malaysiakini.
Sebelum ini Baginda melaporkan Ummi ialah rakan seksnya.bagaimanapun Ummi menafikannya dan menyaman Baginda. tetapi sumber memberitahu ummi telah menggugurkan kes saman ini.
Ini adalah saman yang kedua difailkan Ummi Hafilda terhadap dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.
Singham bagaimanapun memberi amaran kepada Ummi Hafilda sekiranya beliau ingin menfailkan semula saman itu buat kali ketiga, itu adalah peluang yang terakhir untuknya berbuat demikian.
dikatakan saman yang dikemukakan ditarik balik kerana faktor writ yang dikatakan tidak teratur.atau mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena dengan ummi halfida sendiri?.
Beberapa ketika dulu, Ummi pernah dikaitkan dengan seorang usahawan dari Sarawak Dato S’ng.
Merupakan penceramah utama Umno semasa PRK Kerdau tempoh hari dan ditugaskan untuk ‘menyerang’ peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menjeritkan kata-kata kesat dan lucah di pentas berdekatan.Ummi menaiki kereta mewah dengan beberapa orang bodyguard Umno dan bertugas beberapa hari sepanjang kempen PRK berkenaan.
Ummi dilaporkan muflis oleh Jabatan Insolvensi tetapi digilap semula imejnya oleh lidah rasmi Umno Utusan Malaysia, khas untuk mengetengahkan isu-isu Anwar dengan beberapa dakwaan.
Jelas sekali sikap dan tindakan ummi selalu berubah-ubah mengikut situasi, dan ini membuatkan makin ramai orang tidak mempercayai Penceramah kesayangan umnoapco ini. - tukanglawan
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Tuesday, September 13, 2011
AJARAN SESAT JAKIM?
بسم الله الرحمن الرحيم
YAN, 11 sept: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memantau serta membanteras Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang dipercayai kini kembali aktif di negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim akan memantau perkembangan ajaran sesat itu bagi membolehkan tindakan secara kolektif dapat diambil bagi menyekat aktiviti itu dari merebak ke seluruh negara.
Beliau mengulas laporan media mengenai Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang disahkan menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1998 dikesan kembali aktif.
Laporan berkenaan mengatakan ajaran sesat itu telah dikembangkan semula oleh anggota keluarga salah seorang pengikut kanan Hassan yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan kini markas utama kumpulan itu terletak di Kampung Melayu, Batu Arang Rawang yang diketuai menantu kepada orang kanan Hassan terbabit.
Jamil Khir berkata berdasarkan maklumat awal yang diterimanya daripada Jais, terdapat tanda menunjukkan bahawa ada dua kelompok ingin menghidupkan kembali ajaran berkenaan dan Jais sedang giat menjalankan siasatan terperinci. - BERNAMA
Note: Tengok ni boleh pulak jakim "memantau dan membenteras" Ajaran ilmu sesat.. kikikiki.. ooo bila memo yg nak diserahkan tu dari pihak NGO (jingga 13) yang pro pada pembangkang jakim jangan kata nak membenteras, terima dan teliti memo pun langsung xnak.. Memo pun x baca lagi jakim dah kata bukan bidang kuasa.. kikiki.. bila bukan dari pro pembangkang boleh plak jakim "memantau dan membenteras" ek.. kikikiki...
Note: Jakim ke sebenarnya yang sesat? kikikiki
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
SEJARAH BARU ALA ZAINAL KELING
بسم الله الرحمن الرحيم
Tulis sejarah negara versi baru - alang-alang berbohong, bohong betul-betul
Majlis Professor Negara (MPN) telah mengeluarkan kenyataan yang negara kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah dan negara hanya menjadi ‘protectorate state’ kepada British. Kita baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 pada tanggal 31 Ogos yang lalu, tiba-tiba ada pihak menyatakan secara formal yang Malaya dan Malaysia tidak pernah dijajah.
Professor Zainal Keling menyatakan kita hanya sebuah ‘protectorate state’ bukan tanah jajahan British. Kalau apa yang dinyatakan oleh MPN itu benar maka kerajaan khususnya UMNO mesti secara jelas dan formal membuat kenyataan resmi yang negara kita adalah seperti negara Thailand yang tidak pernah di jajah.
Kerajaan kita mesti membuat kenyataan resmi serta memberikan kefahaman kepada rakyat penaklukan Jepun ke atas negara kita dahulu itu apa dia jika itu bukan penjajahan. Ini merupakan kenyataan yang amat serius dan ianya perlu mendapat respon yang cepat dan jelas terutamanya dari Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak.
Dalam video ni zainal keling ke? kikikiki
Jika benar negara kita tidak pernah dijajah kerajaan wajar membatalkan cuti umum yang di wartakan kerajaan bagi mengingati ulang tahun kemerdekaan kita. Tugu negara juga wajar diruntuhkan kerana kita tidak pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan.
Cogan kata yang melaungkan ungkapan Merdeka dalam media masa perdana semasa minggu sambutan perayaan ulang tahun kemerdekaan itu harus di buang dan tidak boleh disiarkan lagi.
UMNO lebih-lebih lagi harus membatalkan secara resmi sebagai sebuah parti yang tidak pernah membawa kemerdekaan dari penjajah kerana negara kita tidak pernah dijajah oleh British atau mana-mana kuasa asing dalam sejarah kita.
Kerajaan kita wajar mentauliahkan Professor Zanal bin Keling untuk menulis sejarah baru negara dan kerajaan wajar membatalkan buku teks sejarah yang dibaca oleh kanak-kanak sekolah dan mahasiswa di setiap Universiti dan bermula dengan pelajar di bawah kelolaan Professor Zainal Keling.
Kerajaan wajar hanya mengiktiraf tulisan sejarah oleh Professor Zainal Keling dan biarkan beliau menulis apa-apa sejarah tentang negara kita. Jika itu caranya UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasa, buatlah apa yang mereka suka tentang sejarah negara kita.
Jika kita bersetuju untuk menulis sejarah yang baru bagi negara saya mencadangkan juga bahawa UMNO bermula pada tahun 1988 kerana UMNO ini tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan negara kerana negara kita tidak pernah dijajah seperti yang dinyatakan oleh Professor Zainal Keling itu.
Bila MPN dan Zainal Keling diberikan mandat untuk menulis sejarah baru negara saya ingin mencadangkan kepada beliau bahawa sebelum Februari 1988 UMNO tidak pernah wujud supaya rakyat yang seperti saya ini tidak dapat berkata-kata apa-apa lagi.
Asalkan sahaja UMNO terus memerintah tulislah apa-apa sejarah mengikut selera yang sedap bagi UMNO. Apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang hanyalah memohon maaf kepada semua rakyat yang telah diberikan sejarah negara yang salah selama ini.
Sementara kita dapat buku-buku sejarah yang baru yang akan di tulis itu saya mencadangkan supaya kerajaan mengumumkan satu tarikh untuk memberitahu rakyat bila buku sejarah baru untuk negara itu ditulis dan diterbitkan.
Buat sementara ini beri arahan kepada semua sekolah dan institusi pengajian tinggi supaya memberhentikan membaca buku sejarah yang ada pada hari ini supaya arahan itu juga boleh dicatatkan dalam penulisan buku sejarah yang akan di tulis oleh Professor Zainal Keling nanti. Beri juga arahan kepada Professor Ramlah Adam untuk membantu Professor Zainal Keling dalam ‘mengarang’ sejarah baru untuk negara.
Kalaulah itu kehendak pimpinan pada hari ini buatlah sesuka hati mereka asalkan mereka puas dengan kuasa dan seterusnya menyalahgunakan kuasa itu terus terusan. Kalau boleh digubal undang-undang untuk mencegah rakyat dari menyebut kandungan lain dari sejarah yang di tulis oleh Zainal Keling tadi.
Jangan lupa untuk pastikan Malaysia keluar dari commonwealth kerana commonwealth itu adalah satu persatuan yang dianggotai oleh bekas-bekas tanah jajahan British. Malaysia juga harus menarik diri dari sukan Commonwealth dari sekarang kerana sukan itu hanyalah untuk ahli-ahli sukan negara-negara bekas tanah jajahan British di seluruh dunia. Jika kita tidak pernah dijajah apa perlunya kita menyertai Commonwealth dan sukannya selama ini?
Pastikan sejarah yang akan diperbaharui itu sama seperti sejarah negara Thailand yang juga sebuah negara yang tidak pernah dijajah.
Selepas ini Professor Zainal Keling akan mempunyai tugas yang terpenting untuk negara. Itu pun yang beliau mahukan kerana beliau begitu sibuk akhir-akhir ini untuk menjadi orang penting kepada negara kita.http://www.blogger.com/img/blank.gif
Oh ya, kalau boleh jangan lupa tulis dalam buku sejarah baru nanti yang Mohamad Sabu itu sejak lahirnya adalah seorang komunis.
Alang-alang berbohong, berbohong betul-betul. - aspanaliasnet
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Monday, September 12, 2011
ASALKAN UMNO WALAUPUN PROFESOR TETAP BODOH
بسم الله الرحمن الرحيم
Sejarahwan Ular Campur Belut
PROF Ibnu Keling, maaf Zainal Keling (foto) kata menurut fakta sejarah Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja. Perjanjian Pangkor 1847 tidak mencatat dalam perjanjian British akan menjajah Tanah Melayu, sebaliknya ditulis sebagai melindungi.
Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah dan bukan keturunan Melayu asli itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu. Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah?
Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif? Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai Malaya tidak kena dijajah atau digoreng oleh British.
Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama 'melindungi' itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain. Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis? Penderhaka dalam konotasi dimaksudkan Zainal Keling itu sebagai komunis?
Apakah tidak timbul di sini British hanya berdiplomasi mencatatkan perkataan 'melindungi' bukan 'menjajah' untuk megabui Melayu dan cendekiwan Melayu bukan asli seperti Zainal? Orang kita mudah mati dan tersimpul dalam sihir bangsa lain apa lagi kalau orang Inggeris. Kita perlu sedar British adalah bangsa yang lebih awal tamadun dan cerdik daripada kita. Tahap diplomasi mereka juga tinggi manakala tahap IQ kita cukup rendah jadi mudah ditipu dan merasa kagum dengan perbuatan mereka.
Bagaimana pula hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun. Kenapa tidak disebut atau Prof Keling maaf Zainal Keling mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi "sambutan hari ditidak dilindungi"? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu? Selama Malaysia menyambut hari Merdeka maka selama itulah pemerintah UBN mengikhtiraf bahawa negara ini dijajah oleh British.
Anihnya profeseor ini syok arif mengenai sejarah tetapi kenapa baru bercakap dan mendesak kita tidak perlu merasakan kita dijajah selama 400 tahun. Sepatutnya sebagai ahli akademi, ahli sejarahwan terkenal dan dirujuk menimbulkan ini sejak lama dulu. Tetapi apabila ia disenyapkan ini bermakna nilai atau mutu sejarah yang ada kepada profesor Ibnu Keling ini boleh dipertikaikan. Nilai sejarahnya double standard.
Saya nak ingatkan kalau kita hendak meneruni dan menjadi jaguh dalam satu-satu bidang kita jangan masuk sebelah kaki. Kedua belah kaki kita hendak berada atas tapak atau dasar sama. Jangan siang jadi belut malam jadi ular. Kalau sebelah kaki Zainal dalam Umno dan sebelah lagi dalam sejarah, maka apa-apa juga pendapat dan pandangan anda akan tetap pincang selamanya. Sejarah yang bertentangan dengan partinya akan disembunyikan. Sejarahwan demikian adalah sejarahwan munafik! Sejarahwan belut campur ular.
Mengenali anda dari kesempatan yang pernah ada, saya yakin kalau negara ini berubah, cara cakap anda juga akan berubah. Nescaya sebelah kaki anda akan terletak di dasar sebelah sini. Satu masa dulu anda kecam kerajaan pimpinan Abdullah tetapi hari ini anda sanjung kerajaan sama dipimpin Najib. Apakah kerana anda sudah mendapat habuan sebagai guru di UPSI? Begitulah dasar orang menggali sejarah dan politik dari lubang perut sendiri. [wm.kl 4:56 pm 09/08/11] - mso
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Saturday, September 10, 2011
SKMM, JAKIM : HINA ISLAM DAN AGONG TAK MENGAPA ASALKAN JANGAN HINA NAJIB DAN UMNO?
بسم الله الرحمن الرحيم
"AGONG KETUA ISLAM BABI TAKDE HOTAK" KATA MAKCIK, SKMM DAN JAKIM MASIH BERAYA KER?
Penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh manusia durjana ini.. kepada Nabi junjungan kita.. kepada Allah yang Esa.. kepada agama Islam yang suci.. dan yang ter "latest" kepada Yang Di Pertuan Agong pulak..
yang aku herannya.. pada rabu lepas Jingga 13 sudah menyerahkan memorandum mendesak agar SKMM mengambil tindakan ke atas blog MAKCIK HAJJAH SITT AL WUZARA ini..
malah sebelum Jingga 13 menyerahkan memorandum tersebut,sudah berbelas-belas laporan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak bagi mendesak JAKIM dan SKMM supaya mengambil tindakan dengan kadar segera bagi menghentikan penghinaan ini..
tapi sampai sekarang tuan punya blog ni rileks jer...
yang kena tarik adalah tauliah menyebarkan ajaran Islam daripada Khalid Samad dan juga Dr Rani.. [baca sini]
JAKIM patutnya celik IT dan tahu tentang isu ini.. itulah NGO nak serah memorandum.. tak mau nak terima.. [rujuk sini]. Orang nak ngadu pasal penghinaan ke atas Islam pun nak tunjuk "ek" tak mau turun ambik memorandum.. yang paling nampak bangang JAKIM kata perkara ni bukan bidang kuasanya.
Dibawah ini imej yang menyatakan fungsi serta bidang kuasa jakim. (klik pada imej untuk besarkan)
Fungsi jakim
Bidangkuasa jakim
JAKIM dan SKMM masih sibuk hadiri "open House" raya lagi ker..? - lianglahad
Note: Di malaysia agama islam dan agong tiada siapa yang nak bela.. Tapi jangan sekali-kali anda menghina umno dan pemimpinnya.. kih kih kih kih.. perkara yang dibawah bidang kuasa mereka pun mereka kata tak boleh nak buat apa-apa.. dah tu JAKIM tau buat apa aja? makan gaji buta? jamil khir buat apa? buat bodoh jer?
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
PEMIMPIN BODOH PENYOKONG BANGANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Siapa Punya 6%?
Sekarang sedang kecoh pasal syarikat telekomunikasi mahu kenakan caj cukai perkhidmatan 6% untuk para pengguna talian prabayar.
Cukai perkhidmatan 6% ini bukan benda baru. Untuk pengguna telefon pascabayar memang setiap bulan bila dapat bil akan dikenakan caj tambahan sebanyak 6% ini. Inilah yang selalu aku dapat setiap kali terima bil Celcom. Tapi tidak untuk talian Maxis aku yang jenis prabayar.
Selama ini memang pengguna prabayar tidak dikenakan caj 6% ini kerana ianya diserap oleh syarikat telekomunikasi. Tetapi tidak mulai 15 September 2011 bila pengguna dikehendaki menanggung kos cukai perkhidmatan. Dan hak mengenakan caj ini ke atas pengguna memang hak mutlak syarikat telekomunikasi.
Dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975, cukai perkhidmatan ialah cukai kepenggunaan dan boleh dicaj kepada pengguna. Syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian prabayar.
Jadi kesimpulannya mudah. Ada cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk sebarang perkhidmatan termasuklah telekomunikasi. Cukai sebanyak 6% ini boleh dicaj kepada pengguna oleh syarikat yang memberikan perkhidmatan yang kemudiannya akan dibayar pula kepada kerajaan.
Tapi siapa yang baca suratkhabar Utusan Malaysia hari ini akan diberitahu seolah-olah bahawa cukai perkhidmatan 6% ini kerja syarikat telekomunikasi bukan kerajaan. Dan siapa yang tengok Buletin Utama sebentar tadi pastinya maklum bahawa Perdana Menteri 1Malaysia tanpa rasa bersalah berkata bahawa kerajaan tidak pernah meluluskan cukai perkhidmatan 6%.
Namun pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:
1. Pendahuluan
YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:
(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.
(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.
Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.
2. Peruntukan Undang-Undang
2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar
Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:
“(b) Penyediaan –
(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan
(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”
Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].
3. Pelaksanaan
3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%
Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadhttp://www.blogger.com/img/blank.gifar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.
Sila fahamkan dengan baik. Semoga menjadi panduan bersama dan faedah untuk semua dari dimomok oleh media yang tidak jujur dan berkepentingan. - tronohtranquility
Note: Kah kah kah kah.. kalau Menteri Perdana pun bodoh.. apa lagi yang dok menyokongnya.. kah kah kah kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
JAKIM RESTU ISLAM DIHINA?
بسم الله الرحمن الرحيم
PENDAKWAH ISLAM DISEKAT!! PENGHINA ISLAM BEBAS MEMBERI HINAAN??
Orang yang mahu bercakap soal kehebatan Islam,mengembangkan ilmu Islam dalam gerak kerja dakwah mereka, telah disekat..
gerak kerja mereka untuk menerangkan ilmu Islam secara lebih tepat sentiasa "di sukarkan.."
dari tiada peraturan tauliah..
diadakan pula peraturan, pendakwah mesti ada tauliah..
dari pendakwah yang sudah memiliki tauliah untuk memberikan ceramah agama..
ditarik pula tauliah itu daripada mereka..
akhirnya yang rugi adalah umat Islam..
maka kita yang dah berpuluh tahun mengaji di masjid-masjid dan surau, hanya belajar cara ambik wudu' , solat, puasa , pastu ulang balik belajar wudu' , solat, dan puasa... sampai mati pun tak jumpa bab jenayat...
tu sebab bila cerita bab hudud dan Qisas mereka akan cakap itu politik PAS...
mana taknya,sebab sepanjang ngaji dengan "tok guru bersongkok" mereka tak pernah dengar tentang bab jenayat...
Kes-kes yang macam ni Jakim memang minat nak uruskan dan minat pula nak ulas kan..?
kenapa kes blog hina Islam yang semakin berleluasa dalam internet yang sangat mudah untuk dilayari oleh orang muda tidak pulak JAKIM beriya-iyer nak menghalangnya...
sekarang ni kat negara kita, orang yang mahu menyeru kepada kebaikan,kerajaan halang dan sukarkan mereka..
orang yang menghina agama, hina Nabi Muhammad SAW. dan hina Allah SWT pulak ,begitu bebas dan mudah meneruskan penghinaan sehingga kini..
apakah JAKIM sudah tidak sensitif dengan isu PENGHINAAN KEPADA ISLAM DAN ALLAH..?
bila pihak NGO Jingga 13 mahu menyampaikan memorandum berkenaan isu penghinaan yang dilakukan oleh blog "mak cik hajjah sitt al wuzara"..
JAKIM tidak mahu pula mengambil serius tentang isu berkenaan,sehinggakan memorandum yang cuba disampaikan juga JAKIM tidak mahu untuk menerimanya.. baca sini.
OK,aku faham alasan JAKIM yang dikatakan mahu melindungi Islam dalam alasan mereka terhadap keperluan tauliah itu.. tetapi adakah mereka yang telah ditarik tauliahnya itu benar-benar telah mengajar ajaran sesat ataupun mengajar ajaran Syiah..?
atau pun tauliah mereka telah ditarik hanya kerana mereka telah berceramah mengenai pentadbiran sebuah kerajaan Islam yang adil seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan juga panduan dari 4 khalifah yang juga sahabat Nabi Muhammad SAW.
bila para jemaah sudah jelas tentang corak kepimpinan yang diajarkan oleh Islam,maka tauliah mereka yang mengajar tadi pun ditarik..
dan tidak dapatlah mereka untuk mengajar lagi...http://www.blogger.com/img/blank.gif
Nabi muhammad adalah seorang lelaki, Rasul Allah, Ketua Kegara, baginda merancang peperangan, mentadbir, dan memberikan ceramah agama di masjid...
adakah Nabi pernah mengasingkan sesuatu itu dari agama..?
kalau ikut cara UMNO..
ulama' adalah Ulama' sahaja...
ahli politik adalah ahli politik sahaja..
kedua-dua sifat itu dipisahkan oleh UMNO dan kita yang jahil ni pula menerimanya seolah-olah itulah yang di anjurkan oleh Nabi Muhammad SAW..
kesian Islam... - lianglahad
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Friday, September 9, 2011
BERSIH 3.0 JADI TAK?
بسم الله الرحمن الرحيم
Dakwat kekal: Kabinet setuju, Nazri kata tidak tahu
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.
Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam, lapor Malaysiakini.
Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih
sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.
Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: "Saya juga tak tahu." - HD
Note: Kah kah kah kah.. nak kata setuju takut BN kalah.. nak kata tak setuju takut BERSIH buat perhimpunan lagi.. kah kah kah kah... akhirnya cakap jer tak tau.. kalau jadi menteri semua pun tak tau nenek aku pun boleh jadi menteri.. kah kah kah kah
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.