Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, March 15, 2011

MUFTI HARUS BANGANG SANA SINI

بسم الله الرحمن الرحيم

Nik Aziz tuntut Harussani beri tahu di mana dia ambil dakwaan Nik Aziz kata undi PAS masuk syurga.

Banner jahat puak UMNo semasa PRK Merlimau yang jadi rujukan mufti harus sana sini

BHARU, 12 Mac : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau masih menunggu jawapan dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kenyataannya yang mendakwa ‘undi Pas masuk syurga’.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak menerima alasan Harussani bahawa sebarang jawapan yang dibuat tidak akan merubah dirinya.

“Dia tidak jawab surat yang saya hantar, kenapa tak jawab, saya difahamkan dia kata jawapan tidak akan berubah (sikap) Nik Aziz, saya hanya nak tahu dia ambil di mana dakwaan (undi Pas masuk syurga) itu,” katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaatnya di Dataran Ilmu di sini semalam.

Sebelum ini, Nik Aziz dilihat sentiasa bercanggah pendapat dengan Harusssani itu, dan yang terbaru Mufti Perak itu mahu pemimpin Pas khususnya Nik Aziz tidak menggunakan hukum untuk meraih kepentingan politik.

Menjawab perkara itu, Nik Aziz menjelaskan dalam ajaran Islam, setiap perbuatan termasuk isu masuk ke tandas sekalipun menggunakan hukum hakam.

Justeru Nik Aziz menasihatkan Harussani tidak mengulas sesuatu isu berdasarkan fakta yang tidak jelas puncanya.

“Jangan kita jadi mufti hanya dengar pandangan orang kampung sahaja, dia bertaraf mufti,” katanya.

Note: Ada mufti pun bebal.. dengan banner macam tu pun dia percaya dan terus keluarkan kenyataan. Macam ni ke keperibadian seorang yang bergelar mufti? Bila kena tang PR, tak payah tanya tak payah selidik tengok banner je terus buat hukum. Kalau kena pada Umno.. bini najib tak tutup aurat siap cium-cium dengan jantan hindu pun harus sana sini.. bini najib dok jadi penaung festival islam telanjang pun harus sana sini.. YB zambry keling junjung ancak dia kata harus sana sini.. kah..kah..kah..kah.. Lanie Nik Aziz inginkan kepastian dimana si harus sana sini ni dengar yg Nik Aziz kata "undi PAS masuk surga"? Sedar akan kebangangannya jadi malu sendiri.. ajak berdebat habis buah semua termasuk.. Nama je mufti.. dah tau silap bukan tau nak minta maaf.. Kah..kah..kah..kah.. boleh jadi mufti Haram sana sini ni.. Kah..kah..kah..kah..

Note: Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

KENAPA NAJIB BUAT-BUAT PEKAK?

بسم الله الرحمن الرحيم

RM888 Billion lesap.. Najib buat pekak..

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan.

“Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada. Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu.

“Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI,” katanya pada ucapan perasmian dalam konvensyen KEADILAN Sabah di Kinarut, Papar di sini, hari ini.

Anwar juga menyatakan, jumlah wang haram yang dilarikan ke luar negara pada 2008 sahaja sama dengan kekayaan Hosni Mubarak yang dibawa keluar dari negara itu, sebaik sahaja bekas Presiden Mesir itu digulingkan rakyat.

“Lonjakan wang haram di bank Switzerland, tahun 2008 Malaysia mencatatkan kedudukan paling tinggi iaitu RM200 bilion. Kekayaan Mubarak sama dengan wang yang dibawa keluar. Apa bezanya Malaysia dengan Mesir,” katanya.

Anwar turut menimbulkan kontrak bernilai RM23 bilion kepada tiga syarikat milik kroni Umno Barisan Nasional (BN) termasuk syarikat milik anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir melalui Kenchana Petroleum.

“Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu,” katanya yang mengingatkan rakyat Sabah, Petronas berkait rapat dengan negeri itu, selaku pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia.

Kata Anwar, cara pentadbiran Najib berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang membawa tatakelola baik bagi menghapus dan mengawal segala bentuk penyelewengan bagi mengembalikan wang itu kepada rakyat, termasuk memberi semula subsidi minyak.

“Saya bincang Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi (Awang). hari ini pilihan raya, esok jika menang saya umum atas nama kerajaan rakyat malaysia, saya dengan ini mengisytiharkan berkuatkuasa sekarang, harga minyak di seluruh negara turun serta merta,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang tindakan Umno BN yang akan menggunakan segala cara bagi mengheretnya ke penjara mellaui pertuduhan kes Fitnah II terhadapnya. -Keadilan Daily

Note: Najib buat pekak sebab disebelahnya ada "badak"... Kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

SAYANG CUMA CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah, kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu.

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Note: Kah..kah..kah..kah.. sengal..!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Monday, March 14, 2011

DEMO TERBANGANG ABAD INI

بسم الله الرحمن الرحيم

Bertempat di Arena Square Batu Gajah kelmarin, sekumpulan wanita UMNO yang diketuai oleh YB Hamidah telah mengadakan satu demo aman yang menuntut supaya Anwar menyerahkan DNA dia untuk kes bicara yang sedang berjalan sekarang.

Lagi gambar boleh klik di SINI

Note: Kah..kah..kah..kah...umno..umno... YB hamidah nak buat apa dgn DNA Anwar tu? Pun nak mengaku pernah diliwat ke? Kah..kah..kah..kah.. Tengok la muka sengal sorang-sorang wanita umno ni.. Makcik.. minyak naik harga, barang-barang naik harga.. saman tak bayar nak kena black list kenapa tak nak buat demo.. boleh plak DNA Anwar yang makcik risaukan.. kalau Anwar serahkan DNA tu nanti makcik dapat masuk syurga ke? atau minyak dan barang-barang keperluan akan turun harga? kah..kah..kah..kah.. ?anak kat rumah tu dah bagi makan ke belum makcik... dok sebok memperjuangkan kebangangan ni jgn sampai lupa nak bagi anak makan.. kah..kah..kah..kah.. Yang makcik sama sebok ni makcik kenal ke mana rupa DNA tu macam mana? Kah..kah..kah..kah.. Teruknya mentaliti pemimpin umno ni.. rajin sungguh memperbodohkan penyokong tunggul mereka.. ini sajakah demo yang boleh umno anjurkan? demo DNA dan demo Kepala Lembu...kah..kah..kah..kah..hakikatnya lebih kepada demo menunjukkan kebodohan umno... kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

DIALOG NUJUM PAK BELALANG VERSI 1 MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Sultan Amirulrashid: Ha..Baginda Masai,Beta suka mendengar soalan yang ke-tiga….Ahli Nujum..soalan yang ketiga..

Ahli Nujum Masai: Baik lah Tuanku.. ada sebuah masaelah.. SATU baaaaanyak…, DUA sedikit-sedikit.. TIGA jarang-jarang, AMPAT(Empat) kadang-kadang…Apa itu.????

Nujum Pak Belalang: UMNO.!!

Ahli Nujum Masai: UMNO..?? Buktikan…

Nujum Pak Belalang:
SATU!!! baaanyak…ertinya.. Kes rasuah, pecah amanah, curi duit rakyat, tipu rakyat, paksa rakyat bayar saman.. baaaanyak dilakukan oleh pemimpin UMNO dalam Negara ini…

DUA!!! Sedikit..sedikit..ertinya.. Pemimpin UMNO yang lakukan kesalahan ini sedikit bilangannya yg dihadapkan ke mahkamah..

TIGA!!! Jarang-jarang.. ertinya.. jarang-jarang kita dengar hakim berani jatuhkan hukuman kepada pemimpin UMNO melainkan Najib beri lampu hijau.

EMPAT!! Kadang-kadang…ertinya.. kadang-kadang baaaaaru sekali kita dengar ADUN UMNO yang didapati bersalah oleh mahkamah (contohnya ADUN LENGGENG dan Khir Toyol)

Nujum Pak Belalang: Begitulah jawapanya Tuanku…

Sultan Amirulrashid: Bagaimana Banginda Masai..?? betul atau tidak..???

(Jawapannya tanyalah pada penyokong UMNO…)

Note: Kah..kah..kah..kah...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Sunday, March 13, 2011

TSUNAMI JEPUN: ULASAN BANGANG CIKGU GEOGRAFI

بسم الله الرحمن الرحيم

Note: Kah..kah..kah..kah... bangang nak mampos...!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

KESAN TSUNAMI JEPUN SAMPAI KE BATU BURUK

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA TERENGGANU - Air laut telah melimpah sehingga membanjiri jalan di pantai Batu Burok disini semalam selepas beberapa jam berlaku bencana Tsunami terburuk yang melanda Jepun ekoran gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter

Sumber memaklumkan orang ramai yang melihat kejadian tersebut mengaitkan kejadian itu adalah berkait dengan apa yang berlaku di negeri matahari terbit itu.

Kejadian tersebut jelas kelihatan pada rakaman video yang telah dimuat naik lewat malam semalam.

Sekitar 10,000 orang yang tinggal di sebuah bandar pelabuhan di timur laut Jepun dikhuatiri hilang akibat gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun lalu dan tsunami setinggi 10 meter.

Situasi itu dikhuatiri akan menaikkan angka kematian yang setakat ini disahkan sekitar 1,300 orang.

Kesan Tsunami dijangka lebih buruk apabila letupan berlaku di loji tenaga nuklear Fukushima Dain.

Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut.

Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun.

Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah.

Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan. - TMinsider

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

SI TUA PENIPU YANG NYANYUK

بسم الله الرحمن الرحيم

Ku Li Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Mahathir

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekerang-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.Ketika itu Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.

“Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987,” kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno.

“Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu.

“Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang,” kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, “saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu.”

Dalam buku berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit.

Tengku Razaleigh Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak “Team B” yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai “Ku Li”, membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.

“Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri,” tulis Dr Mahathir.

“Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya,” katanya lagi.TMI

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BN KEDAH GILA TALAK

بسم الله الرحمن الرحيم

KOTA SARANG SEMUT - Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mempertahankan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah sejak tiga tahun lalu dan menyifatkan segala tohmahan Barisan Nasional (BN) terhadap Kerajaan Negeri sejak pilihan raya umum (PRU) yang lalu sebagai ‘gila talak’.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, di sebalik keupayaan Kerajaan Negeri PR memerintah Kedah mengatasi jangkaan UMNO dan BN, barisan pembangkang masih memandang rendah kerajaan pimpinannya dan berlagak seperti pemerintah.

Menurutnya, dakwaan Kerajaan Negeri gagal menunaikan manifesto pilihan raya lalu juga tidak benar kerana tindakan penurunan cukai tanah, perbelanjaan wang Kerajaan Negeri dengan lebih berhemah, pembatalan projek loji penapisan minyak di Yan dan tender pembalakan secara terbuka tidak pernah dilakukan UMNO dan BN sebelum ini.

“Dulu UMNO dan BN dengan angkuhnya mengatakan PR tidak akan memerintah lebih tiga bulan, tapi sekarang usia Kerajaan Negeri sudah tiga tahun.

“Dulu UMNO dan BN kata pertumbuhan ekonomi negara Kedah tidak akan melebihi 2.5 peratus. Namun, pencapaian ekonomi negeri membanggakan dan antara empat negeri terbaik di Malaysia. Sekiranya mereka menilai pencapaian kami hanya 2.5 peratus, saya anggap pencapaian mereka hanya 1.5 peratus semata-mata,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Buku Jingga peringkat negeri Kedah di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa; Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Lee Guan Aik dan barisan Jawatankuasa Pas, PKR dan DAP negeri.

Azizan berkata, Kerajaan Pusat juga bersandiwara untuk menunjukkan kononnya mereka bersikap prihatin terhadap rakyat apabila pada mulanya sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di Mesir daripada krisis negara itu sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka bertindak menghantar semula pelajar itu ke Mesir dalam masa sebulan, malah mengecualikan pembiayaan tambang ke atas pelajar yang tinggal di negeri pembangkang.

“Bila berlakunya pemberontakan rakyat terhadap kepimpinan Presiden, Hosni Mubarak di Mesir, mereka cepat-cepat membawa pulang pelajar kita, kononnya bimbang atas keselamatan mereka.

“Bila hendak dihantar pulang semula, mereka serahkan beban itu kepada kita. Tapi tidak mengapa, Kerajaan Negeri tidak ada masalah menanggung pembiayaan tambang penerbangan pulang ke Mesir berserta wang poket RM500 kerana wang sebanyak RM2.5 juta yang digunakan adalah wang rakyat,” katanya.

Azizan berkata, UMNO dan BN turut disifatkannya lebih teruk daripada Jepun kerana mengkritik apa jua pelaksanaan Kerajaan Negeri terhadap rakyat secara konsisten tanpa memikirkan kerelevanan tindakan itu.

“Sebelum ini, bila tarif air dinaikkan 10 sen, banyak orang termasuk pemimpin UMNO dan BN yang beria-ria mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Wisma Darulaman, kononnya Kerajaan Negeri berlaku zalim.

“Kini mereka mula protes tindakan Syarikat Air Darul Aman (Sada) menghentikan khidmat Pos Malaysia sebagai ejen kutipan bayaran bil walaupun Pos Malaysia bertindak menaikkan upah perkhidmatan daripada 70 sen kepada 90 sen bermula bulan ini.

“Atas dasar keprihatinan tidak mahu membebankan rakyat, kami menghentikan khidmat Pos Malaysia. Saya hendak tanya, adakah UMNO dan BN ada kepentingan dengan Pos Malaysia sehingga beria-ria menghentam Kerajaan Negeri?” katanya.

Ditanya dakwaan Kerajaan Negeri akan melaksanakan cukai pintu di pekan kecil setiap daerah dalam masa terdekat, Azizan menjelaskan beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

VIDEO TSUNAMI JEPUN