Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, January 20, 2011

Al FATEHAH UNTUK YB HIDIR

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..



Ini berita tidak rasmi tetapi 99.9% benar. Dari sumber diberitahu YB Hidir Abu Hassan (ADUN) Merlimau didalam kawasan parliment Jasin, Melaka. Telah meninggal dunia pada jam 2 petang tadi. Ini bermakna satu lagi pilihan raya kecil akan berlaku... Alfatehah untuk beliau.

Sebelum ini YB Hidir diberitakan koma oleh pemandunya.. namun akhbar utusan mengatakan YB Hidir dalam keadaan setabil. Berita ini juga diulas oleh Ketua Menteri Melaka ali rustam yang mengatakan YB Hidir tidak sakit dan hanya berehat di ICU. Seperti yang pernah saya katakan jika ingin membaca Utusan atau Berita hairan dalam format politik, kita mestilah membacanya dengan kefahaman yang terbalik. Kalau ia kata kurus bermakna gemuk la tu. Begitu juga dengan kenyataan ali rustam. Bak kata kawan saya mungkin lepas ni ali rustam akan kata tak perlu adakan PRK kerana YB Hidir tidak meninggal dunia tapi hanya berehat di alam barzah. Wassalam.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

Anonymous said...

al-fatehah.....smpi hati diorg sembunyikan bnda2 cmni...

Anonymous said...

Astaghfirullah, janganlan menuduh bukan2 dikatakan ini mainan politik. Untuk makluman, pakcik saya datang melawat dia & pada masa tu memang kesihatannya bertambah sehat. Dia kelihatan gembira malah bercakap mahu pulang cepat ke rumah. Tapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui & Berkuasa,
ajal beliau telah tiba.

Janganlah menuduh benda yang anda tidak tahu akhirnya bila disebarkan di alam maya ini jika orang percaya akan jadi fitnah.

Beliah sudah meninggal dunia daeripada menuduh baik bersedekah al-fatehah kepada arwah..

Idalara said...

Al fatehah
bermakna saya akan balik ke kg untuk mengundi nanati kerana Dun Jasin adalah tempat saya mengundi.

Anonymous said...

mmg dah mati ler. nak cerita apa. org umno ni org dah mampos pun nak kata hidup lagi. bodoh punya ali ketam.

Anonymous said...

takut kalah la tu takdan nak prepair untuk jumpe SPRM bodoh