Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, June 22, 2009

Bumi Mana X Di Timpa Hujan, Lautan Mana X Bergelora..



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

[+/-] Read More...

Marilah Sembahyang

[+/-] Read More...

Adat Menyambut Kelahiran Dalam Islam


Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.
Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:

“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya

Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan


“ mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.

Disunatkan azan dan Iqamah
Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi
cahata mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan
diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan
syaitan”

Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

Melakukan Tahnik atau membelah mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari
telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-
perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan
sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi
berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika
tidak
ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula
dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang
alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis
diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah
dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda
Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda
mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya,
kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku”
amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya
lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

Mencukur rambut
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

Berkhatan
berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”

Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w.. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).

Manamakan anak

Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.



Ditukil dari buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi
Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman
Jasmin Enterpris
Regards
Afandi bin Mohamad

[+/-] Read More...

Tidak Yakinkah Kita Akan Janji Allah ?

Assalamualaikum

Entry ini ku tujukan khas buat teman2 yg memerlukan semangat dari seorang yg bernama sahabat. Bukan harta mengunung yg mampu untuk ku saluti kekeciwaanmu. Tidak jua cebisan kertas lembut yg bakal mengusap titisan airmatamu. Aku jua manusia sepertimu. Terkadang dugaan begitu hebat meruntun kesabaran. Namun percayalah.. Yakinlah dengan janji2 Allah jika kita seorang yg beriman. "Setiap kesusahan ada kesenangan pada akhirnya" dah Allah sentiasa bersama2 kalian yg sabar..insyaAllah.. wallahualam.

Allah Memandangmu Dengan Kasih Sayang.

59. Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh mahfuz) yang terang nyata. (Al-Anaam)

Saya suka sekali menggunakan kata-kata ini untuk menggambarkan kekuasaan Allah- setiap darah yang mengalir, setiap jantung yang berdegup, setiap hati yang berdetik dan setiap nadi yang berdenyut sentiasa dalam pengetahuan Allah. Dan tiada gugur sehelai daun pun melainkan dalam pemerhatianNya.

Segalanya dalam pemerhatian Allah. Kalau kita fikirkan, betapa sibuknya Pencipta kita ini kan. Ye la, segalanya dia kena kontrol, dari yang sekecil-kecil sampailah yang sebesar-besarnya. Tapi itulah Rabbul Alamin. Tuhan semesta alam. Dia bebas dari bersifat lemah. Jika lemah, maka di mana sifat Maha Kuasa pencipta kita ini? Jika lemah, sama lah dia dengan makhluk ciptaanNya, sedangkah Allah itu bersalahan daripada yang baru. Mana mungkin Pencipta sama dengan benda yang dicipta. Secara logiknya, adakah sama pencipta kapal terbang dengan kapal terbang yang diciptanya?

Setiap apa yang berlaku telah tertulis dan tercatat dalam Luh Mahfuz.

Tetapi kita, bila diuji dengan sesuatu yang menyentap jiwa, kita terus meratap tangis. Kenapa Allah timpakan kesusahan ini? Kenapa kita yang terpilih bukan orang lain? Apa dosa kita? Adakah Allah tak sayang pada kita lagi? Mengapa mesti terjadi macam ini?

Sedangkan kita tidak sedar, tiap ujian yang Allah turunkan itu lebih banyak yang positif daripada yang negatif jika kita berfikiran panjang dan terbuka

Situasi yang paling senang ialah putus cinta. Untuk apa kita meratap tangis hubungan yang tidak menjadi itu? Untuk apa kita berduka lara? Kalau kita pandang dari sudut lain, kaji keserasian kita dengan pasangan, kaji perangai pasangan, adakah sesuai kita bersamanya?

Dan selepas berfikir secara waras, dan berlapang dada, rupanya perancangan Allah adalah yang terbaik. Kita diberikan pengganti yang lebih baik daripada sebelumnya. Seseorang yang lebih menyayangi dan menghargai kita berbanding pasangan kita yang sebelum ini. Nah, lihatlah kasih sayang Allah. Hanya mereka yang berfikir dapat merasainya…

Segala yang berlaku adalah kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak pernah kejam pada hambanya. Tiap ujian dan dugaan yang diturunkan adalah untuk menguji hambanya. Jika tidak, untuk apa syurga dan neraka dicipta?

Setiap ujian adalah untuk melihat tahap kesabaran kita. Melihat cara kita menangani masalah. Adakah kita mengikut hawa nafsu atau berpandukan pada logik akal? Adakah kita melihat tiap masalah yang datang adalah satu beban atau sentiasa berlapang dada dan menganggap tentu ada hikmah yang tersembunyi di sebalik yang berlaku.

Seperti yang Allah sentiasa janjikan, setiap kesusahan yang kita hadapi, Allah janjikan kesenangan selepas itu. Rujuklah surah Alam Nashrah. Dua kali Allah tegaskan. Sesungguhnya selepas setiap kesulitan, ada kemudahan. Yakinlah dengan janji Allah. Kuatkanlah segala pergantungan hanya padaNya. Kerana hanyaDia yang memahami apa yang tersirat dan tersurat dalam diri kita.

138. (Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa (Al-Imran)

139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Al-Imran)

Nabi Muhammad sentiasa dipujuk dengan Al-Quran. Kenapa tidak kita juga contohi junjungan besar kita ini? Tiap kesusahan dan kesulitan, tiap resah gelisah yang menghambat jiwa, dapat diubati dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Tiap ayat yang terkandung dalam kitab suci ini adalah pengubat dan penenang jiwa. Tenanglah jiwa yang membaca dan menghayatinya dengan penuh keikhlasan. Damailah jiwa yang memahami serta mengkaji dengan penuh kerendahan hati.

Tiap ujian yang mendatangi kita, kita hadapi dengan berlapang dada dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Fikirkan segala kesan positif daripada setiap kejadian yang berlaku. Musnahkan segala bayangan negatif. Sesungguhnya bayangan negatif dan segala syak wasangka hanyalah berpunca dari syaitan.

Orang yang beriman tidak akan lemah dan longlai dengan ujian. Kerana mereka tau, ujian adalah tanda Allah mengasihi mereka. Tiap ujian yang datang, mungkin ada sesuatu yang kurang dalam diri mereka. Mereka akan berusaha lagi untuk memperbaiki diri. Kerana bagi mereka, setiap ujian dan kesusahan adalah berpunca dari mereka sendiri. Mungkin hati mereka lalai dan Allah sampaikan ujian itu untuk menyedarkan mereka.

Kehidupan ini terlalu indah untuk kita biarkan begitu sahaja. Kelalaian akan membawa kepada kemusnahan.

p/s-Untukmu…Perjuangan itu manis biarpun bergelora. Orang beriman itu, tidak gentar dengan kutukan manusia tapi takut dengan kutukan Allah.


[+/-] Read More...

Lahir Tanpa Kemaluan


Bayi berusia 10 bulan yang dilahirkan tanpa kemaluan, Muhammad Nabil Mustaqim Rodzake perlu kekal sebagai lelaki berdasarkan keadaan fizikalnya yang lebih cenderung kepada lelaki kerana mempunyai buah zakar, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Beliau yang meneliti keadaan Muhammad Nabil di kediaman keluarga bayi itu di Batu 5, di sini semalam, berkata parasnya juga lebih menyamai lelaki, manakala dari segi genetik turut disahkan sebagai lelaki kerana mempunyai kromosom XY.

"Ini disokong ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan 70 peratus hormon bayi ini lelaki. Pada pandangan saya tidak wajar jantinanya ditukar kerana mungkin alat sulitnya perlu masa untuk tumbuh.

"Tindakan menukar jantina dilihat tidak kena pada masanya kerana bayi ini juga menunjukkan kecenderungan sebagai lelaki," katanya yang meluangkan masa hampir sejam di kediaman Muhammad Nabil sambil berbincang dengan bapa bayi itu, Rodzake Namis, 35, dan isteri, Zatul Bazamah, 26.

Media sebelum ini melaporkan kemusykilan Rodzake untuk menentukan jantina anaknya yang dilahirkan dengan hanya memiliki dua buah zakar tanpa alat kelamin, selain mengalami kekurangan fizikal iaitu tiada kelopak mata dan cuping telinga kiri, mempunyai sembilan jari tangan serta saluran pernafasan sempit.

Mengenai hukum, Juanda berkata, kes Muhammad Nabil berbeza dengan khunsa yang memiliki dua alat kelamin dan hanya dibenarkan memilih jantina apabila mereka mencapai usia baligh, bergantung sama ada datang haid atau keluar air mani.

"Islam melarang insan menukar jantina, apatah lagi dalam kes Muhammad Nabil yang dari segi genetiknya disahkan lelaki.

"Saya sedar kebimbangan ibu bapa bayi ini terutama mengenai masa depan anak mereka jika alat sulitnya tidak tumbuh.

"Saya nasihatkan mereka supaya kekalkan jantina Muhammad Nabil sebagai lelaki buat masa ini dan jika ujian semula DNA mengesahkan genetik perempuannya lebih dominan berbanding lelaki, barulah hasrat menukar jantina bayi itu difikirkan," katanya.

- BERITA HARIAN


BS: Takziah untuk adik Mohd Nabil.. Allah itu maha adil.. Esok bukan milik kita..

Alhamdulillah untuk sesiapa yg ada, walaupun x kawin2 lagi.. huhuhu...


[+/-] Read More...

SISTEM EKONOMI DALAM ISLAM


Sistem Ekonomi dalam Islam ditegakkan diatas tiga tiang utama, yakni konsep kepemilikan (al-milkiyah) , pemanfaatan kepemilikan (al-thasharruf fi al-milkiyah) dan distribute kekayaan diantara manusia (tauzi’u tsarwah bayna al-naas).
Kepemilikan ini dibagi tiga, yakni (1) kepemilikan individu (milkiyatu al-fardiyah) , yaitu kepemilikan atas izin syar’i pada seseorang untuk memanfaatkan harta itu kerana sebab-sebab kepemilikan harta yang diakui oleh syara’; (2) kepemilikan umum (milkiyatul al-‘amah), adalah harta yang mutlak diperlukan manusia dalam kehidupan sehari-hari (api, padang rumput, sungai, danau, jalan, lautan, mesjid, udara, emas, perak dan minyak wangi.dsb) yang dimanfaatkan secara bersama-sama. Pengelolaan milik umum ini hanya dilakukan oleh negara untuk seluruh rakyat, dengan diberikan percuma atau dengan harga murah hanya mengambil sedikit upah perkhidmat ; dan (3) kepemilikan negara (milkiyatul al-daulah), harta yang pemanfaatannya berada ditangan seorang pemimpin sebagai kepala negara. Misalnya harta ghanimah, fa’I, khumus, kharaf, jizyah, i/5 harta rikaz, ushr, harta orang murtad, harta orang yang tak memiliki ahli waris dan tanah hak milik negara. Milik negara digunakan untuk berbagai keperluan yang menjadi kewajiban negara, seperti menggaji pegawai negara, keperluan jihad dan sebagai.
Kepemilikan individu adalah izin dari syara’ (Allah SWT) yang memungkinkan siapa saja untuk memanfaatkan dzat maupun kegunaan (utility) suatu barang serta memperoleh kompensasi – baik karena barangnya diambil kegunaannya oleh orang lain seperti disewa, ataupun karena dikonsumsi untuk dihabiskan zatnya seperti dibeli – dari barang tersebut (AnNabhani, 1996; Yusanto, 1998). Setiap orang bisa memiliki barang atau harta melalui cara-cara tertentu, yang disebut sebab-sebab kepemilikan (asbabu al-tamalluk) .
Pengkajian terhadap hukum-hukum syara’ menunjukkan bahwa sebab-sebab kepemilikan individu terdiri dari lima perkara, yakni:
• Bekerja (al-a'mal)
• Warisan (al-irts)
• Harta untuk menyambung hidup
• Harta pemberian negara (i'thau al-daulah)
• Harta-harta yang diperoleh oleh seseorang dengan tanpa mengeluarkan daya dan upaya apapun.

Dalam konteks bisnes, dari kelima sebab di atas hanya sebab pertamalah yang dapat dikategorikan ke dalam kegiatan bisnes. Bekerja dalam pandangan Islam diarahkan dalam rangka mencari kurnia rezki Allah SWT. Yakni untuk mendapatkan harta agar seseorang dapat mencukupi keperluan hidupnya, sejahtera dan dapat menikmati perhiasan dunia. Dan agar bernilai ibadah, maka pekerjaan yang dilakukan itu harus merupakan pekerjaan yang halal. Sehingga harta yang didapatnya juga merupakan harta yang sah atau halal karena melalui cara yang halal.
Wujud bekerja sangat luas, jenisnya bermacam-macam, bentuknya pun beragam. Hasilnya juga berbeza-beza. Secara umum, dapat dikategorikan dalam dua golongan aktiviti, yakni: (1) bekerja untuk mendapatkan harta (akhdu al-mal) dan (2) bekerja untuk mengembangkan harta (tanmiyatu al-mal). Keduanya berada dalam ranah aktiviti bisnes, baik dilakukan dalam bentuk usaha sendiri maupun dalam bentuk usaha bersama (syarikah).
Bekerja merupakan pengamalan dari perintah syariat Islam. Karenanya bila dilakukan dengan cara yang benar (halal) untuk mengerjakan sesuatu yang juga halal, bekerja bukan hanya akan menghasilkan harta tapi juga mendapatkan pahala dari
Allah SWT.

“Maka bertebaranlah di muka bumi dan carilah anugerah dari Allah”
(QS Al Jumu’ah : 10)

Sekalipun demikian, satu hal yang harus dipahami oleh setiap muslim adalah bahwa rezeki atau diperoleh tidaknya harta oleh seseorang sepenuhnya merupakan kekuasaan Allah. Harta yang dimiliki manusia pada hakikatnya adalah milik Allah (Q.S. 24: 33) yang diberikan atau diserahkan manfaatkan dan dikuasakan (Istikhlaf) kepada manusia (Q.S.57: 7). Makna rezeki sendiri memang adalah a’tha (pemberian), dan manusia diwajibkan untuk mencari rezeki. Tentang hal ini, manusia dituntut agar dapat menciptakan keadaan (al-hal) agar rezeki itu datang serta memanfaatkannya melalui jalan yang benar dan bertanggung jawab. Inilah makna dari ungkapan al-rizqu bi yadillahi wahdahu (rezeki di tangan Allah semata). Bisa terjadi, seseorang sudah bekerja sekuat tenaga, misalnya membuka syarikat konsultan lengkap dengan segala kelengkapan yang diperlukan, tapi dua bulan sudah berjalan tak satupun pekerjaan ataupun projek bias di dapatkan. Sebaliknya, kadang tanpa diduga, di saat kita sebenarnya tidak terlalu siap, mengalir deras order dari berbagai tempat. Jadi, jelaslah bahwa bekerja hanyalah merupakan keadaan (al-hal) yang harus diusahakan agar “rezeki di tangan Allah” tersebut datang. Dan datangnya pun tidak melulu melalui bekerja. Ada empat cara lainnya sebagaimana telah disebut di atas, di luar bekerja, yang memungkinkan datangnya rezeki ke tangan kita.
Oleh karena itu, tiap muslim wajib mengusahakan perolehan harta secara halal sehingga menghasilkan kepemilikan yang benar menurut Islam (Hasan, 1999; Abdurrahman, 1999). Dengannya, bisnes penuh ‘berkat’ dan berkah benar-benar dapat diwujudkan. Insya Allah.

Dikutip dari buku
Menggagas Bisnes Islami, M. Ismail Yusanto & M. Karebet Widjajakusuma, Gema Insani



--
"...dan selepas itu akan kembali Khilafah yang mengikut minhaj kenabian..." [HR Ahmad]

[+/-] Read More...

Sunday, June 21, 2009

Pemimpin Bodoh Atau Rakyat Di Perbodohkan?


dari blog bypass308.blogspot.com

KISAH PERTAMA:
oleh Nik Hassan Azmi
Polis mengepung tapak majlis makan malam anjuran DAP dan merampas peralatan pembesar suara di Klang.

Puluhan anggota polis ditempatkan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago di Bayu Tinggi, dimana sebuah jamuan makan malam dianjurkan bagi mengutip dana untuk parti berkenaan. Lebih 3,000 dijadulkan hadir.

Turut kelihatan ialah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk trak meriam air.

Menurut blog Charles Santiago, polis Selangor telah membatalkan permit yang sebelumkan diluluskan oleh ibu pejabat polis Klang.

"Pada jam 4.45 petang, tujuh trak FRU dan dua trak meriam air kelihatan di kawasan tersebut dan polis menutup jalan masuk ke kawasan majlis makan malam DAP itu akan diadakan," kata beliau.

Menurut Charles pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".

"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.

"Serangan pengganas? Tidak. Cuma kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.



KISAH KEDUA:
oleh Pendikar Gunung Kriang
Anehnya undang-undang 1Malaysia ni....makan pun menjadi satu kesalahan! Sudahlah berhimpun tak boleh, memberi ceramah tak boleh, memberi pendapat menyanggah keyakinan pemimpin tak boleh, berpiket tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh, sampai makan pun tak boleh?

Sampai bila hanya melakukan maksiat boleh,hanya berjudi boleh, hanya meminum arak boleh, hanya menerima rasuah boleh, hanya memberi rasuah boleh, hanya berdusta boleh....hanya membuat benda-benda buruk saja yang boleh? Aduhai 1Malaysiaku!


[+/-] Read More...

SEKALI LAGI > MINTA TOLONG SEBARKAN. AMARAN BUAT SEMUA.


Suradi Iskhandar Bin Fisol


Noor Ashikin bt Neemat


ikin


ikin 2


ASSALAMMUALAIKUM. .. Disini saya ingin memberi amaran dan peringatan buat semuanya di seluruh Malaysia mengenai kegiatan seorang penipu yang mana modus operandinya adalah menawarkan handfon murah(kastam kononnya), kereta murah(kereta anda yang akan dilarikan) dan juga perempuan2 semua berhati2 dengan lelaki ini, jangan sampai kena jual, Awas bila berhadapan dengannya kerana dipercayai mengamal ilmu hitam dgn cincin taring harimau.
Telah banyak laporan polis dibuat terhadap lelaki ini, di KL- kes tipu duit hp. JB - kes tipu duit kereta. Melaka - kes larikan perempuan.. Kedah - kes curi kereta. Dan banyak lagi kes. Merupakan bekas banduan. Berasal dari Kedah. Nama SURADI ISKANDAR BIN FISOL @ DK @ ADI (lihat gambar). Rujuk laporan polis no.repot PANTAI/000996/ 09
Sukar dijejak kerana sering berpindah2 ke bandar2 lain. Jika terlihat atau terjumpa sila repot polis dengan segera. Kalau boleh, tangkap tapi pastikan jangan bertindak seorang. Minta bantuan.
Sekarang ini dipercayai berada di Kuantan Pahang.
Saya juga merayu pada sesiapa yang ada terjumpa atau terlihat gadis dalam gambar ini Acu atau nama sebenarnya NOOR ASHIKIN BINTI NAEMAT salah seorang mangsa DK supaya dapat menghubungi saya seberapa segera AZMIE 017-3174711 @ 06-3177455 .
Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama tuan2 dan puan2 dan saudara serta saudari yang saya kasihi semua. Berhati2 lah dan awasi sekeliling kawan2 dan saudara mara semua. Saya tiada pilihan kecuali meminta bantuan disini kerana pihak polis masih lagi menyiasat.
Jika ada maklumat terkini sila hubungi Sarjan Zaki di nombor 013-624 7811

[+/-] Read More...

KETAM BERCILI



Bahan - Bahan:

• 6 ekor ketam } dibersihkan
• 3 ulas bawang putih }
• 15 tangkai cili kering } dikisar
• 3 sudu besar sos cili
• 1/2 sudu besar sos tomato
• Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Rebus atau kukus ketam hingga kulitnya bertukar warna kemerah-merahan.
2. Selepas itu, kopek kulitnya dan bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk agar isinya mudah dimakan. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau. Baru masukkan cili kering dan tumis hingga garing..
4. Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tomato. Gaul rata.
5. Bila sudah agak garing, masukkan pula cuka (jika suka), garam dan gula.
6. Kemudian, masukkan 1/2 cawan air bersama ketam. Gaul rata.
7. Sedia untuk dihidangkan.

[+/-] Read More...

KERAJAAN CAKAP X SERUPA BIKIN...



From: fizawan

Semua cara atau pendekatan tersebut tidak dapat direalisasikan . walupun ada
segelintir yang terasa bahangnya. Namun apa yang paling penting kerajaan sendiri
perlulah menghentikan pengimportan dan pengeluaran rokok ini. bukan perokok
tersebut yang menjadi pembunuh sebenarnya tetapi kerajaan lah yang telah menjadi
pembunuh no 1 apabila terus mengeluarkan lesen dan membenarkan produk ini
digunakan dinegara kita dengan sewenangnya. saya sentiasa bergaduh dengan suami
setiap hari apabila masalah rokok ini timbul. bukan kah kerajaan akan semakin
kaya raya hasil dari pengeluaran rokok ini apabial lesen dan cukai yang
dikenakan semakin tinggi . kerajaan akan semakain seronok dengan peningkatan
hasil negara dari cukai dan lesen rokok ini. tapi rakyat tetap menderita dengan
perokok yang tidak mahu mengambil iktibar atas keburukan rokok itu sendiri.
semakin lama semakin banyak wang yang di habiskan kepada rokok . walupun
keperluan lain boleh dikurangkan dan peruntukan kepada rokok tetap juga
dikeluarkan. kerajaan perlu sedar dimana punca dan akar umbi bahan terlarang
ini. sedangkan fatwa telah dikeluarkan mengatakan ianya haram. sedangkan
kerajaan sendiri yang tak mahu melepaskan keuntung yang merosakkan rakyat dan
anak bangsa sendiri.


fiza
ijs resources

[+/-] Read More...