Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, May 28, 2009

SIAPA MAT ZAIN?


Assalamualaikum,

Timbul maklumat baru mengenai peristiwa mata lebam Anwar Ibrahim. Kalau media tidak dedahkan, kita pun tidak tahu siapa orang ni.

KUALA LUMPUR, May 28 — Datuk Mat Zain Ibrahim, the police officer who investigated Datuk Seri Anwar Ibrahim’s black-eye assault in 1998, today claimed a high-level plot using a bankruptcy notice to destroy his credibility ahead of several cases including the opposition leader’s sodomy case in July.

State news agency Bernama yesterday reported that Mat Zain was declared a bankrupt on April 21 for failing to settle a RM250,000 loan and was served with the notice on May 26. The news was carried by several Malaysian publications including The Malaysian Insider which subscribes to the Bernama service.

“I say with certainty that there are very powerful hidden hands that wanted it so. Their reasons are to destroy my credibility and/or to paralyze my capabilities and preventing me from giving evidence against Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail and IGP Tan Sri Musa Hassan for fabricating evidence in the “black-eye” case of 1998 involving Datuk Seri Anwar Ibrahim,” said Mat Zain in a statement.

Mat Zain, who went on optional retirement in 2001 as the KL CID chief, said he believed the bankruptcy notice is related to his appeal to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) advisory board to clear his name after the anti-graft agency cleared only Gani and Musa from charges of fabrication lodged by Anwar.

“I have reasons to believe that the prosecution team anticipated that Anwar will certainly raise at certain point of his trial the issue of fabrication of evidence in the black-eye case. My evidence would be vital at this stage. Their only option is to destroy my credibility.

“Though this publication may cause some inconvenience to me and my family, but I take it as a blessing and that it will only enhance my resolve to disclose the whole truth of the “black-eye” episode.

“Believe me, that this is not the only case the duo had their fingers in. There are others which are as sensational. The truth shall prevail,” Mat Zain said.

He claimed that he investigated the black-eye incident without fear or favour and had his statement recorded five times by the precursor to MACC, the Anti-Corruption Agency (ACA) when Anwar lodged a report on July 1, 2008 that Gani, Musa, Mat Zain and Dr Abdul Rahman Yusof had falsified a medical report on the assault case.

But MACC chief commissioner Datuk Seri Ahmad Said Hamdan announced on March 3 that a three-member independent panel led by the Solicitor-General had scrutinised the investigation papers and cleared Gani and Musa of criminal wrongdoing, prompting Mat Zain to later appeal the findings.

“However, I am justified to state that the Prime Minister was never told the true and entire facts of this issue. Should the truth be told, I believe the PM would have taken the appropriate actions,” Mat Zain said.

He disclosed that he has instructed his lawyers to look into the bankruptcy matter as he had never received any notice of a hearing related to a suit by businessman Yap Thoong Choan, 72, of Damansara Heights, filed on Aug 10, 2004, against Mat Zain at the Bandar Baru Bangi Sessions Court claiming the remaining RM250,000 of a loan which was not settled.

He said in his statement of claim that Mat Zain, 60, had taken a RM500,000 loan via an agreement signed by both parties on Feb 22, 2002, and it was agreed that the loan was to be settled on or before Aug 21, 2002.

Yap said that so far, Mat Zain had settled RM250,000 of the amount. A letter of demand for the remaining RM250,000, dated July 14, 2004, was sent to Mat Zain but he failed to pay up. The Shah Alam High Court on April 21 this year issued a bankruptcy notice on Mat Zain ordering him to pay the RM250,000 with interest and costs, bringing the total to RM288,824.92 .[Malaysian Insider]


[+/-] Read More...

Akhirnya Ibu Tahanan ISA Meninggal Dunia

















KUALA LUMPUR [12.05 pm] - Penantian seorang ibu selama lapan tahun yang ingin melihat anak yang amat di kasihinya bebas dari pada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri , tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi. Allahyarhamah Sauda Abdul merupakan ibu kepada tahanan ISA Mat Sah Mohamed Satry (foto) yang di tahan di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping sejak 2001. Ibu berusia 71 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua di rumanya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Menurut suami beliau kali terakhir allahyarhamah bertemu Mat Sah adalah pada Ahad lepas setelah beliau dibenarkan pulang buat seketika untuk bertemu ibunya yang sakit tenat. "Pertemuan antara ibu dan anaknya itu berlangsung dalam suasana yang gembira dan beliau tidak mengetahui apa perbualan mereka tetapi beliau sempat mendengar isterinya bertanya bilakah agaknya anaknya itu akan kembali ke pangkuan keluarga seperti dulu,” kata beliau. Mat Sah tiba jam 3.00 petang dengan di iringi kawalan ketat lapan anggota polis yang berpakaian preman. Beliau ditahan tanpa bicara di bawah ISA kerana dituduh terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah.

[Betapa hinanya amalan undang-undang di Malaysia pabila ISA masih dianggap relevan biarpun telah diktuk oleh rakyat. Apakah tidak cukup dengan segala undang-undang yang ada untuk mendakwa mana-mana pesalah di negara kita?. Sedangkan seorang pembunuh manusia dan penjenayah terkenal boleh dibicarakan dan tidak dianggap mengganggu keselamatan negara. Bahkan mereka boleh pula menyediakan peguam untuk mempertahankan diri, takkan manusia yang belum tentu apakah kesalahan mereka dan tidak pernah membunuh sesiapa pun ini terus dipenjara tanpa perasaan belas kasihan dihati mereka ini agaknya].

(CF - PDO)


[+/-] Read More...

Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya Turut Berjuang Untuk Sebuah Kemerdekaan, Kenapa Sejarah Ini Terpinggir !!


Pada 21 Mei 2009 yang lalu maka genaplah ulang tahun ke-60 berdirinya Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM). Pada hari yang bersejarah ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT senantiasa melindungi para pahlawan serta pejuang bangsa dan tanah air kita yang sudah lanjut usia. Kami juga mengajak semua mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh putera-puteri terbaik tanah air yang telah pergi demi perjuangan kemerdekaan ibu pertiwi – Alfatihah! Rejimen Ke-10 didirikan di Kerdau, Temerloh, Pahang pada 21 Mei 1949. Abdullah C.D (foto)., Pengasas Rejimen Ke-10 telah menulis, antara lain, begini: “Rejimen Ke-10 adalah sebuah tentera anak rakyat yang dari komander hingga ke perajuritnya terdiri dari putera-puteri terpuji bangsa Melayu yang berteraskan anggota PKM, PKMM, PETA, BTM dan lain-lain yang telah diharamkan oleh penjajah British.” Sebelum itu, kecuali United Malays National Organisation (UMNO), badan-badan lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pembela Tanah Air (PETA), Barisan Tani Malaya (BTM) dan sebagainya adalah pertubuhan politik Melayu yang berjuang atas hasrat murni untuk memerdekakan Malaya dan melepaskannya daripada belenggu British.

Dan, apabila kesemuanya (kecuali UMNO) diharamkan pada Jun 1948 di bawah apa yang dinamakan ‘Undang-Undang Darurat’, pertubuhan-pertubuhan tersebut terpaksa mengambil jalan perjuangan bersenjata yang bermandi darah. Justeru itu, Rejimen Ke-10 yang pada mulanya terdiri daripada 17 orang telah berkembang dan mendewasa dengan cepat dalam kancah perang rakyat melawan British – sehinggalah ia menjadi satu-satunya pasukan gerila Melayu anti-British yang bukan saja digeruni tetapi dihormati oleh pihak lawan. Dalam tempoh 40 tahun, tidak sedikit para pemimpin dan perajurit Rejimen Ke-10 telah menjadi mangsa tangkapan, penjara, buang negeri bahkan hukuman gantung sampai mati. Antara mereka yang telah mengharumkan nama termasuklah: Kamarulzaman Teh, Mat Amin, Mat Indera, Shamsiah Fakeh, Manap, Cikgu Taha, Mat Kerinau, Maimun, Asiah, Johan (dari Indonesia), Hidzir, Ali Boyok, Yasin, Jidin, Alias, Bakri, Zahura dan ramai lagi. Mengikut catatan Abdullah C.D., seorang bernama Manan (Adnan) dari Kajang merupakan “kawan Melayu pertama yang dihukum gantung, bahkan yang pertama digantung semasa darurat. Lepas beliau digantung, kawan-kawan yang lain juga turut digantung. Kadang-kadang 3 orang, kadang-kadang 6 orang sehari”. Begitulah harga yang terpaksa dibayar – dengan darah dan nyawa – oleh putera-puteri terbaik kita demi kemerdekaan tanah air!

(Foto: Anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 bersama Chin Peng.
Dari kiri: Suriani Abdullah, Rashid Maidin (Allahyarham), Abdullah C.D.,
Chen Ping, Abu Samah Mohd. Kassim (Allahyarham), Ibrahim Chik
dan Abdullah Sudin (Allahyarham). – dirakam pada tahun 1989)



(Foto: Perarakan angkatan tentera yang diadakan di Rejimen Ke-10 TPNM)
Di sini, timbul beberapa pertanyaan: Apakah sumbangan Rejimen Ke-10 dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaya? Mengapakah fakta-fakta tentang Rejimen Ke-10 tidak terdapat dalam buku-buku teks sejarah? Apakah penulisan sejarah negara kita telah diputarbelitkan? Siapa yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan sejarah ini, dan mengapa? Justeru itu, bersempena hari yang bersejarah ini, kami ingin menyeru kepada semua pihak yang prihatin terhadap kebenaran sejarah supaya memikirkan masalah ini.

[Persoalannya sekarang, kenapa sekarah mereka ini dipinggirkan?. Apakah motif yang menyebabkan terjadi begitu sebenarnya. Apa yang mahu dirahsiakan oleh pihak kerajaan hingga sejarah mereka dilupakan begitu sahaja. Apakah dek kerana mahu menunjukkan yang hanya UMNO sahaja yang menuntut kemerdekaan negara?. Rupanya ramai lagi pejuang kemerdekaan yang terus dilupakan untuk tatapan generasi akan datang. Sama-samalah kita difikirkan. Artikel ini dipetik dari blog sahabat Kampung Perdamaian Shukirin. Harap Maklum dan Tkasih].

(CF - PDO)

[+/-] Read More...

Macam Lawak Tapi Sebenarnya Realiti


[+/-] Read More...

Anda rasa siapa punya kerja..?














BS: Yang pegang banner tu siap pakai baju PKR lagi.. hehehhe... nak tunjukan bahawa kak min and the gang ni bodoh ke? klau dah kluar dari PKR watpe nak pakai baju PKR lagi? x rasa geli ke? Aku ni klau x mampu nak beli baju sekali pun, mati balik hidup x sanggup aku nak pakai baju umno.. hehehe.. seterusnya boleh tgk disini..

[+/-] Read More...

Ngeh : Polis Raja Di Malaysia



Malaysia telah menjadi sebuah negara polis, dakwa pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham.

Polis menahan orang awam sesuka hati mereka tanpa menghiraukan hak asasi manusia. Ngeh mendakwa situasi menjadi buruk dan lebih teruk daripada Operasi Lalang di mana 106 ditahan di seluruh negara.

"Sekarang jumlah mereka yang ditahan kali ini mencecah 157 orang di mana 80 daripadanya adalah di Perak," katanya.

Ngeh berkata, 'Polis DiRaja Malaysia' kini dikenali oleh rakyat Perak sebagai 'Polis Raja Di-Malaysia' kerana didakwanya, menyekat sepenuhnya kebebasan bersuara dan bergerak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Malam tadi, G Haridas, (34) - pemandu Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming - dan ahli Majlis Perbandaran Taiping (DAP), Simon Uthaya Kumar, (51), ditahan diluar pintu masuk bangunan ibupejabat di Ipoh.

Berlaku 'perang mulut' antara Ngeh, Nga dan timbakan ketua polis Ipoh, Ibrahim Abu Bakar berhubung tangkapan tersebut.Ibrahim dikatakan memberitahu bahawa polis boleh menangkap orang ramai yang berkumpul dalam kumpulan lima orang atau lebih.

Bagaimanapun, Ngeh pula menegaskan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima kerana dua orang sahaja yang ada ketika (Haridas dan Simon) dan mendakwa ia merupakan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

[+/-] Read More...

BOHONG KE BODOH ?

Dulu aku igt Abodolah jer satu2nya pm yg terbodoh dalam abad ini. X sangka pula bila tukar, dapat lagi bodoh dari Abodolah... Menteri Perdana hang nak cerita pasal ekonomi.. tp buta fakta dan singkat akal fikiran.. nak tau click kat sini.. layannnnnnnnnnnnn.....

[+/-] Read More...

Anifah Yang Tak Berapa Aman...


Hari ini DSAI telah memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar, Anifah Aman berhubung dakwaan beliau bahawa DSAI telah menawarkan jawatan TPM sekiranya beliau melompat daripada BN dan menyertai PR.
Anifah dikatakan membuat dakwaan tersebut di Washington ketika mengadakan sidang akhbar bersama-sama Setiausaha Negara Amerika, Hilary Clinton di pejabat beliau 16 Mei lalu.
DSAI menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Anifah tersebut dan telah mengarahkan peguam beliau, Sankara Nair menuntut supaya Menteri Luar tersebut memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan beliau. Namun Anifah enggan berbuat demikian.
Sankara menfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta tengahari tadi.

[+/-] Read More...

Wednesday, May 27, 2009

ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib


Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.

Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong Umno dan BN.

"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

Dr Lee berkata lagi beberapa badan bukan kerajaan Melayu telah mendedahkan informasi tersebut minggu lepas dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

"Saya yakin beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan," jelas beliau.

Februari lalu dua exco Pakatan Rakyat, Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang pro-BN bersama-sama ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Fong.

Tindakan mereka bertiga telah mencetuskan kemelut politik terburuk dalam sejarah moden negeri Perak yang masih berterusan sehingga kini.

Jamaluddin, Mohd Osman dan tiga orang lagi di dakwa secara perseorangan atau bersama berhubung 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek perumahan seluas 36 hektar berharga RM180 juta di bandar Sri Iskandar.

Tiga tertuduh yang lain ialah Ketua PKR Bahagian Parit dan bekas ADUN Bota Usaili Alias, Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan juruteknik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Ruslan Sahat.

Kelima-lima tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin.

Lima daripada tuduhan tersebut membabitkan rasuah antara RM400 dan RM10,000, dan tuntutan saguhati seks melalui seorang bernama Mohamad Imran Abdullah, sebagai habuan meluluskan sebuah projek bangunan di Sri Iskandar.

Dua tuduhan lagi bersabit dakwaan menerima rasuah RM2,000 dan tuntutan saguhati seks melalui Mohamad Imran sementara Ruslan dituduh bersabit tujuh kes rasuah melibatkan wang dan seks.

Kesemua kesalahan itu di dakwa berlaku pada 14 Ogos tahun lalu di Apartmen Sri Sayang Apartment dui Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Pada kempen pilihan raya kecil Penanti di Kubang Ulu semalam Speaker V. Sivakumar menimbulkan kemusykilan berhubung kelewatan mendengar kes kelima-lima tertuduh sejak kes disebut pada September 2008.

Beliau juga secara sinis menyentuh kes sivil yang difailkan oleh beliau dan juga Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin yang cepat didengar oleh mahkamah.

"Mengapa berhubung kes kami amat cepat macam keretapi ekspres tetapi kes rasuah membabitkan dua exco tersebut masih belum lagi didengar sehingga sekarang?

"Kes mereka disebut tahun lepas, lama sebelum kami memfailkan kes kami. Ini sungguh aneh," tanya Sivakumar dihadapan lebih 1,000 penduduk. TVA

[+/-] Read More...

Bertohiyyat menemui syahid ! Subhanallah


Beliau menceritakan tentang seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yang tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supa dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat d jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. .........mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung......

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
Posted by ALBANJARI

[+/-] Read More...