
Bismillahirahmannirahim..
ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia.
Bersyukurlah kerana Allah SWT menghijab segala aib kita daripada mata manusia. Apakah rahsia yang anda sembunyikan itu? Jika ia suatu kejahatan, maka banyakkanlah istighfar, kalau rahsia itu adalah amal ibadat yang ikhlas, maka bersyukurlah kerana Allah SWT menunjukkan diri anda.
Al-Shaikh Muhammad Salih Al-Munajjid menukilkan dalam kitabnya Silsilah A’mal al-Qulub: "Imam al-Mawardi menghasilkan penulisan yang banyak dalam bidang tafsir al-Quran, fiqah dan cabang ilmu lainnya. Namun tiada satu pun karyanya yang diterbitkan semasa hidupnya, melainkan ketika saat akhir hayatnya. Beliau berkata kepada sahabatnya "Semua buku itu adalah hasil karyaku, aku berwasiat kepadamu jika aku sedang menghadapi nazak, letakkanlah telapak tanganmu pada telapak tanganku. Jika aku menggenggamnya ketahuilah bahawa tidak ada satu pun daripada hasil tulisanku itu diterima oleh Allah Taala. Bawalah buku-buku itu ke sungai Tigris dan campakkanlah ia semua ke dalamnya. Sebaliknya, jika aku membuka tanganku, maka ketahuilah bahawa semuanya diterima Allah Taala sebagaimana yang kudambakan dari-Nya." Ternyata Imam al-Mawardi.. membuka tangannya dan sesuai dengan wasiatnya buku beliau telah diterbitkan.
Cukuplah hanya Allah SWT yang tahu segala amal baik yang dilakukan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menghebahkan amal berkenaan. Ia tidak salah jika diniatkan untuk memberi teladan kepada orang lain dan supaya syiar Islam dapat dijadikan contoh manusia seluruhnya. Tetapi bagaimana dengan risiko sifat riak yang merosakkan amal?
Jika kita tidak mahu terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut ini. Dikatakan bahawa beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.
Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya "Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab "Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu." Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.
Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya "Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata "Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman "Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu." Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.
Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya "Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab "Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana . Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka." Hadis riwayat Imam Muslim
Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan "Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah."
Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud "Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan." (Surah Al-Furqan: Ayat 23).
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Wednesday, September 16, 2009
RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN
E-CARD BUAT PENGUNJUNG DAN FOLLOWER BUJANG SUSAH
Bismillahirahmannirahim..
Khas buat Pengunjung serta folowers blog BUJANG SUSAH. E-card ini sebagai tanda ingatan semoga bersahabatan kita sentiasa berpanjangan hendaknya. Maafkan segala keterlanjuran hamba selama ini. Ampun maaf dipinta di lebaran yg bakal menjelma. Semoga dipertemukan dgn Ramadhan yang akan datang insyaAllah. Maaf Zahir & Batin.
UNTUK SAHABAT2 PENGUNJUNG DAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, KALAU SUDI AMBILAH E-CARD NI.. KALAU RASA BUAT MENYEMAK JER KAT BLOG ANDA X PAYAH JER LAA.. HEHEHE.. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
KAD RAYA DARI SAHABAT 2
BENARKAH NUZUL AL-QURAN ITU PADA 17 RAMADHAN..?
Bismillahirahmannirahim..
Benarkah Nuzul Al-Qur’an itu pada 17 Ramadhan seperti yang disambut oleh Masyarakat Melayu ?
Jawapan :
Jawapan saya ialah, tidak benar.. kerana hal ini bahkan bertentangan dengan banyak riwayat yang sahih dan bahkan Al-Qur’an itu sendiri menyebut secara jelas bahawa turunnya Al-Qur’an itu ialah pada malam al-Qadr dan hal ini bertepatan dengan riwayat yang sahih yang mengatakan berlakunya Al-Qadar ( lailatul qadar ) itu pada sepuluh malam yang terakhir bukan 17 Ramadhan.
“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an pertunjuk kepada manusia..” (Al-Baqarah : 185).
“Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Qur’an itu pada malam al-Qadar” (Al-Qadr : 1).
Demikianlah hal yang berlaku dalam masyarakat Melayu iaitu asyik nak menyambut sahaja apa-apa pun macam orang Hindu sahaja tanpa tahu asal usul dan hal sebenar.
Ini kerana dalam masalah nuzul al-qur’an ianya tidak dapat dipastikan bilakah diturunkan Al-Qur’an itu secara tarikh tepat iaitu pada hari ke berapa dan malam apakah baik 17 apakah 18 dan apakah malam 19 Ramadhan.
Diriwayatkan rasulullah pernah bersabda : “ Diturunkan suhuf Ibrahim pada malam pertama di bulan Ramadhan dan diturunkan Taurat…dan diturunkan Al-Qur’an pada malam 24 Ramadhan” (hadith ini hasan riwayat Ahmad dan Ibn Abi Hatim dan Ibn Jarir dengan rijalnya rijal yang siqah kecuali Imran al-Qathan dan dianya soduq waham dan punyai syahid dari hadith Ibn Abbas yang marfu’ .
Dikeluarkan oleh Ibn Jarir dan Abi Hatim dan juga Baihaqi dan lain-lain mengenai soalan Athiyah ibn Aswad kepada Ibn Abbas ra berkenaan penurunan Al-Qur’an yang disebut berlaku pada malam lailatul qadar dalam Bulan ramadhan maka dijawab oleh Ibn Abbas ra dengan mengatakan ianya (Al-Qur’an) diturunkan sekaligus pada malam lailatul qadar dalam bulan Ramadhan dan juga dalam riwayat lain Ibn Abbas mengatakan ianya (Al-Qur’an) diturunkan secara jumlah keseluruhannya pada malam 24 Ramadhan ke Baitul Izzah di langit dunia dan kemudiannya Jibrail as... menurunkannya kepada rasulullah sedikit demi sedikit (Sahih riwayat Tibrani no. 12243 dan Disahihkan oleh Hakim dan disepakati Adz-zahabi, Baihaqi dan Ibn Jarir).
Secara sahih penurunan Al-Qur’an sekaligus keseluruhannya berlaku pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan dan hal itu jelas disepakati namun apakah Lailatul Qadar itu yang berlakunya penurunan Al-Qur’an tersebut dari sisi Allah ke langit dunia di Baitul Izzah ialah pada malam ke 17 Ramadhan maka ini tiada dalil yang jelas dan lain-lain waktu seperti yang mengatakan pada malam sekian dan sekian kerana lailatul Qadar itu berbeza-beza pada setiap tahun menurut kehendak Allah dan juga pada lailatul Qadar yang mana satukah berlakunya penurunan Al-Qur’an itu pun hanya diketahui oleh Allah swt.
Adapun riwayat yang mengatakan ianya pada 17 Ramadhan seperti yang disebut oleh riwayat Ibn Mas’ud ra maka sesungguhnya riwayat ini ialah dhaif (lihat dalam Sunan Abi Daud no. 1384).
Juga disebut dalam kitab Hidayatul Mustanir pada Takhrij hadith-hadith dalam Tafsir Ibn Katsir ra maka pengarangnya sendiri memberi peringatan bahawa semua hadith yang mengatakan lailatul qadar itu terjadi pada awal dan pada 17 atau 19 Ramadhan maka sesungguhnya ianya ialah dhaif dan tiada sabit dari rasulullah.
“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan. " (Al-Isra : 36).
Kesimpulannya tidak payahlah menyambut sesuatu yang tidak pasti kerana ianya bukan perkara yang disuruh sebaliknya mengamalkan isi Al-Qur’an itulah yang diperintahkan dan disuruh bukannya mengadakan bid’ah dan kekarutan dan kecabulan dari kejahilan.
Baginda Salallahualaihiwasa lam bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .
" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :50).
" Dan apa-apa yang diperintahkan (ditinggalkan ) oleh rasul maka ambillah (taatlah) dan apa-apa yang ditegahnya maka tinggalkanlah" (Al-Hasyr: 7).
p/s :
Bid’ah dan kejahilan banyak berpunca dari golongan sufi, pernah ada satu cerita tentang seorang sufi yang menyimpan tanah kubur seorang wali Allah yang diambilnya semasa melawat India . Lalu ditanya kepada beliau : Siapakah wali Allah ini ? Jawabnya : Wali Allah ini aku tidak tahu siapa namanya tapi aku mendengar dia ialah wali Allah. Lalu ditanya : Di manakah tanah ini engkau ambil ? Jawabnya : dari sebuah tanah perkuburan di India, aku tidak tahu yang mana satu kuburnya secara pasti jadi aku ambil tanah ini dari sebuah perkuburan dan aku “anggap” sebagai tanah kubur si Wali Allah.
Juga perbuatan mereka yang melawati gua perkuburan ashabul kahfi dan mengambil berkat dari batu dan tanah sekitarnya dan apabila ditanya di manakah kamu ambil maka dijawab di Jordan sedangkan gua ashabul kahfi ini tidak diketahui apakah yang di Jordan, di Syiria dan di lain-lain tempat kerana tiada dalil.
Demikianlah sangkaan manusia… - ustaz.blogspot
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Monday, September 14, 2009
KL TAXI DRIVER... GIRLS PLEASE READ THIS !!!
Bismillahirahmannirahim..
Please take a few minutes to read this and please pass it on to every female you know and care about.. On Saturday, 4th July 2009 at 6:45pm my sister boarded a taxi at the Wangsa Maju LRT to return home. At the end of the road, the taxi driver stopped to pick up another male passenger who seemed to be going off the same direction. Well, my sister didn't suspect anything funny as they looked genuine, and he was going her direction and she was in a hurry..
Little did she suspect that she was in for a huge trauma! But when she asked the taxi driver to turn into the junction where she lives, the driver pretended to miss it and the male passenger said that since they were already nearer to his place, why not send him off first and the driver politely asked my sister if that's ok and she thought she was doing a good deed! As soon as they got to the end of the housing area next to the big walls of the Academy TV3, the male passenger, locked all the doors and leapt to the back and held a knife at her throat and forced her to bend her head down - she had to give up her jewelry, and the $200 cash she had. Not satisfied with only that much, they threatened for more so they drove off to Maybank Jln Setapak and took out everything she had that was around 7:30pm ....The driver returned the card after clearing the account! Then they drove off to the back area of Tasik Titiwangsa and dropped her off there. Left her with only $10 and ask her to take another taxi home! My sister had to walk a long way back to the main road to get help and she is really traumatised by all these. Later at the police station we found out that she was victim #3 that same day! Let's remind everyone we know, as it could easily happen to us too or to anyone we care about.
The lesson to be learnt here:
1.. always check the plate # BEFORE you board a taxi.
2. always check the other things that a taxi should have - the
driver's ID, the inside number etc, etc.
3. NEVER allow the driver to pick up another passenger - No matter
what! If they do, get off and just pay the man.
4. avoid taking the taxi alone, if you can.
5. be extra careful if it is after office hours.
*for Guys, Pls 4wd this to gals u know...*
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
MALAS...!!!!!

Bismillahirahmannirahim..
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....
Hehehe... Selamat menyambut syawal yang bakal menjelma buat semua sahabat2 serta pengunjung blog ini. Ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, terlebih kata2, tersentuh hati terasa jiwa. Semoga segala amalan kita diterima Allah. insyaAllah. Wassalam.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
KAD RAYA DARI SAHABAT
Bismillahirahmannirahim..
Sahabat yang tgh rajin buat banner kasi kad raya ni..hehehe... terima kasih ijoks2009
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Sunday, September 13, 2009
AIR TAPIS ATAU MINERAL..?
Bismillahirahmannirahim..
Do you know...
Did you know which is drinking water and which is mineral water.
How to identify...
There a standard which was set by manufacturer..
White bottle cap is drinking water.
Blue bottle cap is mineral water.
- IddinMconeR
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
PERHATIAN..!!! CRIMINAL TRICKS
Bismillahirahmannirahim..
Watch Out for These Criminal Tricks
(1) Today I passed by a building which has an ATM machine. There was an old man looking at me. Suddenly, he called me. He said he didn’t know how to read, so he gave me his ATM card and asked me to help him withdraw money from the ATM machine. I answered ‘NO! If you need help, ask the security to help you.’ Then he said ‘never mind…’ and continued to find other people to help him…
REMEMBER: ATM machines have CCTVs. If you help him he will later claim that you have robbed him or stolen his ATM card. Besides, his ATM card could be a stolen one. So please be careful of these tactics.
(2) Suddenly your house lights go off. From your window you find that your neighbours still have their lights. So you go out of your house to check the Meter Box. But once you open the door, a knife will be pointing at you and preventing you from closing it. This is when you will be robbed and injured.
REMEMBER: Even though your electricity suddenly goes off, DO NOT open your door immediately. Look around to see if there is anything unusual or if there is any noise around.
(3) This is another incident. You may have heard about it before; it is about a lady who saw a kid crying by the roadside. When she spoke to the kid, the kid told her he was lost and wanted her to take him home. The kid even gave her a paper with his house address. So she took him home. But when she rang the door bell, she had an electric shock. Later when she woke up, she was naked in an empty room.
REMEMBER: Being such a compassionate and helpful person might not be a good thing these days. Girls, please be careful. DON’T BE TOO KIND!
(4) One day, there was an old lady outside my house holding two packets of sweets. At first I thought she was our neighbour and wanted to give us these packs of sweets as a gift. But then when she spoke, I realise that she was foreigner. I could not understand what she was talking about. I guessed she must be asking for money. I sensed there was something wrong and immediately closed the door and ignored her. Later, I found she and an accomplice robbed someone else down the road.
(5) I was at the ATM machine to withdraw some money. Behind me, there was an old lady. She asked me...
whether I was able to withdraw my money because she said she had problem em with the machine. Suddenly a small girl came up beside me. The small girl was tugging and squeezing in front of me. I thought she was just naughty and playful. But then, the small girl placed her hand inside the tray of the ATM machine where the money was being dispensed out; ready to take away my money. I sensed something wrong and immediately pushed her away. Later I realised that the small girl and the old lady worked hand in hand together. She was trying to steal my money while the old lady was trying to distract my attention by asking me questions!
REMEMBER: BE VERY CAREFUL when you are at an ATM machine and be alert. Look out for anyone suspicious around you!
(6) My parents are retired and stay at home most days. One afternoon, a young stranger went to their house and said his motorcycle had no more fuel and the petrol station was too far away, for him to push his bike there. So he asked my parents for an empty coke bottle to buy some petrol. He said he will pay RM2 for the bottle. So my mum gave one coke bottle to him. He really took out the money from his pocket, but it was a RM 100 note. He told my mum he had no small change and asked my mum to give him the change. Luckily my mum was smart. She just told him to take it for free.
REMEMBER: obviously that note is fake! Who would want to pay for RM2 for an empty coke bottle! It’s very OBVIOUS that that stranger was a trickster.
(7) This happened in Bali. A newly married couple was having their honeymoon at the hotel. When both were in the changing room, the wife suddenly went missing. The husband was very anxious and went around finding her. He asked the hotel staff to help him find her. Then he thought his wife was just playing hide and seek. So he went back and waited for his wife. After a few hours, he decided to call the police. Three weeks passed and there was still no news about his missing wife. So he went back and was very disappointed and sad. A few years later, he came back to Bali, to watch a ‘FREAK SHOW’ in an old house. He saw a dirty and rusty metal cage. Inside there was a lady without limbs. Her body including the face was full of scars. When he had a closer look at her face, he was shocked to find out that she was his missing wife caged there and used for begging.
(8) This happened in Shanghai. A few years ago, a lady reported to the police that her cousin sister was missing in the shopping complex. But after five years, one of her friends found her cousin sister begging at the road side on one of the streets inBangkok, Thailand. The worst thing was that her cousin sister had no more limbs and her body was tied to a lamp post with a shackle (metal chain).
(9) Let’s just shorten this story. DO NOT open your house door when you hear the sound of a BABY CRYING! It might be a trap! Women in the house must be alert to this form of trick. The police said it is the work of a robber or murderer using the recording of a crying baby to attract your attention. This normally happens at night and when you are alone in the house.
(10) I read an e-mail that was sent by my friend. Her friend, known as A, went to Luo Hu Commercial City with 2 friends, B and C. Luo Hu Commercial City is known as the Shenzhen counterfeit goods distribution center.. There are many people there. It’s also near to the Shenzhen train station and Hong Kong’s Luo Hu Port. C went to the toilet at the shopping centre while A and B waited outside. After waiting for a long time they felt uneasy and went into the toilet to look for her. When they went in, there was nobody inside. Both were scared and they called C’s phone. There was no reply. So they reported to the police. The police asked them whether they had seen anybody suspicious going into the toilet. Both said there was none and it’s impossible to bring a person out of the toilet without them noticing! Then I remembered seeing a cleaner pushing a trolley in, and then coming out of the toilet. The police told them that were not the first time such a thing happened there. The police suspected a gang of criminals who were always attacking women in the toilets of shopping complexes. They use cleaners to kidnap people to harvest their organs for sale. REMEMBER: please be careful when using the toilet. Do not go to the wash room or toilet ALONE! Please at least have a partner with you.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
PENTING..!! KES PENIPUAN KAD KREDIT
Bismillahirahmannirahim..
Dear all,
Nie kisah benar kawan I. Just nak share ngan u all supaya kita sume boleh ambik pengajaran n lebih berhati2.
Subject: [PZM] Jangan ulang lagi apa yang terjadi pada Teh (Kes penipuan kad kredit)
Selamat sejahtera Abang-abang dan Kakak-kakak. Teh ingin berkongsi pengalaman yang berlaku pada Teh supaya semua rakan mengambil perhatian dan berhati-hati menjaga maklumat peribadi.
Teh menerima satu SMS pada 21/8/2009, 3.30 petang semasa di pejabat Putrajaya. SMS dari nombor 30XX (tak ingat) itu berkaitan: “AM Credit Card Center ask for transaction approval RM 3635. Please call 03- 269 XXXX(tak ingat) for further enquiry.” Teh tak ada transaction pada masa tu sebab waktu pejabat. Teh terus menelefon seperti arahan dalam SMS. Seorang lelaki Melayu (LM) mengambil panggilan saya dan berkata: “Am Bank Credit Card Center. Apa yang boleh saya boleh bantu?” Teh tanya maklumat selanjut berkaitan SMS yang diterima itu. Kemudian, LM cuba confirm nombor kad kredit Am Bank Islamic Master Gold, no. 5455 1932 8653 9021, sedang membuat transaction di Poh Kong Jewellery di KLIA. Teh memberitahu kad kredit tersebut bukan kepunyaan saya. LM menjawab itu mungkin berlaku kad kredit palsu dan kad ini masih hutang RM 5000+++. Kemungkinan maklumat peribadi Teh terbocor dan Teh perlu lapor kepada Bahagian Kad Kredit Palsu di Bank Negara. LM ”BAIK HATI” sangat, minta Teh tunggu sebentar, dia tolong transfer call ke Bahagian Kad Kredit Palsu di Bank Negara.
Kemudian, seorang lelaki India (LI) menjawab telefon, ”Bahagian Kad Palsu, apa yang boleh saya Bantu?” Teh mencerita semula apa yang berlaku. LI bercakap dengan nada yang serious dan tanya macam mana kes ini boleh berlaku. Kemudian, LI mula tanya saya ada urusan dengan bank apa? ATM dari bank mana? Kad kredit dari bank mana? FD, housing loan, car loan, insurance dengan pihak mana?....... ... LI kata semua ini akan membantu mencari punca mana kemungkinan berlaku bocoran maklumat peribadi. Kemudian , LI kata pihak Bank Negara akan membuka satu fail untuk penyiasatan dan nombor fail rujukan saya ialah PHFL 0306002. Pihak Bank Negara akan membuat satu ”Perjanjian Pengawalan Sementara”. Ini bermaksud Bank Negara akan menjalankan penyiasatan kes ini selama satu minggu. Dalam tempoh masa ini, Teh tidak boleh bagi tahu siapa-siapa untuk mengelakkan gangguan siasatan. Selepas itu, LI kata kes Teh akan serah kepada Pegawai yang bertanggungjawab. Pegawai tersebut akan membuat panggilan kepada saya dalam beberapa minit. Sebelum menerima panggilan daripada mereka, Teh tak boleh membuat panggilan atau menerima panggilan dari luar. Kemudian LI meletak telefon.
Selepas itu, seorang perempuan Cina (PC) membuat panggilan kepada Teh. PC kata namanya Chin (tapi bukan PZM kita). Untuk clarification, PC minta Teh bacakan nombor rujukan yang diberi tadi. Kemudian, minta Teh cerita semula apa yang sedang berlaku. Soalan yang ditanya pun lebih kurang apa yang ditanya oleh LI. Lupa bagi tau, walaupun PC cina juga, tapi cakap dengan Teh dalam bahasa Malaysia dan dalam nada yang serious juga. Kemudian, PC tanya Teh faham tak apa itu ”Perjanjian Pengawalan Sementara”? Kemudian.. minta Teh buat ringkasan apa yang Teh faham berkaitan dengan perjanjian tersebut.
Seterusnya, apa yang berlaku kemudian telah membuat saya rasa kesal sekali. PC kata :
1. Teh 3 hari tak boleh buat sebarang transaction , termasuk kad kredit, ATM, pass book dan online transaction. Tujuan 3 hari pertama untuk menyiasat sama ada Teh buat laporan palsu.
2. Selepas itu, pihak Bank Negara akan menyiasat kes ini dalam masa satu minggu dan akan menghantar laporan siasatan kepada Teh kemudian.
3. Dalam tempoh masa seminggu, sebarang transaction yang melebihi RM100, bank akan membuat panggilan kepada Teh untuk minta approval.
4. Sekarang, Bank Negara akan RESET Teh punya transaction history from all bank untuk memeriksa ”Si Penipu” mana lagi yang mengguna nama Teh.
5. Dalam tempoh masa seminggu ini, jika sebarang transaction berlaku bukan kepunyaan Teh atau kerugian berlaku, Teh boleh klaim dengan Bank Negara di bawah Lost Insurrance Warranty. Kemudian, PC mula tanya semua baki akaun berapa, hutang berapa...untuk mengelakkan klaim palsu.
6. PC tanya mana kad ATM yang aktif juga perlu ”Neutral” supaya orang lain tak boleh mengambil duit simpanan dalam bank. Tetapi, transaction ini mesti buat di ATM mesin. PC kata perlu pergi sekarang kerana Bank Negara habis kerja pukul 5.30 petang. (Setakat ini, Teh telah menggunakan masa 2 jam atas panggilan tersebut).
7. PC bagi h/p no. 010-2594568 dan minta call apabila sampai di ATM. PC kata procedur ini adalah “RAHSIA”. Apa yang sebenarnya berlaku bukan mengikut apa yang DINAMPAK pada skrin kerana Bank Negara sedang mengawal “NEUTRAL PROCEDURE” di Bank Negera.
8. Teh ikut apa yang PC suruh. Kemudian semua duit baki kepunyaan Teh transfer ke satu akaun nama Melayu, Baharudin bin Mohd. A.... (Maybank: 155014979195) . Apabila nama pada skrin, nama orang lain, Teh tanya pada PC. Dia kata:” Kan saya sudah cakap, apa yang sebenarnya berlaku bukan mengikut apa yang DINAMPAK pada skrin. Ini adalah prosedur mahkamah di bawah akta perlindungan aqset peribadi.”
Selepas itu, Teh telah ikat perut selama 14 hari, sehingga hari ini (3/9/2009). Teh rasa pelik mengapa bank tak call lagi untuk settle this case. Teh call the PC, telefon tidak dijawab. Kemudian Teh call Bank Negara (Nombor betul: 03-26988044) , baru dapati Bank Negara TAK ADA Bahgian Kad Kredit Palsu. Teh baru sedar Teh kena tipu. Seterusnya, Bank Negara minta Teh batalkan semua akaun simpanan, kad kredit, FD.......immediately, periksa jumlah kerugian kemudian pergi buat laporan polis.
Daripada pengalaman ini, Teh dapat belajar beberapa perkara dan ingin berkongsi dengan semua rakan:
1. KLIA tak ada Poh Kong Jewellery di KLIA
2. Bank tak akan transfer call ke Bank Negara
3. Semua kes penipuan tidak akan membuat laporan melalui telefon.
4. Sebarang masalah kewangan berkaitan akaun simpanan, kad kredit akan diuruskan di cawangan bank-bank berkenaan. Pihak bank tidak akan buat sebarang perbincangan selanjut melalui telefon.
5. Bank Negara
a. Tidak menguruskan sebarang kes penipuan. Semua penipuan diuruskan di Balai Polis berdekatan dengan tempat kejadian. Cth kes Teh berlaku di ATM Alamanda, jadi perlu lapor di Balai Polis Putrajaya.
b. Tidak berhak mengambil tahu maklumat peribadi seperti bank mana, baki berapa...... ....
c. Tiada sistem untuk melihat kita transaction history from all bank, hanya kita sendiri saja yang tahu.
6. Kalau terima SMS seperti ini, JANGAN buat panggilan pada nombor yang diberi kerana ”Penipu” menggunakan nombor panggilan lama pada pusat kad kredit atau menggunakan nombor telefon pusat kad kredit, tetapi akhir 2 digit atau 4 digit adalah berlainan. Jadi, kita perlu call nombor yang BENAR, biasa nombor sebenar kenan tunggu lama. Nak pilih bahasa, pilih jenis perkhidmatan, pin code, iklan....... baru sampai pegawai bertanggungjawab. Kalau panggilan itu cepat dijawab oleh ”Pegawai” , kemunginan besar itulah orang yang kita tak nak temui.
7. JANGAN baca sebarang nombor akaun simpanan, FD, kad kredit....dan sebagainya melalui telefon.
8. Walaupun transaction melalui ATM (transfer) pihak Bank kata, masih boleh BLOCK dalam tempoh masa 24 jam.
9. Kalau tak jelas/ tak tahu perkhidmatan teknologi terkini pada sesetengah bank tetapi diminta buat ini, buat itu, panggilan tersebut perlu HOLD terlebih dahulu, dan minta bantuan sepatut daripada orang lain.
10. Sekiranya, kebetulan kita dimaklumkan terlibat dalam sebarang kes penipuan. Jangan ambil tindakan seperti yang diminta. Buat panggilan semula kepada pusat kad kredit atau bank berkenaan to double or triple checking..
Semoga rakan-rakan lebih berhati-hati pada maklumat peribadi dan dapat mengelakkan dari sebarang kes yang tidak diingini.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,
Teh Wai Siew
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

