بسم الله الرحمن الرحيم
Kelebihan Berselawat Keatas Rasulullah S.A.W
Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa: ''Malaikat Jibril, Israfil, Malik dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:
Berkata Jibril A.S.:''Wahai Rasulullah S.A.W. ,barangsiapa yang membaca selawat keatasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar''.
Malaikat Malik A.S. pula berkata: " Mereka yang berselawat keatas kamu akan aku memberi mereka itu minum dari telagamu''.
Berkata Malaikat Israfil A.S.: '' Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu''.
Berkata Malaikat Izrail A.S : "Bagi mereka yang berselawat keatasmu,akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi''.
Sabda Rasulullah S.A.W: "Barang siapa mengucapkan salawat kepada ku satu kali,maka Allah s.w.t akan mengucapkan salawat kepadanya sepuluh kali." (HR Muslim.)
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W. . Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat keatas Rasulullah S.A.W. .
Dengan kisah yang kita kongsi bersama ini, harap dijadikan amalan berterusan kita hingga akhir hayat.Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah S.W.T ,Rasul dan para malaikat insyaallah.
Kongsikan pada rakan-rakan anda semua.. Sharing Is Caring.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
Salam Yob Bujang, tima kasih entry yg memang selalu kita kena peringat diri kita sendiri untuk amalkan selalu.
PENGAJARAN YANG AMAT BERNILAI ...SEKALI LAGI BS...YOU ARE THE BEST...
ia ke malaikat cakap tu... malaikat tidak ada nafsu maka mrk tidak ada persaan... minta ustaz jawap.
saya belajar banyak tentang malaikat dan tidak pernah terjumpa hadis sahih tentang perkara ini. sehebat mana pun malakat punya hubungan dgn nabi.... mrk tidak akan mampu apa-apa yg ALLAH telah tentukan keatas mrk. minta ustaz jawap
Post a Comment