Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, January 30, 2010

UNTUK PEMIMPIN PAS YANG PEKAK DAN BODOH...!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Pandangan Teman: Beberapa Isu Berkaitan Dengan Pas.

Teman dah tulis sebelum ini bahawa dasar islam sesebuah parti tidak menjamin parti tersebut akan menjadi sebuah gerakan Islam yang tulin dan sanggup melaksanakan kebenaran dan keadilan islam yang murni dalam dunia realiti. Menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan hanyalah satu langkah permulaan .

Apa yang penting selepas daripada itu ialah isi perjuangan dan kepimpinan pula perlulah terdiri dari sejumlah insan tuhan yang pintar dan berkesan dalam memimpin berdasarkan roh islamiah , terutama dalam menghadapi suasana kini yang jelas serba kacau bilau dengan pelbagai aliran pemikiran yang songsang.

Tak semestinya seorang yang kelihatan berilmu tinggi, zuhud, berserban besar , berjubah labuh dan berjanggut lebat serta panjang boleh sewenangnya dilantik sebagai pemimpin.

Rasulullah S.A.W , peribadi agung yang diiktiraf oleh Allah sebagai kekasihNYA ,pun mempunyai para sahabat yang zuhud dan mempunyai taraf kealiman yang tinggi , tetapi tidak kesemua mereka dilantik menjadi pemimpin/ketua. Mengapa? Rasulullah S.A.W melihat kepada kualiti kepimpinan dalam setiap diri para sahabatnya. Para sahabat yang tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkesan, diserahkan dengan tugas lain yang turut menyumbang kepada kebangkitan Islam, seperti menjadi pendakwah sepenuh masa yang juga merupakan tugas yang mulia.

Dalam hubungan ini, teman pernah tak bersetuju dengan anjuran TGNA supaya UMNO mengubah dasarnya kepada Islam dan Pas , kata TGNA lagi, akan segera dibubarkan . Seperti yang berulangkali teman tegaskan , perubahan dasar tak akan membawa apa-apa erti selagi jelas dan nyata para pemimpin Parti Melayu itu masih meneruskan kezalimannya , korup, bangang dan tersangat celaka terhadap perjuangan Islam yang berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Oleh kerana itu teman mahukan Parti atau mana-mana organisasi yang berjuang atas dasar Islam mempunyai barisan kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang efektif, berjiwa besar, pantas , rajin bekerja, bijaksana, cerdik , adil, mempunyai kemahiran MENDENGAR yang tinggi( inilah kemahiran komunikasi yang senang diucapkan tetapi sukar untuk dilaksanakan) dan yang seumpama dengannya.

Teman memang benci dengan UMNO kerana kemunafikan yang jelas bagi orang yang melihat dengan mata kasar secara objektif dan matahati. Tetapi maniskah bahasa teman, kalau teman katakan , Pas sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam yang merupakan parti harapan rakyat Malaya hari ini, semakin hanyut kerana sebilangan barisan kepimpinannya yang kelihatan seperti semakin bebal dan meleset?

Ada orang kata, Pas semakin menyimpang dari dasar perjuangannya. Bukan!!!. Yang menyimpang adalah para pemimpin Pas yang kelihatan tidak adil dan cerdik bahkan yang paling teruk ialah berpenyakit pekak walaupun ada telinga yang disahkan 'normal' tetapi kurang mahu mendengar hati nurani ahli dan penyokongnya .

Ini adalah persepsi teman setelah memerhatikan kelakuan dan tindakan sebilangan pemimpin Pas sejak setahun dua ini. Teman rasa, teman bukan keseorangan merintih melihat kebebalan sebilangan pemimpin Pas dalam mengharungi medan politik yang semakin mencabar.

Teman tak mahu menyenaraikan isu-isu yang menyangkut tentang kebebalan setenggah pemimpin Pas kerana tidak baik untuk diungkit perkara yang sudah berlaku. Cukuplah dijadikan panduan dan sempadan dan tidak diulangi lagi.

Cuma , teman hari ini ingin menyatakan dengan sedihnya bahawa Jawatankuasa Disiplin Pas yang melakukan siasatan ke atas kesalahan dan mengenakan tindakan disiplin ke atas Khalid Samad dan Hasan Ali kelihatan amat mengelirukan dan tidak adil.

Alangkah baiknya nasib orang yang jelas terbukti beberapa kali mencederakan reputasi Pas dan PR , sekadar diambil tindakan 'amaran' , dan tidakkah malang nasib orang yang pernah di'Isakan' kerana perjuangan Islamnya dan sering muncul ke depan membela Pas dan Pakatan Rakyat sehingga dibenci oleh parti gerombolan, dikenakan tindakan disiplin yang lebih berat?Inikah rupabentuk keadilan Islam? Atau adakah ianya sebuah permainan yang telah siap diatur siapa pemenangnya?

Mungkin ada segelintir ahli Pas yang kurang 'wisdom' akan berkata: "Kamu boleh dengan senang mengkritik sebilangan pemimpin Pas dibalik PC atau lap-top kamu, tetapi pemimpin Pas yang ada sekarang telah berjuang dengan susah payah , siang dan malam".

Maka teman jawab: "kalau tak mahu berjuang dengan susah payah, berhenti jadi pemimpin. Kalaulah berjuang dengan dengan susah payah melalui pidato yang berapi-api tetapi tak ada kemahiran mendengar , letak jawatan menjadi pemimpin dan lebih awla dan afdhol mengajar kitab kat Masjid".

Ah, panjang teman menulis kali ini . Lama benar teman tak update blog. Teman bukan sihat sangat. Tetapi oleh kerana tak mampu memendam rasa sedih dengan tindakan sebilangan pemimpin Pas, teman cuba sedaya upaya menulis hari ini.

Dan bukan tujuan teman sengaja menulis kerana niat untuk mengajak orang membenci perjuangan Pas, tetapi sekadar mengingatkan sebilangan pemimpin Pas agar cuba dengan segera membaiki kualiti kepimpinan yang berkompentasi tinggi supaya dapat diterima oleh rakyat jelata dan atas dasar kasih sayang teman pada perjuangan ini.

Dan rasanya baik sekali teman nyatakan disini bahawa teman semakin cenderung untuk meraikan kempen me'reform'kan Pas khususnya serta pemimpin dan ahlinya.

Maaf kalau ada yang terasa hati sekiranya teman terkasar bahasa kerana maklumlah tahap pendididikan pun tak berapa tinggi dan tahap kesihatan semakin merosot hari demi hari. Dan teman tak tahu lagi bila blog yang serba dhaif ini akan diupdatekan seterusnya.

Salam perjuangan dan takbir!!!!! - sheikh teluk intan


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

GAMBAR ADUKA TARA GUNA




بسم الله الرحمن الرحيم


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PAS BAKAL HANCUR

بسم الله الرحمن الرحيم


Tindakan Bebal & Zalim Jawatankuasa Disiplin PAS

Jawatankuasa disiplin PAS menggantung Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada jawatan partinya selama enam bulan berkuatkuasa hari ini. Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli EXCO kerajaan Negeri Datuk Hassan Ali pula diberi amaran bertulis.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Hasan. Khalid digantung daripada menjadi Yang diPertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti. Dr Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi. Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Ulasan GB

Seperti yang GB ulaskan sebelum ini bukan sahaja keputusan itu boleh dicabar, malah kesahihan keseluruhan Jaawatankuasa Disiplin itu boleh dicabar. Pembentukan Jawatankuasa Disiplin tidak mengikut kehendak Perlembagaan Parti. Juga, Jawatankuasa yang dibentuk juga lansung tidak menunjukkan integriti apabila Ketua Jawatankuasa Disiplinnya sentiasa menunjukkan siap bias di dalam kenyataan-kenyataannya.

Kesan kesalahan Khalid adalah di dalam lingkungan parti kerana mendedahkan minit mesyuarat parti sedangkan kesan keslaahan Hassan Ali lebih besar, ia menyentuh rakan-rakan Pakatan Rakyat, kerana mengkritik SELCAT. Tetapi J/K Perwakilan yang bias menyebabkan keputusan menjadi apa yang ada pada hari ini. Saya yakin keputusan J/K Disiplin itu ditentang oleh majoriti ahli PAS seluruh negara, bukan sekadar di Shah Alam.

Kita juga mencabar ahli-ahli Jawatankuasa Disiplin membuktikan bahawa perlantikan mereka di Jawatankuasa Disiplin parti adalah sah. Kita juga ingin tahu Perlembagaan PAS mana yang mereka gunakan, atau sekadar menggunakan "deraf" Perlembagaan yang belum diluluskan oleh Muktamar dan ROS? - greenboc

note:
Tuan Ibrahim Tuan Man yang bodoh mempertahankan Hasan Ali yang tongong. Jika pemimpin-pemimpin penyapu yang bangang begini terus ada dalam PAS, alamatnya berkubur la PAS pis pus lepas ni..

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Friday, January 29, 2010

CERAMAH UMUM SEMPENA 1 TAHUN KUDETA PERAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera untuk rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya.



CERAMAH UMUM SEMPENA 1 TAHUN KUDETA PERAK.

TEMPAT : KOMPLEKS PAS KUALA KANGSAR (PERAK)

TARIKH : 30 JAN 2010

JAM : 8:30 PM

PENCERAMAH :

1 : YANG BERHORMAT ABDUL GHANI AHMAD (Timbalan Speker Dun Kedah)
2 : YANG BERHORMAT NGEH KOO HAM (Parlimen Beruas)
3 : YANG BERHORMAT MUMTAZ NAWI
4 : USTAZ BARIAH ALANG SAPRI (Ketua DMPN)
5 : CIK AIMAN ATHIRAH (Pengerusi LPD)


" BERIKAN SOKONGAN ANDA DEMI KEADILAN RAKYAT PERAK "

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ORANG BODOH YANG DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Bukti Pemuda Umno Terlibat..Mengapa Hishamuddin Ketakutan..



Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan "anih" selaku Menteri Dalam Negeri apabila mengumumkan polis tidak akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berhubung dakwaannya beberapa ahli Pemuda Umno terbabit dalam kes serangan gereja di Desa Melawati awal bulan ini.

Hishamuddin menuduh Azmin sebagai membuat "kenyataan politik" namun hakikat ialah sebagai Menteri bertanggungjawab atas keselamatan, beliau harus mendesak polis menyiasat kesahihan dakwaan berani yang dibuat Azmin. Sebaliknya Hishamuddin berkata Azmin bebas untuk membuat kenyataan namun polis tidak akan mengambil keterangannya.

"Azmin hanya orang politik yang boleh membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam," kata Hishamuddin.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Azmin semalam yang mendakwa beliau mempunyai maklumat tentang penglibatan Pemuda Umno Bahagian Gombak dan Ampang dalam kes membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, pada 8 Januari lalu. DISINI

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata beliau sedang berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian anggota Umno yang didakwa terbabit. Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno menolak keperluan polis untuk menyiasat kenyataan Azmin yang tentunya mempunyai bukti untuk membuat pendedahan sebegitu.

Sebaliknya Hishamuddin berkata Umno juga boleh membuat tuduhan kepada PKR sekiranya mahu, namun "kerajaan mahu menumpukan untuk mengumpul bukti dan fakta terlebih dahulu."

Kenyataan Hishamuddin itu tentunya akan menguatkan persepsi bahawa pimpinan tertinggi kerajaan dari Umno sekali lagi menutup atau menghalang polis daripada menyiasat segala aspek bersabit serangan terhadap rumah ibadat sejak tiga minggu lalu. - KedahLaNie

Hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum.
- Riwayat Ibn Majah



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PRO MAHASISWA TUMBANG DI UM

بسم الله الرحمن الرحيم

Kumpulan Pro-Mahasiswa yang membantah penggunaan sistem pengundian elektronik (e-undi), hilang penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi kumpulan Pro-Aspirasi memperolehi 21 kerusi berbanding Pro-Mahasiswa yang mendapat 18 kerusi MPP. Baki dua kerusi dikuasai calon ‘bebas’.

Pada sesi lalu barisan Pro-Mahasiswa merampas MPPUM dengan memperoleh 21 kerusi. MPPUM menawarkan 41 kerusi. Pro-Mahasiswa bertanding di 33 kerusi.

Walaupun pengurusan universiti tidak menggalakkan pertandingan berdasarkan kumpulan tetapi fahaman ‘politik’ Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi masih menjadi amalan secara tidak langsung. Pro-Mahasiswa memegang falsafah perjuangan yang alirannya seakan-akan menyerupai Pakatan Rakyat manakala Pro-Aspirasi pula sebaliknya. Dalam pada itu tempoh pembuangan undi pilihan raya kampus UM hari ini dilanjutkan sejam dipercayai ekoran masalah teknikal.

Ini kali pertama UM menggunakan sistem e-undi. Sehingga sesi pengajian lalu, Universiti Malaya menggunakan sistem pengundian normal.

“Pengundian yang bermula 10 pagi sepatutnya berakhir 5 petang tadi tetapi dilanjutkan sejam kerana
beberapa masalah, antara masalah teknikal pada sistem komputer… menyebabkan ada pelajar yang tidak dapat mengundi, jadi masa dilanjutkan,” kata Presiden kumpulan Pro-Mahasiswa Shafie Hashim.

Penggunaan sistem e-undi pada pilihan raya kampus kali ini dibantah oleh sebahagian pelajar universiti berkenaan.

Selain Universiti Malaya, universiti-universiti yang mengadakan pilihan raya hari ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pergurusan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Kelantan. -MI

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

FRU LEBIH SAYANGKAN BABI DARI MANUSIA

بسم الله الرحمن الرحيم



Berita yang diterima dari Cyberboron dari pekarangan masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Berpuluh pelajar telah di tahan di pekarangan masjid UKM ekoran demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UKM bagi membantah penangguhan pilihanraya kampus disana.

Setakat ini, dua trak FRU telah dipenuhi oleh pelajar-pelajar dan ramai lagi yang telah dipukul dan didera oleh pihak FRU.

Kami meminta seberapa ramai peguam-peguam, baik dari Pakatan Rakyat untuk turun membantu pelajar-pelajar ini.

Untuk bantuan guaman atau apa sahaja bantuan yang boleh diberikan…sila hubungi Tekong Manjong (012-5292340).

- perakexpress

FRU ni kalau perhimpunan pelajar, perhimpunan mansuhkan ISA, perhimpunan bersih, siap sembur air, gas pemedih mata, belasah dgn cota dan berbagai-bagai lagi dilakukan. Tapi bila orang cina kata "kalau lu berani lu robohkan la gua punya kandang babi !!!". Bodoh jer muka masing-masing.. Habis buah semua termasuk.



Kes kandang babi di melaka.. xder sorang pun cina yang kena pukul. xder seko babi pun yang terbunuh.. xder pun gas pemedih mata.. xder pancutan bahan kimia. tengok (foto) Siap boleh panjat atas JCB lagi tu.. FRU pun x berani buat apa-apa. Pastu blah macam tu jer. Dan akhirnya kes ini senyap sunyi. sesenyapnya kes enjin jet yang hilang dan kes pengunaan nama Allah.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Thursday, January 28, 2010

BILA LIDAH UMNO MULA MENJILAT YB PAKATAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Ternyata sekali walaupun berhadapan dengan tekanan daripada parti sendiri, Zulkifli ternyata istiqamah dalam mempertahankan pendiriannya dalam memperjuangkan Islam.

Zulkifli sanggup menanggung apa juga risiko termasuk dipecat daripada PKR ''kerana mempertahankan kalimah suci Allah daripada disiat-siat dan dicemar oleh golongan yang terlalu mempertuhankan politik.''

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu ini tidak sanggup menggadaikan agama semata-mata kerana 'mempertuhankan politik.''

Pendirian itu ternyata berbeza dengan sikap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja demi politik. Ini jelas apabila dalam isu penggunaan kalimah Allah, Anwar mempertahankan bahawa ia berhak digunakan oleh bukan Islam. - Utusan Melayau

BS: Terperanjat hamba bila Utusan Meloya ni menyokong sambil memuji tindakan dari YB Pakatan Rakyat... hehehehe.. Tak pernah ada sejarah Utusan akan kata YB pembangkang ni baik atau ada membuat kebaikan. Sejak bila plak la Utusan dah bertaubat ni.. hehehehe... alaa zul.. awk masuk je la umno tu.. malu-malu plak.. tak payah nak susah-susah mencipta isu kononnya nak membela islam. kita orang tau lama dah lobang awak ni. Sementara tu mintak saudara zul tolong jawabkan sikit laa.. Apa tindakan saudara zul bila menteri saudara kata hanya sesetengah negeri saja yang non muslimnya tidak dibenarkan mengunakan perkataan "Allah" ni? Kenapa tak saman menteri saudara tu? ke sebab saudara dengan dia sama saja? "Allah" dipolitikan demi kedudukan dan pangkat je ? Ni belum sentuh bab rasuah dan riba lagi ni...

Hadith:
Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.
- Riwayat Ibnu Majah


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

UMNO PEMBOHONG 1 MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم


(sila klik pada gambar agar dapat membaca dengan jelas).
Satu jemputan untuk menghadiri program motivasi kepada pelajar tahun 6 telah diadakan disebuah Kolej Matrikulasi di Pulau Pinang baru-baru ini. Program motivasi tersebut terbahagi kepada 2 sesi. Slot Motivasi pertama diadakan disebelah pagi dan dikhaskan kepada para pelajar manakala disebelah petang pula disebut sebagai Slot Motivasi Ibubapa/pelajar.

Tapi apa yang berlaku disebelah petang ialah..


“CELAKA BETOL..!! PARA IBUBAPA DAH KENA TIPU.. RUPANYA SLOT MOTIVASI KEMPEN UMNO JUARA RAKYAT..!!” - zulmamakpng


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


Apa cerita ni? kes salahguna kuasa kerajaan Umno/BN di peringkat sekolah. Dua sekolah yang berlainan pada hari yang sama (24 Januari 2010/Ahad)?
1: ruangbicarapriamalaya
2: zulmamakpng

Persoalannya, apakah parti2 politik dibenarkan berkempen, membuat program parti di dalam kawasan persekolahan? apakah ia telah mendapat 'lampu hijau' daripada kementerian pelajaran? apakah ia satu bentuk pencerobohan kuasa oleh parti Umno dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah/kementerian?

Apakah wujud juga ditempat2 lain??..jika ada, harap 1Malaysia tampil kehadapan dedahkan salahgunakuasa dan penyelwengan Umno/BN !

Minta menteri berkenaan jawab!!!.. - Pria Malaya


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

REMBAT JANGAN TAK REMBAT....

بسم الله الرحمن الرحيم




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PEMUDA UMNO AMPANG DAN GOMBAK BAKAR GEREJA ?

بسم الله الرحمن الرحيم





UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Wednesday, January 27, 2010

KILAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Langkah Keselamatan Ketika Kilat Serta Ribut Petir




1. Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
2. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "Flash to Bang" ( Kilat ke Guruh). Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.
3. Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.

A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN

1. Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket dinding jika perlu.
2. JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja
3. Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
4. Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.

B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH

1. Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).
2. Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.
3. Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
4. Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.
5. APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.
6. DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
7. JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.
8. JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.
9. JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya
10. JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.
11. JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.
12. JANGAN berada di tempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.
13. APABILA berada dalam bot di atas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

DIPERKOSA KENALAN BARU

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LANGAT: Seorang jurujual yang baru beberapa hari berkenalan dengan seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa rogol lelaki terbabit di ladang sawit di Jugra, Banting, dekat sini, baru-baru ini.

Ketika kejadian mangsa, 19, diugut menggunakan pemotong buah sawit sebelum ditolak ke dalam semak dan dirogol, malah sebelum meninggalkan mangsa, suspek turut menyamun wang mangsa RM100. Dalam kejadian jam 4.30 petang Jumaat lalu itu, mangsa sedang menunggu teksi di sekitar rumahnya untuk ke tempat kerja di sebuah pasar raya di Banting sebelum suspek tiba-tiba muncul. Lelaki terbabit mempelawa mangsa menaiki motosikalnya untuk dihantar ke tempat kerja dan mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat lelaki itu hanya menuruti pelawaan suspek. Bagaimanapun, di tengah perjalanan, suspek melencong motosikalnya ke kawasan ladang sawit sambil memberitahu mangsa dia mahu mengambil barang yang tertinggal di sebuah rumah. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa ditolak ke dalam semak sebelum digertak menggunakan senjata tajam dan dirogol. “Mangsa yang ketakutan membiarkan saja dirinya menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit sebelum dia ditinggal bersendirian di situ. “Sebelum meninggalkan mangsa, suspek turut menyamun mangsa kira-kira RM100.

Mangsa turut mengalami lebam pada badan dipercayai cuba bergelut dengan suspek,” katanya di sini, semalam. Mohamad Radzi berkata, hasil siasatan mendapati suspek berkenalan dengan mangsa di pasar raya terbabit selain beberapa kali bertemunya di pasar raya.

Ketika kejadian mangsa, 19, diugut menggunakan pemotong buah sawit sebelum ditolak ke dalam semak dan dirogol, malah sebelum meninggalkan mangsa, suspek turut menyamun wang mangsa RM100. Dalam kejadian jam 4.30 petang Jumaat lalu itu, mangsa sedang menunggu teksi di sekitar rumahnya untuk ke tempat kerja di sebuah pasar raya di Banting sebelum suspek tiba-tiba muncul. Lelaki terbabit mempelawa mangsa menaiki motosikalnya untuk dihantar ke tempat kerja dan mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat lelaki itu hanya menuruti pelawaan suspek. Bagaimanapun, di tengah perjalanan, suspek melencong motosikalnya ke kawasan ladang sawit sambil memberitahu mangsa dia mahu mengambil barang yang tertinggal di sebuah rumah. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa ditolak ke dalam semak sebelum digertak menggunakan senjata tajam dan dirogol. “Mangsa yang ketakutan membiarkan saja dirinya menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit sebelum dia ditinggal bersendirian di situ. “Sebelum meninggalkan mangsa, suspek turut menyamun mangsa kira-kira RM100.

Mangsa turut mengalami lebam pada badan dipercayai cuba bergelut dengan suspek,” katanya di sini, semalam. Mohamad Radzi berkata, hasil siasatan mendapati suspek berkenalan dengan mangsa di pasar raya terbabit selain beberapa kali bertemunya di pasar raya. - myMetro


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

JARIAH MTIAA

بسم الله الرحمن الرحيم

JARIAH: Maklumat Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

Assalamualaikum. ........

Semoga saudara/i berada dalam Rahmat Allah s.w.t.

Adalah dimaklumkan bahawa Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA) adalah sebuah Maahad (sekolah) yang berteraskan pendidikan Islam secara holistik. Terletak diatas tanah wakaf seluas 4 ekar. Penubuhan adalah bertujuan untuk meluaskan sistem pentarbiyahan Islam yang holistik serta membela golongan anak-anak yatim serta fakir miskin.

Oleh itu adalah dialu-alukan sebarang bentuk sumbangan untuk membela serta melancarkan perjalanan Maahad dalam mentarbiyah serta menyebarkan ilmu kepada anak didik serta masyarakat.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui Akaun Maybank di atas nama Sekolah Agama Rakyat Al Ansar [ 562133001336]

atau hubungi: Sazli (019-3391702)

- Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya. " (HR Muslim)

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

E-MUTIARA KATA

بسم الله الرحمن الرحيم



Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain.
Cukuplah pahala dari Dzat tempat bergantung segala makhluk. Anda
tidak perlu takut terhadap orang yang kufur, pendendam dan iri hati.

Jika anda sedang marah, janganlah berbicara. Mohonlah perlindungan
Allah dari gangguan syaitan dan ubahlah posisi anda, jika anda marah
sedang berdiri,maka duduklah, jika masih marah, berwudhuklah, dan
perbanyakkan zikir pada Allah.

Jangan sekali-kali anda putus asa dari pertolongan Allah. Dan jangan
putus harapan dari rahmat Allah. Jangan lupa akan pertolongan Allah
sebab pertolongan Allah akan turun dengan dengan derita yang dialami.

Kebaikan yang tersembunyi di balik sesuatu yang anda benci terkadang
lebih banyak daripada yang ada dalam sesuatu yang anda sukai, kerana
anda tidak mengetahui akibat yang akan terjadi, Betapa banyak kenikmatan
yang tersembunyi dalam kesulitan dan betapa banyak kebaikan yang ter-
sembunyi di balik baju keburukan. - Shania Opal


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ASTAGAFIRULLAH AL AZIM

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.. hamba tak pernah terbaca entry ni kerana hamba menjadi follower adu kata runa (foto) ni hanya untuk beberapa detik sahaja. Hamba meremovekan diri bila hamba lihat semakin lama semakin biadap akan segala tulisannya. Seperti sahabat blogger hamba ijoks2009 kata... " Saya cukup tak suka dgn si gila sorang ni,bukan kerana dia hina Presiden Pas bukan juga sebab dia hina Almarhum Sultan Johor.Tapi kerana tulisannya yang melampau menghina ulamak silam dan mempertikaikan pendapat jumhur ulamak seolah-olah dia tu mahaguru segala ulamak.Yang paling melampau dia boleh hina Isteri Rasulullah."

Dibawah ini adalah entri keterlaluan blogger adu kata runa yang kini dalam tahanan.. Semoga dapat dijadikan renungan dan sempadan dan semoga dia diberi keinsafan insyaAllah.



Sembang Mazhab. Oleh : AdukaTaruna

Wujudnya aliran mahzab ini ialah keupayaan mentafsirkan bahan mentah berbeza-beza oleh manusia. Keupayaan dan hasil tafsir ada banyak pembolehubah. Pertama genetik, seterusnya budaya, emosi ketika tafsiran itu dibuat, persekitaran kehendak dan politik ketika tafsiran dibuat dan sebagainya.

Maka, guru yang berkarisma akan menjadi tokoh. Tokoh akan mempunyai pengikut. Kedua elemen ini akan membentuk mazhab. Keupayaan satu-satu mazhab mengembangkan fahaman mereka adalah pembolehubah kepada besr atau kecilnya mereka. Gua ulang balik, mazhab adalah Islam 3rd party. Mazhab adalah hasil tafsir kepada bahan mentah; yakni Al-Quran, hadis dan sunnah.

Cuma masalahnya, kenapa harus bangang menjadikan tafsiran 3rd party sebagai bahan mentah? Bahan mentah kita ialah Al-Quran, hadis dan sunnah. Dan diimbangi oleh pendapat mazhab sebagai rujukan. Kita sendiri yang perlu tafsir bahan mentah. Kemudian ambil mana-mana tafsiran yang paling kukuh, paling sesuai dengan keupayaan diri dari 3rd party.

Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb... refresh sket.

Contoh. Bahan mentah ialah perkataan SUNNAH. Pada gua, sunnah ialah KETETAPAN. Sunnah Allah adalah ketetapan Allah. Sunnah Nabi adalah keketapan Nabi (juga dari wahyu Allah). Sunnah Allah adalah berpusingnya bumi, siang malam. Ketetapan. Ketetapan Allah, setiap yang terjadi ada sebab. Ketetapan Nabi ialah cara-cara, prosedur, law yang ditunjukkan nabi.

Tapi masuk bab ulama, terutama Melayu nih, sunnah Nabi ialah full set total kehidupan nabi. Punya stupid. Pakai serban sunnah Nabi. Itu bukan ketetapan yang Nabi wartakan. Abu Jahal mabok todi pun pakai serban. Kayu sugi bukan ketetapan. Ketetapannya ialah menggosok gigi.

Sentuh kulit isteri batal wuduk. Sentuh taik tak plak batal wuduk. Apa kejadah sungguh la pendapat Shafie. Pendapatnya tu apa kejadah, bukan imannya. Bahan mentah cakap apa? Nak ikut bahan mentah dulu atau 3rd party dulu? Dia suruh gua campakkan ke dinding, ni gua campakkan la nih. Gentle punya campak kasi Melayu berfikir sket. Anjing kalau sentuh kena samak. Kesian gua tgk anjing tuh.

Lu nak ikut Shafie buleh beb. Lu ikut la total sampai ke mati. Takda masalah. Tapi kebebasan hujah lu kena telan lah. Gua ingat kalau Shafie masih ada skang, dia pun banyak tafsiran sendiri yang nak dimansuhkan tu.

Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

"Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran."

What the fuck? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.

Kalau sentuh taik, wuduk sah. Tapi solat tidak sah. Kan ke ada pengasingan tajuk tu. Wuduk sah, tidak batal. Tapi masuk bab solat, tidak sah. Kalau ada pengasingan tajuk, apa kes hanya kerana hanya status elite Aishah dia melanggar segala pengasingan tajuk? Bangang tetap bangang la bhai... salah tetap salah la bhai.... kalau mencuri, potong jer tangan dia. Peduli apa dia isteri nabi atau tidak, anak nabi atau tidak.

Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Boleh plak ulama tukar2 bila kena tang batang hidung Aishah. Lepas tu lu suruh gua follow mazhab secara mutlak. Islam 3rd party. Skang lu nampak tak kenapa gua buat N3 Aishah dalam N3 mazhab?

Dalam tajuk; Muamiyah + Aishah bangang tukil. Penyebab kepada perpecahan, punca kematian ratus ribu muslim di jalan sia-sia, punca jutaan anak-anak muslim hilang bapa, punca puluh ribu institusi muslim diambang kekafiran, punca puluh ribu muslimah menjada dan menderita.

Dan mazhab boleh bersatu mengubahsuai Islam demi kepentingan elite tertentu. Noktah. - AdukaTaruna


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Tuesday, January 26, 2010

APA PELIK SANGAT POLIS MALAYSIA NI ?

بسم الله الرحمن الرحيم


Wan Azizah dipanggil polis untuk beri keterangan

"Kalau sudah cukup bukti dan dah dakwa Datuk Seri Anwar, buat apa panggil dan siasat saya lagi sebagai saksi," soal Wan Azizah

Lagi berita pelik. Dakwa dulu baru panggil saksi nak siasat. Bukan setakat Wan Azizah yang heran, majoriti rakyat pun tumpang heran apa jenih punya dakwaan ni...

Suami dituduh liwat, besa la kena panggil bini tanya itu ini. Masa ni bini ada mana, laki hang ada mana? Tapi proses tu sepatutnya sebelum dakwa atau tepatnya masa dok siasatan.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

VIDEO HINA ALMARHUM SULTAN JOHOR ?

بسم الله الرحمن الرحيم


Seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam "Youtube" yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.



Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk "Sultan Johor Remix" ketika berada di rumahnya di Keramat di Kelang kira-kira jam 1.30 petang Sabtu lalu.

"(Saya) Tertonton satu video klip yang papar Almarhum semasa hayatnya berada dalam majlis perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar dan suara Almarhum telah dialih suara kepada satu suara yang tidak dikenali."

"Suara itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seolah-olah Almarhum yang bercakap begitu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ibnu Khushairi berkata laporan dibuat kerana rasa tanggungjawab sebagai rakyat dan mahukan video yang bertarikh 5 Nov 2009 itu dihentikan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu jurucakap Balai Polis Hulu Kelang ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan akan dijalankan segera bagi mencari dalang di sebalik paparan video klip itu. - Bernama


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ZUL... DAH BUAT PERMOHONAN NAK JADI AHLI UMNO KE ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Zulkifli Nordin diserah kepada Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Mesyuarat Biro Politik PKR hari ini memutuskan untuk menyerahkan nasib anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin kepada Lembaga Disiplin parti itu.

Pemimpiin PKR dalam sidang media selepas mesyuarat berakhir jam 3.30 petang tadi memberitahu, Lembaga Displin diberikan masa sebulan untuk memutuskan kes tersebut disamping mengemukakan cadangan tindakan kepada majlis pimpinan pusat (MPP).

Zulkifli didakwa melampaui batas perbezaan pendapat apabila membuat laporan polis ke atas anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam isu penggunaan nama Allah.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dalam kenyataannya di sidang media itu berkata, Biro Politik PKR memandang berat dan menyesali tindakan anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin yang membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Bagaimanapun, menurut Saifudin yang membacakan keputusan itu, PKR menerima hakikat bahawa Zulkifli berhak untuk memberikan pandangan dan ia akan dihormati.

Bagaimanapun, katanya, tindakan Zulkifli itu dianggap biro paling berkuasa dalam PKR itu sebagai membelakangkan mekanisma parti.

Sehubungan itu, katanya, mereka telah bersetuju mengambil tindakan berikut:-

1) Setuju kes ini dibawa kepada Lembaga Disiplin parti dan ia perlu bersidang secepat mungkin iaitu tidak lebih dari satu bulan.

Tindakan yang perlu diambil adalah mengkaji aduan, menyiasat aduan, mendengar penjelasan Zulkifli dan membuat keputusan.

Keputusan yang boleh dibuat adalah memberikan amaran, mengantung keahlian atau memecat taraf keahlian Zulkifli Nordin dalam PKR.

2) Menyuarat itu juga mengarahkan Zulkifli agar jangan membuat sebarang kenyataan berkait dengan hal ini sehingga proses ini diselesaikan mengikut saluran parti dengan cara yang baik.

Sementara itu, Zulkifli seperti dilapor Malaysiakini memberi jaminan akan akur dengan apa jua keputusan PKR.

"Dalam mana-mana parti, termasuk PKR, berhak ambil tindakan jika perlu untuk maslahah (kebaikan) parti. Tetapi saya juga berhak pertahankan diri," lapor web itu.

Sepanjang siasatan dijalankan juga, Zulkifli diarahkan menutup mulut dan dilarang membuat kenyataan media. Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, perkara itu tidak boleh dihalang kerana ia dibuat berdasarkan peruntukan parti. Bagaimanapun, beliau akan terus bercakap berhubung isu kalimah Allah jika dirasakan perlu. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR adalah Syed Kamaruzaman. - http://www.harakahdaily.net


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

TEMPOH 24 JAM UNTUK TV3 DAN TV9 -DS NIZAR

بسم الله الرحمن الرحيم


IPOH: Menteri Besar Kerajaan PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta semalam bahawa seorang pegawai khas beliau merupakan antara 38 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

DS Nizar memberi tempoh 24 jam sehingga jam 3 petang esok untuk kedua-dua stesen televisyen berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," kata DS Nizar kepada pemberita di sini hari ini.

Kita lihat DS Nizar berjiwa besar memberi ruang kepada pembawa fitnah untuk meminta maaf.Kita yang bertugas dengan DS Nizar melihat semakin musuh menekan DS Nizar,semakin kuat perjuangan DS Nizar menegakkan kebenaran.

DS Nizar berkata bahawa tindakan perundangan berkenaan tidak akan diteruskan sekiranya dua stesen televisyen itu memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 yang telah diberikan.

Tindakkan itu di ambil ekoran laporan stesen tv berkenaan melaporkan pegawai khasnya ditahan SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang.

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah. Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

Dicatat oleh anakmuaallaf


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BUNG LAYAN DISCO DENGAN ISTERI BARU

بسم الله الرحمن الرحيم


Fuuyoo...Rambut pun dah hitam

Daripada Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada di akhir zaman nanti orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga.
(Riwayat Abu Dawud)

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Dunia ini tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang rosak akhlak anak kepada orang yang rosak akhlak.”
[Riwayat Ahmad, Musnad, 2/358]


Boleh plak tonggang terbalik dgn jantan lain... spotingnya bung sebagai seorang suami.. atau lebih tepatnya "dayus" ?

Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Ganasnya bung ni dalam dewan parlemen.. tp takut nak tegur bini.. nak tegur macam mana klau dia pun sama.. hehehe

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).
(Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim)

[+/-] Read More...

Monday, January 25, 2010

HUKUM MAKAN TELUR BUAYA

بسم الله الرحمن الرحيم



Soalan: Saya ada kemusykilan mengenai hukum pemakanan terhadap dua bahan tersebut iaitu :
1- Telur penyu, tuntung dan telur buaya = Bolehkah ianya dimakan??
2- Bhgn dalaman dari binatang buas dan berbiasa(harimau/ ular)seperti hati dan hempedu = Bolehkan dimakan samada mentah atau dimasak?? kerana ada pendapat kata ianya utk dibuat ubat…

jawapan:
wa’alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1a. Buaya - menurut pandangan yang sahih bahawa adalah haram memakannya, kerana ia juga duduk didarat dan mempunyai taring, walaupun ia menghabiskan masa yang lama didalam air, akan tetapi sebab yang awal tadi mendahului hukum (binatang darat yang bertaring). Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa buaya diharamkan oleh Mazhab Syafie dan Hanbali :

وللاستخباث في التمساح ; ولأنه يتقوى بنابه ويأكل الناس .

“Kerana kotornya buaya dan sesungguhnya ia kuat pada taringnya dan buaya memakan orang”

Sudah tentu telur buaya juga haram dimakan.

1b. Penyu - Binatang yang memang tinggal di laut dan juga yang tinggal di darat, tiada khilaf dikalangan ulama’. Akan tetapi, binatang yang hidup didalam dua alam, wujudnya khilaf dikalangan ulama’, ternasuklah penyu. Berkata Dr Abdullah Faqih :-

أجاز العلماء أكل السلحفاة لعموم قوله تعالى : (كلوا مما في الأرض حلالاً طيباً ) وقوله أيضا (وقد فصل لكم ما حرم عليكم ) وقالوا عن تذكية السلحفاة: ما يعيش في البر يذكي بلا خلاف في ذلك ، وما يعيش في البر والبحر ككلب الماء والسلحفاة فاختلفوا فيه بين من قال بالتذكية، ومن لم يقل بها ، والأولى التذكية خروجا من الخلاف .

“Ulama; membenarkan memakan penyu atas umum perintah Allah swt :- (Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik 2:16 8) dan juga firmannya (padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu 6:119) dan mereka bercakap mengenai rekomendasi penyu : apa yang hidup di darat, tidak ada perselisihan mengenainya, dan apa di bumi dan laut seperti anjing air dan penyu tersedapat khilaf dikalangan mereka, mereka yang rekomen berkata : sesiapa yang tidak mempercayainya, dicadangkan mula2 sekali keluar dari perselisihan”

Ibn Qudamah rh. didalam al-Mughni mengatakan bahawa penyu boleh dimakan sekiranya disembelih. Katanya :

كل ما يعيش في البر من دواب البحر , لا يحل بغير ذكاة , كطير الماء , والسلحفاة , وكلب الماء , إلا ما لا دم فيه , كالسرطان , فإنه يباح بغير ذكاة .

“Semua yang hidup didarat dari kalangan binatang laut, tidak halal tanpa disembelih, sebagaimana burung laut, penyu, anjing laut, melainkan ia tidak berdarah seperti ketam dihalalkan tanpa sembelih”

Dikalangan ulama’ yang berpegang kepada pandangan ini membenarkan memakan telur penyu.

2. Mengenai berubat dengan menggunakan barangan2 haram, disini saya mengambil petikan pandangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, didalam bab (ضرورة الدواء) dalurat kerana berubat, didalam buku halal dan haram (ms 49-50) (terjemahan Ustaz Zainys, al-ahkam) :-

وأما ضرورة الدواء -بأن يتوقف برؤه على تناول شيء من هذه المحرمات- فقد اختلف في اعتبارها الفقهاء.. فمنهم من لم يعتبر التداوي ضرورة قاهرة كالغذاء، واستند كذلك إلى حديث “إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم”.
ومنهم من اعتبر هذه الضرورة وجعل الدواء كالغذاء، فكلاهما لازم للحياة في أصلها أو دوامها، وقد استدل هذا الفريق -على إباحة هذه المحرمات للتداوي- بأن النبي صلى الله عليه وسلم رخص في لبس الحرير لعبد الرحمن بن عوف والزبير بن العوام رضي الله عنهما لحكة -جرب- كانت بهما. مع نهيه عن لبس الحرير، ووعيده عليه.
وربما كان هذا القول أقرب إلى روح الإسلام الذي يحافظ على الحياة الإنسانية في كل تشريعاته ووصاياه.
ولكن الرخصة في تناول الدواء المشتمل على محرم مشروطة بشروط:
أن يكون هناك خطر حقيقي على صحة الإنسان إذا لم يتناول هذا الدواء.
ألا يوجد دواء غيره من الحلال يقوم مقامه أو يغني عنه.
أن يصف ذلك طبيب مسلم ثقة في خبرته وفي دينه معا.
على أنا نقول مما نعرفه من الواقع التطبيقي، ومن تقرير ثقات الأطباء: أن لا ضرورة طبية تحتم تناول شيء من هذه المحرمات -كدواء- ولكننا نقرر المبدأ احتياطا لمسلم قد يكون في مكان لا يوجد فيه إلا هذه المحرمات.

“Darurat kerana berubat ialah, kesembuhan suatu penyakit bergantung kepada makanan yang diharamkan. Mengenai hal ini, para fuqahak telah berselisih pendapat mengenainya. Sebahagian mereka tidak menganggap berubat dalam keadaan ini sebagai darurat yang memaksa sebagaimana dalam masalah makan. Pendapat ini bersandarkan kepada Hadis:
Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang Ia haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)

Sebahagian fuqahak pula mengatakan bahawa ia dapat digolongkan di dalam keadaan darurat. Mereka menganggap masalah memakan ubat sama seperti masalah makan (boleh makan yang diharamkan ketika darurat). Dalil golongan yang membolehkan memakan yang haram kerana berubat ialah, Nabi Muhamad s.a.w. pernah memberi rukhsah (keringanan) memakai sutera kepada Abdul Rahman bin Auf dan al-Zubair bin al-Awam r.a. Ini disebabkan penyakit yang menimpa mereka berdua, sedangkan pemakaian sutera adalah dilarang dan pemakainya diancam.

Barangkali inilah pendapat yang lebih hampir kepada roh Islam yang bersifat sentiasa melindungi kehidupan manusia. Sifat ini boleh kita perolehi di dalam setiap pensyariatan dan pesan-pesannya.

Namun, rukhsah (keringanan) memakan ubat yang mengandungi bahan yang diharamkan ada beberapa syaratnya, iaitu:

1. Dapat benar-benar merbahayakan kesihatan jika tidak memakan ubat berkenaan.
2. Tidak terdapat ubat lain yang halal sebagai penggantinya.
3. Hal ini disahkan oleh doktor yang dapat dipercayai dari sudut kepakaran dan agamanya.
Dapat kami katakan dari apa yang kami ketahui berdasarkan kepada kenyataan yang berlaku dan bersandarkan kepada kenyataan doktor-doktor yang dapat dipercayai: Bahawa tidak ada darurat perubatan yang sampai ke peringkat terpaksa memakan sesuatu yang diharamkan sebagai ubat. Cuma, kami di sini hanya menetapkan prinsipnya sahaja sebagai langkah berjaga-jaga (ihthiati) kepada orang Islam yang kadangkala berada di suatu situasi di mana tidak ada apa-apa melainkan yang diharamkan sahaja. ” -[tamat petikan]
===========
Sekian, wassalam
————-

Rujukan :
1. Markas Dr Abdullah Faqih. حكم أكل السلحفاة. url : http://www.islamonl ine.net/fatwa/ arabic/FatwaDisp lay.asp?hFatwaID =71513
2. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. al-Halal wa al-Haram fi Islam. cet. 27. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002.
3. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. al-Halal wa al-Haram fi Islam. terjemahan Ust Zain. URL : http://al-ahkam. net/forum2/ viewtopic. php?t=7098

Sumber : http://soaljawab. wordpress. com/


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

CIRI CIRI ISTERI SOLEHEH

بسم الله الرحمن الرحيم

Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)

Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan- Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.

Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.

Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".

Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya" . (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KEMATIAN YANG HAMPIR

بسم الله الرحمن الرحيم

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali… Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana di riwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu.

Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KUKU PANJANG DAN CINCIN

بسم الله الرحمن الرحيم


Additional info : Najis kita mempunyai sejenis kuman yang bernamaE-Coli

KUKU

Jangan ada niat simpan kuku panjang . Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi tangan kiri yang digunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

CINCIN

Ali r.a telah berkata, “Rasulullah s.a.w melarangku memakai cincin di jariku yang ini atau yang ini” sambil dia menunjuk ke jari hantu dan jari telunjuk. - Imam Muslim.
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian: Masalah cincin ni sama dgn masalah kuku. Jika kita gunakan di jari sebelah kiri untuk cincin kemudian tangan kiri untuk beristinja,, kuman-kuman dari najis tadi akan berkumpul dicelah antara jari dan cincin. lepas tu kita kita turut mengunakan tangan yang sama untuk menyediakan makanan...

sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...