Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, April 30, 2011

IDEA TERBANGANG DARI NAIB CANSELOR UUM

بسم الله الرحمن الرحيم

UUM NAK TUKAR GEDUNG ILMU KEPADA GEDUNG BELI BELAH



SINTOK 28 April – Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menjadi institusi pengajian tinggi pertama di dunia yang memiliki kawasan bebas cukai jika kertas cadangan mewujudkannya diluluskan oleh Jemaah Menteri tahun ini.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak (gambar) berkata, cadangan itu masih dalam proses perbincangan dan sedang diperhalusi oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kewangan sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

“UUM sedang memperincikan kertas cadangan dari aspek lokasi, ekonomi dan perundangan agar pelaksanaannya memberi kesan positif kepada UUM dan kawasan ini. Kita juga mendapat kerjasama yang baik daripada kastam dan beberapa pihak yang berkenaan.– meloya

KAH KAH KAH .. woit..INI LAH SATU SATUNYA UNIVERSITI SHOPPING DALAM DUNIA… kah kah kah NAK BUAT MACAM MANA…. kah kah kah..NAK LAWAN OXPOOT TAK SANGGUP…. kah kah kah..NAK LAWAN KAMBRIDGE TAK ADA ILMU…. kah kah kah.. TULIS BUKU…. TAK PANDAI…. kah kah kah..BUAT KAJIAN ILMIAH...JAUH SEKALI...kah kah kah..PELAJAR DAH PAKAI TALI LEHER…MASIH JUGA BANGANG… kah kah kah..INI LAH PENCAPAIAN KEILMUAN MELAYU…. kah kah kah..INI LAH DIA HAK ISTEMEWA MELAYU…. kah kah kah.. MELAYU ISTEMEWA UNTUK JADI BODOH…. kah kah kah..

nota:
alang alang duduk di sempadan buat duty free kemudian buat rumah urut kemudian buat rumah ayam antarabangsa lagi cun kalahkan bangkok dan amsterdam kah kah kah - TT

Note: Kah kah kah kah... Macam ni la bila si bangang dilantik menjadi Naib Canselor IPT... kah kah kah kah... woiii tambi... dah xder idea lagi bodoh daripada tu ke? kah kah kah kah



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Friday, April 29, 2011

DIROMPAK TAPI SEMPAT BERDAKWAH

بسم الله الرحمن الرحيم


Nama Mohammad Sohail kini menjadi sebutan di Amerika. Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seorang lelaki cuba merompak kedai Shirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York pada Mei 2010.

Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang. Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah. Sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru.
Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut

"Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri" katanya kepada CNN.



Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.

Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.



Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam.



Minggu ini Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi $ 50 dan nota. Kandungan surat itu:

"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya ... Pada waktu itu saya tidak punyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja. Saya tahu ini kerja yang salah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati. " Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuk saya menjadi "muslim sebenar"


"Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya," kata Sohail dalam temuramahnya dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia takkan berubah. Jadi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia tinggal keluar dari masalah, dia tidak dalam penjara, dan boleh mengurus keluarganya dengan baik . " - gigitankerengga


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

DAP INGIN AMBIL ALIH NEGARA?

بسم الله الرحمن الرحيم

DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara



Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa? Jawapan saya kepada soalan itu ialah; jika DAP berjaya menguasai Parlimen pemimpinnya akan menjadi PM dan mengetuai eksekutif negara.

Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calon yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calonnya menang di dalam pilihanraya umum. DAP memahami 'limitations' yang ada pada mereka.

Di Sarawak baru-baru ini, DAP hanya bertanding di 15 kerusi daripada jumlah 71 di dalam DUN Sarawak. Di Pulau Pinang sendiri DAP hanya bertanding di 19 kerusi sedangkan untuk mendapat majoriti yang ‘simple’ secara sendirian parti itu memerlukan 21 kerusi setidak-tidaknya. Tetapi DAP hanya menurunkan 19 calon dan memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya.

Seperti juga MCA kehadirannya di dalam politik negara bukan untuk mengetuai kerajaan dan menjadi PM kepada negara ini. Di Perak, PAS hanya memenangi kerusi yang kecil bilangannya tetapi DAP yang telah memenangi kerusi yang banyak tidak mengambil kerusi MB kerana undang-undang tubuh negari itu hanya memperuntukkan jawatan MB itu untuk orang Melayu. Maka diberikan kerusi itu kepada Nizar Jamaludin daripada PAS.

Tetapi UMNO telah merampas kuasa melalui permainan politik kotor dan mengambil alih pentadbiran negeri Perak itu. Hanya UMNO sahaja memilih seorang MB yang tidak berapa Melayu sebagai MB negeri itu. Itu bukan salah DAP.

Dalam pilihanraya dahulu DAP telah bertanding kurang dari 50 kerusi Parlimen dan jumlah itu tidak sampai pun 25% daripada keseluruhan jumlah kerusi di Dewan Parlimen kita. Masing-masing bilanglah jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di negeri-negeri lain. Jumlah calon mereka jika menang sekali pun tidak akan membolehkan DAP menjadi tunjang pemerintahan negara.

Hanya mereka bersatu dengan parti-parti yang mereka bersama di dalam ‘coalition’ alternatif untuk memerintah di Pulalu Pinang seperti juga yang berlaku semasa Gerakan memerintah dahulu. Bezanya dulu Gerakan yang didominasi oleh bangsa Cina dan sekarang diperintah oleh DAP parti ‘multi-racial’ yang didominasi oleh kaum Cina juga.

Persoalannya, apa yang menjadi masalah kepada orang Melayu di Pulau Pinang misalnya…atau kepada orang Melayu di seluruh negara? MCA tidak akan membolehkan bangsa Melayu untuk menjadi calonnya di dalam mana-mana pilihanraya sedangkan DAP boleh membenarkan calon daripada orang Melayu jika parti itu mahu menunjukkan dengan secara ‘real’ bahawa parti itu merupakan parti ‘multi-racial’. Jika DAP meletakkan calon Melayu di setengah kawasan, maka parti itu wajar menjadi alternatif kepada MCA. Apa lagi yang orang Melayu hendak memberikan sokongan kepada MCA lagi sedangkan parti itu tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada BN?

Malahan MCA sudah menjadi beban yang berat untuk dikendung bersama. Calon-calon MCA terpaksa diletakkan di kawasan yang didominasi oleh orang Melayu untuk mendapatkan sedikit peluang untuk menang, sedangkan DAP merupakan parti yang ‘reliable’ yang boleh membawa sokongan orang Cina jika kita bekerjasama dengannya. Tidak bolehkah BN memikirkan hal ini?

Kenapa tidak diusahakan untuk bekerjasama? Mungkin DAP boleh memberi kerjasama dengan BN tetapi yang menjadi ‘apprehension’ kepada parti itu ialah samada mereka berkeyakinan dengan keseluruhan kepimpinan BN khususnya UMNO yang ada pada hari ini.

Itulah sebabnya jika pemimpin UMNO mampu untuk berkorban demi parti dan bangsanya maka kerjasama itu tidak mustahil boleh dilakukan. Apabila kerjasama itu mampu dilakukan maka kita akan kembali kepada zaman negara mula mencapai kemerdekaan dahulu. Parti Cina mengambil sokongan orang Cina, parti Melayu meraih sokongan orang Melayu dan India mengambil sokongan orang India. Itulah Perikatan dahulu.

Yang masih menjadi masalah ialah orang Melayu sahaja. Orang Cina sudah sepakat berteduh di bawah DAP, Orang India nampaknya sudah kembali bersatu di bawah MIC dengan kompromi yang sedang dilakukan oleh parti itu dengan menyatukan kembali semua ahli-ahlinya yang telah dipecat oleh Samy Vellu dahulu dengan ahli-ahli yang sedia ada.

Pendeknya, orang Cina telah mengambil sikap dan telah pun menunjukkan pendirian mereka. Orang India pula mengambil sikap untuk terus bersama MIC. Hanya orang Melayu sebenarnya yang belum bersatu dan saya merasakan orang Melayu sedang melakukan ‘soul-searching’ dan belum lagi menampakan ‘urgency’ untuk menentukan sikap mereka.

Orang Cina dan India sudah bersedia dan sudah pun menentukan sikap yang baik untuk mereka. Ini negara demokrasi. Orang Melayu sememangnya tunjang kepada politik negara. Tetapi orang Melayu harus menunjukan ‘dispositon’ sebagai peneraju kepada politik negara. Sebagai tunjang, pemimpin Melayu mesti menunjukkan kepimpinan bersih yang hakiki untuk mendapat penghormatan oleh bangsa lain yang kita pimpin sekali.

DAP tidak anti Melayu. Tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi DAP di kalangan bangsa Cina. Maka yang menggunakan sentimen racist ini adalah UMNO dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam UMNO dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya.

Jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu adalah parti untuk semua kaum maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu dan jika ini dilakukan oleh DAP maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang.

Saban hari rakyat bertambah terbuka dan berfikir dan tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh media perdana dan aktivis pro BN yang giat melalui alam cyber dan sebagainya. Zaman berubah dan siasah pun berubah. Sedangkan sungai pun berubah apatah lagi pemikiran manusia yang begitu sophisticated pada hari ini.

Yang menjadi ‘apprehension’ yang terbesar bagi DAP untuk bekerjasama pada pendapat ramai yang saya bertanya ialah DAP tidak berkeyakinan bahawa kepimpinan hari ini boleh melaksanakan tugas kenegaraan dengan penuh tanggungjawab dan telus.

Maka itu masalah UMNO. Tidak tahulah kita samada pahttp://www.blogger.com/img/blank.gifrti ini boleh melakukan perubahan kerana ianya memerlukan pengorbanan barisan kepimpinan untuk mempastikan UMNO ini relevan lagi kepada keperluan dan kehendak ramai.

Tetapi mahu tidak mahu UMNO mesti berubah untuk tidak menjadi parti yang dipinggirkan oleh rakyat pada masa akan datang. Kehendak rakyat lagi berperanan daripada kehendak pemimpin, kerana tanpa rakyat tiadalah pemimpin. Persepsi buruk yang ada pada UMNO harus dikikis dan ianya hanya boleh dilakukan dengan pertukaran barisan kepimpinan. - aspanaliasnet


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Thursday, April 28, 2011

YANG PATUT ANDA TAHU BERKENAAN PM DAN TPM MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah beratus juta RM habis 'Kediaman PM dan TPM tidak pernah siap'

KETIKA saya ke Putrajaya tersesat ke satu jalan mati. Si hujung jalan mati di tebing sungai tersergam sebuah mini istana. Ia rupanya kediaman Timbalan Perdana Menteri.

Ia bukan jalan masuk ke kediaman Tan Sri Muhyidin Yassin itu. Jalan itu sempit. Untuk pusing ke belakang pun sulit. Ia sesuai bagi penghuninya lari kalau dia diburu dari jalan masuk yang sebenar.

Mengikut orang-orang di Putrajaya, Tan Sri Muhyiddin tidak tetap bermalam di situ dan dia belum betul pindah ke situ walau pun sudah lebih dua tahun jadi Timbalan Perdana Menteri.

Saya diberitahu, mini istana itu sedang direnovasi. Mungkin itu yang menyebabkan TPM tidak menetap tetap di situ.

Kononnya sebaik sahaja dia pindah ke situ, dia mengubah suainya.

Rumah itu dibina untuk Timbalan Perdana Menteri ketika penjawatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana malamnya sama banyak dalam dan luar negeri dan di dalam negeri pun dia ada rumah sendiri, maka kurang sangat dia bermalam di situ.

Bila Tun Abdullah Badawi menjadi tuan baru bangunan itu, dia dikatakan membuat ubah suai. Apabila dia pindah ke kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Najib pun menjadi penghuninya.

Cita rasa pasangan suami isteri itu biasanya lebih tinggi dari penghuni sebelumnya. Lebih banyak ubah suai dilakukan.

Tidak diketahui besar mana belanja renovasi itu.

Tiba giliran Muhyiddin Yassin menjadi penghuninya, dia mengesahkan rumah itu tidak pernah siap. Sedang direnovasi lagi.

Jika 50 tahun Barisan Nasional memerintah, jika gaya hidup demikian diteruskan, berapa puluh lagi mini istana itu akan menghadapi ubah suai. Ia mungkin kekal menjadi bangunan yang tidak pernah siap.

Abdul Khalid Samad, Anggota Parlimen Shah Alam berceramah di Taman Melewar, Gombak. Dia menyebut satu peruntukan dalam bajet negara yang dibentang Najib ialah mengubah suai kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sebanyak RM65 juta.

Wau! Banyaknya!

Wang sebesar itu boleh membina sebuah kediaman yang kecil sedikit dari kediaman Perdana Menteri yang ada itu. Kalau dibina di tanah di luar Putrajaya bagi banglo sejuta ringgit sebuah, boleh dapat 65 buah.

Apa lagi kurangnya kediaman Perdana Menteri yang ada itu?

Adakah ia satu contoh mendahulukan rakyat? Atau ia mendahulukan Perdana Menteri dan anak-anaknya selama menjadi Perdana Menteri?

Adalah betul ia bukan rumah Najib dan Rosmah. Ia kediaman Perdana Menteri dan bagi sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri selepas ini.

Orang tidak tahu akan keperluan renovasi sehingga RM65 juta itu. Tetapi yang dapat dikhayalkan itu tuntutan yang dibuat oleh Puteri Gunung Ledang apabila Raja Melaka meminangnya.

Raja Melaka pun tak sanggup menunaikannya padahal baginda adalah raja. Ertinya dalam kediaman Najib itu ada ruh dan impian Puteri Gunung Ledang. Ia satu kehidupan kayangan yang fantasi. Impian Puteri Gunung Ledang itu satu kisah dongeng. Tetapi fantasi pasangan Najib ialah satu transformasi dongeng?

Biasanya peruntukan RM65 juta itu tidak dibelanjakan mengikut nilai peruntukan itu. Ia boleh memberi komisyen hingga 30 peratus. Barisan Nasional terkenal dengan keberanian menggandakan peruntukan sesuatu projek, hingga yang sepatutnya murah menjadi mahal tang-tang-tang.

Ia satu cara untuk menghalalkan lintah darat mengaut duit negara.

Tunku Abdul Rahman Putra dulu anak Sultan. Sebagai Perdana Menteri dia tinggal di bangunan yang dinama Residensi di tengah Jabatan Perdana Menteri. Bangunan lama yang digunakan oleh Orang Putih dulu. Kerajaan ketika itu membina kediaman Perdana Menteri yang dinamakan Seri Taman di belakang Masjid Negara. Bila siapa Tunku enggan pindah. Rumah itu pun didiami oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Razak

Tunku itu anak Raja. Tetapi agaknya kerana berjiwa rakyat, dia memilih kediaman yang sederhana. Tetapi anak rakyat yang menjadi Perdana Menteri, mungkin berjiwa raja, maka memilih gaya hidup dan impian bangsawan.

Amat tidak sedap mendengar cerita kediaman Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri yang tidak pernah siap ini. Ia cerita yang berkembang dalam masyarakat. Ia boleh memburukkan imej pimpinan negara.

Cerita yang saya dengar mungkin lagi memburukkan Perdana Menteri dan timbalannya. Maka wajar Perdana Menteri atas nama Menteri Kewangan membuat penjelasan supaya orang tidak bersangka tidak baik kepada pemimpin negara. - Subky Latif



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

UMNO CILOK DUIT RAKYAT BERI PADA SYARIKAT KRONI

بسم الله الرحمن الرحيم

RM2.05 Bilion telah dibayar kepada 27 Syarikat Kroni



Lihatlah bagaimana kerajaan UMNO/BN menggunakan duit rakyat yang membayar cukai untuk memberikan pampasan kepada 27 Syarikat Konsesi Lebuhraya yang boleh dikatakan semuanya milik kroni mereka..

RM2.05 bilion pampasan tersebut perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi.

Betapa beruntungnya 27 Syarikat tersebut.. berniaga tapi tidak mungkin akan rugi kerana segala kerugian ditanggung oleh kerajaan UMNO/BN menggunakan wang rakyat yang membayar cukai…

Berikut adalah jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng ini mendedahkan jumlah pampasan Pampasan kepada 27 Syarikat Konsesi Lebuhraya yang jumlahnya kini mencecah RM2.05 bilion tidak termasuk jaminan Bank, Subsidi dan juga Insentif cukai..

Itulah sebabnya BN didesak mengkaji semula perjanjian syarikat konsesi lebuhraya demi kepentingan awam.

Soalan dan jawapan adalah seperti berikut:-

Soalan:
YB Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah jaminan bank, subsidi atau insentif yang diberikan dan pampas an yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap syarikat konsesi tol tiap-tiap tahun sejak ia bermula pada tahun 1980-an. Berikan pecahan syarikat, kos pembinaan dan tempoh masa konsesi.

Jawapan:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2010, jumlah pampas an dalam bentuk tunai yang telah dibayar oleh Kerajaan kepada syarikat-syarikt konsesi lebuh raya ialah sebanyak RM2.05bilion.

Pampasan tersebut perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi.

Di samping itu Kerajaan juga perlu membayar pampas an disebabkan oleh faktor-faktor lain, antaranya seperti penghapusan kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Leburaya Sungai Besi, Penetapan diskaun 50% kadar tol untuk bas bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PLUS Expressways Berhad dan Pampasan kerana tidak melaksanakan restriction order di Lebuh Raya Selat Klang Utara Baru.

Maklumat mengenai jumlah pecahan pampasan tol, kos pembinaan dan tempoh konsesi mengikut lebuh raya ialah seperti berikut:



Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, maklumat mengenai jumlah jaminan bank, subsidi dan insentif cukai kepada syarikat-syarikat konsesi yang berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Agensi Pusat, iaitu Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.”


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

PUNDEEEEK...!!!!!!!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

ADUN BN Ini Mencarut Dalam Dewan Ketika Pebahasan Titah Diraja

Semalam 26 April 2011, sesi perbahasan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan telah dicemarkan dengan tindakan seorang ADUN BN bergelar Datuk yang bangun menjerit dan mencarut dengan melaungkan perkataan "PUNDEK".

Ini berlaku ketika YB Teo Kok Seong (DAP-Bahau) sedang membahaskan titah Di Raja. Gagal berhujah Adun Bn-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad (gambar) bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah yang membawa maksud 'alat sulit wanita dalam bahasa Tamil'.

Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang ADUN Bn dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan ADUN Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi.

Ini bukan kali pertama Zainal menimbulkan kekecohan dalam dewan kerana mencarut, tahun lepas dia juga melakukan benda yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan perkataan tamil kepada salah seorang ADUN dalam berbangsa India.

Ini semua membuktikan

* ADUN Bn Negeri Sembilan derhaka terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Prtuan Besar N.Sembilan kerana mencarut dan mempermainkan perbahasan titah di Raja dalam dewan yang mulia.

* ADUN Bn gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan masa dan wang rakyat melalui persidangan dewan dengan mencarut, tidak serius dan speaker dewan juga tidak mampu mengendalikan sidang dengan berkesan.

* ADUN Bn bukan sekali mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa India, jelas ADUN Bn tidak sensitif dan menghina wanita lebih lagi secara sengaja mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa Tamil dalam dewan yang mulia dan dilindungi dari tindakan boleh dilihat dengan sengaja menghina orang India.

Tindakan ini dilihat disengajakan untuk menghina orang India, jika tidak sengaja termencarut tidak mungkin dengan senagaj guna perkataan Tamil yang jelas bukan bahasa ibundanya.

Selaku anak muda dan warga Negeri Sembilan saya merasa amat sedih dan kali ini merasakan benar - benar ADUN Bn sudah melampau dan mempermainkan rakyat.

Saya juga melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merafak sembah agar DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dapat mengambil tindakan tegas terhadap penghinaan dewan khususnya ketika membahaskan titah di Raja.

Ini membuktikan juga kemunafikan Umno, media dan organisasi kononya pembela raja dan Melayu. Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui Bn sudah tentu heboh dan kecoh, tetapi oleh kerana ia negeri dibawah cengkaman Bn maka ia ditutup sahaja. Makin jelasnya sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata.

che'GuBard

Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BARANGAN BUATAN MALAYSIA KUALITI HANCUS

بسم الله الرحمن الرحيم

Tak sampai 24 jam, kereta Persona yang baru dibelinya dah rosak



PUTRAJAYA: Kegembiraan seorang pegawai tadbir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memandu sebuah kereta Proton Persona 1.6 baharu, berkecai apabila ia mengalami kerosakan tidak sampai 24 jam digunakan.

NUR WAHIDA menunjukkan surat perintah TTPM supaya dia diberikan ganti rugi berikutan masalah kerosakan pada kereta yang baru dibelinya di Putrajaya semalam. | foto Kosmo
Nur Wahida Nazli, 26, berkata, kereta tersebut dibelinya daripada syarikat Pelangi Inovative Sdn. Bhd. yang beroperasi di Taman Connaught, Cheras dekat sini pada tahun lalu.

Katanya, kereta berharga RM53,900 itu diserahkan kepadanya pada 22 Disember setelah membuat tempahan kira-kira dua minggu.

“Setelah membawa pulang kereta tersebut, saya baru menyedari bahawa lampu depan kereta dan lampu belakang sebelah kanan tidak menyala malah lampu isyarat enjin juga sentiasa menyala.

“Kesemua kerosakan itu saya kesan pada hari yang sama saya menerima kereta tersebut,” katanya. -Kosmo!

HARGA KERETA PROTON DI MALAYSIA DAN UK

Sila Compare harga PROTON 2nd hand 2004-2007 antara UK dan Malaysia. hehe.

Ini adalah utk rakyat UK
Gaji Pegawai Awam biasa UK = 2,400++ pound sterling

Harga Proton Savvy …. ……… 5,000 pound only
Harga Proton Satria Neo …….. 3,500 pound only
Harga Proton GEN-2 ………….. 5,700 pound only

QUALITY: Very Quality, tahan lasak, body-baik-punya, enjin full spec, injection lagi. Jimat minyak, bunyi tak bising.

sumber harga:
http://www.savemoneyoncars.co.uk/cheap_new_cars_display/Proton/

Ini adalah utk rakyat Malaysia
Gaji pegawai Awam Biasa M’sia = RM2,200 ++

Savvy (2007) …….. RM 32,000 ++
Gen-2 (2007) ……..RM 44,000 ++
Satria-Neo (2007) .. RM 46,000 ++

sumber harga:
http://www.hasrul.net/lain-lain/senarai-harga-proton/ (susut nilai sila kira sendiri)

Rasanya semua sedia maklum kualiti kereta Proton di Malaysia = mahal nak mampus+body kualiti tin-biskut aje+tahap keselamatan yang rendah. Harga kereta di Malaysia sangat mahal jika compared relatively dengan purata gaji pegawai awam di Malaysia. (sebagai benchmarks la..)

TETAPI Kerajaan Malaysia tidak bagi alternatif untuk rakyat Malaysia kerana KERAJAAN SEHINGGA KE HARI ini GAGAL untuk MENYEDIAKAN SISTEM Transport-Awam Yang Efektif. (Tidak seperti UK, di UK bas akan tiba pada setiap 5-minit di kawasan Suburban)

Rakyat Malaysia TIDAK-ADA PILIHAN TERPAKSA MEMBELI KERETA-PROTON yang agak rendah mutunya DENGAN HARGA yang mahal. Akibatnya, Rakyat Malaysia terpaksa BERHUTANG sehingga mati…. Pada Masa yang sama, KERAJAAN MALAYSIA

1. Menaikkan harga Petrol Mendadak dengan Harga luarbiasa semasa rega minyak dunia per-barrel naik.

2. Menyediakan lebuh-lebuhraya bertol..

MAKA Rakyat Malaysia beratus-ratus kali-ganda rugi….

Aduhai…malangnya rakyat Malaysia. :(



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Wednesday, April 27, 2011

VIDEO SEKS BAHAGIAN KEDUA

بسم الله الرحمن الرحيم

Video seks bahagian kedua di Youtube



Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

NONEMalaysiakinidifahamkanbahawa video yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

SemakanMalaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

Beberapa pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BONGKAR TEMBELANG KERAJAAN MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Bongkar: Rahsia Sebenar Kenapa Lynas Akhirnya Terpaksa Memilih Malaysia Untuk Dirikan Kilang Memproses Bahan Radio Aktif Rare Earth Mereka!



Dalam banyak-banyak laman blog yang membicarakan tentang isu Lynas ini, terdapat satu blog yang cukup menarik kupasan dan pembongkaran maklmuat yang diberikan. Bukan sahaja fakta-fakta yang menakjubkan malah ia disertakan juga dengan dokumen berkaitan. Kami ucapkan syabas kepada pemilik blog tahir nisa atas pendedahan yang cukup bermakna dalam mencari titik permulaan kenapa Kerajaan Malaysia membenarkan Lynas Corporation dari Australia membina kilang memproses "rare earth" mereka di negara kita. Terbaru, pendedahan panas beliau tentang kenapa Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi kilang mereka dan kaitan syarikat itu dengan AMR Technologies. Menurut blogger terbabit AMR Technologies Inc, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Ontario, Kanada pada 11 September 1986 dibawah nama Quesada Resources Limited. Pada 10 Jun 1998 nama syarikat telah ditukar menjadi AMR Technologies Inc. Kegiatan utama syarikat ini adalah dalam bidang pemprosesan nadir bumi dan syarikat ini mempunyai dua kilang pemprosesan di negara China. Menurut catatan didalam dokumen maklumat syarikat bertarikh 2hb Mac 2005, dua pusat pemprosesan nadir bumi di China ialah Jiangyin Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 90% saham) dan Zibo Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 85% saham).

Tipu Sahan, Lynas Di Saman AMR Technologies

Kedua-dua pusat pemprosesan ini adalah aktif dan memberikan pulangan yang positif kepada kewangan syarikat. AMR Technologies Inc, juga mempunyai anak syarikat yang bergiat dalam bidang pembuatan barangan hasil dari nadir bumi yang telah diproses, terutamanya pembuatan barangan magnet. Kilang mereka terletak di Amerika Syarikat, Barbados, United Kingdom dan juga Thailand. Pada tahun 2004, Lynas telah melakukan sesuatu yang selalunya tidak berani dilakukan oleh mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan yang berintegriti. Lynas telah membeli sebanyak 19% saham AMR Technologies Inc, tanpa pengetahuan pengarah-pengarah AMR. Lynas telah menggunakan "jalan belakang" untuk menggunakan salah satu syarikat yang menjadi pemegang saham di AMR untuk membeli saham AMR secara berterusan dan kemudiannya saham-saham itu dibeli oleh Lynas dari syarikat tersebut. Lynas telah membeli saham tersebut dari Whiterock Investment. Selepas dari pembelian saham ini, Lynas telah menjadi pemegang saham terbesar di AMR Technologies Inc,.


Bukti, dokumen Lynas beli saham AMR KLIK DOKUMEN ASAL

Akibat pengambilalihan yang tidak menepati undang-undang pengambilalihan saham di Kanada dan disebabkan Lynas menggunakan cara yang tidak professional untuk melaksanakan pembelian saham-saham AMR, maka pada February 2005 pengarah-pengarah AMR telah memfailkan saman di mahkhamah untuk menyaman Lynas atas tindakan mereka. Saman ini juga untuk halang mana-mana individu dari Lynas dari jadi pengarah di AMR Technologies Inc, dan mengundi sebagai pemegang saham semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

Lynas Pilih Malaysia Selepas Tiada Hak Di China

Mahkhamah Persekutuan di Kanada telah bersetuju untuk kes tersebut didengar dan diperbahaskan. Pada 7 April 2005, AMR telah menarik balik saman keatas Lynas dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian diluar mahkhamah. Lynas telah diarahkan untuk menjual saham milik mereka di AMR kepada Magnequench Inc (foto) dari Indiana, Amerika Syarikat. Sejak dari tu Lynas tidak mempunyai apa-apa pegangan didalam AMR dan ini telah menyebabkan Lynas kehilangan peluang untuk memproses nadir bumi di pusat pemprosesan nadir bumi kepunyaan AMR di China. Ini adalah sebagai jawapan kepada mereka-mereka yang bertanya kenapa Lynas tidak memproses nadir bumi di China. Lynas tidak ada nama yang baik di China dan ini telah memyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk dijadikan pusat pemprosesan nadir bumi. Di Australia pula pemprosesan nadir bumi memang tidak boleh dilakukan kerana nadir bumi adalah bahan beradioaktif walaupun iannya dikatakan dalam kadar yang "selamat" oleh Lynas. Hanya kerajaan BN sanggup menerima syarikat yang sebegini untuk melabur dan melebur di Malaysia.

[Dengan pendedahan ini, maka terbuktilah alasan menolak Lynas beroperasi di Gebeng itu adalah berasaskan kepada fakta-fakta dan bukan sembarangan bantahan sebenarnya. Lynas ternyata sebuah syarikat yang mengejar keuntungan semata-mata dan sanggup menipu untuk membeli saham syarikat lain menerusi "pintu belakang". Justeru itu, apakah rakyat boleh percaya langkah membawa masuk Lynas ke Malaysia itu tidak melalui "pintu belakang"?. Dek kerana itulah juga, maka Kerajaan Malaysia terpaksa berhempas pulas memberi seribu alasan untuk mempertahankan Lynas. Sedangkan, kini terbukti Lynas adalah sebuah syarikat yang tidak beretika dan tidak wajar diberi peluang untuk beroperasi di Malaysia sebenarnya. Apakah kita boleh yakin dengan kejujuran Lynas ini?. Namun, apakah kerajaan mahu mendengar suara rakyat ini gamaknya?. Oleh itu, rakyat diseru meneruskan bantahan Lynas demi masa depan generasi akan datang. Stop Lynas NOW!]. - pahangdaily


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

SYARIKAT E-MAIL MELAYU TERBODOH DIDUNIA

بسم الله الرحمن الرحيم

E-MAIL SATU MALAYASIA : TRICUBES SASAR 5.4 JUTA PELANGGAN, KOS HANTAR SEKITAR 50 SEN


salah satu iklan yang dihantar oleh email 1 malaysia.. kah kah kah kah

Tricubes Berhad mengaku khidmat e-mel satu Malaysia yang bakal disediakannya adalah hayat kewangan bagi syarikat itu, yang sebelum ini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Syarikat itu menyasarkan kira-kira 5.4 juta pelanggan meskipun tiada jaminan yang kerajaan akan menggunakan khidmat e-mel disediakan pihaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar, juga berkata, syarikat itu akan mengumpulkan dana tambahan menerusi terbitan isu baru bagi projek RM50 juta yang dianugerahkan kerajaan 4 April lalu.

Beliau juga mengesahkan setiap penghantaran e-mel akan menelan kos tidak lebih 50 sen.- minsider

Note: Kah kah kah kah.. Google dan Yahoo sediakan email free untuk manusia seluruh dunia guna tapi kerajaan Malaysia bayar kepada Tricubes Berhad yang dah nak bankrupt ni 50 sen satu email.. kahkahkahkah.. 0.50 x 5.4 jute = rm 2.7 jute x 20 kali hantar = rm 50.4 jute.. kah kah kah kah.. lawak.. lawak.. Najib kata Tricubes Berhad dibayar bukan guna duit rakyat.. dah tu kerajaan guna duit sape? duit zolkifli nordin ke? kah kah kah kah.. Woi najib sudah-sudah la nak bodohkan rakyat.. pengikut umno boleh la dibodohkan setiap hari.. kalau ko kata bumi ni 3 segi pun penyokong umno percaya.. kah kah kah kah..najib, ni bukan tahun 1960.. ni tahun 2011.. rakyat semua celik infomasi najib.. ko tu yg buta kayu.. percaya jer apa kata penasihat ko.. penasihat ko yang gemok macam badak tu.. kah kah kah kah..

Contoh kita ambil Google. Bagaimana Google boleh menyediakan perkhidmatan percuma seperti Gmail, Youtube, GoogleEarth, Buzz, etc?

Jawapannya, Google meniaga perkhidmatan iklan. 95% pendapatan Google dtg dari AdWords. Sebab tu Google dan lain2 syarikat enjin carian internet mampu menyediakan perkhidmatan percuma kepada pengguna internet seluruh dunia.

Tapi syarikat bodoh Bumiputra meniaga cara reverse. Berniaga pun, cuba la belajar sikit tentang 'demand'. No demand no offer. Bodoh...kalau ada e-mel free buat ape la aku nak bayar pakai e-mel berbayar.

Google yg dikategorikan sebagai syarikat gergasi dunia tak pernah caj utk perkhidmatan e-mel, inikan pula syarikat besar taik ayam milik Bumiputra yg tak pernah aku dengar sebelum ni, nak kenakan caj 50 sen utk SATU e-mel!

seronoknya jadi suku sakat kroni ni..x yah belajar rajin2 pun boleh kayo dgn project bodoh...pandainyer depa buat duit tapi yang bodohnyer org yg mengundi BN ni..oiii bila hangpa nak sedaq sedaq....kita yg dok bayaq incomtax apapasai depa senang2 nak curi duit kita????

Woi najib...Tuan punya Yahoo yang berbangsa Cina dari Taiwan yang suka makan babi tu pun bagi email percuma pada orang melayu dan seluruh umat islam sedunia... Founder & CEO Google yang berbangsa Yahudi pun bagi email percuma pada orang melayu dan seluruh umat islam sedunia.. Ni Syarikat Tricubes Berhad bumiputera islam bagi email kena caj 50 sen untuk satu email. Yang kerajaan pun bodoh nak mampos ada email free tak pasal-pasal habiskan duit rakyat untuk bayar si bahalul ni kenapa? kah kah kah kah.. senangnya Najib nak tolong syarikat kroni yang dah nak gulung tikar ni bernafas semula.. nanti dah tak boleh nak pusing naikkan pulak harga minyak.. kroni bernafas lega rakyat kena tanggung semua.. macam ni punya bodoh pun boleh perintah negara ke? kah kah kah kah.. tapi yang 50 juta kali bodoh adalah orang yang menyokong si bodoh ni untuk terus memerintah Malaysia.. kah kah kah kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

DAP TOLAK JEMPUTAN UMNO SERTAI BN

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR, 26 April: DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.

Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Ia juga satu tindakan Umno untuk mengawal MCA dan menghantar mesej kepada MCA bahawa Umno mempunyai alternatif yang lain.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.

Namun ketika ditemui hari ini, Lim Guan Eng menafikannya dan berkata DAP tidak tahu menahu mengenainya.

"Bagi saya, ia hanya usaha pihak lawan kita mahu memecahkan hubungan antara Pakatan Rakyat," kata Lim Guan Eng kepada Harakahdaily.

Beliau juga berkata, DAP bukan sehari dua ini berjuang di negara ini tetapi telah mencecah 40 tahun.

"DAP akan tetap setia bersama rakan-rakan kita," kata Guang Eng kepada Harakahdaily. - HD

Note: Kah kah kah kah.. MCA dan nak cabut nak tackle DAP plak... kah kah kah kah.. MCA pijak-pijak kepala UMporNO sikit pun tak berani nak bersuara.. kah kah kah kah.. Aku nak tanya.. ada ke pemimpin UMNO yang berani bersuara bila MCA nak boikot akhbar utusan umngok ni? takde kan? Nampak sangat la UMporNO takut dengan MCA.. kah kah kah kah.. Sebelum ni tanah melayu bagi kat singapura.. bagi lagi pulau batu putih pada singapura.. bagi lagi tanjung pagar pada singapura.. bagi lagi tapak penjara pudu pada pelabur singapura.. bagi lagi tanah TUDM pada cina jo taek lo.. bagi lagi bukit genting pada lim goh tong.. bagi lagi wilayah iskhandar pada singapura.. Tu x masuk lagi cerita Pulau Pinang yang mejority UMNO tapi bagi cina GERAKAN perintah tu.. sampai habis semua hak org melayu tergadai.. kah kah kah kah... Lepas ni semua bagi kat cina MCA plak.. kah kah kah kah.. buah-buah pun gadai kat MCA.. jangan lupa gadaikan Bik Mama sekali kat Cua Soi Lek... kah kah kah kah

Note: Sebelum ni cua soi lek hina islam umno diam membisu.. peguam MCA marah orang islam azan pun umno buat derkkk jer.. lepas ni cua soi lek ngorat bik mama pun orang umno tepuk tangan ramai-ramai.. kah kah kah kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Tuesday, April 26, 2011

IBAN KENA "SUP" DENGAN SUPP..

بسم الله الرحمن الرحيم

Iban serbu pejabat SUPP tuntut 'habuan'



Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.

Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.



SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.

Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang. - Mkini

Note: Kan kah kah kah... Be End parti rasuah... di semenanjung melayu kena tipu dengan UMNO.. di Sarawak iban kena "sup" dangan SUPP.. kah kah kah kah.. SPRM pegi mana? apa lagi pegi la campak iban2 ni keluar tingkap sebab dia dah pecahkan lubang Be End... kah kah kah kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

ALAHAI UMNO BUAT LAWAK BANGANG...

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa yang rasis?



Utusan Malaysia sedang bermain dengan api. Akhbar ini melalui pandangan Awang Selamat telah menunjukan permusuhan semata-mata kerana kekalahan BN dan kemenangan DAP di dalam hampir kesemua kerusi di dalam kawasan Cina dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Bukankah memang parti-parti yang wujud sejak negara mencapai kemerdekaan adalah berdasarkan kepada bangsa-bangsa yang ada di dalam negara ini.

Semasa mencapai kemerdekaan Perikatan telah memenangi hampir kesemua kerusi kerana sokongan mengikut selera bangsa-bangsa yang ada di Semenanjung Tanah Melayu? UMNO diwujudkan untuk mengambil hati dan membawa orang-orang Melayu menyokong gagasan Perikatan. MCA pula wujud untuk tujuan membawa orang-orang Cina kepada Perikatan dengan sokongan melalui parti khas untuk bangsa Cina itu dan MIC pula untuk meraih sokongan dari bangsa India.

Parti Melayu UMNO bersama dengan parti orang Cina, MCA dan MIC yang membawa sokongan kaum India bersekutu dalam Perikatan dan membentuk kerajaan Merdeka Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957. Selama itu parti-parti pembangkang juga adalah berdasarkan kepada lunas-lunas bangsa-bangsa juga. DAP didominasi oleh bangsa Cina tetapi orang Melayu juga boleh menyertai parti itu dan tidak pernah ditahan dan dicegah untuk menjadi ahlinya.


Video lawak minggu ini.. kah kah kah kah

Penubuhan PAS juga adalah didasarkan kepada penyertaan orang-orang Islam dan tidak mengambil kira dari bangsa apa sekali pun, tetapi ianya di dominasi oleh bangsa Melayu sahaja. Sejak merdeka inilah cara dan pattern pengundian yang digalakan oleh Perikatan dan kemudiannya BN. Oleh kerana BN telah menikmati sokongan dari kaum Cina melalui MCA maka isu isu ini tidak timbul isu perkauman sedangkan cara mendapat sokongan itu adalah berasaskan kepada permainan poitik perkauman.

Tetapi akhir-akhir ini oleh kerana orang Cina sudah hilang keyakinan terhadap kita maka kita mainkan isu perkauman yang begitu menebal. Kejayaan DAP meraih sokongan itu dikatakan diperolehi dari isu prkauman yang dimainkan oleh DAP, tetapi kita sendiri telah lupa yang sokongan Cina terhadap BN selama ini adalah di asaskan kepada sentimen perkauman itu.

Pihak kita tidak mahu menerima yang kita adalah negara demokrasi. Itulah sebabnya blog ini selalu mencadangkan supaya kita berubah secara radikal dan bermula dari peringkat struktornya. Kita mesti memulakan politik baru seperi pemimpin dahulu melakukannya semasa mencapai kemerdekaan. Untuk melakukan itu ianya mesti ditaja oleh seorang pemimpin yang luar dari barisan kepimpinan hari ini, yang dihormati oleh semua kaum dan pihak. We must start the nation anew.

Barisan kepimpinan hari ini wajar berkorban kerana selagi pimpinan yang ada pada hari ini masih memerintah negara ini maka isu yang hangat ini akan bertambah hangat dan tidak akan ada kesudahannya. Kita selalu membuat komentar tentang politik negara hanya di dalam parameter politik di Semenanjung sahaja sedangkan nun di seberang lautan Cina merupakan wilayah yang mempunyai kuasa politik yang kuat dan bertenaga.

Jika semua pihak mahukan negara ini dalam keadaan aman kita harus mempunyai pemimpin yang berani tetapi di hormati oleh semua pihak. Kita tidak boleh dipimpin oleh mereka yang bermuka-muka kepada kaum-kaum…bercakap lain dan berbeza mengikut kaum apa yang ada di hadapan kita. Saya bukan mempertahankan DAP tetapi di dalam sebuah demokrasi tulin isu membidas parti yang sedang mendapat pengaruh itu adalah tidak betul.

Jika kita mahukan pengaruh kita bertahan setidak-tidaknya, kita wajar melakukan perubahan yang drastik. Jika kita benar sayangkan parti dan kerajaan yang ada mungkin memerlukan pengorbanan. Dahulukan nasib parti dari politik peribadi sendiri. Jangan pula kita lakukan perkara yang tidak bermoral seperti membunuh parti ini lagi semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Cukuplah setakat apa yang telah di lakukan 20 tahun dahulu.

Di dalam pertandingan bola sepak, kita tidak boleh mengalihkan tiang-tiang gol semata-mata untuk memenangi pertandingan itu. Jangan pula bertindak membuang ‘referee’ seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin kita 23 tahun dahulu. Tun Salleh menjadi korban politik yang dimainkan oleh pihak eksekutif.

Pengasingan kuasa yang sepatutunya di suburkan di dalam sistem politik demokrasi telah luntur dan tidak nampak kemajuan di dalam usaha kita untuk memperbaikinya.

Selalunya jika pihak yang takut kepada kekalahan, kekalahan itulah yang akan tiba. Kalau sebuah busut itu dianggap berhantu suatu hari itu busut itu akan berhantu. Jika kita mengelabah sangat dengan kemaraan DAP maka DAP lah yang akan menang kerana kita asyik dengan perasaan takut itu.

Kita jangan menjadi seperti seorang yang takut berjalan dalam gelap. Orang yang takut berjalan di dalam gelap selalunya akan membuat bising untuk menghilangkan ketakutan itu. Kalau tidak berani menerima keputusan plihanraya maka elok kita ubah perlembagaan dan jangan di adakan pilihanraya lagi untuk mengelakan isu untuk membenci pihak yang menang.

Kita asyik menyalahkan pihak lain tetapi kita tidak pernah melakukan introspeksi yang mendalam kenapa kita di tolak. Orang lain semuanya salah, hanya kita sahaja yang betul. Kita mesti ingat parti politik kita ini bukannya agama yang tidak boleh dibelakangkan oleh mereka yang tidak berkeyakinan kepada kita.

Setakat ini tidak nampak dan terbaca yang DAP membuat kenyataan anti Melayu dan anti mana-mana bangsa. Yang selalu kita dengar membuat kenyataan anti Melayu ialah MCA. UMNO pula selalu memperkecilkan kemampuan orang Melayu dengan meminta orang Melayu hanya menyokong mereka membabi buta. Benar atau salah UMNO mahukan orang Melayu menyokong mereka. Sekarang ditambah pula dengan sikap rasis yang ada pada Utusan. - Aspan Alias

Note: Perkasa pertahan utusan macam pertahan Al Quran... kah kah kah kah.. Masa cua soi lek hina islam tu hari perkasa buat apa? cua soi lek tak tarik semula pun kenyataan dia... ni sekali lagi warning MCA.. kalau MCA tak tarik balik kenyataan perkasa boleh buat apa? nak berdemo seluruh negara dengan yang tak berapa kerat tu ke? kah kah kah kah.. bangang!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

20 AMALAN MUDAH REZEKI

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullah,



Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin. - Bawang Goreng


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Monday, April 25, 2011

BUDAK KREATIV MANA LA PUNYA KERJA NI

بسم الله الرحمن الرحيم





Note: kah kah kah kah.. lawak.. lawak...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

CERITA PELIK: ARTIS JADI KAMBING

بسم الله الرحمن الرحيم

Mamat Khalid, Datuk AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida antara 500 ahli baru UMNO Ipoh Barat



Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini mencetuskan trend positif apabila semakin ramai rakyat terutamanya dalam Parlimen Ipoh Barat menyertai parti keramat orang Melayu iaitu UMNO.

Terbaru, pengarah kelahiran Perak, Mamat Khalid yang terkenal dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan ahli perniagaan yang juga artis, Datuk AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida turut mengambil keputusan menyertai UMNO.

Exco Kanan negeri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, UMNO adalah parti keramat orang Melayu kerana tiada parti lain selain UMNO yang mampu membela nasib orang Melayu dari segi agama, bangsa dan tanahair sejak dahulu, kini dan selama-lamanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Jom Sertai Umno adalah anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, diketuai oleh Syamsul Baharin Putra yang berlangsung di Restoran Simpang Tiga Greentown Square, malam tadi.

Kira-kira 500 ahli baru turut diterima masuk menyertai UMNO pada majlis itu yang disempurnakan oleh Hamidah yang juga merupakan Adun Sungai Rapat.

Dalam perkembangan sama, Hamidah menjelaskan, selepas pilihanraya negeri Sarawak, UMNO menerima banyak permintaan terutamanya daripada orang muda yang berminat untuk menyertai parti berkenaan.

Perkembangan itu katanya, amat dialu-alukan oleh UMNO kerana dalam situasi hari ini, orang Melayu perlu bersatu demi mempertahankan hak mereka di bumi Malaysia.

“Orang muda juga amat diperlukan sebagai pelapis untuk menggantikan pemimpin yang sedia ada apabila tiba masanya kelak,” katanya lagi.

Menurutnya, keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang memihak kepada BN antara faktor utama yang menimbulkan kesedaran kepada orang muda untuk menyertai UMNO dan beliau menjangka lebih ramai akan menyertai parti terbabit selepas ini.

Sementara itu, AC Mizal yang ditemui pengamal media sejurus program selesai berkata, beliau bersedia untuk membantu UMNO memenangi pilihanraya umum ke 13.

“Saya bukan masuk UMNO untuk menjadi ahli sahaja tetapi saya juga bersedia membantu jentera UMNO untuk menarik lebih ramai ahli baru masuk ke dalam parti ini dan sama-sama bergiat cergas,” katanya. - Perak2day

Komen dari seorang orang kuat umno: ini pandangan ikhlas saya..tolong jangan libatkan si ac mizal & the family dalam kempen utk pru13 nanti..akan datang masalah yg sangat besar..dia akan jadi liabiliti umno di kawasan tu sbb dia ni kan ada kes penipuan gelang..baca blog aidid muaddib dan nilaikan lah sendiri..sbb sy terlampau syg kan umno dan BN lah saya kongsi pendapat saya..jgn umno kalah di ipoh barat nanti sbb AC..

Note: Njit njit semut sape sakit naik atas...Kah kah kah kah.. umno tungging terbalik nak cari artis yang sanggup menyatakan sokongan pada dia.. kah kah kah kah.. Bob Lokman masuk PAS sebab nak keluar dari dunia maksiat.. mangkok 3 ekor ni nak keluar dari mana? kah kah kah kah.. Katanya nak satukan orang melayu kerana hanya UMNO yang boleh satukan melayu... hanya umno parti keramat melayu yang boleh membela org melayu.. Kah kah kah kah.. ayat paling bangang dari seorang YB (hamidah) dah dari 3 kambing hitam.. kah kah kah.. kat semenanjung ada mamak, baba, bugis, serani, minang, jawa, orang asli sakai, temia, penan, jakun, semai dan banyak lagi suku kaum yang mengangotai umno.. di Sabah ada dayak, kadazan, dusun, sungai, bajau, kedayan, bisaya dan banyak lagi suku kaum yang mengangotai umno... Bila masa pula bangsa dan suku kaum boleh main tukar-tukar? kah kah kah kah.. Umno nak perjuangkan Melayu saja.. yang lain ni semua nak letak kat mana? kah kah kah kah... Pemimpin umno kata UMNO perti Melayu.. penyokong umno pun percaya.. yang bodohnya penyokongnya tak tahu kalau pemimpin mereka menipu mereka.. yang lagi sedapnya.. dia sendiri terlupa yang dirinya sendiri pun bukan org melayu... kah kah kah kah... mungkin sakai agaknya... kah kah kah kah..

Note: Mempertahankan hak melayu di bumi Malaysia? kah kah kah kah.. lawak.. lawak.. apa jasa pemerintah umno? tanah melayu bagi kat singapura.. bagi lagi pulau batu putih pada singapura.. bagi lagi tanjung pagar pada singapura.. bagi lagi tapak penjara pudu pada pelabur singapura.. bagi lagi tanah TUDM pada cina jo taek lo.. bagi lagi bukit genting pada lim goh tong.. bagi lagi wilayah iskhandar pada singapura.. kah kah kah kah.. tanah milik melayu kat malaysia ni tinggal tak sampai 1/3 jer.. 54 tahun umno memerintah bersama Be End kenapa habis semua milik melayu tergadai? Selama 54 tahun UMNO yang kononnya mempertahankan hak Melayu tapi saham milik bumiputera daripada RM54 billion kini tinggal janya RM2 billion saja... mana perginya RM52 billion saham bumiputera tu? kah kah kah kah.. adakah itu yg dinamakan umporno mempertahankan hak Melayu? kah kah kah kah.. menjahanamkan hak melayu ada la.. kah kah kah kah.. penyokong umno tahu ni ke? kalau dia tahu ini semua dah tentu la dia pun x nak sokong umno... kah kah kah kah.. kalau semua rakyat bijak dah lama UMNO terkubur.. tapi kerana adanya manusia yang bodoh-bodoh alang inilah umno masih lagi bertahan... kah kah kah kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

DATUK SUKA WANITA PAKAI SKIRT

بسم الله الرحمن الرحيم

Badminton: Peraturan pakai skirt diwajibkan (pemain wanita)



NEW DELHI: Peraturan baru yang mewajibkan pemain badminton wanita memakai skirt di gelanggang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemain yang terpaksa membiasakan diri dengan peraturan wajib berpakaian itu.
Terbuka India yang akan bermula Selasa depan adalah kejohanan terakhir buat pemain wanita memakai seluar pendek di gelanggang sebelum pemakaian skirt diwajibkan bermula 1 Mei.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan perubahan pada 2009 itu dengan tujuan menjadikan sukan berkenaan lebih menarik di kalangan penonton dan penaja.
Pakar beregu yang juga pemain wanita popular India, Jwala Gutta yang sentiasa memakai skirt berkata kod baru pemakaian itu mungkin mampu menarik minat ramai, tapi pemain tidak sepatutnya dipaksa memakainya.

“Anda tidak boleh menjadikannya satu perkara wajib kepada setiap orang untuk memakai skirt. Ia terpulang kepada individu untuk mencapai keselesaan masing-masing. Saya tidak tahu jika orang akan gembira jika diarah dan dilarang memakai sesuatu,” katanya.

Apa kata Preseden BAM ?

Siaran berita sukan TV malam tadi bila Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh menyokong pemain wanita Malaysia memakai skirt seperti yang diarahkan oleh BWF. Datuk Nadzmi dalam kenyataannya berkata Malaysia menyokong pemain wanita memakai skirt, "No problem (pakai skirt)... it looks better...." kata Datuk Nadzmi.

It looks better? Apa yang betternya Datuk? Better tengok skirt terselak bila pemain wanita itu melompat menyambut bulu tangkis?

Note: Datuk.. datuk... datuk umporno la tu... kah kah kah kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Sunday, April 24, 2011

BERBOGEL DI PENJURU BILIK KETIKA PEMERIKSAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Mudahnya mahasiswi ini berbogel

GEORGETOWN: Biarpun baru sehari mengenali seorang lelaki, kesanggupan si gadis mengikut temannya menjadi detik malang apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Jalan Tanjung Tokong, di sini, awal pagi semalam.

Lebih mengejutkan, gadis berusia 23 tahun yang dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi dekat sini, ditemui berdiri keadaan berbogel di penjuru bilik ketika pemeriksaan.

Pasangannya pula yang juga jurugambar bebas berusia 23 tahun didapati berseluar panjang denim tanpa baju.

Ketika pemeriksaan dilakukan jam 1.30 pagi, pasangan berkenaan dipercayai menyewa sebuah bilik dan tidak membuat pendaftaran masuk dipercayai bagi mengelak kehadiran mereka dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, sebuah motosikal yang diletakkan di luar perkarangan hotel berjaya membongkar segala aktiviti maksiat mereka sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan di hotel.

Ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, turut ditemui sehelai baju dan seluar dalam milik gadis itu di atas sofa dan ia dirampas untuk dijadikan barang kes.

Pasangan itu antara 10 pasangan berusia 20 hingga 30-an yang ditahan sepasukan 16 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)
dalam operasi itu.

Operasi diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu dibantu sepasukan 13 pegawai penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang.

Operasi itu juga merangkumi beberapa lokasi ‘panas’, termasuk Persisiran Pantai Sungai Pinang, Pantai Seagate dan Pantai Queensbay serta beberapa hotel sekitar Gelugor, Jalan Tengku Kudin dan Jalan Tanjung Tokong.

Menurut Khairul Azman, tujuh pasangan ditahan kerana kesalahan berkhalwat manakala tiga lagi pasangan ditahan kerana berkelakuan kurang sopan atau tidak senonoh di tempat awam.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk tindakan selanjutnya, termasuk membuat laporan tangkapan di Balai Polis Lebuh Pantai,” katanya. - Hmetro



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

GEMPAR SURAU DI PERAK DIROBOHKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

ADUAN RAKYAT ONLINE - Surau Kampung Baru Kanthan Lama dirobohkan- April 22nd, 2011-



Saya adalah anak watan Kampung Baru Kanthan Lama, ini adalah keluhan dari penduduk semasa saya balik ke kampung pada 17 April 2011 yang lalu. Pada 14 March 2011, datang kontraktor untuk merobohkan Surau Kampung Baru Kanthan Lama, Chemor, Perak.

Setelah berbincang dengan kontraktor yang mana tujuan meroboh adalah dari arahan BOSS mereka yang mana akan menggganti

Surau yang baru yang mana menurut mereka dari peruntukan Kerajaan melalui YB DUN HULU KINTA.
Yang menjadi muskilnya hingga sekarang tiada siapa pun yang memaklum perkara yang sebenar. Dan hingga ke hari ini tiada tanda-tanda menunjukan untuk pembinaan surau baru yang dibuat, seolah tapak surau kampung ini umpama jadi padang jarak padang terkukur.

Penduduk tidak dapat solat berjemaah lagi sehingga hari ini, dan jika ada ceramah akan diadakan di dalam rumah dan khemah yang di hadiah kan dari DUN Hulu Kinta.

Allahhuakbar,

By: Zubaini

- pencacai-semalaysia

Note: Sebab Menteri Besar perak tu keling ke? kah kah kah kah

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...