بسم الله الرحمن الرحيم
KEBODOHAN ZULKIFLI NORDIN TERSERLAH DALAM KES AZAN PEGUAM MCA
Menangguk di air yang keruh.Begitulah apa yang boleh diperkatakan terhadap tulisan terbaru Zulkifli Nordin dalam isu seorang peguam Cina di kawasan Pantai Hill Park yang telah mempertikaikan bunyi azan yang terlampau kuat dari Masjid Ikhlasiah,Pantai Permai Kerinchi terutamanya pada waktu Subuh.
Mengimbau kembali ke belakang,hanya selepas dua hari isu azan itu dikatakan heboh di internet,pihak yang berkuasa (dipercayai Jawi dan Jakim) telah mengarahkan pihak pentadbiran Masjid Al-Iklasiah untuk memperlahankan bunyi azan pada setiap kali waktu azan di masjid berkenaan.
Tinjauan Malaysiakini sebelum itu juga telah menemuramah beberapa orang penduduk setempat mengenai kekuatan azan di kawasan tersebut.Hasil tinjauan tersebut,kesemua penduduk mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang masalah,tidak mengganggu tidur dan mereka sudah biasa dengan bunyi azan tersebut.
Tindakan semerta Jawi itu dikecam oleh banyak pihak,terutamanya dilihat dibuat secara tergesa-gesa.Arahan pihak atasan terhadap Imam masjid, Mahadi Abdullah untuk memperlahankan kekuatan bunyi speaker di masjid tersebut telah menimbulkan kemarahan banyak pihak dan membawa kepada satu demonstrasi oleh Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan selepas solat Jumaat semalam.
Menurut jurucakap Majlis Ayahanda yang juga merupakan Pengerusi Pekida bagi kawasan Lembah Pantai,Zakaria Awang,pihak Majlis Ayahanda telah mendesak peguam tersebut untuk memohon maaf kepada masyarakat Islam di kawasan tersebut dan menggesa wakil rakyat kawasan Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar untuk menyatakan pendirian beliau dalam isu ini.
Tambah Zakaria,masjid yang telah wujud semenjak 30 tahun yang lalu tidak pernah menerima aduan seperti itu menganggap peguam tersebut tidak memahami sensitiviti penduduk beragama Islam dan mendesak kerajaan untuk menahan peguam tersebut di bawah ISA.Cabaran Zakaria itu walaubagaimanapun telah disahut oleh Nurul Izzah dalam webnya di nurulizzah.com.
Berikut penulis lampirkan kembali kenyataan media Nurul Izzah dalam isu azan ini:
Kenyataan Media
14 Januari 2011
Agama Islam menuntut kita mencari kebenaran. Kebenaran harus dicari secara beradab. Kesederhanaan dan keharmonian harus dipelihara. Oleh yang demikian, saya menjemput mereka yang sedang menunjuk perasaan bersama-sama dengan saya mencari kebenaran dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah.
Pertama: siapakah yang telah membuat aduan, dan adakah surat ini telah diteliti isinya untuk mendapat gambaran yang sahih lagi benar.
Kedua: jika benar surat ini secara rasminya telah dihantar dan telah diterima oleh YAB Perdana Menteri, YB Datuk Raja Nong Chik, YB Major Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom, YB Dato Seri Mohd Nazri, YB Dato Seri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Mat Zain, jadi apakah respon mereka?
Ketiga: pihak mana yang telah memberi arahan kepada Jawatankuasa Masjid untuk merendahkan volume suara azan?
dan Terakhir, seandainya pihak JAKIM yang mengeluarkan arahan tersebut, kita harus mendapatkan penjelasan bertulis samada wujudnya garis panduan berkenaan laungan azan di semua masjid-masjid dan surau di seluruh negara, yang memungkinkan JAWI mengeluarkan arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah.
Pihak yang membantah wajib bertanya pada penerima surat-surat ini apakah jawapan mereka?
YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Selain Majlis Ayahanda dan Nurul Izzah juga,satu lagi pihak yang menyatakan respons secara terbuka dalam isu ini adalah Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan,di mana pihak tersebut merasa kecewa dengan tindakan Jawi dan Jakim yang seolah-olah tunduk dengan hanya sepucuk surat sahaja daripada seorang penduduk di kawasan tersebut.
Apapun,apa yang paling menarik untuk diperhatikan adalah bagaimana seorang pemimpin seperti Zulkifli Nordin,yang mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang Islam boleh tersilap fakta dalam isu azan ini. Kenyataannya di dalam blog seolah-olah menggambarkan betapa jahilnya dia dalam memahami isu ini.Apa yang pasti,kenyataannya itu bukanlah berhasrat untuk mempertahankan Islam tetapi lebih kepada menghentam DAP.Begitulah sikap Zulkifli Nordin yang kelihatannya seakan-akan mabuk untuk memburukkan DAP, sehinggakan sanggup meratib celaka DAP,celaka DAP siang dan malam.
Berikut dilampirkan kembali tulisan Zulkifli Nordin dalam blognya:
Salam 2 all. Tindakan seorang peguam kafir mempertikaikan laungan azan d Masjid Ikhlasiah, Kg. Kerinci ternyata satu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh umat Islam. Azan adalah satu institusi Islam yang sudah ujud sejak pembentukan Daulah Islam Madinah zaman Rasulullah. Mempertikaikan azan bermakna mempertikaikan Islam. Pada teman, perbuatan ini sama saperti mengisytiharkan "perang secara terbuka" terhadap Islam!!
Perbuatan bia-DAP saperti ini perlu dihentikan segera sebelum ianya menjadi lebih parah dan tidak terkawal. Kedudukan Islam dan segala institusinya bukan sahaja dijamin oleh Perlembagaan, malahan diletakkan ditahap yang tinggi dan dimuliakan dengan peruntukan khusus yang tidak diberi kepada agama lain.
Menghormati Perlembagaan adalah ciri kewarganegaraan yang jelas, dan keluhuran Perlembagaan adalah tiang seri Rukun Negara. Mempertikaikan institusi Islam sama saperti mempertikaikan Perlembagaan, dan mempertikaikan Perlembagaan meletakkan seseorang itu tidak lagi layak menjadi warganegara Malaysia!! Period!! Diwaktu yang sama, teman juga hairan dengan kejahilan dan kebodohan segelintir jahlun yang penuh kebodohan menerima tohmahan bahawa arahan mempertikaikan azan di Masjid Ikhlasiah dibuat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Apalah punya bodoh sangat. Takkan putar belit dan pembohongan macam tu pun nak percaya?! Takkanlah umat Islam ni begitu rendah tahap IQ nya sampai fitnah bodoh macam tu pun mahu dipercayai!? Ini adalah taktik kotor dan sempit yang diamalkan oleh musuh-musuh Islam, dengan melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya yang ketawa besar mereka juga!!
Faktanya jelas. Yang mempertikaikan azan tersebut adalah seorang kafir. Yang komplen mengenai azan itu adalah seorang kafir. Yang menulis bantahan itu adalah seorang kafir. Sudah tentulah pihak berkuasa Islam saperti JAWI perlu mengkaji aduan dan bantahan tersebut. Dan untuk mengkaji perlulah JAWI turun ke padang berjumpa dengan anak qariah dan jawatankuasa Masjid. Tetapi JAWI tidak pernah mengeluarkan arahan mempertikaikan azan di Masjid Ikhlasiah itu. Bodohlah kalau JAWI bertindak sedemikian!
Yang menjadi musuh kita ialah si kafir itu. Dia yang perlu dihadapi. Dan dia perlu dihadapi bukan dengan pelempang atau parang, apatah lagi senapang. Sebaliknya teman cadangkan kepada jawatankuasa Masjid dan anak qariah pergi berjumpa dengan beliau dan cuba diselidiki apa yang dia tidak puashati. Berikan penjelasan kepada beliau mengenai institusi azan. Perjelaskan kepada dia peranan azan dan kedudukannya didalam Islam.
Perjelaskan juga perbezaan azan dengan cara agama lain. Beritahu beliau mengapa azan dilaungkan lima kali sehari. Kalau dapat selitkan juga kisah mengenai mukjizat azan, bagaimana ianya berulang-ulang dilaungkan diseluruh pelusuk dunia 24 jam sehari semalam tanpa berhenti berdasarkan keunikan bumi ciptaan ALLAH yang siang dan malamnya bersilih ganti mengikut lokasi geografi sesuatu tempat (lihat videoklip diatas untuk kefahaman sendiri). Moga-moga beliau bukan sahaja memahami institusi dan kedudukan azan didalam Islam, malah kita mendoakan mana tahu ALLAH membuka hatinya kepada Islam. Wallahua'lam & Wassalam.
Lihatlah bagaimana gemarnya Zulkifli Nordin untuk menghentam DAP dalam perkara ini sehinggakan nama DAP juga yang busuk dalam kes ini.Adakah Zulkifli tidak tahu bahawa bantahan tersebut dibuat oleh seorang peguam yang menjadi AHLI SEUMUR HIDUP MCA?Inilah sikap tidak bertanggungjawab Zulkifli Nordin, yang kononnya mahu mempertahankan Islam,sedangkan tidak berani untuk mencela peguam MCA tetapi mencela pula pihak yang tidak ada kena mengena dengan perkara tersebut.
Ulasan Zulkifli yang mengatakan bahawa Jawi tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menyuruh masjid tersebut memperlahankan bunyi azan di masjid tersebut menunjukkan betapa Zulkifli cuba cakap tentang sesuatu perkara yang dia sendiri tidak tahu.Kata orang-orang tua,kalau tidak tahu,diam.Nanti nampak terang-terangan kebodohan diri.Sedangkan pihak Jawi terus membisu dalam hal ini,bagaimana Zulkifli tahu adakah benar Jawi tidak pernah mengeluarkan arahan sebegitu?
Sedangkan seperti apa yang dilaporkan,Ketua Imam masjid itu sendiri telah mengakui menerima arahan daripada pihak atasan untuk memperlahankan bunyi azan di masjid tersebut.Jika imam tersebut menipu, masakan tiada tindakan penafian yang telah dibuat oleh Jawi?
Selain mentaliti Zulkifli Nordin yang menghentam DAP dalam isu ini,para pencacai Umno di facebook juga telah bertindak memburuk-burukkan DAP dalam isu ini.Berikut adalah gambar yang dimuatnaik oleh pemakai nama Tahi Untuk Pas di facebook,sekutu baik Azmy Awang Kelana Jaya:
Jika inilah kenyataan Zulkifli Nordin,rupa-rupanya diri seorang Penjihad Islam hanyalah setaraf dengan para pencacai Umno di facebook. - propartiislammalaysia
Note:Fuhhh.. Tak lekang malah berulang-ulang kali perkataan bodoh yang diutarakan dalam penulisan seorang peguam merangkap ustaz ni... Bagus..bagus.. Kah..kah..kah..kah.. Zul Nordin... Hutang RM15 ribu masa pilihanraya lepas pada seorang hamba Allah tu pun sampai sekarang tak berbayar lagi. Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
8 comments:
Kahkahkah....
Lawak betul Zul Sardin tuh, tak abis-abis.
Nah bagi balik ayat ZulSardin tu kat dia. "Apalah punya bodoh sangat."
kahkahkah....
mengata orang lupa diri sendiri macam mana...hahaha ada jugak pemimpin macam ni..kasi buang la ini olang..
Hmm.. dah agak dah.. ambil tindakan atau tidak.. akan ade pertikaian.. sedangkan same jer ape yang nurul izah ngan zulkifli tu nak smpikan.... cume dengan care yang berbeza je...
Kan elok bile diam je ari tu and azam cam biase.. tak timbul masalah perkauman pulak macam nih...
carotsusu.. apa yg samanya kenyataan nurul izah dgn zol nordin ni? lu ni x tersalah baca ke atau mmg xtau baca? sengal..!!!
p/s: Ada satu persamaan antara nurul izah dan zol nordin ni. Kedua2 mereka adalam ahli parlement.
Dan terlalu banyak perbezaan antara keduanya. Contohnya zol nordin seorang ahli parliment, peguam dan merangkap ustaz yg suka mengunakan perkataan bodoh apabila bercakap. Org mcm ni la yg bagus untuk dijadikan pemimpin contoh..Wakakakakakakaa
Tak tau pulak sebodoh itu.
dia nih dah makin pelik. isk isk
kesian pulak.
Bangang punya Zulkifli Nordin...Ingatkan pandai rupanya bodoh.
aku memang pangkah mamat ni statement dia macam orang kampung tak tahu menahu psl politik,patut la ASALNYA pun orang caruk bemban kupang,hang balik kg la zul letak jawatan la,nak tengok lepas ni hang akan jadi macam ustaz firdaus la
Post a Comment