Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, July 11, 2009

Petronas Jangan Tipu Rakyat Kelantan


Malaysian water
Oleh: Syed Azidi AlBukhary

Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang

“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”

Rujukan kepada Malaysia di seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan di tafsirkan ;"Artikel 1 Perlembagaan (iaitu undang-undang tertinggi), antara lain Artikel 1 menyebut,
Persekutuan hendaklah di kenali sebagai Malaysia di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Negeri-negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.Wilayah-wilayah Negeri ini adalah seperti yang wujud sebelum merdeka. (meliputi perairannya).Oleh yang demikian setiap kali kalimah “onshore” dan “offshore” di gunapakai dalam Akta 144 ianya bermaksud “onshore” atau “offshore” kepada satu daripada 13 Negeri dalam Persekutuan dan bukannya Persekutuan secara keseluruhan.

Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di perairan Malaysia (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri yang disebut dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mutlak sepanjang masa kepada Kerajaan Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kalimah “offshore” juga tidak dipecah tafsirkan didalam akta yang sama dan juga didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada sub kategori seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.
Territorial sea iaitu 22 km dari daratan.Contagious zone iaitu 44 km dari daratan.Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 370 km dari daratan.Oleh yang demikian, setiap kawasan di dalam Perairan Malaysia adalah milik salah satu daripada 13 negeri yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memahami JDA

Joint Development Area melibatkan kawasan pertindihan tuntutan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara bersetuju membangunkannya mengikut model kawasan pertindihan Australia – Indonesia. Kedua-dua negara menggubal undang-undang dang diluluskan di Parlimen masing-masing.

JDA hanyalah kawasan pembangunan bersama dan bukan wilayah khas. Kawasan Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) pula dipersrtujui menerusi undang-undang agar terbahagi dua dan menggunapakai undang-undang negara masing-masing. kedaulatan, hak, tuntutan dan keistimewaan mana-mana pihak tidak terhapus menerusi akta yang digubal dan ini jelas tercatat di dalam Akta 440 Malaysian-Thailand Joint (rujuk lampiran). Ini bererti Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan Persekutuan masih supreme law disitu.

Akta yang sama juga menjamin hak Kelantan ke atas perairan tersebut serta terus mengangkat sebarang perjanjian yang dimeterai sebelumnya.

Berdepan Dengan Petronas
JDA Location MAP
Rakyat Kelantan harus bersedia berhadapan dengan Petronas jika Petronas tidak bersedia menegakkan kebenaran dan mengotakan perjanjian. Rakyat Kelantan diseluruh dunia harus bersedia jika Petronas membelakangkan perjanjiannya dengan Kerajaan Kelantan.

Dunia korporat dan dunia sukan lumba kereta F1 merupakan medan-medan terbaik untuk dunia mengenali Petronas sebenar-benarnya.

Hasil Bumi Di Pantai Kelantan
JDA Gajah Ular
Petronas tidak boleh mudah berkata tiada hasil gas atau petroleum di Kelantan. Petronas harus juga jelas dengan dua buah telaga di luar JDA iaitu Gajah-1 dan Ular-1 yang terletak di blok PM 301 dan PM 302 tetapi dikaburi dengan nama JDA. Begitu juga dengan Lawit dan Jerneh, pengeluar Gas yang mampu menampung keperluan satu pertiga keperluan Semenanjung. Lawit dan jerneh terletak di Blok PM 303. Dibayar royaltinya kepada Terengganu walaupun kesahihan kedudukannya boleh dipertikaikan oleh rakyat Kelantan.

Petronas juga harus menjelaskan penemuan-penemuan di Blok PM 301 dan PM 302 yang dalam lingkungan kedalaman air kurang 70 meter. Di dalam hal ini jelas Petronas tidak boleh membiarkan dirinya dijadi tunggangan politik UMNO. Sudah lama kebobrokan ini menjadi resam permainan Petronas dan UMNO.

Lampiran
Akta Perlombongan - header
Akta Perlombongan - Define tanah
Continental Shelf Act - header
Continental Shelf Act - Seabed
ORDINAN DHARURAT 1969

Emergency ordinan - header
Emergency Ordinan- Teritorial water
EEZ Act - header
EEZ Act - Distance
Petroleum Development Act - Header
Petroleum Development Act - Cash Payment
Petroleum development Act - Cancelling 1966
MTJA Act - Header
MTA Act - Define
MTJA Act - Location
Admiralty Chart
MTJA - Royalty
MTJA - respecting original Rights
MTJA - Power of Minister
MTJA - Payment
MTJA - Malaysia Area
MTJA - JDA Not Special territory
Sumber - Kickdefella


[+/-] Read More...

Kekufuran bawa kerugian dunia dan akhirat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI


SYEIKH Sya'rawi berkata : "Sesungguhnya risalah yang dibawa Rasulullah SAW amat jelas. Inilah yang termaktub dalam kitab Samawi. Maka apakah yang menjadikan kamu hai ahli Kitab, tidak beriltizam jalan kebenaran sedangkan kamu menjadi saksi? Sudah pasti telah disentuh kepada mereka syubhah. Sesungguhnya Allah tidak lupa apa yang mereka lakukan."

Ayat 100

Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

Sebab Nuzul

Mengikut riwayat Zaid bin Aslam kerana adanya peristiwa kegemparan besar di antara orang-orang Ansar. Iaitu orang-orang Yahudi (seperti Syas bin Qis) cuba memecahbelahkan persatuan dan kerukunan antara orang-orang Ansar Madinah. Mereka itu telah mengungkit sejarah permusuhan dan

peperangan kedua-dua suku orang-orang Ansar yang terdiri dari suku al-Aus dan al-Khazraj yang terjadi kira-kira 120 tahun sebelum kebangkitan Nabi SAW yang lalu. Kejadian membangkitkan permusuhan antara suku-suku tersebut telah menjadikan kegemparan besar hampir mengakibatkan pertumpahan darah di antara orang-orang Ansar.

Iktibar dan fiqh ayat :

i. Ibnu Kathir berkata : "Allah memberi ancaman dan amaran kepada hamba-hamba- Nya yang beriman supaya jangan mentaati golongan ahli Kitab yang berhasad dengki terhadap orang yang beriman."

ii. Ibnu Jauzi berkata : "Kebanyakan ahli tafsir berpendapat ayat ini ditujukan kepada Aus dan Khazraj. Zaid bin Aslam berkata dikehendaki kumpulan ialah Syas bin Qis al-Yahudi dan sahabat-sahabatnya. "

iii. Syeikh Sya'rawi berkata : "Orang kafir sentiasa tidak tenang dengan ayat-ayat Allah melainkan cuba menggugat orang beriman pada agama mereka."

iv. Al-Maraghi berkata : "Wahai orang yang beriman, jika kamu mendengar sesuatu perbicaraan yang menimbulkan fitnah daripada golongan Yahudi, lalu kamu berbicara lemah lembut dengan mereka dan bersetuju dengan apa yang diserukan kepadamu nescaya kamu akan kembali menjadi kafir semula padahal sebelum ini kamu sudah beriman. Kekufuran menyebabkan kerugian di dunia dan akhirat. Di dunia ialah timbulnya permusuhan dan kebencian serta berkobarnya fitnah, sehingga menimbulkan peperangan. Di Akhirat tidak perlu diberi penjelasan lagi."

Ayat 101

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada Rasul-Nya (Muhammad SAW)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).

Iktibar dan fiqh ayat :

i. Ibnu Kathir berkata : "Berpegang dengan Allah, bertawakal kepada-Nya adalah pokok serta asas dalam hidayah, di samping itu ia menjadi bekalan untuk menjauhkan kesesatan dan wasilah kepada petunjuk."

ii. Ibnu Qutaibah berkata : "Siapa yang enggan atau menegah iaitu yang benar-benar berpegang dengan Allah sudah pasti mendapat petunjuk ke jalan yang lurus."

iii. Al-Maraghi berkata : "Barang siapa berpegang teguh dengan agama Allah SWT, kitab-Nya, dan Rasul-Nya nescaya dia akan memperoleh petunjuk ke jalan yang lurus. Ibaratnya kamu berkata kepada temanmu: "Jika aku mendatangi si fulan, tentulah aku akan gembira kerana ketika itu dia sedang berada di ambang kebinasaan dan perasaan kebimbangan tidak mempengaruhinya lagi."

iv. Qatadah berkata : "Pada ayat ini disebutkannya dua perkara yang dapat mencegah seseorang daripada terjerumus ke lembah kekafiran. Pertama, dengan cara membaca kitab Allah yang benar. Kedua, perutusan rasul kepada mereka. Meskipun Rasulullah SAW telah pergi menghadap Allah SWT, namun al-Quran tetap kekal sampai tibanya Hari Kiamat."

v. Al-Sonhadji berkata : "Pertanyaan yang dikemukakan oleh Allah dalam ayat ini merupakan "Istifham Ta'ajub dan Taubikh" ertinya pertanyaan yang mengandungi rasa kehairanan dan celaan ditujukan kepada sahabat-sahabat Nabi kaum Ansar daripada suku kaum al-Aus dan al-Khazraj yang disebutkan kisahnya dalam huraian ayat yang lalu."

vi. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Penutup ayat ini memberi isyarat bahawa Rasulullah SAW akan meninggalkan mereka. Namun kesesatan tidak akan menyentuh mereka selama berpegang teguh dengan kitab suci al-Quran dan sunah Rasulullah SAW walaupun baginda telah pergi meninggalkan sekalian manusia."

Marilah kita berpegang teguh dengan ajaran Islam iaitu mengikut al-Quran dan sunnah Nabawiyah yang menjadi sumber utama bagi mencapai hidayat Allah. Inilah sebesar-besar nikmat. Semoga kita mencapainya. . Amin.

[+/-] Read More...

Taiwan Going Crazy










[+/-] Read More...

Telur Hang







[+/-] Read More...

MUSLIM DI XIANJIANG TAK DIBENARKAN SOLAT JUMAAT HARI INI




Ingat lagi pasal Xianjiang? Saya pernah menulis tentang Xianjiang sebelum ini.
Xianjiang terdiri dari Etnik Uighur(berasal dari Turki) yang beragama Islam dan Etnik Cina Han yang mana ada yang beragama Islam dan ramai beragama Buddha. Xianjing ini adalah wilayah awal yang menerima Islam di China pada zaman Khalifah Utman ibn Affan dimana Saad ibnu Waqqas telah dihantar mengetuai misi dakwah ke sana. Xianjiang atau disebut Turkistan Timur sebelum ini adalah di dalam wilayah Islam Turkistan bersama wilayah Bukhara yang terdiri dari Uzbekitan, Tajikistan dan Kyrgistan. Ia berjaya dibebaskan oleh melalui titisan darah Syuhada yang dipimpin oleh Panglima terbilang, Tariq bin Ziyad. Ia pernah digelar "tiang Islam" kerana wilayah

Selepas kejatuhan Xianjing kepada pemerintahan Komunis China, jumlah ummat Islam dari lebih 48 juta telah berkurang kepada kurang 10 juta dalam tempoh beberapa tahun pemerintahan Mao. Ummat Islam tidak dibenarkan

solat, membaca Alquran hatta menyambut hari Raya sekalipun tidak dibenarkan. Akibatnya ramailah yang syahid setelah diseksa dan dizalimi di luar batas kemanusiaan.

Tabik hormat saya kepada Muslim Uighur. Walaupun diseksa sedemikian rupa mereka berani mengibarkan bendera khilafah walaupun akibatnya mereka dibunuh dengan kejamnya. Penyeksaan terhadap Uighur dan penentangan mereka terhadap pemerintah tirani China tidak pernah padam. Hizbut Tahrir mendapat sambutan hebat di wilayah Xianjiang. Tetapi satu persatu dihapuskan oleh pemerintah komunis menjelang tahun 2000. Kini ledakan dakwah Hizbut Tahrir merebak dari Uzbekistan, Tajikistan dan Kyrgistan merebak kembali ke bumi Turkistan Timur ini. Ummat Islam di Xianjiang memang rindukan khilafah dan mereka sanggup bekorban untuk menegakkan kembali Islam. Pemerintah China cuba mengaitkan Hizbut Tahrir dengan aktiviti militan tetapi tidak diendahkan oleh ummat Islam di Xianjiang. Mereka hendak khilafah dan Hizbut Tahrir berusaha ke arah itu. US sendiri telah menaja beberapa orang dari Etnik Uighur ini untuk menjadi proksi mereka. Dan kini pelbagai huru hara sengaja dicetuskan dan mengaitkannya dengan Al Qaeda.



Dari huru hara yang mengakibat lebih 100 orang terbunuh dan lebih 1000 orang cedera, pemerintah China mengambil tindakan ketenteraan. Sampai hari ini, hari Jumaat, ummat Islam tidak dibenarkan mengerjakan solat Jumaat di Masjid-masjid di Urumqi, ibu kota Xinjiang.

Jadi, sekali lagi persoalan. Apakah jawapan bagi semua kezaliman terhadap ummat Islam? Adakah kita mahu boikot barangan buatan China pula? Atau kita terima hakikat, kita sangat terdesak untuk mendirikan semula khilafah Islamiah secepat mungkin!!!

Xinjiang adalah biladul Muslimin yang wajib dikembalikan kepada ummat Islam.



[+/-] Read More...

UIAM Exhibition


Salam kepada semua,

Pada 15hb - 17hb Julai 2009 (Rabu - Jumaat) satu exhibition akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak pada jam 9.00 am - 7.00pm, iaitu program IIUM PC & Book Fiesta akan diadakan . Lihat seperti di lampiran.

[+/-] Read More...

Friday, July 10, 2009

Natrah Meningal Dunia


Natrah, gadis rebutan berdarah 1950 meninggal dunia

Natrah digendong oleh ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed. Gambar ini diambil sekitar tahun 50-an.

KUALA LUMPUR 9 Julai – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.

Beliau meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada

ibu bapa kandungannya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr. Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr. Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. – BERNAMA

[+/-] Read More...

RM10,000 ganjaran cari nabi palsu





INILAH gambar Abdul Kahar yang ditampal
di papan kenyataan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

KUALA LUMPUR - Sesiapa yang mengetahui di mana Abdul Kahar Ahmad Jalal yang mendakwa dirinya sebagai 'nabi' bersembunyi akan diberi ganjaran wang tunai RM10,000.

Tawaran itu diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat sehingga Abdul Kahar ditangkap.

Risalah berhubung tawaran itu ditampal di papan kenyataan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

JAIS membuat tawaran itu setelah usaha mengesan Abdul Kahar gagal sedangkan kes berhubung penyelewengan agama yang dibawanya sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Kahar yang memegang kad pengenalan bernombor 500427-10-5719 diminta menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1-800-88-2424, 03-55190930 atau 03-55190398.

Abdul Kahar, 59, didakwa buat pertama kali di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 17 Ogos 2005 atas lima tuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Tuduhan yang dihadapi Abdul Kahar ialah mengisytiharkan dirinya sebagai rasul orang Melayu zaman ini, mempersenda ajaran Islam dan mendakwa ibadat haji perkara sengaja diada-adakan kerajaan Arab Saudi untuk mengaut keuntungan.

[+/-] Read More...

Sifat Kedekut Lahir Dari Hati Yang Kotor

AL-KISAHNYA. ....

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil biskut dari bungkusannya.

Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku. dia makan sama banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan tersebut. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan kasar

biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Dasar pencuri besar....

Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan sahaja. Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ?? Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki tersebut. Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

Pengajaran dr cerita....
# Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan membuat keputusan secara membuta tuli aje, nanti kita akan menyesal kemudian... penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya. bersihkanlah hati dari sifat tamak dan kedekut. Selalu musahabah diri dari hanya memikirkan kesalahan org lain. Jangan fikir yg kita sentiasa betul.. wallahualam.


[+/-] Read More...

Anakku Akan Menanggis Memakiku

Jika dia tahu PPSMI masih diteruskan sehingga hujung tahun 2011, iaitu dua setengan tahun lagi, pasti dia akan memakiku, mungkin bukan sekarang,
tetapi 15 tahun lagi. Sekarang dia berumur enam tahun, dan akan memulakan persekolahannya tahun 2010. Ketika itu dia akan "penat" bersama gurunya dengan
PPSMI yang akan diteruskan selama dua tahun persekolahannya. ...

Pendekatan PPSMI di ketahui telah menjadikan generasi kakak dan abangnya,
mangsa dalam perjalanan mereka mendapat ilmu . Maaf ini bukanlah
khayalan yang saya dakwa bersumber dari pejuang bahasa atau pembangkang,
tetapi laporan dari Timbalan PM sendiri yang tulis dalam Berita Harian hari ini
Khamis, 09 Julai 2009, 16 Rejab 1430.

Dari Berita Harian 9 / 7 / 2009
Selain pemantauan kementerian, Laporan Trends in Mathematics and
Sciences Study 2007 juga menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam
subjek Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke-21 pada 2007.

Bagi subjek Matematik pula, laporan sama menyatakan kedudukan murid
Malaysia merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 kepada ke-20 pada 2007.

( Tiada olahan dibuat )

Walaupun laporan itu masih boleh dipertikai kesahihannya (sebelum diterbitkan pada
umum, angkanya mungkin lebih besar lagi), namun kemerosotan tahap kedudukan
subjek sains dan matematik sangat membimbangkan. Berapa bulan lagi kita mesti menunggu untuk berada dalam perahu yang sedang karam ?

Bayangkan anak saya yang sekarang berumur enam tahun, akan menjalani
pendekatan pelajaran yang terbukti menemui

kegagalan dalam tahun-tahun awal pendidikannya. Tahun depan darjah satu, dan akan bersamanya (PPSMI)
sehingga darjah dua, tahun yang cukup penting. Tahun inilah yang akan banyak mempengaruhi persepsi dan tanggapannya terhadap sains dan matematik.

Minat dan kecenderungannya murid, begitu juga guru-guru akan banyak dipegaruhi
dengan pencapaian ditahap ini. Lima belas tahun akan datang kesukarannya di alam pekerjaan atau jika berjaya ke IPT, memungkinkan dia memaki ku...

Jika saya bersama kalian membiarkan PPSMI berterusan sehingga 2012 .

Jika perlaksanaan PPSMI dapat dilaksanakan dalam masa 6 bulan, selepas
Tun Mahadir menangis di khalayak ramai (bersama Rafidah dan Azalina), tahun
2003, mengapa pula pemansuhan pendekatan yang terbukti merugikan menggambil masa yang sangat lama untuk dikuburkan ?

Apakah anda juga akan dimaki oleh anak-anak anda sepuluh tahun lagi ?

Tunggulah !!

[+/-] Read More...

BICARA TENTANG HATI

Assalamualaikum wR wB



Entah berapa jarak yang sudah aku tempuhi, namun…

Daku sentiasa sunyi dan sepi…

Gelisah, resah, gundah menghantui…

Ada apa dengan hati…???!!!



Hati merupakan bahagian yang terpenting didalam tubuh badan kita, bahkan kita tidak akan dapat hidup tanpanya. Jika dialam tiap-tiap negeri ada seorang raja baginya, maka hatilah “raja” bagi tubuh badan manusia .

Bagaimanakah sifat hati itu?

Hati disebut didalam bahasa Arab sebagai “Qalbun” yang bermaksud “sentiasa berdolak dalik”, penamaan itu sesuai betul dengan keadaannya yang sentiasa tidak konsisten. Adakalanya kita benci dengan seseorang, namun dalam sekejap mata kebencian itu bertukar kepada rasa cinta dan sayang. Ada juga kalanya kita sangat mencintai serta menyayangi seseorang, namun dalam sekerlip

pandangan mata, rasa cinta dan sayang itu bertukar kepada perasaan benci.


Demikan pula didalam perkara keimanan, terkadang kita rasakan begitu khusyuknya kita solat, dan syahdunya kita membaca al-Quran, hinggalah terkadang kita meneteskan air mata kerana rasa rindu kepada Allah swt yang membuncah-buncah, kita merindukan mesjidnya, kita juga merindukan kitabnya, kita juga merindukan memanggil-manggil namanya. Namun terkadang kita melupakan Allah swt, tidak ingat akan zatNya, lupa keatas segala nikmatNya, bahkan sikap kita terkadang sudah menyerupai sikap ahli-ahli nerakaNya. Begitulah hati ini sentiasa berdolak-dalik.


Beruntunglah mereka yang memiliki hati yang tentram dan tenang, hatinya sentiasa terikat dengan Allah swt, maka bagi mereka surga Allah swt dan dimasukkan kedalam hamba-hambaNya yang solih. Allah swt menjelaskan didalam al-Quran keutamaan mereka yang memiliki jiwa-jiwa yang tenang didalam surah al-Fajr ayat ke 27 – 30 :


(يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ) (الفجر : 27 ) (ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً) (الفجر : 28 ) (فَادْخُلِي فِي عِبَادِي) (الفجر : 29 ) (وَادْخُلِي جَنَّتِي) (الفجر : 30 )

Yang bermaksud :

“Wahai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya, Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba- Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku”.


Hati merupakan tempat jatuhnya pandangan Allah swt, kerana disitulah niat baik dan buruk bermula, dan Allah swt telah menjelaskan kepada kita melalui lisan rasulnya yang bersabda :

عن ابن عباس رضي الله عنهما : عن النبي صلى الله عليه وسلم فيما يروي عن ربه عز وجل . قال قال (إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها وعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبعمائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة(


Yang bermaksud :


Daripada Ibnu ‘Abbas ra : daripada nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan daripada Allah swt, beliau mengatakan “Sesungguhnya Allah swt telah menuliskan kebaikan dan keburukan, kemudian dijelaskan maksudnya, maka barangsiapa yang berkeinginan “dihatinya” untuk melakukan kebaikan maka dia belum melaksanakannya, Allah swt telah menulis baginya satu kebaikan penuh, maka jika berkeinginan melakukan satu kebaikan dan dia telah mengerjakannya, maka dituliskan baginya sepuluh kebaikan hingga digandakan kepada tujuh ratus kali ganda dan kepada kebaikan yang sangat banyak. Dan barangsiapa yang berkinginan melakukan satu keburukan maka seseorang belum melaksanakannya telah ditulis oleh Allah swt baginya satu kebaikan penuh, maka jika seseorang berkeinginan untuk melakukan keburukan, maka dia telah melaksanakannya, maka baginya telah Allah swt tulis sebagai satu kejahatan sahaja. (Bukhari Muslim)



Didalam hadis lain Rasulullah saw mengajarkan kepada kita sebagai berikut :



عن أسامة ( وهو ابن زيد ) أنه سمع أبا سعيد مولى عبدالله بن عامر بن كريز يقول سمعت أبا هريرة يقول : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الله لا ينظر إلى أجسادكم ولا إلى صوركم ولكن ينظر إلى قلوبكم وأشار بأصابعه إلى صدره.



Yang bermaksud :


Daripada Usamah, bahawasanya beliau telah mendengar Abi said maula Abdillah bin Amir bin Kuraiz mengatakan : saya telah mendengar Abu Hurairah mengatakan : Telah bersabda Rasulullah saw “Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada (kecantikan) tubuh badan kamu, dan tidak pula melihat kepada rupa kamu, tetapi pandangan Allah jatuh kepda hati-hati kamu” seraya Rasulullah saw menunjukkan kearah dadanya (tempat hati itu berada). (Muslim)


Saudara demi melihat hati itu sentiasa berdolak dalik manakala ianya begitu penting kedudukannya disisi Allah swt, maka Rasulullah saw sentiasa beamal dengan zikir seperti dibawah ini :


عن أنس قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يكثر أن يقول يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك فقلت يا رسول الله آمنا وبك وبما جئت به فهل تخاف علينا ؟ قال نعم إن القلوب بين إصبعين من أصابع الله يقلبهما كما يشاء.

Yang bermaksud :

Daripada Anas ra beliau berkata : Bahawasanya Rasulullah saw banyak mengatakan “Wahai Yang memutarbalikkan hati, tetapkanlah hatiku keatas agamamu”. Maka saya mengatakan “Wahai Rasulullah saw kami telah beriman kepadamu dan dengan apa-apa yang datang bersamamu (al-Quran dan al-Sunnah) maka adakah engkau takut keatas kami? Beliau mengatakan “Betul, sesungguhnya hati itu terletak antara dua jari-jari Allah swt didolak-dalikkan sesuai dengan kehendaknya”. (Tirmizi)

Demikianlah keadaan hati itu, sentiasa bertukar dan berdolak dalik, marilah kita memperbanyak zikir Rasulullah saw ini :


يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك


Semoga dengan zikir ini hati kita sentiasa menjadi tentram dan tetap pada agamaNya, sehingga kita jika kembali kepada Allah swt dalam keadaan husnul khatimah (kesudahan yang baik).


“Ya Allah berilah kepada kami hati-hati yang kyusuk, hati-hati yang sujud, dan hati-hati yang bersyukur”.

[+/-] Read More...

Daging berkecai di 'paya hangus'

Daging berkecai di 'paya hangus'
Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.

________________________________________


ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.
"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.
"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengka n kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.

________________________________________


Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.
Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.
"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Hussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.
________________________________________


Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.
Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.
"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.
"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.
"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.
"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.
"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.

________________________________________


Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.
Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.
Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.
"Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam," imbasnya.

MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
________________________________________


Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.
"Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas," kata Ahmad.
"Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat," tambah Zaiton pula.
Suara jeritan
Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.
"Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.
"Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku," kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.
Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad 'menceroboh' masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.

SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.
________________________________________



AHMAD PUTEH
________________________________________

Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.
"Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara," kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.
"Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur," ujarnya.
Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.
Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnalsekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.
Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara.


[+/-] Read More...

Mahathir Pelopor Kemusnahan Anak Bangsa



oleh Faisal Tehrani

"Walaupun pandangan saya diminta, ia tidak dicerminkan dalam keputusan tersebut," kata Tun Dr Mahathir, bekas perdana menteri di blognya. Beliau adalah ahli nujum yang bertanggungjawab membawa dasar dan polisi kotor ini ke sekolah-sekolah.

Polisi dan dasar comot ini sungguh memualkan kerana setiap kali saya ke sekolah-sekolah untuk memenuhi undangan memberi ceramah KOMSAS (cerpen Kerana Manisnya Epal tersisip dalam KOMSAS) saya tidak pernah mendengar kata-kata yang baik tentang PPSMI.

Ia bukan sahaja menyusahkan para pelajar, ia malah menimbulkan pergeseran yang serius antara guru-guru (siapa tidak iri hati dengan elaun dan komputer riba 'yang selalu hilang tetapi tidak dilaporkan itu?').

Ketika Pesta Buku Kuala Lumpur baru ini, dari lebih lima puluh guru yang datang berkunjung ke gerai Ameen dan berbual-bual dengan saya, hanya seorang guru (yang tidak silap saya dari Cheras) memberitahu dasar PPSMI amat baik buat para pelajarnya (menurut teman saya yang duduk di sisi waktu itu, mungkin guru ini gembira dengan elaun dan komputer riba).

Sebahagian besar guru yang saya temui baik ketika saya merakyat turun padang ke sekolah-sekolah mahupun yang saya temui di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tersebut - menolak total dasar ini.

Malah seorang guru matematik yang masih muda dan terpelajar dari Kelana Jaya memaklumkan, "Dasar ini memang menyusahkan kerana murid saya di Kelana Jaya bahasa Inggeris adalah bahasa ketiga mereka!

Oleh kerana kebanyakan pelajar saya berbangsa Tionghua yang miskin, bahasa pertama mereka ialah

bahasa Cina, keduanya mereka memahami bahasa Melayu dek hasil pergaulan, yang ketiga itulah bahasa Inggeris. Dan mereka memang tidak faham apa yang saya ajarkan."

Sewaktu saya ke Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan kurang tiga minggu lalu, saya bertemu dengan guru-guru dari wilayah Timur (Kelantan, Trengganu dan Pahang) yang sebulat suara menggambarkan dasar PPSMI ini hancur lebur dan merosakkan anak bangsa kita. Malahan saya dikejutkan dengan pelbagai masalah yang timbul ekoran perlaksanaan dasar yang amat tergesa-gesa ini. Carilah blog guru-guru ini dan dengar keluhan mereka.

Mereka yang masih menyokong dasar PPSMI ini patut membaca kajian mendalam yang dilakukan oleh PEMBINA, di mana analisis dan pantauan mereka menunjukkan dasar ini bukan sahaja gagal tetapi gagal metah.

Kalau alasan Mahathir masih 'sains dan matematik' maka laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007 dan bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007 wajar dijadikan iktibar.

Saya tidak faham mengapa Mahathir (hanya dia seorang rujukan intelektual untuk PPSMI ini) harus diceramahkan selama tiga jam, sedangkan di luar sana ada ratus malah ribu, rujukan intelektual yang membantah perlaksanaan PPSMI. Mengapa ada sesetengah manusia tidak reti bahasa.

Mereka yang membantah PPSMI datangnya dari manusia seperti Profesor Ungku Aziz sehinggalah ke Dato A. Samad Said, dari nelayan di kampung kepada peon di kota.

Jadi, jika Dr Mahathir masih ingin menegakkan benang basahnya, sementalahan sudah ada beberapa pergeseran antara beliau (misalnya dalam hal pengurusan Petronas) dengan pentadbiran kini, maka kita patut mencadangkan kepada Tun, punca masalah ini -

Ya, keluar saja UMNO. Kami pun senang hati.
bypass308.blogspot.com

[+/-] Read More...

Thursday, July 9, 2009

Malaikat

Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang bersifat gaib, diciptakan dari nur (cahaya), selalu taat, tunduk, dan patuh pada Allah SWT, tidak pernah ingkar janji kepada-Nya, dan tidak membutuhkan makan dan minum ataupun tidur.
Mereka tidak mempunyai keinginan apa pun yang bersifat fisik dan juga kebutuhan yang bersifat materiil. Mereka menghabiskan waktu siang dan malam untuk mengabdi kepada Tuhan.
Adapun ayat-ayat Al Qur'an yang menyebutkan tentang malaikat antara lain terdapat dalam surat:

* Al-Baqarah: 177 dan 285
* Ãli-'Imrân: 39, 42, 124, dan 125
* An-Nisâ: 97 dan 172
* Al-Anfâl: 9 dan 12
* Al-Hijr: 8
* Al-Anbiyâ: 19-20
* Al-Ahzâb: 56
* Asy-Syûrâ: 5
* At-Tahrîm: 4 dan 6
* Al-Ma'ârij: 4

Sifat-sifat Malaikat
Dari beberapa keterangan dapat disimpulkan bahwa malaikat adalah makhluk Allah SWT dengan sifat-sifat sebagai berikut:

1. Diciptakan dari nur (cahaya)
2. Semuanya taat dan berbakti pada Allah SWT
3. Tidak berjenis lelaki maupun perempuan
4. Tidak membutuhkan makan, minum, maupun sarana-sarana fisik lainnya
5. Tidak akan mati sebelum datangnya hari kiamat. Karena itu jumlahnya tidak dapat bertambah atau berkurang.
6. Gaib, tidak dapat dilihat oleh manusia biasa
7. Tidak pernah mengingkari Allah SWT dan berbuat dosa kepada-Nya
8. Hanya mengerjakan apa yang diperintahkan dan tidak ada inisiatif untuk berbuat yang lain
9. Diciptakan Allah SWT dengan tugas-tugas tertentu

Iman Kepada Malaikat
Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu

Rukun Iman. Iman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan sepenuh hati bahwa malaikat Allah SWT benar-benar ada. Keberadaan malaikat bersifat gaib, artinya tidak dapat dilihat oleh mata, tetapi keberadaannya dapat diketahui dan dipahami, seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul tsb menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah SWT.
Iman kepada malaikat adalah Rukun Iman yang ke-2. Rukun Iman yang jumlahnya ada 6 merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan, juga tidak dapat dipilih-pilih. Sehingga tidak disebut orang beriman jika tidak meyakini salah satu dari Rukum Iman tsb. Dalam H.R. Muslim, Rasulullah bersabda:

"Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat- Nya, kitab-kitab- Nya, rasul-rasul- Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik maupun buruk." (H.R. Muslim)

Tugas dan Nama Malaikat
Jumlah malaikat sangat banyak, tidak dapat diketahui secara pasti. Namun ada 10 malaikat yang wajib kita imani sebagi seorang Muslim. Kesepuluh malaikat tsb beserta tugasnya adalah sebagai berikut:

Jibril
Menyampaikan wahyu kepada para rasul dan nabi
Mikail
Membagi rezeki kepada semua makhluk, termasuk memberi makan, minum, dan menurunkan hujan
Izrail
Mencabut roh atau nyawa semua makhluk apabila sudah tiba saatnya.
Israfil
Meniup sangkakala (terompet) jika telah sampai saatnya hari kiamat.
Raqib
Mencatat setiap kebaikan dan amal baik manusia
Atid
Mencatat setiap kejahatan dan amal buruk manusia
Munkar dan Nakir
Memberikan pertanyaan-pertanya an kepada orang yang ada dalam kubur
Malik
Menjaga pintu neraka
Ridwan
Menjaga pintu syurga

[+/-] Read More...

Surat Nik Aziz Kepada Najib

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah


kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.


Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/ Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan


persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.

Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.

Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Sumber: http://www.blogtokg uru.com/pages/ posting/17/ surat-debat- tok-guru- kepada-pm

[+/-] Read More...

Penemuan Mangkok Di China Membuktikan Darwinis Memang Mangkok..

Kepingan-kepingan tembikar yang baru-baru ini ditemukan oleh para pakar ilmu purbakala di Gua Yuchanyan di Cina telah sekali lagi merobohkan pemikiran evolusionis mengenai sejarah. Menurut sebuah laporan di BBC News, usia pecahan-pecahan tersebut yang telah ditentukan dengan menggunakan 40 macam teknik Karbon-14 yang berbeda berkisar antara 17.500 dan 18.300 tahun. Keberadaan periuk setua itu merupakan sebuah kekalahan
penuh, dalam istilah evolusinis, karena mereka menyatakan bahwa manusia memulai kehidupan beradab dan menetap pada masa yang mereka sebut sebagai Zaman Batu.

Evolusonis menyatakan bahwa manusia pertama adalah makhluk setengah-kera yang bentuk tubuh dan kemampuan akalnya berkembang seiring dengan perjalanan waktu, bahwa mereka mendapatkan keterampilan baru, dan bahwa peradaban berevolusi disebabkan oleh hal tersebut.

Menurut pernyataan ini, yang didasarkan pada ketiadaan bukti ilmiah apa pun, nenek moyang purba kita yang diduga ada itu menjalani hidup sebagai binatang, lalu menjadi beradab hanya setelah mereka menjadi manusia, dan menunjukkan kemajuan budaya seiring dengan bertambah majunya kemampuan akal mereka.

Gambar-gambar khayalan dari apa yang disebut sebagai Manusia purba dengan tubuh yang seluruhnya tertutupi bulu binatang, atau sedang membuat api sembari jongkok di bawah kulit binatang, tengah berjalan di sepanjang tepi wilayah perairan sembari memanggul hewan yang baru saja dibunuh, atau sedang berusaha berkomunikasi dengan sesamanya menggunakan gerakan isyarat dan bersungut-sungut, adalah gambar rekayasa yang dilandaskan pada pernyataan tidak ilmiah ini.

Contoh tembikar yang ditemukan di Gua Yuchanyan pada tahun 1995. namun, temuan-temuan purbakala yang dihasilkan hingga kini dari Zaman Batu, di mana evolusionis menyatakan bahwa “manusia waktu itu baru saja belajar berbicara”, menunjukkan bahwa manusia di masa itu sudah menjalani hidup berkeluarga, melakukan bedah otak dan memahami dan musik.

Oleh karena serpihan periuk berusia sekitar 18.000 tahun yang ditemukan di Gua Yuchanyan di Cina juga menampakkan tanda-tanda kehidupan yang berperadaban, maka ini pun membantah “urutan zaman-zaman sejarah” karangan evolusonis. Kepingan-kepingan mangkuk ini, yang usianya ditetapkan antara 17.500 dan 18.300 tahun, adalah sisa-sisa peninggalan tembikar tertua yang pernah ditemukan. Menurut pernyataan evolusionis, manusia semestinya belum menjalani hidup menetap di masa yang disebut sebagai Zaman Batu, dan mestinya hidup di gua-gua sebagai pemburu purba yang menggunakan perkakas yang terbuat dari batu.

Namun temuan-temuan purbakala secara ilmiah membuktikan justru sebaliknya. Pecahan-pecahan barang yang terbuat dari tanah liat yang ditemukan di Gua Yuchanyan itu secara telak menyingkap ketidakabsahan pernyataan evolusonis, yang sejatinya tidak lebih dari khayalan.

Biji-bijian padi juga ditemukan di gua yang sama di tahun 2005. Secara keseluruhan, temuan-temuan ini menunjukkan bahwa manusia yang hidup 18.000 tahun lalu telah bertani dan hidup berperadaban sebagaimana yang dilakukan manusia masa kini

Kemajuan dan temuan seperti ini yang terjadi di cabang-cabang ilmu pengetahuan seperti arkeologi dan antropologi menyingkapkan bahwa “gagasan evolusi budaya dan masyarakat manusia” adalah sesuatu yang palsu. Temuan yang dihasilkan selama penggalian-penggalian purbakala dengan jelas menampakkan bahwa sejarah ditafsirkan oleh para ilmuwan Darwinis berdasarkan prasangka ideologi materialis. “Zaman Batu” tidaklah lebih dari upaya kalangan materialis dalam rangka menampilkan manusia sebagai sebuah makhluk hidup yang berevolusi dari binatang yang tidak berakal dan memaksakan dongeng yang mereka yakini ini pada ilmu pengetahuan.


BS: DARWINIS MANGKOK, PERIUK DAN BEROK.... hehehe......

[+/-] Read More...

Pengurus Baru Rumah Kaseh Harmoni

Assalammualaikum wrt. wbt.



Kepada,

Tuan/Puan,

Para penyumbang kepada RKH yang budiman,


PENGURUS BARU RUMAH KASIH HARMONI (RKH)


Saya suka memaklumkan bahawa Cikgu Mazlina telah menyerahkan tugas pengurus RKH kepada Ustazah Muthi'ah bt.Yaakob berkuat kuasa pada 1 Julai 2009. Ini ialah kerana Cigku Mazlina agak sibuk selepas menerima kelahiran anak lelakinya pada bulan Jun yang lepas.


Di sini saya ingin memohon jasa baik tuan/puan, sekiranya ada di kalangan kenalan tuan/puan yang mempunyai perkakasan rumah yang hendak diwakafkan kepada RKH. Ini ialah kerana pengurus baru ini ialah sepasang suami isteri yang baru, mereka tiada mempunyai kelegkapan yang lengkap untuk memberi kemudahan kepada anak-anak yang tinggal di asrama RKH (Puteri).


Pengurus baru ini, iaitu Ustazah Muthi'ah adalah pengurus yang boleh di kategorikan sebagai golongan Asnaf Zakar. Sekiranya tuan ingin butiran lanjut berhubung dengan peralatan rumah yang sangat2 diperlukan bolehlah berhubung terus dengan beliau di talian:

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob: HP: 013-6397015

Sekian, terima kasih.


Yang berusaha,
Rohana bt. Ali

[+/-] Read More...

PPSMI dasar pembunuh anak bangsa...!!!!!

Jul 8, 09 1:05pm
kemaskini 2.45pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
------------ ------- SO SEKOLAH MELAYU PAKAI LA BAHASA MALAYU?????? ????????? ????????

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat- peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.


Rentetan pelaksanaan PPSMI

19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat- peringkat dengan

dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.

[+/-] Read More...

Selama ini rakyat ditipu dengan keputusan perperiksaan yg di manipulasi

salam,

Muhyiddin had admitted in last month that students had not shown significant improvement in the two subjects over the past six years ago.

sekarang baru kita tau bahawa result2 di manipulasi utk menunjukkan kejayaan pengajaran dgn menggunakan b. inggeris. Tak tau laa berapa rendah gerafnya ..
aduhhh...
alahaiii..

Government scraps teaching of maths and science in English

PUTRAJAYA, July 8 — The government today decided to end the policy of teaching mathematics and science in English or PPSMI in both primary and secondary schools effective from 2012.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, in an announcement today, said the two subjects will be taught in Bahasa Melayu in national schools and Tamil and Chinese for vernacular schools.The Education Minister added that the changes would not affect Form Six and matriculation programmes."The government made the decision after studying closely research on PPSMI that shows that PPSMI could not be implemented as expected," Muhyiddin told a special press conference here.Introduced in 2003, the policy has been heavily criticised by Chinese educationists and Malay activists, but a recent survey by the independent Merdeka Center showed that 58 per cent of 1,060 voters interviewed supported the policy.Muhyiddin had admitted in Parliament last month that students had not shown significant improvement in the two subjects over the past six years ago.


Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com

Buku Saya:
1. Rancang Hidup Rancang Wang Remaja RM15+pos Rm3
2. Satu Allah Tiga Aqidah RM17+pos rm3
3. Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
4. RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2
Boleh dibeli melalui pos, dihantar dgn pos express.

[+/-] Read More...

INDAH DAN MULIANYA MEMAAFKAN

Bismillahirrohmaani rrohiim



Al-Qur,an mengajarkan pada seluruh umat manusia, untuk dan saling memaafkan, memang tidak mudah memaafkan kesalahan orang lain, akan tetapi sifat pemaaf adalah salah satu sifat yang diajarkan oleh Al-Qur’an dalam Surat Al-A'raf (7) ayat 199, yang artinya :



“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”



Allah SWT mengampuni bagi orang orang yang memaafkan kesalahan orang lain, sesuai firman Alloh, dalam Al-Qur’an surat An-Nuur (24 ayat 22 yang artinya :


”Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


”Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara istri-istrimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. QS. At-Taghaabun (64) : 14.



(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. QS. Ali ‘Imraan (3):134



Sifat memaafkan adalah salah satu sikap yang


paling mulia, walau hanya terdiri dari empat huruf “Maaf ”, akan tetapi dampaknya sungguh sangat luar biasa,



Menurut Harun Yahya Para peneliti percaya bahwa pelepasan hormon stres, kebutuhan oksigen yang meningkat oleh sel-sel otot jantung, dan kekentalan yang bertambah dari keping-keping darah, yang memicu pembekuan darah menjelaskan bagaimana kemarahan meningkatkan peluang terjadinya serangan jantung.



Ketika marah, detak jantung meningkat melebihi batas wajar, dan menyebabkan naiknya tekanan darah pada pembuluh nadi, dan oleh karenanya memperbesar kemungkinan terkena serangan jantung.


Dan menurut penelitian, para ilmuwan Amerika membuktikan bahwa mereka yang mampu memaafkan adalah lebih sehat baik jiwa maupun raga, orang-orang yang diteliti menyatakan bahwa penderitaan mereka berkurang setelah memaafkan orang yang menyakiti mereka.



Penelitian tersebut menunjukkan bahwa orang yang belajar memaafkan merasa lebih baik, tidak hanya secara batiniyah namun juga jasmaniyah.



Sebagai contoh, telah dibuktikan bahwa berdasarkan penelitian, gejala - gejala pada kejiwaan dan tubuh seperti sakit punggung akibat stress [ tekanan jiwa ], susah tidur dan sakit perut sangatlah berkurang pada orang-orang yang telah diteliti ini.


Pemahaman orang-orang beriman tentang sikap memaafkan sangatlah berbeda dari mereka yang tidak menjalani hidup sesuai ajaran Al Qur'an, meskipun banyak orang mungkin berkata mereka telah memaafkan seseorang yang menyakiti mereka, namun perlu waktu lama untuk membebaskan diri dari rasa benci dan marah dalam hati mereka.



Sikap mereka cenderung menampakkan rasa marah itu, dan di lain pihak, sikap memaafkan bagi orang-orang yang beriman adalah tulus, karena orang orang beriman tahu dan sadar bahwa ini semua adalah ujian bagi umat manusia dalam menjalankan kehidupan sehari hari.



Belajar dari kesalahan, maka orang yang ber iman dapat berlapang dada dan bersifat pengasih, serta lebih dari itu, orang-orang beriman juga mampu memaafkan walau sebenarnya mereka benar dan orang lain yang salah.



Dan orang orang yang berimanpun mampu ketika dan dalam memaafkan, tidak membedakan antara kesalahan besar maupun kesalahan kecil, serta tidak membedakan siapa yang dimaafkan, walau orang tersebut prilakunya, dan ucapan serta kata katanya sangat menyakitinya baik itu disengaja maupun tanpa sengaja.



Dan orang-orang beriman tahu dan sadar betul bahwa segala sesuatu terjadi menurut kehendak Allah, dan berjalan sesuai takdir manusia, maka dari itu orang orang beriman hanya berserah diri kepada Allah dengan peristiwa yang dihadapinya, dan tetap bertahan untuk tidak pernah terbelenggu oleh amarah.


Karena Orang orang yang beriman tahu dan sadar betul bahwa memaafkan, adalah salah satu perilaku yang membuat orang tetap sehat, serta sebuah sikap yang mulia yang seharusnya diamalkan dan dilakukan oleh setiap anak manusia .



Dalam bukunya, Forgive for Good [ Maafkanlah demi Kebaikan ], Dr. Frederic Luskin menjelaskan sifat pemaaf sebagai resep yang telah terbukti bagi kesehatan dan kebahagiaan. Buku tersebut memaparkan bagaimana sifat pemaaf memicu terciptanya keadaan baik dalam pikiran seperti harapan, kesabaran dan percaya diri dengan mengurangi kemarahan, penderitaan, lemah semangat dan stres. Menurut Dr. Luskin, kemarahan yang dipelihara menyebabkan dampak ragawi yang dapat teramati pada diri seseorang. Dia melanjutkan dengan mengatakan bahwa:


Permasalahan tentang kemarahan jangka panjang atau yang tak berkesudahan adalah kita telah melihatnya menyetel ulang sistem pengatur suhu di dalam tubuh. Ketika Anda terbiasa dengan kemarahan tingkat rendah sepanjang waktu, Anda tidak menyadari seperti apa normal itu. Hal tersebut menyebabkan semacam aliran adrenalin yang membuat orang terbiasa. Hal itu membakar tubuh dan menjadikannya sulit berpikir jernih – memperburuk keadaan.


Semua penelitian yang ada menunjukkan bahwa kemarahan adalah sebuah keadaan pikiran yang sangat merusak kesehatan manusia, memaafkan, di sisi lain, meskipun terasa berat, sangat membahagiakan, satu bagian dari akhlak terpuji, yang menghilangkan segala dampak merusak dari kemarahan, dan membantu orang tersebut menikmati hidup yang sehat, baik secara lahir maupun batin.



Namun, tujuan sebenarnya dari sikap memaafkan, haruslah untuk mendapatkan ridha Allah, kenyataan bahwa sifat-sifat akhlak seperti memaafkan ini, terbukti manfaatnya telah dapat dibuktikan secara ilmiah.



Mulai saat inilah tidak ada kata terlambat bagi kita untuk selalu introspeksi diri, sejauh mana dada dan hati kita memaafkan kesalahan orang lain atau meminta maaf atas segala kesalahan kita.



Hindari sikap egoisme dalam diri yang membuat setiap manusia lupa akan hakikat jati dirinya, karena manusia yang besar adalah manusia yang dapat mengendalikan hawa nafsunya, tidak mudah marah, lapang dada dan lapang hatinya serta selalu mementingkan kemaslahatan ummah.



Wassalam



Mujiarto Karuk.

[+/-] Read More...

KEHEBATAN ATOM PETANDA KEKUASAAN TUHAN

Harun Yahya


Udara yang kita gunakan bagi bernafas adalah terdiri daripada atom. Begitu juga makanan dan minuman juga terdiri daripada atom bahkan segala-galanya dalam tubuh manusia itu sendiri terdiri daripada atom. Segala objek yang kita lihat di sekeliling kita juga sebenarnya adalah proton yang bertindak balas pada elektron milik atom di dalam mata kita.

Bagaimana pula dengan benda yang kita sentuh dan rasa? Semuanya sama. Tidak kira sama ada ia keras ataupun lembut, kasar ataupun licin, sejuk ataupun panas, semuanya terdiri daripada atom dalam kulit kita yang bertindak balas dengan atom pada setiap objek-objek itu.

Banyak orang mengetahui tubuh badan mereka, planet bumi, galaksi bahkan seluruh pelusuk alam terdiri daripada sejumlah atom-atom kecil. Namun mereka mungkin tidak pernah terfikir berkenaan sistem dan kekukuhan unsur paling asas pada setiap benda iaitu ‘atom’.

Realitinya, manusia berada sangat dekat dengan aturan yang paling sempurna itu sepanjang hidup mereka. Tambah menarik lagi, setiap satu daripada berjuta-juta atom ada pada kerusi yang kita duduk. Ia ada susunan dan sistem yang amat rumit sehingga setiap satu atom hanya dapat dihuraikan pada sebuah buku. Secara lazimnya, setiap pengubahsuaian pada susunan semulajadi yang tiada tandingan ini akan gagal dan susunan itu tetap dalam keadaan begitu tanpa sedikit kekurangan.

Susunan Pada Setiap Atom

Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron-elektron yang berputar mengelilingi nukleus pada jarak yang bersesuaian.

Elektron adalah butir-butir zarah yang berputar di sekeliling paksinya. Di sekeliling nukleus itu sendiri sama seperti puataran 24 jam bumi yang berputar pada paksinya dalam proses melengkapkan putaran orbit selama setahun mengelilingi matahari. Sama juga seperti planet-planet, putaran elektron yang teratur pada orbitnya sangat menakjubkan tanpa sekali pun berhenti.

Putaran dan pusingan berdozen-dozen elektron menyebabkan

‘lalu lintas’ yang amat sibuk di dalam atom yang terlalu kecil untuk dilihat walaupun menggunakan mikroskop berkualiti tinggi. Namun pernahkah kita berfikir bagaimana elektron-elektron yang berputar seperti sekumpulan satelit, mengelilingi nukleus itu tidak pernah sama sekali berlanggar antara satu sama lain. Seandainya terjadi perlanggaran walaupun kecil di dalam atom, ia boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.

Namun sehingga kini tidak pernah ada kemalangan yang terjadi. Semuanya berjalan mengikut susunan dan aturan yang sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Elektron-elektron yang berputar di sekeliling nukleus tidak pernah berlanggar antara satu sama lain walaupun dalam kelajuan 1000 kilometer sesaat, satu kelajuan yang tidak dapat digambarkan. Kemampuan setiap elektron mengekalkan laluan masing-masing adalah amat menakjubkan.

Persoalannya, mengapakah elektron-elektron yang sama di sekeliling satu nukleus ada orbit yang berbeza? Bagaimana ia mampu berputar mengikut orbitnya tanpa pernah sekalipun tersasar? Bagaimana ia mampu mengelakkan perlanggaran ataupun pergeseran antara satu sama lain dalam proses itu walaupun dengan kelajuan yang sukar dibayangkan. Segala-galanya membawa kita kepada satu kesimpulan. Kebenaran yang berada di hadapan kita ini melibatkan unsur yang tiada tandingannya dan juga keseimbangan yang hebat. Ia adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan. Dalam ayat 88 surah an-Naml, Allah menyatakan, “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti pergerakan awan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat sesuatu dengan kukuh; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ayat ini menjelaskan kepada kita hakikat mengapa atom bertindak dan bersifat begitu. Ia adalah kerana Tuhan memberikannya kekuatan dan kekukuhan yang tersendiri. Perkataan bahasa Arab pada “memberikannya kekuatan dan kekukuhan” ialah ‘atqana’ yang bermaksud 'bagi menyusun atau mengatur sesuatu benda bagi mendapatkan hasil yang paling sempurna’. Elektron-elektron di dalam atom berputar secara tetap dan sempurna mengikut laluan yang ditetapkan oleh Tuhan. Hal ini sama seperti apa yang dinyatakan kepada kita dalam ayat tadi.

Atom-atom itu tidak pernah sama sekali tersasar walaupun sedikit. Apatah lagi apabila kita mengambil kira alam semesta ini, kita dapat melihat segala yang terbentuk daripada jirim mereput secara perlahan-lahan mengikut peredaran masa. Ia reput disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti terhakis, pecah dan akhirnya menjadi semakin berkurangan. Namun setakat ini, masih belum ada kerosakan ataupun pereputan yang dapat dilihat di dalam atom selain daripada reaksi nuklear yang terhasil melalui perubahan yang sengaja dilakukan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi, atom itu diciptakan dalam keadaan yang sangat kukuh.

Tenaga yang Hebat dalam Nukleus Setiap Atom

Nukleus-nukleus atom terdiri daripada proton dan neutron. Namun, apakah tenaga yang mengikat kedua-dua unsur halus itu dalam nukleus? Itulah yang dimaksudkan sebagai 'kekuatan tenaga nuklear’. Tenaga yang dinyatakan oleh hukum fizik sebagai tenaga hebat yang mengikat nukleus-nukleus atom.

Tenaga inilah yang mengikat proton dan neutron seutuhnya. Tenaga ini amat berkuasa sehingga ia mampu melekatkan proton dan neutron dalam nukleus. Dalam masa yang sama, ia memisahkan dan mengasingkan kedua-duanya. Sekiranya tenaga ini ada lebih kuasa pengikat, proton dan neutron akan bergabung antara satu sama lain. Sekiranya kuasa pengikat lemah, kedua-duanya akan bertebaran dan atom akan hancur.

Apabila tenaga hebat dalam nukleus itu dibebaskan, atom akan berpisah dan pecah seterusnya menghasilkan tenaga yang menggerunkan dikenali sebagai tenaga nuklear. Semakin bertambah jumlah proton dan neutron, semakin besar saiz nukleus. Oleh hal yang demikian, semakin kuatlah magnitud tenaga yang mengikat unsur-unsur halus itu.

Proses pemisahan tenaga yang mengikat proton dan neutron adalah sukar bagi nukleus-nukleus yang lebih besar. Apabila unsur-unsur halus itu terpisah antara satu sama lain, ia akan cuba untuk kembali bersama dengan tenaga yang lebih besar dan kuat, seperti satu spring. Tenaga ini dianggarkan 1038 kali ganda lebih besar berbanding graviti. Dalam erti kata lain, beratus- ratus juta lebih besar tenaganya. Selagi mana tenaga itu tidak diusik ataupun diubah, ia tidak akan mendatangkan keburukan. Namun dengan adanya campur tangan manusia, ia boleh menjadi satu tenaga yang mampu membinasakan berjuta-juta manusia.

Pengekalan Tenaga Dalam Nukleus

Tenaga luar biasa yang berada dalam nukleus setiap atom ini pada asasnya berupaya membahayakan berjuta-juta nyawa manusia. Sebenarnya, ia terbentuk melalui dua tindak balas atom yang berbeza. Tindak balas itu dikenali sebagai 'pembelahan' yang terbentuk melalui pemisahan ataupun pembahagian nukleus. Manakala 'pelakuran' adalah penggabungan dua atom yang berbeza menggunakan tenaga yang kuat. Satu tenaga yang besar dan menakjubkan akan terbentuk melalui kedua-dua tindak balas ini.

Semasa eksperimen–eksperime n awal teknik pembelahan dijalankan, saintis ‘membedil’ nukleus dalam uranium-235 dengan neutron-neutron pada kelajuan yang pantas. Hasilnya, mereka mendapati satu keadaan yang amat menarik. Setelah neutron itu diserap oleh nukleus dalam atom uranium tersebut, ia menjadi tidak stabil. Pada masa itu, ada perbezaan jumlah antara proton dan neutron dalam nukleus seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan. Justeru, bagi menyelesaikan ketidakseimbangan itu, nukleus mula berpecah sambil mengeluarkan sejumlah tenaga bersama dengan unsur-unsur halus pada kelajuan yang sangat pantas.

Saintis ‘membidik’ neutron yang bergerak itu dengan cubaan bagi ‘menembak’ satu daripada nukleus-nukleus dalam atom uranium. Semua ini dilakukan bagi memecahkan satu daripada nuleus-nukleus atom dalam timbunan atom uranium-235 sehingga pecah berkecai. Semasa ia berpecah, setiap nukleus membebaskan dua ataupun tiga neutron secara purata. Neutron-neutron ini kemudiannya menyerap nukleus-nukleus lain sehingga menghasilkan tindak balas.

Setiap satu nukleus uranium yang baru berpecah akan bertindak balas sama seperti yang pertama. Seterusnya, satu siri pemecahan nuklear atau 'pembelahan' berlaku. Setelah sejumlah besar nukleus-nukleus uranium berpecah dan terbelah, ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang amat menakjubkan.

Proses pembelahan dan pemecahan nukleus-nukleus U-235 inilah yang membawa kepada tragedi Hiroshima dan Nagasaki. Tragedi yang meragut berpuluh-puluh ribu nyawa orang awam. Oleh kerana bumi, seluruh atmosfera dan tubuh badan kita sendiri terdiri daripada atom, apakah yang dapat menghalang atom-atom ini daripada menghasilkan tindak balas seumpama itu. Apakah yang mampu menghalang kemusnahan seperti yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki daripada berlaku di tempat lain? Pada bila-bila masa sahaja?

Bayangkan lebih kurang 100 trilion atom dimuatkan ke dalam satu kepala pin, apakah kita boleh gambarkan bagaimana struktur stabil setiap atom berubah sebaliknya. Justeru, apakah ada alternatif lain yang dapat menghalang nuklear daripada memusnahkan seluruh alam semesta dalam masa yang pantas?

Neutron-neutron sekiranya bergerak secara bebas dalam alam iaitu bebas daripada sebarang nukleus atom, ia akan melalui satu proses yang dikenali sebagai ‘kemerosotan beta’. Oleh sebab itu, jarang sekali didapati neutron yang bebas dalam alam semulajadi. Ia hanya ada pada tempoh yang sangat terhad. Justeru, neutron yang digunakan dalam tindak balas nuklear dibebaskan menggunakan cara manual.

Tuhan, pencipta alam yang tiada tandingannya ini sudah mencipta seluruh alam semesta dengan sempurna. Seperti yang dinyatakan dalam ayat 100, surah Yusuf, “....Sesungguhnya Tuhanku maha lembut pada apa yang Dia mahu. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.” Tuhan menciptakan atom, ada tenaga yang menggerunkan dalamnya. Tuhan juga mengawal tenaga itu dengan cara yang luar biasa. Dia menciptakan atom dalam satu sistem yang secara semulajadinya tidak mungkin rosak ataupun binasa. Walaupun segala-galanya yang wujud di alam semesta ini akhirnya akan berhadapan dengan kepupusan ataupun kebinasaan, atom tetap kekal dengan kukuhnya. Nukleus dan elektron-elektron yang berputar dengan kelajuan yang tidak dapat dibayangkan menjadi bukti keindahan dan kesempurnaan ciptaan Tuhan. Bukti kuasa Tuhan yang tiada tandingannya.

Tenaga Atom dan Pembelahan Nuklear: Satu Keajaiban Al-Quran

Dalam surah al-An’am ayat 95, Allah menyatakan, “Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup. Yang memiliki sifat-sifat demikian adalah Allah. Tetapi mengapa kamu masih berpaling?”

Istilah “butir tumbuh-tumbuhan” (alhabbi) dan “biji buah-buahan” (annawa) dalam ayat di atas membawa maksud pembelahan atom. Terjemahan annawa menurut kamus termasuklah ‘nukleus, pusat, nukleus atom’. Tambahan pula, perumpamaan mengeluarkan yang hidup daripada yang mati ditafsirkan Tuhan mencipta unsur daripada tenaga yang mati. Mengeluarkan yang mati daripada yang hidup pula boleh dikaitkan dengan tenaga mati yang muncul daripada benda hidup kerana atom adalah sesuatu yang sentiasa bergerak. Ia juga disebabkan selain daripada “hidup”, alhayyi juga membawa maksud ‘aktif’ ataupun ‘bertenaga’. Dengan maksudnya “tidak hidup”, almayyit, diterjemahkan di atas sebagai ‘mati’, yang mungkin merujuk pada tenaga.

Saintis mendefinisikan tenaga sebagai kemampuan melakukan pekerjaan. Jirim adalah bahan yang melibatkan semua objek di bumi dan seluruh alam semesta . Ia terdiri daripada atom dan molekul-molekul yang dilihat bergerak hanya menggunakan mikroskop elektron. Pada awal abad ke-20, Albert Einstein mengeluarkan teori menyatakan jirim mampu ditukarkan kepada tenaga. Beliau juga mengatakan kedua-duanya saling berkait rapat pada peringkat atom. Ini boleh dikaitkan dengan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup seperti yang disebutkan di atas. Dalam ertikata lain, mendapatkan tenaga daripada jirim yang sentiasa bergerak pada peringkat atom. Tambahannya, perkataan yukhriju membawa maksud ‘menghidupkan’ . Ia juga membawa pengertian ‘mengeluarkan’ atau ‘memancarkan’ seperti pancaran gelombang elektrik. Oleh yang demikian, istilah yang disebutkan dalam ayat ini mungkin sahaja menunjukkan bentuk tenaga yang didapati daripada atom.

Seperti yang kita tahu pada hari ini, nukleus atom boleh dipisahkan daripada komponen-komponenny a. Berdasarkan pada teori Einstein, para saintis berjaya mendapatkan tenaga daripada jirim melalui pembelahan nuklear lewat tahun 1940-an. Kata kerja ‘bagi memisahkan’ pada perkataan faliqu dalam ayat di atas mungkin merujuk pada pemisahan nukleus. Seperti yang kita lihat, tenaga yang luar biasa dan hebat dilepaskan apabila proses ini berlaku.

sumber: http://www.harunyah ya.com/malaysian /artikel/ atom.php
2006 Harun Yahya International. Semua material dalam laman ini boleh disalin semula, dicetak, diedar dan diterbitkan secara percuma.

[+/-] Read More...