
oleh :Mohamed Hanipa Maidin
Salam,
BUJANG SUSAH: Perghhh... terornya polis malaysia ni kan.. senang jer tangkap org jahat.. ni yg aku kata polis malaysia ni dah tukar kerja.. korang ni dah xder kerja lain ker? dia org tu sambut hari jadi tu dengan buat rusuhan ker? Ya Allah Ya Tuhanku.. apa la nak jadi dgn malaysia ni.. kes jenayah, bunuh, ragut, rompak, rogol, rempit dan sampai dah x larat aku nak senaraikan.. korang xder buat apa2 tindakan pun.. berlambak kes2 x selesai.. ni jer ke kijer korang? tangkap org sambut harijadi.. aku rasa nak nangis pun ada ni tengok telatah polis kat malaysia ni...
BUTTERWORTH, 21 Mei (Bernama) -- Penggunaan topi keledar yang merekah dan uzur perlu dihentikan segera kerana ia boleh membahayakan keselamatan pengguna terutama apabila berlaku kemalangan jalan raya.
Pengarah Bahagian Program dan Projek Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Nik Yusaimi Yusuff berkata kebanyakan topi keledar yang terdedah kepada bahang panas matahari dan hujan mudah merekah dan pecah apabila terhempas pada permukaan yang keras dan ia tidak lagi selamat untuk diguna.
"Jika berlaku kemalangan, bahagian kepala tidak dapat dilindungi. Seelok-eloknya topi keledar itu ditukar kepada yang baru setiap lima tahun sekali. Topi keledar yang belum diguna tetapi disimpan selama lima tahun juga perlu ditukar bagi menjamin fungsinya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen advokasi kepada pengguna motosikal di Pangkalan Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.
Beliau berkata selain keadaan topi keledar yang usang, tindakan pengguna yang tidak mengikat tali topi keledar dengan kemas juga boleh mendedahkan mereka kepada bahaya.
Enam puluh peratus atau 3,898 kes kematian akibat kemalangan jalan raya tahun lepas melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, katanya.
Nik Yusaimi berkata melalui kempen ini, pengedar dan penjual motosikal serta pengeluar topi keledar menggembleng tenaga dalam usaha mendidik, memberi pendedahan dan mempromosi program dan isu-isu keselamatan jalan raya kepada pembeli atau penunggang motosikal.
Pada kempen advokasi yang dianjur bersama oleh Penang Port Sdn Bhd, CNI Holdings Berhad, AAM dan Puspakom Pulau Pinang itu, sebanyak 130 unit topi keledar untuk orang dewasa dan 20 unit topi keledar kanak-kanak diedar kepada pengguna perkhidmatan feri.
Selain program advokasi dan pemberian topi keledar percuma, beliau berkata JKJR akan meneruskan promosi produk keselamatan seperti jaket pemantul cahaya, program khidmat nasihat had laju 60 kmsj dan lapan petua keselamatan jalan raya.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat CNI Holdings, Kim Teoh ketika ditemui berkata sempena ulang tahun ke-20 syarikat itu, CNI akan mengedarkan 1 juta paket kopi UP Cafe dan 250 topi keledar kepada pengguna jalan raya di seluruh negara sebagai tanda penghargaan mereka terhadap sokongan yang diberi pengguna di Malaysia.
-- BERNAMA
BUJANG SUSAH: hehehehe.. topi keledar setiap 5 tahun kena tukar.. kaya la org yg jual topi keledar.. hehehe.. yusaimi pulak dapat berapa juta RM saham dan komisyen? klau mcm ni suka la pengeluar dan pengedar topi keledar ni.. boleh buat topi keledar dari kertas jer.. lagi cepat rosak lagi banyak org tukar. bodoh punya kenyataan.. kenapa x pastikan jer setiap syarikat pembuat dan pengedar topi keledar ni mesti mengeluarkan barangan mereka dari bahan yg berkualiti? supaya x mudah retak dan pecah? klau kualiti low pastikan sirim x boleh release.. x boleh ke nak buat mcm tu? patut2 ler klau nak bodohkan org pun.. igt ni zaman batu ke? Aku ada topi keledar dari jenama shoie yg dah lebih 35 tahun usianya. dari zaman pak sedara aku pakai sampai la skrg ni aku simpan.. x retak pun.. nak try meh aku ketuk kat kepala korang, tgk topi ke atau kepala korang yg bodoh tu yg retak. ni semua sama jer dgn kes buka lampu di siang hari dan guna tali pinggang keledar untuk penumpang belakang kereta. semua ada share dan ada kepentingan atas melaksanakan satu2 undang2. Dah xder kerja lain ke selain nak membodohkan org..?!!!! hangin aku la ...!!!
PULAU PINANG, 21 Mei (Bernama) -- Seorang pengurus syarikat dijangka mengumumkan esok keputusannya sama ada akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti.
Nai Khan Ari, 41, berkata ada beberapa perkara yang perlu beliau selesaikan sebelum membuat keputusan menjelang hari penamaan calon Sabtu ini.
Nai memberitahu Bernama walaupun memiliki rumah di Lunas, Kedah, beliau sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Telok Wang.
Lelaki berketurunan Siam ini berkata beliau telah membeli borang pencalonan daripada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar.
Sebelum ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman, 56, sebagai calonnya manakala bekas anggota tentera Mohd Saberi Othman, 49, dan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, masing-masing mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.
Isnin lepas, Barisan Nasional membuat keputusan tidak akan bertanding kerana mendapati kerusi itu dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR hanya kerana mahu menyelesaikan isu dalaman parti itu.
-- BERNAMA
BUJANG SUSAH: Hehehe... Nai oh Nai... tok pekong siam mana la yg taja ko ni...? Nak jadi YB dengan tujuan apa mereka bertiga ni? klau menang nak istihar masuk BN eh? hehehe... korang igt rakyat bodoh eh? klau igt dah kaya sgt jgn la dok membazir duit.. p la tolong org miskin yg dok melarat kat sana tu.. yer la kan.. bukan kena kluar duit pun.. dah ada org taja.. masuk jer laa.. untung2 dpt jadi YB yer x? hehehehe...
SHAH ALAM, 21 Mei (Bernama) -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata pandangan sesetengah pihak bahawa penulis blog di Malaysia patut didaftarkan perlu diperhalusi daripada segi perundangan.
Beliau berkata perlu dilihat sama ada pendaftaran itu boleh dilakukan mengikut undang-undang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Bagaimanapun, katanya penulis blog yang didapati memutarbelitkan fakta boleh diambil tindakan mengikut Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan itu selepas melawat Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas Selangor di sini, Khamis.
Dr Rais berkata kerajaan juga sedang meneliti akta baru iaitu Akta Tandatangan Multimedia yang diproses sejak tiga tahun lepas, yang akan meneguhkan lagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu, Dr Rais berkata beliau mahu para pegawai kementerian meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang internet termasuk blog, sesuai dengan peredaran zaman.
Katanya jika beliau yang telah merentas zaman di bawah lima Perdana Menteri mampu mempelajari perkara-perkara baru menerusi internet apatah lagi para pegawai kementerian.
Beliau berkata Pegawai Penerangan juga perlu mendekati rakyat dan menyampaikan maklumat kerajaan melalui saluran tidak formal seperti berinteraksi dengan masyarakat di kedai kopi, gerai dan pasar.
"Penyampaian maklumat secara kurang formal tetapi secara langsung dijangka lebih berkesan," katanya.
Dr Rais berkata kakitangan kementerian, khususnya Pegawai Penerangan merupakan mata dan telinga kerajaan dan mereka perlu memainkan peranan menyelami hati rakyat.
-- BERNAMA
BUJANG SUSAH: wakakakkakkaa... rais ni tau ke mcmana nak masukan gadget..? wakakkakaka.... Abg aku pegawai penerangan umno tp shut down pc pun x tau... wakakakka... tp klau dia pandai xder la dia duduk dalam umno tu lagi.. sbb dia tu turrr la dia dok dalam tu... wakakaka... kesian abg aku...
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mungkin akan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
"Ini bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
"Patut diselaraskan jumlah mata pelajaran yang setiap pelajar boleh ambil...kenapa mereka perlu ambil 20 mata pelajaran sedangkan ada yang tidak diajar di sekolah dan hanya belajar di kelas tuisyen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Puteri Umno di pejabatnya di sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sistem sedia ada dalam pemberian biasiswa berdasarkan jumlah A yang diperoleh pelajar patut diubah.
Sebagai contoh, katanya pelajar yang mendapat 14A akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapat biasiswa tetapi ini adalah tidak adil kepada mereka yang hanya dibenarkan mengambil sembilan mata pelajaran walaupun mereka mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.
"Pastinya, pelajar di sekolah berasrama penuh yang hanya dibenarkan mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran tidak dapat bersaing dengan mereka yang memperoleh lebih banyak keputusan A," katanya.Muhyiddin berkata beliau tidak mempertikaikan mereka yang memperoleh banyak A tetapi keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang hanya dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tertentu.
Katanya perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak paad 25 Mei ini. - Bernama
BUJANG SUSAH: Hehehe.. apa la punyer turr ada tpm mcm ni.. Ada ker nak kurangkan subject... nak lagi senang seluruh malaysia ni buat satu mata pelajaran jer la lagi baik. pelajaran jasmani.. senang sikit nak bagi biasiswa.. aku pun x tau sampai bila malaysia ni nak dipimpin oleh org bodoh.. susah sgt ker nak beri biasiswa ni?
Masalahnya ialah sistem pemberian biasiswa. Untuk apa yang nak sekat pelajar nak ambil banyak subjek. Banyak lagi jalan penyelesaian lain. Sebagai contoh, berapa peratus pelajar dapat A dalam semua subjek dia ambil.
Sekolah asrama penuh 9 subjek diambil, 9 A = 100% A. akan dapat biasiswa.
kalau 9 subjek diambil, just dapat 5 A = 55.5% A. Tak layak dapat biasiswa.
Sekolah agama YIK 20 subjek diambil, 20 A = 100% A. akan dapat biasiswa.
kalau 20 subjek diambil, just dapat 10 A = 50% A. Tak dapat biasiswa.
Susah ke nak buat mcm tu? Sapa2 kat sini yg nak mengaku korang mempunyai seorang TPM yg bijak ni? aku memang lama dah x mengaku dah... hehehehe... malu.. malu... gara2 memilih pemimpin yg bebal... klau pandai pun setakat pandai bercakap dan pandai menipu jer... wakakakka... org umno ni terbahagi kepada dua... yg pertama begitu bodoh dan yg kedua begitu pandai.. penyokong kat bawah begitu bodoh.. pemimpin2 yg kat atas begitu pandai.... pandai menipu...!!!! klau xder penyokong2 bodoh ni umno akan hilang penyokong dan seterusnya hilang dari sejarah politik malaysia... so terpaksalah si pandai (pandai menipu) terus membodohkan si bodoh.. tu yg si pandai (pandai menipu) x bagi budak2 nak belajar ambil subject banyak2.. takut nanti dah xder org bodoh lagi kat malaysia ni....wakakakaka... layannnnnnnnnnnnn.....
oleh YB M. Nasir Mustafa
![]() |
Seorang promoter mempamerkan duit syiling bersebelahan dengan panel televisyen terbaru LCD keluaran LG Display yang merupakan panel televisyen paling nipis di dunia semasa pameran di Seoul, semalam. - AFP |
SEOUL 19 Mei - Syarikat Korea Selatan, LG Display hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya mencipta televisyen paparan kristal cecair (LCD) lebih nipis daripada sebatang pensil dan paling nipis di dunia.
Panel televisyen berukuran 42 dan 47 inci itu menggunakan sistem pencahayaan belakang diod pancaran cahaya (LED) yang membolehkan ia direka senipis 5.9mm, demikian menurut LG Display dalam kenyataannya.
Pengeluar televisyen LCD kedua terbesar dunia itu berkata, produk terbarunya itu hanya seberat 6.1 kilogram dan 7.3 kilogram, iaitu separuh daripada berat televisyen konvensional.
"Paparannya dapat menghasilkan warna seperti semula jadi dengan ketepuan sehingga 80 peratus," demikian menurut kenyataan itu.
Televisyen terbaru itu juga dikatakan dapat menghilangkan kesan pergerakan samar dan mempunyai resolusi definisi tinggi.
Naib Presiden Eksekutifnya, Chung In-jae berkata, produk terbaru menunjukkan teknologi terkini yang digunakan LG membolehkan rekaan televisyen ternipis direalisasikan.
LG Display dan pesaing tempatannya, Samsung, kini mendahului dunia dalam pengeluaran skrin panel rata di pasaran global dan sedang bersaing untuk menghasilkan panel lebih nipis untuk televisyen berdefinisi tinggi. - AFP
BUJANG SUSAH: Sikit hari lagi tv boleh masukan dalam poket seluar.. lipat mcm kertas.. mana tau kan.. jangan ketawa .. dulu semasa telephone belum tercipta, mungkin ramai yang ketawa bila org kata kita boleh berbual dengan org di negara lain tanpa pergi negeri dia.. Ini adalah anugerah aqal yg Allah beri kepada manusia. layannnnnnnnnnnn...............
SHAH ALAM - Anak lelaki penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap empat pertuduhan mencuri dan memiliki harta curi. Raja Azman Raja Petra (foto), 32, yang beralamat No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah pada pukul 11.30 pagi. Dia didakwa mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di No 65, Jalan Batas 2, 19/6b, Seksyen 19 di sini, pada 9.30 pagi 20 Mac lepas. Tertuduh yang ditangkap pada 6 Mei lepas juga mengaku memecah masuk ke dalam rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu Mohd Syaiful di alamat, masa dan tarikh yang sama. Raja Azman juga mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik seorang pelajar, Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di No 16, Jalan Sastera, U2/1K Seksyen U2 di sini, pada 10 pagi 24 April lepas. Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, turut mengaku bersalah memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di depan rumah No 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong pada 10.40 malam 5 Mei lepas. Majistret Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman. Tidak ada sesiapa yang menjamin Raja Azman manakala bapanya juga tidak kelihatan dalam mahkamah.
Nota : [Ramai yang tertanya-tanya, apakah kes ini ada kaitan dengan kehilangan "Raja Blogger" itu sebenarnya?. PDO juga amat terkejut dengan kes ini, dan sesuatu yang agak janggal kenapa anak beliau mengaku salah dan tidak mahu dibicarakan?. Apakah ia adalah satu skrip yang dicipta untuk mengaburi mata rakyat, walhal selama ini anaknya tidak pernah dikenali. Malahan amatlah tidak masuk akan bila beliau mencuri motosikal tersebut dan dirinya tidak diwakili oleh seorang peguam pun. Kemungkinan besar kesemua motorsikal itu adalah kepunyaan rakan-rakan beliau sendiri dan kes ini dijadikan asas untuk membuktikan bahawa kehilangan Raja Petra "bersebab". Tambahan pula beliau juga dilihat tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu dijalankan. Malah isterinya yang begitu kerap ke mahkamah semasa kes Raja Petra juga tidak kelihatan untuk menjamin anaknya itu. Inilah yang menimbulkan persoalan sebenarnya? Apakah semua ini satu konspirasi terbaru terhadap RPK].
May 19, 09 9:07pm |
Dua wakil rakyat DAP dan sembilan pekerja parti itu ditahan polis ketika menyertai acara nyalaan lilih sebagai "tanda berkabung matinya demokrasi".![]() Mereka ditahan ketika mengadakan nyalaan lilin di Seputeh pada jam 8.20 malam ini. Nyalaan lilin itu - yang diadakan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok - disertai berpuluh-puluh mereka yang memakai baju-T hitam. Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak". ![]() Ketika mereka hendak melancarkan kempen mengumpul tandatangan, mereka dikepung oleh ramai anggota polis. Seorang pegawai polis kemudiannya mengarahkan mereka supaya bersurai kerana mengikutnya ia adalah satu perhimpunan haram. Selain dua wakil rakyat berkenaan, mereka yang turut ditahan dikenali sebagai Lam Kah Hon, Alex LC Ling, Koh Weng Ken, Chua Yew Choong, Lim Jen Yow, Tan Hak Lian dan Fong Kok Leong. BUJANG SUSAH: Hehehehe... polis malaysia memang suka buat kerja2 mcm ni.. tangkap org nyalakan lilin, tangkap org pakai baju hitam, tangkap org ceramah, tangkap org solat hajat... hehehe.. perompak, perogol, pengedar dadah, penjenayah, pembunuh, peragut dan banyak lagi laa.. semua dia buat x tau jer... mcm xder pape jer.. yer la kan.. maklumlah nak tangkap penjenayah ni susah.. tangkap org pasang lilin kan senang jer.. x payah main kejar2.. hehehehe.. Polis Raja Di Malaysia (PRDM) hehehehe... |