بسم الله الرحمن الرحيم 
MANGSA menunjukkan laporan polis dan tempat dia disimpan di Kampung Baru Cina, Kulim.
GEORGETOWN: Lari dari mulut buaya, masuk mulut naga. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan penderitaan seorang isteri yang menjadi mangsa pemuas nafsu seorang anggota polis sejak 10 tahun lalu.
Wanita berusia 40 tahun, dari Sungai Nibong di sini, pada awalnya mengharapkan persahabatan dengan anggota polis berusia 47 tahun berkenaan boleh menamatkan penderitaannya yang sering dipukul suami.
Malangnya, wanita yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 18 tahun itu hidup terumbang ambing dan bergelumang dosa kerana dipaksa menjadi perempuan simpanan walaupun masih bergelar isteri orang.
Malah, sejak bersekedudukan dengan lelaki itu, dia mendakwa sudah sembilan kali menggugurkan kandungan sehingga rahimnya rosak dan dipaksa mengambil ubat pencegah hamil.
Dia membuat pengakuan itu kepada Berita Harian dalam satu pertemuan di sini sebelum menunjukkan 'markas' tempat anggota polis itu memuaskan nafsunya.
Mengimbau kisah dukanya, wanita itu mendakwa bertemu anggota polis itu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah pusat kecantikan di Bukit Jambul dan keesokannya, lelaki itu menunggunya dan mahu berkenalan.
"Saya memberitahunya saya sudah bersuami tetapi dia tetap mahu berkawan. Saya kemudian menerimanya sehingga dia berani 'merampas' saya daripada suami ketika berada di rumah," katanya.
Wanita itu juga mendakwa anggota polis itu cuba menyalahgunakan kuasa bagi memerangkap suaminya, tetapi ia diketahui pegawai atasannya dan dia ditukarkan ke tempat lain.
Walaupun ditukarkan, anggota polis itu masih berhubung dengannya dan mendakwa seperti dipukau kerana akan mengikuti apa saja yang dikatakan lelaki itu tanpa berani melawan, memendam perasaan serta sentiasa ketakutan.
Dia juga ke tempat anggota polis itu setiap hari selepas bekerja dan ditempatkan di rumah yang tersorok di sebuah kawasan kediaman.
"Setiap hari saya dipukul, didera, dicekik dan diterajang sehingga selalu mengalami sakit dalam badan. Saya juga dipaksa makan dan minum makanan yang dibelinya yang dipercayai dijampi," dakwanya.
Sepanjang 10 tahun berkeadaan begitu, suaminya tidak mengendahkannya lagi kerana kecewa dengan perbuatannya yang bersekedudukan dengan anggota polis itu, manakala hubungan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan isteri anggota polis itu.
Dalam tempoh itu, setiap kali hari raya, dia akan dikurung dalam rumah dengan hanya berbekalkan roti, kaya dan air kosong.
Wanita itu mendakwa, pada 14 Januari lalu, dia dirogol dalam tandas kira-kira jam 10.30 malam oleh seorang lelaki tidak dikenali.
Apabila memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis itu, dia dipersalahkan dengan mendakwa cuba mengkhianati perhubungan mereka dan dimarahi serta dipukul sebelum ditinggalkan dalam kesakitan.
"Selepas itu saya menghubungi kakak angkat untuk mendapatkan bantuan dan pergi ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan," katanya.
Dia turut membuat laporan polis mengenai kejadian rogol pada 16 Januari selepas dinasihatkan doktor yang turut mendapati badannya mempunyai kesan lebam.
Selepas membuat laporan, sepasukan anggota polis diketuai seorang pegawai berpangkat Inspektor mengambil keterangan anggota polis itu tetapi memintanya mengaku dia isterinya.
"Saya kecewa dengan sikapnya, malah dia pernah mengugut akan melakukan sesuatu yang dahsyat jika perkara itu terbongkar," dakwanya yang kecewa kerana dua laporan polis yang dibuatnya di Ibu pejabat Polis Kulim, Kedah tidak diambil tindakan. - BH
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Tuesday, February 2, 2010
JADI HAMBA SEKS ANGOTA POLIS
Monday, February 1, 2010
EKONOMI JATUH, KERAJAAN TETAP KIKIS PETRONAS
بسم الله الرحمن الرحيم
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
DEY TAMBI... BANYAK KUAT BELIT AAA...
بسم الله الرحمن الرحيم 
Zambry Cabar Nizar Dan Wakil Rakyat Pembangkang Kosongkan Kerusi
IPOH, 1 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.
Beliau berkata Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini Isnin.
Beliau mengulas kenyataan Mohammad Nizar sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Feb ini berpihak kepadanya.
Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.
"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya. - Bernama
Note:
Apa kejadahnya si mamak penyapu ni. nak belit pun patut-patut la.. nama jer doktor, buat kenyatan macam budak sekolah rendah je. doktor ayam...!!!
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
UMNO BUAT TAK APA.. MEDIA PERDANA TAK AKAN KELUARKAN PUNYA.
بسم الله الرحمن الرحيم
Ketua UMNO Bhgn. Pendang Guna Sekolah Bantai Kerajaan Negeri Kedah
Mananya walk the talk Menteri Pelajaran oii. KPI kamu dimana!!
Kalau dizaman Pak Lah, sering kita dengar perkataan " walk the talk", tetapi diaman DS Najib ni tak lagi kedengaran perkataan macam itu, apa yang sering didengari adalah hanya satu Malaysia, rakyat didahulukan.
Beberapa kali didalam perbahasan ana telah menyentuh berkenaan dengan walk the talk yang sering diabaikan oleh kebanyakan Menteri BN ini, Apa yang mereka perkatakan itulah yang mereka langgari. Sering kita dengar sekolah jangan dijadikan gelanggang politik, guru dan anak murid disekolah jangan dicampur adukkan dengan politik, tetapi itulah pengkhianatan yang amat sering dilakukan oleh UMNO dan BN ini.
Mereka larang orang gunakan sekolah untuk gelanggang politik, tetapi merekalah yang sering menjadikan sekolah sebagai gelanggang politik.
Dalam perbahasan peringkat jawatan kuasa bajet 2010 dalam perlimen bulan Disember lepas, ana ada sentuh pasal sekolah tidak benarkan kami wakil dari Parti Pemerintah di negeri Kedah ini masuk kedalam dewan sekolah untuk sama-sama berada diatas pentas semasa majlis pencapaian hadiah cemerlang, tetapi kalau mohon derma sekolah kerajaan Malaysia inilah yang paling kerap memohon, apa yang dijawab oleh Dr Fuad Zarkashi, ia akan beri jawapan secara bertulis berhubung perkara tersebut, namun sampai sekarang ana masih belum menerima jawapan daripada beliau lagi.
Apa yang ana paparkan disini adalah apa yang berlaku 2-3 hari lepas di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Puteh Dalam
dalam kawasan ana di Pendang dimana ketua UMNO bahagian, telah menggunakan dewan SMK itu untuk berucap menghentam kerajaan Negeri Kedah dibawah Pakatan Rakyat dengan berbagai hujjah yang tidak ada fakta dan bukti kepada para ibu bapa yang terpaksa hadir atas alasan anugerah cemerlang untuk anak-anak mereka , ramai yang melahirkan rasa meluat dan geram dengan program ini, kata mereka kalau tahu Ketua Bahagian UMNO yang hadir, dari awal mereka tak sudi untuk hadir pada hari itu. Mereka merasakan telah ditipu, Menteri mengajar supaya sekolah tidak digunakan untuk kepentingan politik, tetapi membiarkan UMNO menyalahgunakan sekolah untuk kepentingan politik.
Ana tak kisah kalau mereka nak bagi wang ke, hadiah ke kepada murid cemerlang kerana duit peruntukan untuk Ahli Parlimen Pendang satu sen pun ana tak dapat dari peruntukan untuk kawasan Parlimen, tetapi janganlah menggunakan sekolah untuk meracuni fikiran anak-anak murid kerana itulah yang dilarang oleh Menetri Pelajaran sendiri, harap suatu tindakan perlu dikenakan kepada mereka yang membenarkan sekolah digunakan untuk program meracuni fikiran murid sekolah dengan aktiviti songsang ini.
Yang datang pula buka PPD ke atau Ketua Pengarah Pelajaran ke, tetapi Ketua UMNO Bahagian. Dah nampak jelas tak ada KPI Menteri Pelajaran ni.
Kalaulah begini kata mereka, makin ramai guru dan ibu bapa akan lebih meluat kepada UMNO pada PRU ke 13 nanti. Ana memang sokong cara ini kerana kalau berterusan peristiwa macam ini berlaku, ana tak payah lagi nak teruk berkempen kepada cikgu-cikgu untuk memberi sokongan kepada PAS lepas ini.- kedahlanie
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
' MAK JAN ' JAJA TUBUH MONTOK
بسم الله الرحمن الرحيم
Mak Jan oh Mak Jan
KUALA LUMPUR: Kelab janda bergetah! Itu jolokan diberikan kepada sebuah pusat karaoke terkemuka di ibu kota kerana kebanyakan pelayannya terdiri daripada kumpulan janda warga tempatan yang masih muda dan mempunyai bentuk badan menggiurkan.
Difahamkan, kebanyakan pelayan di premis terbabit digelar ‘mak jan’ selain dikatakan mampu mengaut pendapatan mencecah RM15,000 sebulan.
Tidak cukup dengan itu, kebanyakan ‘mak jan’ cuba menggoda pelanggan untuk mendapatkan pendapatan tambahan RM200 dengan menawarkan khidmat seks dalam tandas bilik karaoke berkenaan.
Berdasarkan siasatan wartawan Harian Metro, tandas terbabit turut menyediakan sebuah kerusi panjang yang digunakan sebagai ‘katil’ untuk melakukan seks.
Selain itu, sebuah laluan kecemasan turut disediakan dalam tandas itu sebagai lorong rahsia sekiranya premis terbabit diserbu pihak berkuasa.
Turut menjadi tarikan pelanggan apabila lampu bilik karaoke itu akan ditutup sebaik menghampiri waktu kemuncak sebagai isyarat membolehkan pelanggan melakukan pelbagai aksi terhadap pelayan terbabit.
Malah, kumpulan ‘mak jan’ itu juga bersedia mengikut pelanggan mereka ke rumah untuk menjadi teman sepanjang malam dengan mengenakan bayaran berasingan RM500.
Selain kebebasan yang ditawarkan di premis berkenaan, pusat karaoke itu turut diberi jolokan sebagai ‘syurga karaoke’ di kalangan pelanggan kerana kekebalannya menjalankan aktiviti haram itu biarpun premisnya berhampiran sebuah balai polis.
Itu kehebatan ‘syurga karaoke’ yang dikatakan sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu selain memiliki ratusan pengunjung saban malam.
Difahamkan, premis terbabit beroperasi bermula jam 8 malam hingga 3 pagi dan kebanyakan pengunjung pusat berkenaan terdiri daripada warga emas berpoket tebal-HMetro
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
IKLAN SEKS DALAM BUKU PANDUAN TALIPON
بسم الله الرحمن الرحيم
ANTARA iklan khidmat seks yang dipaparkan pada buku panduan telefon terbaru yang telah diedarkan di seluruh negara.
kosmo – [...] Tanpa disedari, iklan-iklan berbau perkhidmatan seks yang dipercayai bernilai lebih RM1 juta telah tersebar ke seluruh negara dengan sewenang-wenangnya walaupun ia telah diharamkan.
Sekurang-kurangnya 70 iklan perkhidmatan urut dan teman penghibur bagaikan ‘dihalalkan’ apabila didapati dicetak pada enam helaian muka surat dalam buku panduan telefon iklan dan diedarkan secara percuma sejak pertengahan tahun lalu.
Sebahagian besar iklan tersebut hanya memaparkan nombor telefon bimbit dan bentuk perkhidmatan yang disediakan tanpa menyatakan alamat pejabat yang lengkap, dipercayai bagi mengelak premis operasi mereka dikesan pihak berkuasa.
Malah ada juga yang memaparkan lukisan gadis-gadis dengan aksi yang seksi serta perkataan-perkataan Inggeris yang me narik perhatian pelanggan seperti ‘pleasure,’ ‘young friendly companion,’ ’secret’ dan ‘indoor and outdoor services.’…selanjutnya [KLIK DI SINI]
Manakala KDN berkata -
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan pihaknya terlepas pandang sehingga buku panduan telefon iklan melampau bagi edisi 2007/08 telah diterbitkan dan diedarkan ke seluruh negara. Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Penerbitan KDN, Zailani Hashim.”Kami mungkin terlepas pandang. Terlalu banyak buku di negara ini diterbitkan, bahkan mencecah jutaan buku.”Jika kita teliti satu persatu, pasti tak sempat dan ke biasaannya kita hanya mampu mengambil tindakan setelah ia berada di lapangan (pasaran) selepas menerima aduan atau maklumat,” katanya.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Sunday, January 31, 2010
DUA HOTEL DI MELAKA DAPAT ANUGERAH HOTEL TERKOTOR DI ASIA
بسم الله الرحمن الرحيم
Apakah malangnya rakyat Melaka. Rakyat melaka dimalukan sekali lagi! Selepas Eye On Malaysia disita hari ini rakyat Melaka diaibkan sekali lagi apabila dua buah hotel terkemuka di negeri ini mendapat anugerah hotel terkotor di Asia. Dua hotel berkenaan diletakkan kedudukan ke 4 dan ke 9 paling kotor di Asia berdasarkan satu kajian antarabangsa melalui maklum balas mereka yang pernah menginap di hotel berkenaan.
Perkara ini dinyatakan oleh Penasihat Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Chua Kim Tee.
Kini imej Melaka semakin merudum di kalangan pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Dalam hal ini kita wajar berterima kasih kepada pihak hotel dan kerajaan negeri yang bekerja keras serta berganding bahu sehingga melayakkan Melaka mendapat anugerah yang cukup berprestij ini. Maka benarlah slogan yang terpampang apabila memasuki negeri Melaka ' Melawat Melaka bermakna melawat Malaysia'.
Jika Hotel Water City sebelum ini diarah tutup oleh kerajaan negeri kerana tunggakan hutang bil air kepada Syarikat Air Melaka dan hutang lain kita tunggu apakah tindakan kerajaan negeri dalam hal ini. Adakah kerajaan negeri akan bertindak terhadap hotel berkenaan yang salah sebuah daripadanya dimiliki oleh bekas pemimpin kanan Umno negeri ini. - angkasanuri
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
ARE YOU GETTING THE MOST USE OF YOUR VEHICLE ?
PKR DULU, KINI DAN SELAMANYA DENGAN MASALAH YANG SAMA
بسم الله الرحمن الرحيم 
GEORGETOWN - Selepas kurang 24 jam mengkiritik secara terbuka pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Jawatankuasa Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (foto) menjadikan ’bossnya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran kedua.
Melalui temubual secara eksklusif bersama Sinar Harian semalam, Zahrain secara terbuka membidas tindakan Penasihat PKR itu yang didakwanya terlalu ghairah mengejar jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti untuk berkompromi dengan tekanan pemimpin DAP.
"Perjuangan PKR kini sudah melencong daripada matlamat asal. Dulu dia (Anwar) kata nak buat reformasi dalam pelbagai bidang untuk kebaikan rakyat dan negara tetapi sekarang sudah jadi lain," kata bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu. - malaysiaberih
Bila nawaitu Wakil Rakyat bukan untuk membela rakyat ...
Namanya pun Wakil Rakyat ... dan naik pun kerana rakyat ... jadi yang perlu diutamakan adalah rakyat yang menaikkan nya BUKAN poket sendiri ...
Tapi kebanyakkan wakil rakyat ni lebih mengutamakan poket sendiri dulu sebelum rakyat ... Ini lah yang terjadi kepada Bekas Pengerusi PKR Negeri (Pulau Pinang) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru, yang dikatakan berura-ura untuk melompat parti bersama beberapa lagi wakil rakyat Pakatan kedalam UMNO.
Zahrain dikatakan kecewa sangat selepas Ketua Menteri LGE menolak cadangan dari sebuah syarikat yang ingin menguruskan Kelab Golf Bukit Jambul. Tidak pula disebutkan apa hubungan Zahrain dengan syarikat ini. Tapi kalau tak ada apa-apa hubungan masakan Zahrain begitu marah pada LGE sehingga menggelarkan nya (LGE) sebagai seorang Diktator, cauvanis dan berpikiran komunis.
Ini lah sikap kebanyakan wakil-wakil rakyat kita sekarang ni. Poket sendiri yang diutamakan bukanya rakyat. Bila poket sendiri tak dapat dipenuhkan, parti dan rakyat yang jadi mangsa. Sampai bila akan jadi begini? - mimpi-senja
Note:
Inilah muka-muka kalau berjuang kerana wang dan pangkat. YB PKR ni kebanyakannya serpihan dari UMNO. Bila duduk dalam umno dah tak laku cuba pula memperjudikan nasib dalam PKR. Bila kemahuannya tidak dipersetujui mula la nak buat onar. Kerana mereka tahu mereka akan diberi perhatian oleh pihak gerombolan yang sentiasa dahagakan isu. Namanya akan dijulang sementara waktu seperti Jamaludin Radzi, Othman Jailu, Ezam Mohd Noor, Mohd Radzi Salleh dan kini bakal menyusul Zulkifli Nordin, Zahrain Mohd Hashim dan mengikut ura-ura mungkin ramai lagi yang bakal menyusul. Bak kata kawan aku.. bagus la kalau macam ni. Sekurang kurangnya kita tahu la mereka ni berjuang untuk apa. Tapi pendapat aku sedikit berbeza. bukan itu persoalannya.. ini soal kredibiliti parti.. bagaimana dari permasalahan ini memberi kesan kepada keyakinan rakyat serta penyokong, ditambah pula dgn hentaman media pencacai yang bakal memberi kesan kepada makcik dan pakcik di kampung. So untuk PKR sampai bila nak begini ? Jangan terlalu bernafsu melihat robeknya kain orang lain.. cuba pandang-pandang rumah kita sendiri dah nak roboh.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
WANITA TAK BERSALAH DITEMBAK, DITENDANG, DIPIJAK DAN DIPAKSA MEMBUAT PENGAKUAN TANPA SEBAB
بسم الله الرحمن الرحيم Seorang Ibu Tunggal Ditembak Tanpa Sebab
Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.
Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.
Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.
Dipaksa untuk membuat pengakuan
Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.
Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.
Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.
Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.
Kemalangan jalan raya, kata polis
Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.
Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini. - berita penuh klik DISINI
note:
Polis Malaysia yang baik hati...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..














