بسم الله الرحمن الرحيم
Perkasa chief Ibrahim Ali in ICU - mkini
David Yee:
Doa kita kepada dia dan keluarganya.Karma atau tidak karma,
kita jangan sesekali memijak orang yang telah terjatuh.
Dengan segala kesilapan yang dilakukannya,
kita mungkin susah untuk memaafkan,
tapi dia juga seoarang insan.
Janganlah kita jadi macam dia memperlekeh orang lain
ketika orang itu bersedih atau dalam kesusahan.
Kalau tidak kita pun tidak jauh berbeza dari dia.
Note: Kami BS dan semua para sahabat mengucapkan takziah. Semoga Allah memberikan keampunan, kekuatan dan kemudahan untuknya.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Monday, October 18, 2010
IBRAHIM ALI ICU
USUL TERGEMPAR DI DEWAN RAKYAT SELASA INI
بسم الله الرحمن الرحيم
Tujuan Resolusi :
Adapun kami mewakili Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia mengemukakan Resolusi ini adalah untuk:
1. Menggesa Pakatan Rakyat membawa Usul Tergempar di Dewan Rakyat meminta agar dibincangkan mengenai tuntutan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia supaya ditambah perkataan Orang Asli di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang pada masa sekarang hanya mengiktiraf orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak sahaja.
2. Adapun takrifan Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini langsung tidak meletakkan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia pada kedudukan yang sepatutnya sebagai penduduk asal di negara ini.
Di sini kami ingin menarik perhatian Yang Berhormat Dato’ Seri mengenai cadangan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia kepada Pakatan Rakyat:
Dengan sebulat-suara kami menyeru Kerajaan Persekutuan (di bawah pimpinan Pakatan Rakyat selepas kejayaan menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke 13) dan Kerajaan-Kerajaan Negeri mengambil perhatian bagaimana untuk memberikan pengiktirafan dan perlindungan secara rasmi terhadap tanah adat Masyarakat Orang Asli.
1. Pemberian hak milik tanah secara individu kepada setiap keluarga Masyarakat Orang Asli, meliputi sebidang tanah pertanian seluas 10 ekar, tapak rumah ¼ ekar dan tanah dusun 1 ekar sepertimana rancangan FELDA.
2. Pewartaan bahagian tanah komunal oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri berkenaan, seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara.
3. Pewartaan bahagian tanah Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 134 Tahun 1954, dengan kebebasan yang tiada had masa serta tanpa sekatan ke atas hak-hak untuk mencari sumber makanan melebihi kawasan bahagian tanah komunal yang telah diwartakan.
4. Dalam kes-kes berkecuali, iaitu yang berhubung-kait dengan Masyarakat Orang Asli yang hidup secara nomad atau separa nomad, yang merupakan kumpulan Orang Asli yang paling mudah terjejas. Maka peruntukan hak untuk mencari sumber makanan dengan bebas yang tiada had masa serta tanpa sekatan (selari dengan peluang yang lebih besar bagi mendapatkan pendidikan, bimbingan vokasional ke arah melestarikan sara hidup mereka).
5. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah membuat kajian tentang kegagalan peranan dan fungsi Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA) selama ini. Kita sedia maklum pada masa kini sekitar 10% ke 15% sahaja perjawatan di dalam JHEOA diisi dari kalangan Masyarakat Orang Asli itupun sekadar perkhidmatan sokongan seperti pemandu dan buruh sahaja. Justeru, di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, pengisian perjawatan Pegawai-Pegawai JHEOA hendaklah diisi oleh Masyarakat Orang Asli sehingga 80%.
6. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah menjadikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia pada setiap tanggal 8 Ogos sebagai Cuti Umum bagi Persekutuan dan diraikan di seluruh Malaysia. Mencontohi semangat yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor hari ini.
7. Meminta Pakatan Rakyat supaya memberi peluang kepada pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli bertanding di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri dan kerusi-kerusi Parlimen menggunakan logo Pakatan Rakyat di dalam kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengundi Orang Asli yang besar.
8. Sistem kouta hendaklah diberikan kepada Masyarakat Orang Asli untuk memasuki IPTA, MRSM, Sekolah Berasrama Penuh dan perkhidmatan Awam.
9. Menyeru Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Kelantan (yang mempunyai bilangan Masyarakat Orang Asli yang besar) yang kini di bawah pimpinan Pakatan Rakyat agar melantik pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) serta melantik pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
10. Menyeru pimpinan Pakatan Rakyat samada di peringkat Parlimen mahupun di peringkat Dewan Undangan Negeri agar melantik Pegawai Khas dari Masyarakat Orang Asli bagi menjaga hal-ehwal masyarakat ini di kawasan masing-masing.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Sunday, October 17, 2010
LAWAK BERSAMA AHMAD MASLAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Ahmad Maslan Kata Pembangkang Cemburu Dengan Bajet
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini mengulas mengenai pandangan sinis pembangkang yang mengatakan Bajet 2011 sebagai membazir dan menyifatkan bajet pilihan raya, Ahmad berkata pembangkang sebenarnya cemburu dan bimbang intipati bajet tersebut kerana ia boleh memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada mereka.
"Mereka (pembangkang) khuatir kalau ada lagi bajet seperti ini tahun depan, rakyat akan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka," katanya.
--Bernama
Note: kah..kah..kah..kah.. cemburu kepala hotak ko...!!! Yang orang pertikaikan mana bajet untuk orang miskin? hapuskan cukai baju dalam, seluar dalam, minyak wangi, kelambu, beg tangan itu yang ko kata pembangkang cemburu..?kah..kah..kah..kah... apa ko ingat org miskin ni tiap-tiap hari minum minyak wangi ? tiap-tiap hari makan seluar dalam? woi bodoh.. orang nak harga minyak masak, beras, gula, petrol, diesel dan segala barangan keperluan tidak sentiasa naik macam sekarang ni.. orang bukan nak beli beg tangan tiap-tiap hari bodoh...!!! orang pertikaikan dalam tiada penurunan harga barang keperluan dan tiada bonus untuk kakitangan kerajaan tapi bajet rm111 juta diberi kepada nenek badak tu...!!! kalau setakat tol tak naik harga.. orang miskin kereta pun tak ada la bodoh.. woi ahmad maslan baik ko berhenti la jadi menteri... ko tak malu ke dengan penyokong-penyokong ko kat bawah tu... buat kenyataan macam budak terencat akal... ko ni lebih baik masuk raja lawak... confirm meletop punya... kah..kah..kah..kah..
Note: "Mereka (pembangkang) khuatir kalau ada lagi bajet seperti ini tahun depan, rakyat akan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka," kah..kah..kah..kah.....
"Limau purut tiga serangkai. Buta perut tak ada akai"
kah..kah..kah..kah...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
RM65 JUTA UNTUK RENOVATE KANDANG BADAK, RM111 JUTA UNTUK MAKANAN BADAK?
بسم الله الرحمن الرحيم
Kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya.
Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.
Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.
Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah.
Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi anggap satu lagi pembaziran dana rakyat.
Mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apabila masuk sahaja Perdana Menteri baru semua nak ubah mengikut citarasa masing masing. Ini pembaziran dengan RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana negara amat memerlukan kewangan itu untuk membangunkan modal insan dan sebagainya.
"Duit itu boleh digunakan dengan cara yang lebih bermakna. Kita lihat bajet itu pun tetap juga merupakan satu bajet defisit ini bererti perbelanjaan seperti itu sebenarnya boleh dikurangkan untuk mengurangkan defesit.
"Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk mebiayai kehidupan seharian.
"Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali,"katanya.
juragan : Perghh...RM24juta + RM6juta=RM30juta + RM64juta=94 juta oiii..mangkuk tandas emas ke??atau selimut emas??..puak-puak umno kena pebodoh sakan..pemimpin hidup mewah ala firaun, penyokong Umno hidup merempat dan cari duit setengah mati..apa-apa pun..hidup umnooo... - karatijau
Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa.Bayangkan Sewa sehari Seri Perdana ini bersamaan RM11,527.77 sehari…
Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM
R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!
Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.
Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!
Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.
Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.
Jadi apa nak kita lakukan?
Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita. - n32
Note: Rakyat disuruh berjimat.. dia dok pulun habis.. rakyat dibebani kenaikan harga barang keperluan.. dia dok perabih 65 juta buat reban dua ekor badak... dan rm111 juta untuk makanan badak.. bulan-bulan kena bayar sewa lagi... Yang bangang penyokong umno jugak... kah..kah..kah..kah..
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SAYA TAK DAPAT BERI BONUS SEBAB ROSMAH TAK BAGI - Mat Monggol
بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.
Oleh itu, katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.
“Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan… kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.
“Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam,” kata beliau berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, hari ini. – Bernama
Note: Saya tak dapat beri bonus sebab bik mama yang x bagi.. kah..kah..kah..kah... saya tak boleh buat keputusan kalau bik mama tak bagi kerana saya takut bik mama lempang kepala saya... kah..kah..kah..kah.. tu sebab saya kena istiharkan rm111 juta untuk bik mama.. kah..kah..kah..kah... tak berani saya nak melawawn dia.. saya sanggup melawan berpuluh juta rakyat dari melawan bik mama sorang... kah..kah..kah..kah... mungkin nasi saya telah dikangkangkan oleh bik mama agaknya... kah..kah..kah..kah...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Saturday, October 16, 2010
SEKOLAH MENGANDUNG LEBIH PENTING DARI SURAU - ALI KETAM
بسم الله الرحمن الرحيم
BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil
DEMO BANTAH ROBOH SURAU .PASTI 500 sertai demo bantah roboh surau.
semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan. Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat. Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan. Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.
Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat. Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan. Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit. Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut. "Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.
“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat. Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan. "Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.
Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin. - Sofi Wahab
Note: Surau kena roboh.. Sekolah remaja berzina di utamakan. Tempat ibadat dilekehkan, hasil maksiat di agungkan... Terima kasih kepada ali ketam laanat. sama-samalah kita tunggu bala yang akan datang...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
ADA PEGUAM ANWAR YANG INGIN TIKAM ANWAR DARI BELAKANG - RPK
بسم الله الرحمن الرحيم
"Di Mana Video Testimoni Rahimi Yang Saya Serahkan Kepada Peguam Anwar?" - RPK
Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.
Raja Petra Kamarudin
Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.
Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.
Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.
Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.
Beberapa wartawan telah perasan fail tebal berikat dengan pita merah yang saya bawa dan mereka bertanyakan apa yang ada di tangan saya. Saya pura-pura tidak faham dan mereka kata ketika saya tiba saya tidak membawa sebarang fail jadi fail ini pastinya telah diberikan kepada saya. Mereka mahu tahu apa kandungan di dalam fail itu.
Saya hanya tersenyum dan kata 'no komen'. Saya kemudian berjalan keluar, dan telah menghampakan ramai wartawan yang telah berkhemah di lobi hotel itu sejak malam semalam dan sedang kelaparan berita.
Malam itu saya kembali semula ke hotel dengan kamera video saya. Masih terdapat beberapa wartawan yang terhendap-hendap di sekitar tempat tetapi saya berjaya mengelakkan mereka dan naik ke tingkat atas di mana saya bertemu Rahimi. Saya membuat rakaman video kenyataan Rahimi dan dia telah mendedahkan apa yang telah terjadi -- dia dan Saiful bertemu Najib Tun Razak, apa yang berlaku semasa pertemuan itu, dan sebagainya.
Saya sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dengan perincian yang hebat.
Selepas sesi rakaman saya membuat satu salinan video dan memberikannya kepada para peguam Anwar. Saya menyimpan pita asli di rumah. Saya kemudiannya meminta kebenaran Anwar untuk menerbitkan video itu di dalam Malaysia Today tetapi Anwar tidak membenarkannya. Ia kelihatan seperti peguam-peguamnya telah menasihatkan dia tidak membenarkannya. Mereka merasakan pendedahan ini patut disimpan sebagai bukti untuk perbicaraan.
Saya memberitahu Anwar saya tidak bersetuju dengan strategi ini. Saya merasakan video ini patut dihebahkan segera. Perbicaraan tidak penting, saya memberitahu Anwar, kerana mereka akan memastikannya bersalah walau apa pun bukti yang Anwar ada.
Rahimi dan isterinya Febby
Saya dapat rasakan mereka akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membawanya ke penjara, dengan bukti yang dia ada sepatutnya digunakan untuk membersihkan namanya. Lantaran itu adalah lebih baik untuk menghalang setiap langkah yang mungkin mereka ambil dengan menghebahkan video itu ketika Rahimi masih lagi 'friendly party'. Wang boleh mengubah ramai orang dan jika orang-orang Najib berpeluang menghampiri Rahimi , dengan harga yang betul, dia boleh mengatakan bahawa video itu adalah tipu atau dia dipaksa untuk memberi keterangan palsu di dalam video, atau apa sahaja.
Rahimi bercakap dengan bebas dan terbuka. Saya atau isteri tidak menyeksanya atau memaksanya supaya membuat kenyataan seperti di dalam rakaman vidoe itu. Ia telah dibuat dengan relahati dan sukarela. Lagipun , saya seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu dengannya dan tiada toughies atau pengawal-pengawal peribadi yang hadir. Dia mempunyai pilihan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan apa yang dia perkatakan. Ia di atas persetujuannya sendiri untuk memberi keterangan bahawa dia dan Saiful telah pergi ke pejabat Najib untuk membincangkan bagaimana untuk mencipta dakwaan liwat ke atas Anwar.
Saya berpendapat kami memiliki sesuatu yang sangat mudah meletup dan ia seharusnya segera didedahkan kepada orang awam. Tetapi Anwar mendengar pendapat peguam-peguamnya dan saya gagal membuatnya mengubah fikiran. Saya malahan berkira-kira untuk melawan Anwar dengan meneruskan menghebahkan video itu. Lagipun , saya merasakan yang peguam-peguamnya telah salah bertindak dan keseluruhan episod ini akhirnya akan mengenai muka sendiri jika mereka tidak berhati-hati.
Bagaimanapun , saya mendengar kepada Anwar, walaupun dengan berat hati, dan tidak melakukannya. Tetapi saya ada berpesan kepada Anwar yang peguam-peguamnya harus melakukan apa arahannya dan bukan dia yang mengikut arahan peguam-peguamnya. Biar peguam-peguam fokus dalam persediaan untuk perbicaraan dan serahkan strategi-strategi politik kepada kami yang lebih arif, saya beritahu Anwar. Saya juga memberitahu perkara ini kepada Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Ahli Parlimen TELUK KEMANG, yang turut serupa -- bersetuju dengan saya dan berfikir yang peguam-peguamnya telah bertindak salah.
Tiga bulan kemudian, pada September 2008, polis datang ke rumah saya untuk menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka menghabiskan masa berjam-jam menggeledah rumah saya untuk mencari 'bukti'. Mereka akhirnya menjumpai koleksi video-video, VCD dan dokumen-dokumen lain.
“Ini apa?” mereka bertanya sambil memegang video.
“Ia pastinya bukan porno atau rakaman saya dan isteri sedang mengadakan hubungan seks,” jawab saya. (Saya menyembunyikan semuanya di tempat lain Boom, Rodi, Vic, MsMo and Chris boleh mengesahkannya). Ia adalah rakaman-rakaman peristiwa, saya beritahu polis.
Polis itu memaklumkan saya bahawa mereka perlu merampas semuanya. Saya membantah tetapi tidak berguna dan semua video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen diangkut oleh pihak polis.
Dua bulan kemudian, pada November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan saya dibebaskan. Tetapi polis tidak mengembalikan semua barangan saya yang telah mereka ambil. Sehingga hari ini polis masih memiliki video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen.
Bagaimanapun , salinan-salinan yang saya buat semasa pengakuan Rahimi / testimoni berada bersama kumpulan peguam Anwar. Jadi apa yang telah terjadi kepada mereka? Ini adalah sesuatu yang Anwar kena jawab.
Pada 1999, semasa perbicaraan Liwat 1, saya memberitahu Anwar yang saya mendapat makluman beberapa peguam-peguamnya telah dibayar oleh UMNO. Kerja mereka ialah untuk mengganggu perbicaraan supaya kerajaan boleh mensabitkan dakwaan terhadap Anwar.
Anwar, sudah tentu, tidak mempercayai saya. Dia berfikir yang semua peguam-peguamnya adalah jelmaan malaikat. Saya merasakan bahawa ada beberapa diantaranya adalah jelmaan syaitan.
Dan ianya benar, dua daripada para peguam Anwar telahpun keluar dan menyeberangi UMNO. Mungkin mereka tidak benar-benar menyeberang kepada UMNO. Mungkin mereka sebenarnya sudah lama bersama UMNO dan berjaya telah memasuki di dalam kumpulan peguam Anwar supaya mereka boleh menjejaskan pembelaannya.
Sekarang saya bertanyakan kepada Anwar: adakah dia amat yakin dia tidak mempunyai sebarang 'tahi lalat' UMNO di dalam kumpulan peguamnya yang sedang mengusahakan perbicaraan kes Liwat 2? Jika tidak, di mana perginya salinan-salinan rakaman video yang saya telah berikan kepada mereka? Adakah ia menghilang secara misteri? Kalau begitu , bagaimana boleh hilang?
Sekarang Rahimi mendakwa dia telah dipaksa supaya menandatangani Statutory Declaration (Akuan Bersumpah). Dan saya mempunyai satu rakaman video untuk membuktikan bahawa ia tidak begitu. Tetapi polis telah mengambil pita-pita induk dan ia kelihatannya seolah-olah para peguam Anwar juga telah kehilangan salinan-salinan rakaman itu. Tidakkah anda mengesyaki sesuatu?
Sebab tu lah! Bila saya mengkritik Anwar dia menjadi sangat marah dengan saya. Bila saya menuduh yang dia dikepung oleh 'tahi lalat', Trojan Horses, Judas dan Brutus, dia kata saya bersikap nakal dan berniat jahat dan ia adalah untuk kepentingan tertentu demi wujudkan perselisihan dalam PKR. Dia merasakan saya sebuah kilang yang bermotif untuk memusnahkan perpaduan parti.
Baiklah, jawab satu soalan ini: di mana rakaman video testimoni Rahimi, yang saya telah berikan kepada peguam-peguamnya?
Aiyah Datuk Kamarul! Cakap dengan Anwar lah! Saya dah bosan nak cakap. Dan saya tahu anda juga turut merasa perkara yang sama kerana anda sudah puas mengeluh terhadap perkara yang serupa. Tetapi nampaknya kita perlu untuk menyelamatkan Anwar dari dirinya -- atau sekurang-kurangnya dari orang di sekelilingnya.
Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.
Terjemahan artikel : So, who was right, Anwar or I?
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Friday, October 15, 2010
BAJET TERBANGANG ABAD INI
بسم الله الرحمن الرحيم
Duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.
“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, penyembur rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.
Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.
Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”
Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.
Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.
Note: Bik mama punya bajet la ni.. nak membeli belah kluar negara dah takut.. jadi suruh jer la mat monggol yang bangang tu hapuskan cukai import barangan ni.. kah..kah..kah..kah..
Note: beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, penyembur rambut, Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu... Kah..kah..kah..kah... Bajet terbangang di abad ini... kah..kah..kah..kah.. alahai rakyat malaysia.. apa la nasib dapat menteri perdana yang bangang...!!! Ni bukan bajet negara ni tapi bajet duit rakyat untuk ekonomi bini.. kah..kah..kah..kah... Alahai orang-orang umno.. dapat ketua pun bodoh...!! kah..kah..kah..kah.. pastinya korang lebih bodoh dari ketua korang ni... kah..kah..kah..kah...
Note: Mari kita beramai-ramai beli pakaian malam, seluar dalam dan kelambu.. kah..kah..kah..kah... tiap-tiap hari kita beli .. kerana inilah sahaja barangan yang menteri perdana kamu elakkan dari cukai import.. kah..kah..kah..kah.. kalau rasanya nak beli ikan, daging dan beras mahal, kita beli dan makan jer seluar dalam berlaukkan kelambu dan berulamkan pakaian dalam... kah..kah..kah..kah...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
LAWAK MENTERI
بسم الله الرحمن الرحيم

Klik pada image untuk besarkan... hehehe
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
ISA TINDAKAN PALING MUDAH LINDUNGI DALANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Isu Imigresen - Rakyat Diperbodohkan Lagi . Tindakan regim tahan pegawai Imegresen untuk lindungi 'jerung besar'
Tindakan regim penguasa menahan pegawai Imegresin di bawah ISA merupakan usaha melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam Imegresen yang melibatkan 'jerung besar'.
Regim terpaksa bertindak kerana orang ramai sudah terlalu bising, malah sudah jadi rahsia umum mengenai kegiatan korupsi dikalangan pegawai Imegresen dalam hal membawa masuk tenaga kerja asing. Tindakan ini juga kerana takut dengan tekanan negara asing khususnya Amerika Syarikat kerana negara ini sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa kegitan yang berlansung sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleudup manusia' , pasti didalangi oleh orang - orang besar.
Menurut Menteri Keselamatan dalam Negeri, Tujuh pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.
Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan' terlambak dan terdedah' di depan rakyat.
Ini bukan satu yang tidak mungkin, ketika sesi lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu che'GuBard sendiri ada berjumpa seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi Kad Pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia. Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan ialah atas arahan sulit dari atas yang dia terlibat dalam memberi Kad Pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihanraya pada ketika itu.
Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan dibawah ISA kerana untuk elakan penyiasatan dan pendakwaan akan mendedahkan apa sebenar yang berlaku.
Mansuhkan ISA yang menjadi alat pelindung kepada kekuasaan regim. - cheguBard
Hari ini Rakyat Kena Tipu Lagi - Bekas KP Imigresen Bebas Tuduhan Rasuah
Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tuduhan rasuah.
Keputusan itu dibuat oleh hakim Rosbiahanin Arifin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.
Wahid, 58, didakwa menerima suapan RM60,000 pada tahun 2008 daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan visa bagi 4,337 pekerja Bangladesh memasuki Malaysia.
Wahid, didakwa menerima wang itu sebagai bayaran upah dan kesalahan itu didakwa dilakukan rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Jalan Duta, pada jam 10.15 malam 10 Julai.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..