بسم الله الرحمن الرحيم
Isu payu dara undang kritikan
RANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton.
KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.
Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.
Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.
Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam. -kosmo
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
11 comments:
ngokngek betol. huhu~
tak tgk rancangan WHI sebab WHI memang adalah Wanita MAlaysia Hari Ini yang asyik mengadu domba, ngumpat suami atau bekas suami dan pelbagai isu-isu semasa yang dibincangkan bukan pada tempatnya. Tiga Suku betul TV3. Lebih baik nonton Madu 3 heheee
Salam,
Pelik betul, tiada benda lainkah yang lebih penting nak dibincangkan.
mesti cameraman gatal. hihi. tpi malu lah klau budak2 tengok show tersebut.
tengok gak smlm...tp sekejap je....memualkan.....cam tk de isu lain je.....
orang kata, televisyen ni la antara dajjal yang telah masukk kedalam rumah.. moga dilindungi kita semua...
hei..pelik sangat rakyat terutama melayu ni...cukup suka dengan kes kes begitu...masuk tv isu tu..kecoh...
tak kecoh pun anak dara sendiri keluar dengan tunang...sembang malam dengan rakan..biarkan anak bawa balik girlfriend..boyfreind...anak dara tayang buah dada depan orang...tak kisah pun...
filem blue bersepah dalam bilik..tengok sampai terkantoi depan anak...beli majalah yang menampilkan model separuh bogel...diam je tu..
pasal apa bila tv keluarkan jes tu bising...kecoh...
jaga family dulu..jaga anak dara dan isteri kita dulu...waktu pagi..apa dah takda kerja nak menonton cerita tu..taknak kemas rumah ke..kalau time keja..mengular le tu...takda ke kerja lain yang berfaedah waktu tu..mengaji ke..lihat buku sekolah anak ke..memasak untuk makan tengahari ke..
kadang kadang kita ni mengata dan membahaskan perkara yang kita sendiri pun buat..tapi bila depan orang..mengutuk bagai nak rak..malu konon...anak tak bertudung puntakpa...tapi bila siti nur haliza cakap belum sampai masa pakai tudung semua melenting...
kelakar gila sesetengah melayu ni...
baru tau ka 3suku?
apakata suggest kat kat tv3 tu mentopikkan plak tetek yg bleh dibuat ampaian ka ka ka ka
pengacara mengapa pakai baju yang dedahkan dada?
salam.. mereka kehabisan idea barngkali... hmmm...
Post a Comment