Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, January 18, 2011

IBU SURUH ABANG ROGOL SAYA

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.

SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya (foto)

“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.

Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.

“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.

“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.

“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.

Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.

Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.

“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.

“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.

Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.

“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.

“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya. - metro


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

14 comments:

Kak Mahh said...

Tergamak ibunya.

baincardin said...

Dunia dah nak kiamat...mcm² berlaku.

baincardin said...

thank you for sharing bro. :)

donk said...

ada juga seorang emak yang begitu buruk akhlaknya..yang kita dengar selalu adalah anak bererangai buruk begitu..kini giliran seorang emak pula...

pada saya keluarga tu tiada pegangan ugama..datang entah dari mana...dan orang lain hanya ambil kesempatan..

tidak terpikir andai perkara yang sama terjadi pada family sendiri..

emak begitu tiada tempat di dunia ni...elok di sumbat dalam penjara seumur hidup...

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

a'firullahh.. apa mau jd dunia skrg?? pegi mna kc syg ibu tu? T_T

Anonymous said...

dia duk kat jkm pastu keluar pd usia 18thn kemudian melacur. Apa jkm tak bantu dan pantau dia ke selepas keluar dr situ..?

aimi nadiah said...

a'ah.. apa yg di dpt ms duk katjkm tu.. kuar2 bt balik benda teruk..

smg dia akan berubah.. amin..

shams said...

ibu dia takde hati dan perasaan ke?

Unknown said...

ya allah..

Anonymous said...

SETAHU AKU DALAM PENJARA DIMANA MANGSA JENAYAH DAN SELURUH RAKYAT MENANGGUNG MAKAN MINUM BANDUAN PUN ADA DISEDIAKAN BANYAK KEMUDAHAN ILMU DAN KEMAHIRAN,SOALNYA YG DIDALAM TU MAHU BERUBAH ATAU TIDAK,BEGITU LAH JUGA HALNYA DENGAN PELACUR YG KELUAR DARI JKM NEH,DIA DAH ADA SEJARAH JADI CUKUP TAHU BAHAWA DGN ILMU BUKAK KANGKANG DIA BOLEH MENGHASILKAN DUIT,SEDAP DAPAT DUIT DAPAT,ANAK JADAH DAPAT N MUNGKIN KEJAB LG LEH DAPAT PENYAKIT,BILA DAH DAPAT PENYAKIT MUNGKIN LA DAPAT JADI PENCERAMAH..

Anonymous said...

babi haram jadah ibu yang macam 2

Anonymous said...

ish3...teruk n banganng punye mak la mcmni...herm..tu la law nk bkeluarga kne la cri ilmu agme n kmanusiaan byk2 dlu...cri suami n istri y taw ilmu agma...law tak cmni la nsib anak2...kesian...

Puan Enatt said...

Assalamualaikum.

Semoga kita semua dipeliharaNya...

Ada sesiapa yang boleh mebantu saya tak?

Apa yang boleh kita lakukan sekiranya kita mendapat tahu saudara kita dicabul/dirogol oleh saudara lelaki tirinya sendiri yang masih bersekolah.

Ibu tirinya cuba melindungi anaknya sendiri. Bapanya pula seolah terkunci mulutnya dari membuat sebarang tindakan.

Budak itu sudah mengadu kepada guru di sekolah dan seringkali juga memberitahu saya bahawa dia takut berada di rumah itu.

Buat pengetahuan semua, dia merupakan anak angkat dan baru berusia 12thn, menghidapi disleksia dan iq nya tidak mencapai tahap umurnya.

Pihak sekolah ada membuat laporan kepada JPN dan JKM, tetapi kes ini diam begitu sahaja.

Apa yang perlu dilakukan bagi melindungi anak itu?

Mohon bantu saya.

(noorsafinas@yahoo.com)

suraya said...

saudari dlm cerita tersebut tdk sepatutnya kembali melacurkan diri stlh tdk lg berada d bwh p'lindungan JKM..ttapi dia sharusnya cuba mencari jln kluar yg lain utk meneruskan hidupnya..walaupun p'nah d jual ibu sendiri, tetapi akhirnya dia tlh selamat d bwh jagaan JKM..tetapi diri sendiri pula yg kembali menjerumuskan diri ke lembah pelacuran tersebut..saya tdk menyalahkan saudari berkenaan..tetapi sy mengajak rakan2 pembaca d blog sahabat kita ini yg membaca artikel ini untuk mendoakan saudari berkenaan agar kembali ke jalan yg benar..jika ada yg mengenalinya, pimpinlah dia ke jalan kebenaran..keluar dari lembah pelacuran itu..wassalam