Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, January 17, 2011

TEGURLAH KALAU NAK RASA DIBOBIT

بسم الله الرحمن الرحيم

Belanja RM100,000 satu malam: Najib harus berani tegur isteri- Badrul Hisham



[Atlantis] Kuala Lumpur: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diseru supaya menegur tabiat isteri kesayangannya, Datin Seri Rosmah Mansor yang boros dan gemar berbelanja besar.Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun. Dalam pada masa sama, katanya, Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.

Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya,” katanya kepada Keadilandaily.com. Badrul berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Rosmah membelanjakan RM100,000 semalam untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai.

Menurutnya lagi, bukti betapa rakyat Malaysia muak dengan perangai Rosmah tidak dapat dibendung apabila mereka menanyakan soalan bertalu-talu mengenai cara Rosmah ketika Perdana membuka segmen #TanyaNajib di laman Twitternya pada 11 Januari lalu.

“Hampir 90 peratus dari soalan yang ditanyakan rakyat dalam Twitter berkaitan perangai Rosmah. Sudah tiba Najib memberanikan diri menegur perangai isteri kesayangannya itu,” ujarnya.

Turut dikemukakan oleh rakyat kepada Najib di lama sosial itu berkaitan peningkatan kos sara hidup di negara ini serta kematian tragis wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitan dengan Presiden Umno itu.

Secara sinis, Badrul berkata cara hidup Rosmah yang boros berbelanja hanya boleh diubati sekiranya suaminya itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

“Sebab itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menilai secara adil kepimpinan Najib ini. Sejak beliau menjadi menteri sehinggalah bergelar PM, dasar Najib lebih kepada perbelanjaan bermewah-mewah tanpa mengambil kira kesengsaraan rakyat. Rakyat menderita tidak mengapa, yang penting Rosmah berbelanja mewah,” katanya sinis. - Keadilandaily.com

Note: Kah..kah..kah..kah.. Najib nak tegur rosmah ? Kah..kah..kah..kah.. tak kena bobit pun dah kira baik dah.. Kah..kah..kah..kah.. Rosmah duduk hotel RM100,000 semalam... yer la memang la kena duduk hotel mahal barulah keselamatan terjamin.. maklumlah PM Malaysia kan Rosmah Mansur.. Kah..kah..kah.. Macam tu mahal punya hotel mesti ada CCTV kan... Kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

dyea irdina said...

ISh klu la info ni benar..aku tak halalkan duit tax yg LHDN duk amik tiap taun tu,,,,tak rela iiiii...kita ni nak g mkn angin pun berkira...klu boleh nak duk dlm kemah je sbb nak save duit duk otel..huhuhu rakyat didahulukan rosmah di apa ek?

donk said...

kan kerajaan malaysia kaya...dah tu macammana dia nak habiskan duit juta juta si najis tu beri masa belanjawan tu...

depa dua sama je...projek kat belaga..65 ++ juta tu bukan main lagi cakap satu dunia tapi hakikatnya tentera yang kena buat..tak perlu bayar gaji buat kerja,,barang yang boleh digunakan dari tentera semua di sapu..pasti banyak save...

duit tu boleh diberikan pada rosmah atau masuk pocket..

tak cukup nanti boleh jual mana mana yang patut pada berunai ke..singapura ke...

soutulmujahid.com said...

celaka sungguh. rakyat menderita, dia sewenang2nya menghabiskan 100k hanya utk 1 malam

100k tu dah boleh beli sebuah rumah ataupun sebuah kereta!

bik mama said...

kahkahkahkahkahkah dialog dalam gambar tu lawak giler seyyyyyy...