Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, April 25, 2009

Anwar, jangan urus PKR sebagai "kedai runcit", nasihat Raja Petra



Editor Malaysia Today terus menulis walaupun dalam buangan kendiri

PETALING JAYA: Editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang telah dikeluarkan waran tangkap oleh mahkamah kelmarin, terus memuatkan tulisan beliau sambil menggesa pengunjungnya agar memberi komen yang konstruktif, bukannya ulasan yang boleh 'memusnahkan' laman web tersebut.

Malah, Raja Petra yang kini berada dalam "buangan kendiri" di luar Selangor ekoran perselisihan dengan Kerabat Diraja negeri itu menekankan, Malaysia Today bukan merupakan laman web yang propembangkang ataupun antikerajaan semata-mata.

Selain itu, dalam tulisannya semalam beliau menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menguruskan parti itu seakan-akan sebuah kedai runcit.

Beliau mengemukakan pandangan itu bagi mewajarkan bahawa Malaysia Today bukan laman web yang memuji atau mengecam satu-satu pihak sahaja.

"Tidak... Malaysia Today bukan propembangkang dan antikerajaan semata-mata.

"Apatah lagi bukan kesemua negeri berada di bawah Barisan Nasional (BN). Beberapa negeri berada bawah Pakatan Rakyat.

"Jadi, Pakatan Rakyat juga kerajaan. Dan, kita kita mengkritik kerajaan-kerajaan negeri, bermakna Paktan Rakyat," katanya.

Walaupun Pakatan Rakyat hanya berusia setahun, berbanding BN, terdapat aspek yang sudah cukup untuk dikritik.

Sebagai contoh katanya, Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengendalikan PKR sebagai 'entiti kawalan peribadinya'.

"Kemungkinan 10 tahun lalu, pada 1999, ia mungkin boleh diamalkan. Ketika itu, Parti Keadilan seperti kedai runcit. Jadi anda boleh kendalikan parti seperti kedai runcit," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, sepanjang satu dekad yang lalu PKR telah berkembang daripada sebuah "kedai runcit menjadi pasar raya besar."

"Tetapi Anwar masih menguruskan parti ini seperti kedai runcit, bukan seperti pasar raya besar yang ia telah berkembang sehingga sekarang," katanya lagi.

Beliau tidak merujuk kes-kes khusus bagi menggambarkan amalan "kedai runcit" di pihak Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sehingga 1998.

Sambil menekankan ia sebagai satu kegagalan Anwar, Raja Petra menulis lagi, "beliau (Anwar) menganggap beliau sebagai pemimpin seorang yang bagus."

"Seorang pemimpin yang bagus bukan hanya mengendalikan partinya seorang diri. Seorang pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang menguruskan orang dalam parti," jelas Raja Petra yang pernah digambarkan sebagai penyokong kuat Anwar dan PKR serta Pakatan Rakyat.

Oleh itu tambah beliau, Anwar mesti belajar untuk menguruskan orang-orang di bawahnya dengan baik.

"Terdapat ramai yang berbakat dalam partinya. Turunkan tanggungjawab kepada mereka dan biarkan mereka menguruskan parti menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan masing-masing," katanya.

Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra selepas beliau tidak hadir untuk perbicaraan kes hasutannya kelmarin.

Hakim Rozina Ayob juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, selaku penjamin.

Peguam Raja Petra, J. Chandra memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak dapat menghubungi anak guamnya dan tidak dimaklumkan mengenai sebab penulis blog itu tidak dapat hadir.

Bagaimanapun, katanya, Raja Petra menulis alasannya pada blognya pagi kelmarin dengan menyatakan bahawa diri dalam buangan daripada negeri Selangor kerana ada isu dengan Sultan Selangor.

Raja Petra, 59, didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk ""Let's Send Altantuya Murderers To Hell" yang mengandungi ayatayat menghasut di laman web http://www.Malaysia Today.com.Dia didakwa melakukan perbuatan itu dirumahnya di No.5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pada 25 April tahun lepas.

Rozina menetapkan 22 Mei untuk sebutan kes

BUJANG SUSAH: Saya bukan ahli politik. Jauh sekali menjadi pemimpin rakyat. Namun berapa hebatnya kita pun, kita haruslah mengambil kira dan mendengar pandangan dari org bawahan. Dari suara rakyat marhaen. Dari penyokong dan pendokong. Walaupun kita hebat namun kadang2 kita tersilap. Itu fitrah kita sebagai manusia biasa. Jgn jadi seperti pemimpin2 di sebelah sana. Apa pemimpin mereka kata x boleh langsung ada bantahan. Penyokongnya pula walaupun tahu pemimpin mereka x betul, main angguk jer tanpa ada rasa bersalah.

[+/-] Read More...

KHAS BUAT MELAYU YANG SELALU LUPA


Kerajaan BN pada awal pemerintahan diakui memang meringgankan beban rakyat malaysia am nya.. banyak program yang membantu dilakukan sehinggalah ramai orang Melayu yang berjaya..

Itu pun hak orang Melayu tergadai juga apabila tulisan Jawi di hapuskan dan digantikan dengan tulisan Rumi..

Sedangkan kita sedia maklum melalui tulisan Jawi lah masyarakat Melayu pada masa tu celik kepada Al-Quran..

Malah jika hal2 berkaitan Islam jika tercabar pun orang Melayu akan bangkit bersatu menentangnya

Contoh: apabila perbicaraan Kes Natrah yang di bela oleh keluarga melayu dituntut ole keluarganya di England dan memohon mahkamah mengiystiharkan Natrah keluar dari Islam.. orang melayu masa tu bangkit menentang keputusan itu termasuklah Tuanku Abdul Rahman..

Tetapi malangnya UMNO mengubah tulisan Jawi warisan Melayu ke tulisan rumi kepunyaan orang Rome yang di gunakan penjajah British. sedikit demi sedikit Orang Melayu semakin Buta kepada Al-Quran sehinggalah ke hari ini..

Bukan British yang hapuskan tetapi UMNO!!

Tetapi sehinggalah di zaman pemerintahan Tun mahatahir UMNO berubah daripada membantu rakyat kepada memeras rakyat apabila dasar penswastaan negara di mulakan
pada masa inilah kerosakkan berlaku apabila program bantuan menjadi perniagaan dan banyak hak2 dan tanah orang melayu tergadai antaranya..

Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan 30 peratus penguasaan ekonomi Bumiputra di selewengkan.. Dengan berbagai Projek dan tender kerajaan di berikan kepada Kroni pimpinan UMNO yang menyebabkan pencapaian hanya 18% sahaja yang dapat dicapai sehingga ke hari ini...

Kekayaan negara yang tidak seimbang hanya tertumpu dikalangan Ahli politik dan saudara-mara Bn sahaja sehingga wujud jurang yang besar antara rakyat termiskin dan terkaya..

Sehinggakan yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya..

DEB jugalah punca di mana segala Projek yang dianugerahkan kepada pimpinan UMNO di Alibabakan sehingga projek yang sepatutnya diuruskan oleh bumiputra jatuh ketangan bangsa lain..Kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya .. Malah kita boleh melihat bagaimana Ketua pemuda bahagian atau cawangan UMNO boleh membina Banglo mewah.. walhal baru setahun memegang jawatan tersebut di sebabkan projek yang mereka terima sebagai imbuhan dan mengalibabakan projek tersebut untuk mendapatkan keuntunggan segara...

Contoh: Bekas MB Selangor Khir Toyo

Mempunyai sebuah banglo yang dalam pembinaan di Shah Alam bernilai Lebih kurang RM29 juta!!! Sedangkan jika dihitung Gaji beliau selama menjadi ahli politik sehinggalah menjadi MB memang tidak mampu memiliki rumah semewah ini...Jadi dimanakah beliau mendapat wang sebanyak ini.??


Memansuhkan biasiswa kepada pelajar IPTA mmenjadi pinjaman PTPTN yang menyebabkan ramai pelajar gagal menjelaskannya walaupun belum mendapat kerja..

walhal ini adalah hak2orang melayu yang terjamin dalam perlembagaan dan di dalam kontrak sosial pun adalah menjadi Tanggungjawab UMNO melalui MARA memberikan biasiswa Percuma!! .. kepada setiap pelajar yang berjaya ke Universiti...

Memberikan tanah rizab Melayu kepada tokey2 yang banyak duit contoh di bukit bintang, menara Tan&Tan dan UniTAR kepunyaan MCA..

Penjualan banyak tanah Rizab melayu ini berlaku di negeri Johor,Melaka,P.Pinang dan perak
dan kebanyakkannya adalah kepada taukeh Cina dari Singapura..

Dan sekarang ini apabila siap Wilayah Iskandar di Johor nanti sebanyak 70% saham di punyai oleh Singapura dan masa tu nanti bolehlah di gelar Singapura kecil di Johor..

Dasar Kerajaan Mahathir ini diterukkan lagi dengan menjadi negara perindustrian apabila banyak kilang2 didirikan.. pada mulanya tokey2 kilang mengambil pekerja tempatan untuk berkerja tetapi untuk menjimatkan kos tokey2ini tadi mula mengambil pekerja asing dan akhirnya pekerja tempatan dipinggirkan..

sehingga kini pekerja asing mencecah 3 juta orang di Malaysia..

Dan akhirnya berlakulah gejala sosial yang parah dalam masyarakat apabila pekerja2 asing yang telah ramai ini mula tidak menghormati undang2 negara dan berlakulah jenayah yang semua sedia maklum..

Dalam Zaman inilah UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana perpecahan dalaman dan rasuah, selepas inilah UMNO makin hilang arah perjuangan kepada rakyat yang mana daripada mengurangkan beban kepada menambah beban kepada rakyat dengan dasar2 yang semua sedia maklum...seperti kenaikan harga barang , harga minyak, cukai2 dan tingginya pengganguran dan kerosakkan akhlak di kalangan anak2 melayu...

Hinggalah dalam PRU ke 12 apabila BN kalah di 5 nagari termasuk di wilayah K. Lumpur BN dilihat masih tiada Perubahan dan banyak janji2 dalam manifesto PRU ke 12 langsung tak tepati antara usaha BN tahun ini ialah:

Mewujudkan JKKKP yang mana sepatutnya tidak perlu kerana kerajaan negeri mempunyai JKKK sedia ada tetapi kerana hendak menjatuhkan kerajaan PR dan memecahbelahkan masyarakat maka ditubuhkanlah jawatankuasa itu.

menaikan harga minyak sebanyak 70sen......

menaikan harga Tol.........

hanya mencari silap2 kerajaan PR sahaja walhal kerajaan BN mempunyai banyak masalah semasa berkuasa di 5 negeri.. kerajaan PR cuba tidak membalas tetapi UMNO makin teruk dengan tuduhan2 yang tak berasas langsung dan akhirnya kerana BN mencabar, kerajaan PR membongkar satu demi satu salahlaku pemimpin2 BN terdahulu termasuk khir toyo

Hanya tahu memfitnah kerajaan negeri PR sahaja tiada usaha2 berbaik dgn kerajaan PR

Merampas kerajaan Perak melalui ADUN lompat yang UMNOBN tuduh sebagai perasuah dan melantik MB sendiri walhal MB pakatan tidak pun Meletak Jawatan.

Memainkan sentimen Agama , Raja dan kebangsaan selepas kekalahan untuk meraih simpati undi melayu yang mana kita tahu semasa UMNO memerintah perkara2 tersebut langsung tidak di ambil peduli''

Membuat tuduhan berasaskan Fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak mahu bekerjasama diantara kerajaan negeri PR dan kerajaan Pusat untuk kepentingan Rakyat..

Gagal mengatasi kemerosotan Ekonomi malaysia yang mana rakyat makin terbeban sedangkan bantuan melalui wang rakyat KWSP digunakan untuk Syarikat2 besar sahaja.

Gagal menangani kenaikan harga barang sedangkan harga minyak pun sepatutnya turun75sen tetapi apabila di congak2 berapa kali harga minyak diturunkan hanya 50 sen sahaja yang turun manakala 25sen kekal sehingga ke hari ini ..

Itu pun kerajaan mencanangkan kononnya harga minyak dah diturunkan.. boleh ke dikatakan harga minyak turun sedangkan masih ada baki 25sen yang tak turun lagi??

Tiada tindakan berkesan dalam menghadapi Jenayah yang meningkat, pendakwaan rasuah pilih kasih dan gejala sosial yang semakin parah.

Tidak berjaya mengawal kebanjiran warga asing di malaysia yang mana sekarang ini menjadi penyumbang utama kes2 jenayah di Malaysia.. Sekarang Negro pun dah banyak beb.. Malah kebanjiran ini menyekat peluang kerja untuk rakyat sendiri yang terpaksa bersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia..

Gagal menangani gejala sosial yang makin meruncing dan merisaukan di kalangan anak2 muda, Malah mengalakkan lagi dengan penganjuran Konsert2, pertunjukkan hiburan, Pesta2an dan rancangan TV yang melalaikan dan tak bermoral.

Supaya rakyat leka dan tidak tahu tentang perkembangan politik di negara ini. Supaya mudah bagi Bn memperbodohkan rakyat untuk mengekalkan kekuasaan mereka..

Gagal melaksanakan perintah Allah dengan memartabatkan hukum Hudud sebagai perundangan tertinggi sedangkan kuasa mutlak terletak di tangan UMNO yang mengaku Islam, walaupun di beri kuasa memerintah negara sehingga ke hari ini..

Dan gagal memberi kefaham yang baik tentang Islam kepada Bukan Islam sebaliknya menakut2kan bukan Islam di negara ini kepada Hukum dan amalan Islam itu sendiri..

Pendek kata hampir tiada janji manifesto yang ditunaikan oleh BN walaupun janji cogankatanya iaitu SELAMAT,AMAN,MAKMUR yang berlaku sebaliknya ialah TAK SELAMAT,TAK AMAN DAN TAK MAKMUR makin corot lagi keadaan Malaysia hari ini dan inilah relitinya..

(CF - http://kedahlanie.blogspot.com/)

[+/-] Read More...

Anda tahu maksud munafik?



Posted on Saturday, April 25 @ 07:18:53 MYT by Reformis
Oleh keraspedal

"antara perkara yang boleh merosakkan iman adalah nifak..pelakunya digelar munafik.munafik adalah seorang yang berpura pura beriman kepada allah,tetapi sesungguhnya mereka kafir serta ingkar kepada Allah dan rasulnya..

antara ciri ciri orang munafik adalah:
jika berbicara, mereka berdusta,
jika berjanji, mereka mungkiri,
jika diberi, kepercayaan dia khianati...

antara sifat orang munafik yang disebut dalam quran adalah,

(1)mereka melakukan kerosakan di muka bumi ini
#orang orang munafik ini walau pun mereka melakukan kerosakan pada muka bumi ini,mereka tetap mengatakan mereka melakukan kebaikan,contohnya,jika hari ini mereka mencuri beribu ribu ekar balak,malam besok,keluar dalam berita mereka merasmikan projek pemeliharaan dan pemuliharaan hutan hijau...gila apa.

#dinyatakan di dalam surah la baqarah ayat 11-12

(2)mereka menipu orang beriman..
#mereka menganggap orang yang beriman itu bodoh, surah al baqarah ayat 13

(3)menolak untuk berhukum dengan syariat allah.
#orang orang munafik,meskipun berusaha untuk menampakkan mereka beriman,tetapi apabila mereka soal berhukumkan dengan hukum allah,mereka menolaknya

(4)mereka menyeru kepada kemungkaran dan mencegah kebaikan..
#jika orang orang beriman berusaha melakukan amar maaruf nahi mungkar,mereka lebih suka untuk melaksanakan amar mungkar nahi maaruf(macam yang yb lim guan eng kata)

(5)mereka memusuhi orang beriman
#orang orang munafik gerun untuk bersama dengan orang beriman kerana risau kegiatan mereka jahat mereka akan dihalang orang orang yang beriman,jadi mereka memusuhi mereka..

antara 5 sifat di atas,..........ada pada pemimpin bn atau pr?fikirkan lah...

sumber:

http://keraspedal.blogspot.com/



[+/-] Read More...

BODOHKAH SEMUA ORANG MELAYU UMNO?

Salam...
Aku berbual dgn kawan aku yg terbaca komen aku tentang aku bodohkan org2 bawahan umno ni. Dia kata kat aku bkn xder org2 umno yg jadi dokter atau peguam. Aku kata memanglah ada.. tetapi dia ikhlas ker memperjuangkan negara atau paling tidak pun melayu? klau nak memperjuangkan agama confirm mmg xder laa. Hakikatnya yg pandai2 ni semua memperjuangkan poket dan kepentingan diri sendiri. Dia cerita kat aku baru jer tadi dia ada berbual dgn seorang naib pemuda umno kota melaka. Perbualannya tentang "najib jual melayu". naib pemuda umno ni kata najib x jual melayu tp dia cuma liberalisasikan jer. So kawan aku tanya la, apa maksud liberalisasi? dgn muka bodoh dia jawab "tu aku tak tau laa". Perghhhhh..... mcm ni bodoh rupanya naib pemuda umno.. apatah lagi penyokong2 dia yg setakat tahu menyalak "hidup najib" x sudah2. Aku cakap la kat kawan aku. Suruh la naib pemuda umno tu search kat internet apa maksud liberalisasi tu. Kawan aku kata apa.. klau dah shutdown computer pun dia x tau, nak search internet apanya... wakakakakkaaa... nak pecah perut aku ketawa... tu jer ke yg tinggal dalam umno ni? xder yg lebih layak ke? Bak kata kawan aku pun klau nak ajak berdebat, ketua umno bahagian cuma layak berdebat dgn budak2 gantung bendera PR jer.


Aku tgk tv tadi.. berita tadi kluar kata "glokal x terjejas dengan liberalisasi subsektor 30%".
Org2 kampung dgn org2 umno bawahan ni mana la tau apa maksud glokal dan liberalisasi tu apa. Kan senang klau dia cakap "melayu x terjejas dengan penggadaian hak 30%" jer. Kenapa x cakap macam tu? takut nanti org melayu faham? takut org melayu sedar? X payah takut laa. org melayu umno yg bawah2 ni hang letak najis dalam pinggan dia pun dia suka.. pun dia kata hang betul. Bkan dia tau apa erti perjuangan pun.

Satu lagi pengampu umno yg ada kepentingan mencelah untuk mengampu najib seterusnya sekali lagi memperbodohkan org2 melayu umno yg telah sedia bodoh ni. "dewan perniagaan melayu malaysia mengulas, dasar liberalisasi ni bagus sebab najib nak bawa org2 melayu bersaing di peringkat global" .
Aku nak bagi satu contoh tentang penghapusan ekuiti 30% untuk bumiputera ni. Sesebuah syarikat swasta diwajibkan ada 30% staff atau perkejanya dari bumiputera. tapi bila dgn ujudnya dasar liberasasi ni dengan sendirinya syarat itu terbatal. Maksudnya syarikat swasta klau xnak pakai org melayu pun xper. So org melayu tanam jagung jer laa.. tu pun klau yg ada tanah. klau yg xder tanah tu, tanam la diri sendiri dalam lobang jamban. Najib laksanakan dasar ni sebab nak sokongan dari org bukan melayu. Tu sebab dia hapuskan keistemewaan melayu supaya org bukan melayu suka. Yg najib ni dok x tau, memang la org bukan melayu ni suka dengan dasar ni. Tp dia org bukan bodoh nak sokong najib. korang ni la org2 umno yg bodoh. dah kena tarik keistimewaan pun nak sokong jugak. Mana pemimpin2 anda yg selalu berkokok tentang ketuanan melayu sebelum ni? Mana umno yg selama ni nak memartabatkan org melayu? Kenapa semua pemimpin umno diam jer? Kenapa xder yg marah2? Tu la yg aku kata tadi.. korang ni menyokong membuta tuli. Main ikut jer apa pemimpin korang buat. Sampai dia pijak kepala korang pun korang kata dia bagus. Tu pun penyokong2 umno ni x faham2 jugak ke?

So sekarang aku pun xnak cakap lebih2.. korang fikir la sendiri. Klau korang xnak termasuk dalam golongan org yg bodoh.. kena berubah laa.. tapi klau korang rasa korang perlu pertahankan kebodohan korang tu jugak, terpulanglah.

Wassalam..



[+/-] Read More...

Satu Malaysia akan dilelong ~ malaysiakini


Sektor perkhidmatan diliberalisasi

PUTRAJAYA 22 April - Kerajaan hari ini memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.

Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai". [Rujuk]

Bujang Susah:
Apa komen org2 umno yg kata nak perjuangkan ketuanan melayu? X marah ke kat menteri hangpa? Mana mungkin hangpa nak marah, sbb hangpa semua sebenarnya pak angguk. Ada dua golongan jer kat kumpulan hangpa ni. Golongan yg betul2 pandai dan golongan yg betul2 bodoh. Golongan yg betul2 pandai adalah golongan yg duduk kat atas. Berjuang kerana tamakan harta dan pangkat. Memperbodohkan golongan org2 bawahannya yg bodoh.klau hangpa semua x bodoh dah lama la umno ni terkubur. Yg golongan bodoh ni pula x tau apa2. dok sokong membuta tuli. Contohnya, aku ada berbual dengan seorang org kuat umno. dia ni kerja JKR jer. sekolah pun sampai darjah 3 jer. Tp keumnoannya karat gila babi. Satu ayat dia yg sampai sekarang klau aku teringat, aku rasa mcm nak bunuh diri jer.. dia kata "kita kena berterima kasih kat umno sebab klau xder umno, jalan raya pun kita xder, jangankan proton,KLCC, KLIA , litar sepang dan lain lain. " Aku tanya dia pernah ke dia pergi tempat2 yg dia sebut tu? x pernah katanya. Aku tnya, dia guna proton apa? Moto honda jer katanya. soalan last aku tanya dia yg boleh buatkan aku rasa nak masuk umno ialah.. negara2 lain yg maju tu semua umno yg memerintah ke? dia tanya aku balik.. "eh.. bukan umno yg memerintah ke? " wakakakakkakakakakkakakaka...... sapa2 yg ada borang umno... cepat...cepat... aku dah x tahan nak masuk umno ni... wakakakakkaa...

Ni la yang aku kata... penyokong umno ni semuanya bodoh... bodoh x boleh di ajar.. pandai x boleh di ikut... klau dah xder manusia2 bodoh mcm ni la .. akan hilanglah umno dari peta dunia ni... wakakakkaa... so.. adakah anda org umno? so jgn marah2 klau aku kata korang bodoh.. pegi la marahkan menteri ko tu yg kata memperjuangkan melayu. tp sekarang terang2 dah bunuh kepentingan org melayu. bodoh punya melayu.

[+/-] Read More...

Friday, April 24, 2009

Agama anak: Kabinet mesti rujuk mufti - Malaysiakini

Apr 24, 09 4:35pm
Keputusan kabinet semalam - anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam - sewajarnya dirujuk kepada mufti, kata Datuk Seri Harussani Zakaria.

Mufti Perak menyarankan kerajaan mendapatkan pandangan Majlis Mufti-mufti Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan berhubung Islam bagi mengelak timbulnya kekeliruan, lapor Bernama.

"Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," Harussani dipetik berkata hari ini.

Ketika mengumumkan keputusan kabinet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu sebagai langkah penyelesaian berhubung pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa menukar agama.

Menurut agensi berita itu lagi, beberapa NGO Islam turut menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan itu kerana mendakwa ia dibuat tanpa mengambil kira undang-undang sedia ada dan pandangan pihak-pihak yang berkenaan.

Keputusan itu menafikan hak pihak yang memeluk Islam, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abdul Latif pada sidang akhbar yang turut dihadiri wakil-wakil badan lain termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Dakwah dan Kebajikan Saudara Baru Islam SeMalaysia.

Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

Nazri dilaporkan berkata, langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

Tambahnya, keputusan itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri di JPM Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bujang Susah: Aku xnak komen banyak2.. Aku pun bkn ahli ilmuan agama.. Cuma aku nak tanya mufti harus sana sini. tentang kenyataan ni...

("Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," Harussani dipetik berkata hari ini.)

Betul ke dalam islam boleh buat mcm tu? Bila dah 15 tahun ke atas boleh suka2 tukar agama? Klau mcm tu murtad ni x salah la yer? baguslah mufti.. yer laa.. nnt ko jwb la sendiri bersama2 pemimpin2 ko yg merelakan perkara ni eh..

Aku ulang sekali lagi apa yg Allah katakan sebagai seekor anjing...!!!!!!


“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)

[+/-] Read More...

Zaid sahut cabaran Rais berdebat - Malaysiakini


Apr 24, 09 5:11pm
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyahut cabaran berdebat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais mendakwa Zaid sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

rais yatim and zaid ibrahimOleh itu, Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar.

"Saya tidak tahu apa yang dicakap atau dirujuk oleh Rais mengenai serangan terhadap Najib melalui media asing," kata Zaid.

"Tetapi jika beliau memberitahu secara khusus mengenai apa yang beliau mahu debat, saya bersedia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya kepada Malaysiakini.

Bercakap kepada pemberita malam tadi, Rais juga berkata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memiliki peribadi yang mempunyai beberapa sifat "si lunchai" kerana Zaid tidak mengenal sifat kebijaksanaan atau faedah mengutuk pemimpin sendiri.

"Kita akan lihat setakat mana hebatnya beliau (Zaid) menggunakan istilah-istilah itu terhadap perdana menteri," kata Rais, lalu mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai bagi membuktikan dakwaannya itu.

Rais juga dilaporkan berkata, tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap Najib mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design".

Katanya, perbuatan media itu bukan satu perkara baru kerana mereka pernah menggunakan taktik yang sama tetapi gagal sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara.

"Media asing itu akan menggunakan pelbagai istilah mengaitkan pelbagai kelakuan (perdana menteri) yang kononnya tidak boleh diterima (oleh pihak tertentu)," katanya selepas menghadiri majlis bacaan yasin dan tahlil untuk bekas timbalan perdana menteri Tun Abdul Ghafar Baba di Peringgit, Melaka malam tadi.

Bujang Susah: Ok rais... jgn dok menyalak jer.. org dah sanggup nak berdebat tu.. jgn ko lari lintang pukang plak nnt.. Jgn harap kepala jer botak.. stalight sekali kang baru ko tau.. Wakakakakaka

[+/-] Read More...

rayuan buat SS Mufti Perak - jangan jadi anjing

anak posmen chemor Filed Under: Labels: , ,


Rayuan buat Mufti Banjarku..ulun handak bapadah !

Salam buat Dato' Seri Dr SS Haji Harussani bin Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Dato' Seri..tinggal beberapa jam sahaja lagi satu program budaya mungkar akan berlaku di dalam Pengkalan TLDM Negeri Perak. Apa cerita?

Apakah Dato Seri tidak tahu akan program ini... saya dan penduduk daerah Seri Manjung ingin memaklumkan kami yang cintakan Islam sebagai Addin dan takutkan bala Allah bila-bila saja boleh berlaku.

Dato' Seri.. Saya dan penduduk Islam Manjung tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai autority untuk bersuara yang kami tidak suka budaya mungkar ini..Bahkan anggota TLDM yang menetap dalam Pengkalan TLDM itu sendiri pun tak suka akan program tersebut. Justeru itu kami memohon pada Dato Seri, bersuaralah akan hal program tersebut.. beritahulah pemerintah akan program mungkar ini adalah tidak ada dalam ajaran Islam.

Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato' Seri bersuara sewaktu program ini berlaku pada tahun 2007 dahulu di Bandaraya Ipoh. Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila Dato Seri IR Nizar bin Jamaludin bekas MB Perak yang mohon Sembah Derhaka kepada Paduka Sultan Perak. Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila ada manusia bernama Nga Khor Meng yang ingin mendekati Islam dengan membaca Al-Quran.

Dato' Seri, Saya dan penduduk Islam Seri Manjung tidak mahu derhaka pada Allah S.W.T. Hanya ini sahaja yang kami mampu lakukan. Hanya ini sahaja tempat kami menyatakan rasa bencinya kani akan program tersebut. Moga-moga Allah S.W.T memahami niat kami. AMIN YA RAB BAL ALAMIN. (artikel asal dari bro ManjungMari)




BUJANG SUSAH: Jika kena pada di sebelah kumpulan yg bkn di sokongannya, semuanya x betul. pemberita x nak tanya pun kelam kabut mengoffer diri utk buat kenyataan. Bila kena kat sebelah dia... semuanya harus sana sini... sifat seekor anjing..

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)


[+/-] Read More...

Jangan fikir PAS sudah cukup kuat !

(6) ABO @ Penanti -
Salam buat Wak Al banjari..

Kesempatan ini saya ingin memberi sedikit pandangan tentang parti sokongan saya iaitu PAS. Merasakan wak boleh menggunakan blog wak sebagai platform mengkritik dan memberi pandangan kepada parti utk kebaikan semua, maka saya kirimkan pandangan ini agar wak boleh mengutarakan pandangan ini jika wak bersetuju dengannya.

Okay...pada saya PAS belum kuat. sebenarnya UBN sudah terlalu lemah dan terlalu tinggi kebencian rakyat pada mereka. Jika PAS benar cukup kuat, di mana ada majoriti melayu maka PAS pasti menang. Kerana itu PAS perlu memahami bhw PAS masih belum boleh mengakui kekuatan mereka. Jika ada sikap begitu, nanti pada PRU13, pemimpin PR terutama PAS akan terkejut dengan keputusan yang mungkin tidak banyak berubah atau semakin kurang sokongan. Inilah yang perlu pemimpin PAS mahupun PR fahami. Mereka perlu ubah sikap merasa "cukup kuat". Inilah sindrom yang ada pada UBN sedikit masa dahulu yang mengakibatkan muncul penyakit "angkuh", "sombong", "Taksub", "ego" dan sebagainya pada diri mereka. Kerana itu sindrom "merasa cukup kuat" harus ditangani dengan baik di kalangan pemimpin PR terutamanya PAS.

Pada pandangan saya, selepas kemenangan besar PRU12, PAS dan PR masih menggunakan gaya "menyerang" musuh politiknya. Terutama di kala UBN sendiri terlalu banyak isu yang meliliti mereka. Kerana itu, PAS dan PR mempunyai terlalu banyak isu utk menyerang dan membaham kelemahan dan kekusutan yang di alami oleh musuh mereka.Ini memang bagus.

Tetapi dalam strategi peperang, saat musuh lemah kita memang perolehi kemenangan, tetapi apabila musuh mula membaik pulih strategi dan kekuatn mereka barulah kita akan menentang musuh dengan kekuatan sebenar mereka. Ini yang saya nampak dilupakan oleh pemimpin PAS.

Saya mengikuti politik PR terutamanya PAS dengan sangat rapat. Di melaka saya tidak nampak apakah yang dilakukan oleh PAS dalam memperkukuhkan dan mengembangkan pengaruh mereka. Apa lagi oleh PKR yang sangat sedikit aktiviti pembangunan politi kepartian mereka(kerana itu apabila mendapat kuasa mereka sibuk mencari peluang dan kesenangan. Lupa bagaimana utk memeprkukuhkan parti. harap pada DSAI sahaja).

Apa yang dilakukan adalah menyerang selagi ada. Kelemahan dan kekurangan yang dimiliki oleh PAS tidak diperkukuhkan dan di tambah kuat. Mungkin terlalu sibuk menyerang (musuh tengah lemah memang sedap menyerang)...hingga terlupa strategi asas memperkukuhkan dan memperkuatkan PARTI. Cuma wak lihat sendiri apakah yang telah dilakukan oleh PAS selepas kemenagan PRU12. Mana kelas-kelas tarbiyah? Mana aktiviti kemasyarakatan? mana aktiviti meyelami pengundi yang belum menyokong kita? Kenapa organisasi PAS masih banyak kelemahan? Tidak banyak gerak kerja di dalam masyarakat. Malahan banyak isu-isu organisasi yang juga dialami oleh Parti.

Pendapat saya, saat UBN adalah lemah , kita merasa kita kuat walaupun hakikatnya kita belum cukup kuat. Di melaka saya tidak nampak apa yang PAS lakukan untuk mengembangkan pengaruh dan pemahamam rakyat. Kurang aktiviti. Organisasi juga banyak kelemahannya. Malahan pilihan raya kecil di bukit gantang cukup menunjukkan betapa TERLALU banyak yang perlu dilakukan oleh PAS jika mereka serius utk mendapat sokongan rakyat yang masih belum memahami perjuangan PAS dan PR. jika bukan faktor seperti DS Nizar, sokongan gerak kerja seluruh negara, sokongan media blogger dalam menyebarkan informasi dan faktor kelemahan yang terlalu besar dari UBN...naye PR. Kerana itu saya tetap berpendapat PR masih tidak kuat. Saat Najib memperkukuhkan dan memperbaiki imej dan organisasi mereka , PR masih sibuk menyerang tanpa melihat benteng-benteng asas kekuatan mereka.

Takut bila kekuatan UBN pulih, kekuatan PAS dan PR tetapi sama seperti tahun 2004, 2000, 1996 dan sebagainya. Moga muktamar jun ini memberi ruang dan peluang untuk pAS memuhasabah dan melihat semula strategi peperangan mereka. Saya doakan kekuatan buat PAS kerana perjuangan murni yang saya sayangi ini. Sekian..
oleh : Amar[Melaka]
Posted by albanjari
(CF - http://politikbanjar.blogspot.com/)

[+/-] Read More...

Nau'zubillah...Islam digadai lagi

Anak pasangan tukar agama kekal agama asal


KEKAL...Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Kabinet
membuat keputusan bahawa anak-anak kekal
menganut agama asal ibu bapa masing-masing

KUALA LUMPUR: Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu.

"Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anakanak," kata Mohamed Nazri pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata manamana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa.

Katanya Kabinet juga membuat keputusan bahawa sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di mahkamah sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil.

"Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," kata Mohamed Nazri.

Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undangundang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu.

Katanya bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undangundang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan.

Mohamed Nazri berkata sebagai langkah jangka pendek bagi kes Mohd Ridzuan, menteri yang bertanggungjaab bagi hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri senator Datuk Jamil Khir Baharom, diminta memberi kaunseling kepada Mohd Ridzuan. BERNAMA

Ajijoi ~ Apa lagi yang dapat diharapkan apabila sesuatu isu besar yang melibatkan agama suci Islam tidak dirujuk kepada alim ulama ataupun mufti serta mahkamah syariah untuk bertanya pendapat atau hukum. Sebaliknya hukum akal yang dipergunakan untuk membela Islam.

Akibatnya, Islam juga yang rugi. Dalam kes ini, 3 orang anak yang berpeluang memeluk agama suci Islam telah terbatal kerana kabinet telah membuat keputusan agar mereka dikembalikan kepada agama asal mereka.

Siapakah yang akan menanggung dosa menafikan hak cahaya Islam kepada 3 anak ini? Tepuk dada, tanyalah dalam diri. Didalam pilihanraya yang lalu, adakah anda yang telah memilih pembuat keputusan tersebut?

(CF - http://ajijoi.blogspot.com)

[+/-] Read More...

Dapatkah umno jadikan deb sebagai umpan

Asal usul DEB

Semua orang tahu DEB (Dasar Ekonomi Baru) itu adalah untuk menjamin ekonomi orang Melayu. DEB ini lahir akibat rusuhan kaum yang tercetus pada tahun 13 Mei 1969. Parti-parti politik ketika itu telah menggunakan perkauman sebagai senjata terakhir mereka. Pada hari berdarah itu, datanglah segala cerita, si pulan membawa penyapu nak halau kaum ini dan si pulan buat begitu serta begini. Ia berlanjutan sehingga menyebabkan banyak nyawa terkorban dan bangunan-bangunan terbakar.

Setelah dikaji peristiwa berdarah itu, UMNO mendapati kaum Cina terlebih kaya di mana ini membuatkan mereka rasa Kuala Lumpur ini mereka yang punya. Hal ini juga menjadi punca ketidakseimbangan dalam ekonomi bagi setiap kaum di Malaysia. Parti yang memerintah pun mewujudkan DEB bagi kaum yang miskin ketika itu kononnya ialah kaum Bumiputra (di mana ia juga mewakili Melayu).

UMNOPutra atau Bumiputra?
Tahun demi tahun, 13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam. DEB berterusan, dan ia telah disalahguna pula. Peluang-peluang perniagaan yang bertunjangkan DEB berlegar-legar di kalangan Bumiputra elit sahaja (UMNO elit). Golongan Bumiputra miskin hanya ternganga tidak tahu apa-apa. Berita di kaca TV yang dimiliki UMNO lazimnya melaporkan yang Melayu sudah berjaya hasil perjuangan mereka. Begitulah UMNO yang sering berlagak seperti Tuhan. Mungkin UMNO lupa bahawa kekayaan milik Tuhan itu tidak Tuhan khaskan pada golongan bersongkok sahaja. Malah Tuhan berikan pada semua ibarat air dari perigi yang perlu digali untuk dinikmati semua.

Bermain-main dengan perkataan liberalisasi
Hari ini, UMNO yang sememangnya gagal dalam membaiki ekonomi semua kaum hasil amalan rasuah dan legaran kekayaan di kalangan mereka sahaja (sehingga membuatkan Pak Haji PAS masuk UMNO kerana nak cari makan), terpaksa menarik salah satu elemen DEB. Apa dia elemen itu? 30% ekuiti Bumiputra telah dihapuskan. Istilah 'diliberalisasi' digunakan bagi mengaburi sesetengah pencinta DEB yang malas membuka kamus. 'Diliberalisasi datangnya dari perkataan liberalization. Liberalization bermaksud the act of making less strict atau pun suatu tindakan mengurangkan hak. Jadi jika Najib kata elemen DEB iaitu 30% ekuiti Bumiputra diliberalisasikan ini bermakna, 30% ekuiti Bumiputra dikurang-hak atau pun dihapuskan. Dikurang-hak atau pun dihapuskan banyak mana? Sebanyak 30% lah. Jadi 30%-30% = 0 (telur ayam). Tiada lagi ekuiti bagi Bumiputra.

Bermain-main dengan perkataan ekuiti
Ada orang tanya ekuiti itu apa pula? Tahi hidung Mahathir Kutty ka? Ekuiti itu lahir dari perkataan Inggeris, equity. Ia bermaksud hak samarata. Apakah 30% itu samarata? Mengikut UMNO, ia samarata kerana jika DEB itu tidak diperlakukan begitu, akan wujud lagi satu tragedi berdarah.

18% = DEB Gagal atau UMNO Gagal?
Ada orang tanya lagi, sekarang ini orang Bumiputra hanya menguasai 18% ekuiti sahaja. Ini bermakna UMNO gagal mencapai sasaran sebanyak 30% bahagian ekonomi seMalaysia, apakah akan terjadi lagi tragedi 13 Mei 1969?

Lalu Hanief pun menjawab, entahlah kita tunggu dan lihat pada 13 Mei 2009 iaitu 40 tahun selepas 13 Mei 1969 ini. Mungkin ia berlaku, mungkin tidak berlaku. Itu bergantung pada penyertaan orang ramai yang kita tahu, mereka berupaya menggunakan akal dan tangan mereka bagi menggali perigi daripada membunuh kaum lain sekali gus tidak menjadi alat parti politik.

Tujui Peringkat Mentah!
Kita semua tahu, orang Melayu tak punya kilang dan lazimnya banyak menjual produk negara asing. Ilmuan Arab ada mengingatkan, jika orang Islam hendak maju, maka mereka perlulah mencipta pen yang mereka gunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian terlebih dahulu.

Kita semua boleh fikirlah, kalau kita jual daging lembu milik orang, banyak mana untung kita boleh dapat? Takkanlah kita nak menipu dan menekan macam sesetengah peniaga? Berapa lama kita boleh bergantung-harap pada pembekal itu? Bila dia tak mahu bekalkan daging pada kita, mana kita nak cari daging? Bila pembekal naikkan harga, kita nak buka harga berapa pula? Inilah sebabnya, kita kena lakukan kerja berat itu sendiri. Pergi pada peringkat yang paling mentah. Kalau meniaga daging lembu, pergilah pada menternak lembu kemudian baru lihat pada bab mengiklan, menjual, mengeksport, menambah ternakan dan lain-lain.

Apo Nak Dibuek Jang?
Apa nak buat sekarang? Jangan termakan perangkap satu lagi 13 Mei, tak kiralah di Penanti ke atau di mana-mana pun. Kita undi PAS dalam Pakatan Rakyat. Sebab ekonomi Islam adalah penyelamat daripada segala masalah. Islam tak bela Melayu sahaja, Islam tidak perlukan peratus itu dan ini, sebab jika kau pergi ke Makkah, ada pelbagai bangsa mengelilingi atau pun tawaf Ka'abah tanpa sebarang peratus hak pusingan mengelilingi Ka'abah mengikut kaum. Termasuk bangsa Cina dan India yang berpakaian sama dengan yang lain tak pilih bulu. Jadi janganlah kita takut untuk sokong sistem ekonomi Islam.

p/s: Tak perlu hairanlah, kalau DEB tak berjaya mengangkat ekonomi Bumiputra. Kita semua kena ingat 2 sebab sahaja. Sebab kronisme (berlegar di kalangan UMNO elit sahaja) dan sebab kita tidak memiliki kilang sendiri. Apa salahnya orang Melayu ada kilang sendiri? Habis sudah duit cukai rakyat untuk bina kilang sendiri. Habis ke mana? Ke wanita seksi? Aduhai racun 3 Ta (Wanita, Takhta, Harta).

(CF - http://hanief.blogspot.com/2009/04/)

[+/-] Read More...

Thursday, April 23, 2009

10 perkara yang lelaki sangat tidak suka mengenai wanita!

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN , Add comments
Oleh RICHIE

10 perkara yang lelaki sangat tidak suka mengenai wanita. Saya
harap awak baca betul-betul dan jika 10 perkara ini ada di dalam
diri awak, cepat-cepatlah berubah.

Baiklah, 10 perkara tersebut ialah:

[+] Wanita yang suka mengumpat!
[+] Wanita yang menunjukkan sikap yang terlalu memiliki.
[+] Wanita yang hisap rokok.
[+] Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki! (Betul ni...)
[+] Wanita yang hipokrit.
[+] Wanita yang tak pandai mengemas.
[+] Wanita yang "Queen Control" atau suka mengarah-arah.
[+] Wanita yang suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli.
[+] Wanita yang kuat merajuk dan sukar dipujuk. (Sekali-sekala takpe...)
[+] Wanita yang kuat berleter walau hal remeh temeh!

Dan banyak lagi. Haaa... bagaimana?

Saya tahu awak adalah seorang insan yang baik ececece :) dan semoga
10 perkara di atas tiada di dalam sifat keperibadian awak.

BUJANG SUSAH: Banyak lagi klau nak tambah sebenarnya apa yg seorang lelaki tu x suka menganai wanita. tp begitulah jugak mungkin ada sepuluh atau lebih sebab kenapa wanita x suka menganai lelaki. Bagi aku plak sama jer laki atau wanita. masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Cuma dalam post ni just nak bgtau pada wanita jer.

[+/-] Read More...

Ako Mustapha dihukum penjara 3 bulan

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN Artis, Gempar, Hiburan Add comments


Pelakon Ako Mustapha akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan berkuatkuasa hari ini (21 April 2009) dan denda maksimum RM3,000 atas kesalahan berkhalwat dengan seorang jurusolek bukan Muslim, dua tahun lalu.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 36, mengaku salah atas tuduhan berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, pada 27 Jun 2007 sekitar pukul 1.20 pagi di Blok B-2-9, Kondominuim Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa, Gombak.

Ako dikenakan waran tangkap pada Januari lalu setelah beberapa kali tidak menghadirkan diri dalam prosiding mahkamah. Walau bagaimanapun, pada 22 Januari lalu, Ako mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

- OHARTIS.COM

BUJANG SUSAH: Nasib baik la AKO ni bkn ahli politik atau adun ke.. klau x mesti si khir toyol tu dah suruh letak jawatan.. mehahahahaha

[+/-] Read More...

Tun PakLah Bakal Kosongkan Parlimen Kepala Batas - malaysiakini



Mengikut sejarah, Pak Lah mula menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978 menjadikannya antara Ahli Dewan Rakyat paling lama berkhidmat iaitu selama lapan penggal berturut-turut.

Karier Pak Lah melepasi zaman gerhana selepas memenangi pertandingan Naib Presiden Umno pada 1990 menyebabkan Tun Dr Mahathir tiada pilihan dan terpaksa melantik beliau ke Kabinet sebagai Menteri Luar.

Sejak daripada itu bintang beliau terus bersinar sehingga akhirnya dilantik ke jawatan tertinggi negara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 selama lima tahun, lima bulan dan tiga hari

Menurut sumber terbaru yang aku dengar dan boleh rujuk disini juga klik SabahDaily, Tun PakLah akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Kepala Batas selewatnya pada awal Jun 2009 iaitu menjelang sidang Dewan Rakyat.

Isa: Apa pula komen puak gerombolan dan SPR dengan tindakan Tun PakLah ini, bukankah sama dengan apa yang berlaku di DUN Penanti. Kalau kompom PRK di Kepala Batas baru ngam... sebabnya itu kerusi UBN..., Penanti apa barang.... menang kalah sama jer...

[+/-] Read More...

Jabatan Kebajikan Masyarakat Yang Banggang!!! - malaysiakini

Khamis, April 23, 2009 Posted by Isa 4:09:00 AM

Apabila difikirkan secara mendalam, apa yang tidak kena dengan perlaksanaan terma undang-undang, pra-syarat atau syarat tertentu dalam sesuatu permohonan bantuan daripada kerajaan. Apakah pengubal syarat permohonan tidak cekap atau benggap, ataupun pegawai pelaksana tugas yang bodoh lagi menyusahkan.

Perkara ini sudah lama berlaku, terutamanya jika bersangkutan permohonan bantuan kewangan samada SME Bank, Bank Pertanian (Agro Bank), Tekun, Mara dan pelbagai lagi yang melibatkan dana kerajaan, pasti ada ruang dalam borang permohohan samada yang bertanyakan nombor ahli umno anda atau pun sila dapatkan tandatangan dari wakil rakyat atau ahli parlimen kawasan anda (maksudnya sokongan dan tandatangan orang umno), selain daripada itu pasti permohonan anda akan ditolak.

Apa yang aku sebutkan diatas hanyalah sebahagian daripada bentuk diskriminasi kepada rakyat yang tidak menyokong parti yang menaungi kerajaan, maka anda pasti tercicir serta ketinggalan dan dengan berat hati jadilah pembangkang seumur hidup. Jika cerdik sikit, daftarlah sebagai ahli umno, dalam peti undi lu sendiri mau ingat.

Berbalik kepada nawaitu asal posting ini adalah perkara yang membuatkan aku betul-betul menyampah dengan Jabatan Kerajaan ini adalah kerana sikap pendek akal penjawat awam daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, dalam ertikata lain aku letakkan kesalahannya pada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat - Datuk Meme Zainal Rashid, yang buta kayu dan buta hati, tiada perikemanusiaan lansung.

Maklumat lanjut anda semua boleh baca disini (The NST), dan anda buatlah penilaian dan kesimpulannya sendiri, wajar atau tidak hak mereka dinafikan hanya kerana perkara remeh sebegitu.

Dimanakah rasionalnya tindakan tersebut? Apakah mereka ini tiada perasaan bosan serta berkeinginanan seperti manusia lain? Apakah besar sangatkah dengan bantuan RM100 ke RM200 sebulan itu, apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang ini seminggu dah liau..

Jika ada dikalangan pembaca blog ini yang ada akses dengan Dato-Dato, Datin-Datin, Para YB samada UBN atau PR dan para NGO sekalian. Sila ketengahkan isu ini dalam mesyuarat kabinet ke? Rukun-tetangga ke? Mesyuarat Rela ke? Mesyuarat JKKK ke?

Dan yang lebih molek sila usulkan ke Parlimen. Dan tak lupa juga buletin dari parti pembangkang sila mainkan peranan anda dalam memperjuangkan nasib rakyat yang dhaif dan miskin.

Isa: Jangan buat-buat lupa, waktu pilihanraya ada dikalangan mereka yang berkerusi roda, ada yang dipapah dan pelbagai lagi, undi mereka masih ditagih. Tetapi mengapa hak mereka dinafikan?

[+/-] Read More...

Vios Di Thailand


Vios di Thailand. Aku dapat gambar ini dari email yahoo. Sekali tengok, memang nampak cool habis la. Owner kereta ni convert habis2 kereta dia sampai jadi camni. Apa pun, you all tgk la. Memang smart!!


















(CF - http://penaperancang.blogspot.com/2009/04/vios-di-thailand.html)

[+/-] Read More...

LAWAK GILA..

Kerani ditahan kes SMS ugut 3 ADUN
Oleh NOR AZIAH JAAFAR
utusanterengganu@utusan.com.my

MARANG 22 April - Seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, lelaki dari Seri Kembangan, Selangor itu ditahan di Bandar Baru Bangi oleh Polis Terengganu kira-kira pukul 9.30 malam kelmarin.

1. Ni silap2 mcm Azilah ni beb. Identiti pun ntah sapa ntah. ADUN pro Idris siap dedahkan datangnya dari SU Mat Said. Tetiba plak kerani swasta.

2. Yang ugut Nizar apa citer? Bila nak selesai ni.

3. Kalaulah satu undang2 dapat digubal. Dimana mana2 pegawai yang berkuasa terhadap satu2 laporan awam, didapati cuai atau sengaja untuk tidak menyelesaikannya, dihukum, mesti kelam-kabut diorang beb.

Jatuh jer BN, undang2 tu pun mula berfungsi. Ketua Polis Negara jer ada 2000 kes cuai terhadap laporan awam. Mahu kena penjara 120 tahun tu.

BUJANG SUSAH: Aku xnak ulas post ni.. sakit gila perut aku siol..... lawak...lawak... muhahahahahaha.....

[+/-] Read More...

Doktor temui pokok dalam paru-paru

IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.
"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

Zamri Kecik's
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:43 AM

[+/-] Read More...

Dilarang hadir Dewan Rakyat: Gobind saman 4 pihak termasuk kerajaan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat dan tiga pihak yang lain berhubung keputusan menggantung beliau daripada menghadiri sidang Parlimen selama tahun berkuat kuasa bulan lalu.

Tiga pihak lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, beliau menggariskan keputusan menggantung beliau dari Dewan Rakyat selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah.

Gobind diwakili oleh Karpal Singh & Co.

Pada 16 Mac lalu, Gobind digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama 12 bulan termasuk tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan lain sebagai Ahli Parlimen kerana dua kenyataannya yang menghina Dewan pada 12 Mac.

Tindakan itu diambil berikutan Gobind mengeluarkan kenyataan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri terbabit dalam kes pembunuhan dan menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 12 Mac lalu.

Penggantungan itu diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah pengundian sebulat suara daripada Ahli Parlimen kerajaan yang hadir dalam persidangan Dewan.

Nazri telah mencadangkan satu usul menggantung Ahli Parlimen Puchong di bawah Perkara 27(3) Peraturan Mesyuarat di mana satu notis segera dikeluarkan di hadapan Speaker Dewan Rakyat.Mstar.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:08 PM

Bujang Susah: Pening lagi la umno dan bn kali ni.. terkena kat batang hidung sendiri dah.. huhuhuhu.....

[+/-] Read More...

Silap Teknikal: Laporan Polis Hina Sultan, GMP Pula Bakal Berhadapan Dengan Tindakan Gara-Gara Buat Laporan Palsu Terhadap Malaysiakini

KUALA LUMPUR [3.55 pm] - Portal berita internet, Malaysiakini kemungkinan besar menimbang untuk mengambil tindakan terhadap sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri mereka Gagasan Melayu Perak (GMP) atas laporan polis terhadap portal itu berhubung satu artikel yang tidak pernah disiarkan sebenarnya. Semalam Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail mendakwa Malaysiakini telah menyiarkan satu artikel yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Artikel tersebut, yang bertajuk ‘Raja Nazrin defends monarchy against ridicule', yang didakwa disiarkan pada hari Selasa. Walau bagaimana pun apabila dibuat siasatan, tidak ada artikel seumpama itu yang disiarkan oleh lamanweb berkenaan. Malaysiakini dikatakan telah menghubungi GMP pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis tersebut dan Mohd Hilmi memberitahu yang beliau tidak tahu yang Malaysiakini tidak menyiarkan artikel dalam bahasa Inggeris itu. Menurutnya, beliau tidak tahu tentang artikel itu dan dimaklumkan mengenainya oleh kakitangannya, sebelum membuat laporan polis tersebut. Bila tanya sama ada beliau sedar bahawa laporan polis yang dibuatnya itu boleh mencemarkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi menjawab "Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysia Today dan blog-blog lain?". Malaysiakini telah meminta Mohd Hilmi memohon maaf secara terbuka kerana membuat tuduhan palsu itu. Sementara itu, kira-kira empat jam selepas menghubungi Mohd Hilmi, penasihat undang-undang GMP, Nor Ali Nordin menghubungi Malaysiakini untuk memohon di atas kesilapan tersebut. Katanya, Mohd Hilmi telah bercakap dengannya dan mereka ingin memohon maaf kepada Malaysiakini di atas kesilapan menamakan lamanweb tersebut dalam laporan polis semalam. Nor Ali juga berkata, beliau dan anggota GMP yang lain akan ke Balai Polis Sungai Senam jam 3 petang ini untuk memperbetulkan laporan polis semalam. Katanya, mereka akan mengeluarkan nama Malaysiakini dari laporan tersebut dan menggantikannya dengan lamanweb yang menyiarkan laporan berkenaan. Beliau berkata berkata, GMP telah memaklumkan kepada akhbar-akhbar harian tempatan mengenai kesilapan tersebut. Nor Ali berkata, akhbar-akhbar berkenaan telah memberi jaminan akan menyiarkan pembetulannya. Bernama dan Utusan Malaysia, adalah antara media yang menyiarkan berita mengenai laporan polis yang dibuat itu.

[Inilah padahnya bila tidak faham internet, kemudian ingin populariti untuk menjadi "jaguh kampung". Tindakan yang dibuat tanpa merujuk kepada laporan terbabit dan sekadar mendapat info daripada anak buah yang memang mempunyai perasaan hasad dengki yang meluap-luap akhirnya memakan diri sendiri. Sebenarnya, kes seperti ini memang banyak berlaku terutamanya yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Mereka difahamkan tidak pernah pun melayari apatah lagi membaca portal berita internt sebenarnya, namun mereka akan bertindak garang bila mendapati laporan yang ditulis boleh menjejaskan imej mereka. Walhal, mereka hanya diberikan salinan yang dibuat oleh kakitangan mereka sendiri. Inilah yang berlaku kepada Presiden GMP ini sebenarnya. Lagak tak kena caranya. Konon ingin mengampu Sultan dan Kerajaan BN Perak. Akhirnya diri sendiri menghadapi masalah dan penyakit yang sengaja dicari itu sebenarnya].

(CF - http://pahangdaily.blogspot.com/)

[+/-] Read More...

Eksklusif: Mohd Saiful Bukhari Azlan Saman Dan Menuntut Ganti Rugi RM2 Juta Dari Pahang Daily Online Berhubung Dengan Enam Artikel Panas !!

SHAH ALAM [4.35 pm] - Pihak kami amat terkejut dengan berita terbaru yang diterima oleh krew kami sebentar tadi, berhubung dengan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan menfailkan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM2 juta berhubung dengan enam artikel yang disiarkan di blog ini yang kononnya menfitnah beliau. Kami difahamkan writ saman telah difailkan oleh peguamnya iaitu Zamri Idrus di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi. Pihak kami amat terkejut dengan tindakan itu, namun satu persoalan yang timbul ialah Saiful sebenarnya menyaman siapa?. Ini kerana blog Pahang Daily Online bukanlah beroperasi secara sah dan didaftarkan dengan mana-mana pertubuhan di negara ini. Blog ini adalah bersifat bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak. Cuma kami banyak memaparkan serta membahaskan isu-isu panas berkaitan politik tanah air sejak mula beroperasi. Kami tidak mempunyai premis yang tetap dan sebagainya. Krew-krew kami juga berada dimana-mana dan menjalankan tugas secara sukarela tanpa kekangan dari mana-mana pihak. Justeru itu, kami juga hairan kenapa Saiful beriya-iya benar ingin menfailkan tindakan saman terhadap blog ini. Walhal, jika beliau membicarakan soal maruah dan harga diri, kenapa beliau tidak menyaman "fitnah yang paling nyata" terhadap beliau yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman, Hospital Pusrawi serta lain-lain media arus perdana yang telah menyiarkan laporan perubatan beliau dulu?. >> Blog Saiful

Bukankah ia boleh dikategorikan sebagai "fitnah" kerana Saiful mengatakan beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Kenapa tidak disaman sahaja pihak-pihak terbabit jika Saiful benar-benar ingin berbicara soal maruah dan harga diri. Justeru itu kami menantikan tindakan selanjutnya untuk memantau perkara ini. Memandangkan buat masa ini kami mempunyai ramai editor dan krew yang bergerak aktif secara online buat masa ini. Disamping itu juga, Saiful juga harus pandai membezakan "pandangan peribadi", "analisis" dan "fitnah". Kami tidak menghalang beliau masuk ke blog ini, tetapi ini adalah hak peribadi kami. Samalah juga Saiful tuduh Anwar liwat dirinya, Anwar mencabar beliau dan membuat laporan polis beliau difitnah. Tetapi satu pun kertas siasatan tidak dibuka oleh pihak polis. Kenapa bila Saiful buat laporan polis, begitu "pantas seperti kilat" mereka membuat siasatan. Bukankah ada "something wrong" dan "keistimewaan" buat Saiful. Kenapa bila krew kami di Kuantan yang disiasat polis iaitu Blogger Cucumatkilau membuat laporan polis Saiful pula menfitnah blog ini, pihak polis "diam membisu"? Dimanakah keadilan sebenarnya dalam kes seperti ini? Bukankah ini membuktikan ada sesuatu yang tersirat sebenarnya !

[Pihak kami menasihatkan semua krew blog ini yang berada di seluruh Malaysia agar dapat bersabar dengan dugaan dan rintangan ini. Itu adalah hak dan tanggungjawab Saiful untuk menyaman blog ini kononnya menfitnah beliau. Tetapi beliau tidak berani untuk menyaman fitnah yang dibuat oleh doktor dan hospital Pusrawi itu kerana beliau tahu jika tindakan itu dibuat sudah pasti beliau akan kalah. Tambahan pula banyak bukti-bukti kukuh termasuk laporan perubatan yang telah dikeluarkan dan bakal menjadi bukti penting. Ini bermakna Saiful akan menyaman pihak-pihak yang beliau fikir tidak mempunyai cukuo senjata untuk menentang beliau di mahkamah. Termasuk juga dengan Anwar Ibrahim itu sendiri, beliau yakin akan menang kerana Anwar pasti gagal mengemukakan bukti yang kukuh atas kes ini. Persoalannya jika Saiful orang yang jujur dan benar, kami pula mencabar beliau sekali lagi menyaman Dr.Mohamed Osman dan Hospital Pusrawi yang lebih jelas menfitnah beliau]

(CF - http://pahangdaily.blogspot.com/)

[+/-] Read More...

kenapa susah sangat nak tutup aurat?

Posted on Thursday, April 23 @ 11:27:39 MYT by Paktam
Oleh keraspedal

"aku ingat ceramah tuan guru nik aziz,aku tengok dalam youtube,tajuk nya padan muka kena rogol,bunyinya kasar,tapi apa yang dikatakan tuna guru adalah betul bagi aku..

ia bermula dengan kritikan seorang menteri dari bn mengenai kempen menutup aurat yang dilaksanakan kerajaan kelantan,dakwanya ia membazir..(biasalah menteri umno)

balas tuan guru nik aziz,ia tidak membazir kerana aurat ini dituntut agama,......(lihat dalam yt untuk lebih lanjut).

berbalik kepada aurat,kepentinga nya antaranya Allah sangutkan mata dan anggota dengan anggota kemaluan,yakni jaga mata serta kawal kemaluan..

ertinya bila perempuan itu bka aurat,kemaluan mula aktif,samada lelaki mahupun perempuan. ini semua Allah punya kuasa,Dia yang menciptakan manusia,Dia tahu mata ada hubung kait dengan anggota kemaluan,begitu sebaliknya..

namum begitu kenapa ramai lagi wanita muslim ini tidak menyedarinya,sedangkan jika aurat dijaga,masalah zina,rogol dapat dikurangkan secara automatik.

tapi kalau aurat pun tak tahu jaga,seperti kata tuan guru,padan muka lah kena rogol kerana wanita itu sendiri yang jual murah murah ..

seperti perumpamaan,jika kita tejun dalam sungai,tiba tiba kain absah,nak sibuk apa kain basah,kamu sendiri yang terjun ..

konklusinya,menutup aurat itu satu kewajipan,samada lelaki mahupun wanita,jagalah aurat demi kebaikan anda sendiri,...



sumber:
http://keraspedal.blogspot.com/"

Bujang Susah: Apa nak kata... klau dah isteri pemimpin pun xnak tutup aurat. apa lagi sebagai ahli2 bawahan. klau dah mak kencing bersepah, apa lagi anak2... Tp bkn wanita dan puteri2 umno jer. Wanita2 PR pun ramai lagi yg mcm tu.. khususnya srikandi.. pemimpin x boleh tegur ke? Ustaz2 yg ada dalam tu jgn dok diam jer.. yg salah kena betulkan jugak.


[+/-] Read More...

Dulu SPRM Mendakwa Adanya Bukti Untuk Mensabitkan Fairus Tapi Kini Lain Jadinya



Posted on Thursday, April 23 @ 09:40:47 MYT by Paktam
Oleh addin77

"
PULAU PINANG - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang tadi. "Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya. Mohamad Fairus, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu. Beliau juga melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah. Mohamad Fairuz berkata, berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya. Beliau yang mendapat anak lelaki semalam menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya. "Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairus.

Sumber : Pahangdaily

http://addin77.blogspot.com

BUJANG SUSAH:

Apa nak katakan.. Dah SPRM tu kira mcm kelab penyokong UMNO.. ikut aja la apa yg umno suruh buat.. suruh duduk, duduk.. suruh berdiri, berdiri.. suruh sikat rambut, sikat... sama la jugak dgn SPR.. malu aku jadi rakyat malaysia mcm ni.. klau boleh aku nak jadi rakyat monggol jer.. wakakakkaka...

[+/-] Read More...

Anak-anak! Jangan percaya sikit pun Umno tu!


Bila baca berita Utusan Malaysia bertajuk "27 sub sektor perkhidmatan diliberalisasi - PM" (sila klik untuk besarkan imej di sebelah), saya teringat posting saya bertajuk "Diskriminasi yang tidak tersembunyi".

Antara lain saya tulis:
Bila anak saya balik, saja-saja la saya tanya, "Macam mana?"

"Tak interview pun. Dia tak nak orang Melayu. Dia cakap nak orang yang pandai cakap Cina je..."

Saya terus naik marah. Marah sungguh-sungguh.

Bukan kerana mereka melakukan diskriminasi. Saya tahu, meletakkan syarat boleh berbahasa Cina adalah cara diskriminasi yang hanya dilindungi dengan smokescreen sahaja.

Lantak pi lah! Company depa, suka hati depalah nak diskriminasi siapa pun. Depa banyak duit, buatlah company banyak-banyak dan jangan bagi langsung orang Melayu kerja dalam company depa. Lantak hampalah, company hampa.

Saya tak akan komplen seperti Aisehman, antara lain, dalam postingnya "What a load of motherfucking bullshit" (tak dak dah. Tanya Aisehman mana dia buang posting tu).

Tetapi saya marah kerana dua sebab.

Mengapa dalam iklan tidak dinyatakan mesti boleh berbahasa Cina?

Ketika anak saya memperkenalkan dirinya bernama Muhammad Baqir, tentulah yang mempunyai nama Muhammad Baqir umumnya bukan berbangsa Cina dan tidak tahu berbahasa Cina.

Mengapa ketika anak saya menelefon untuk menghadiri temuduga itu tidak dinyatakan syarat boleh berbahasa Cina, kalaupun tidak dinyatakan dalam iklan?

Mengapa siap bagi alamat tempat untuk ditemuduga dan membiarkan anak saya datang ke temuduga pekerjaan yang mensyaratkannya boleh berbahasa Cina?
Selepas ini, syarikat-syarikat yang tak nak Melayu tu tak perlu lagi bubuh syarat "mesti tau cakap Cina". Mereka boleh terus beritahu, "Latuk Najib sulah cakap kita punya bisnes tak mau Melayu pun boleh!"

Semakin keras pendirian saya seperti yang saya tulis di dalam posting itu: Selepas berhenti kerja dengan kerajaan pada tahun 1983, saya tidak pernah berkerja dengan mana-mana firma atau syarikat bukan Melayu, jauh lagi yang diskriminatif. Saya terus hidup, sihat dan makan dengan kenyang. Insya Allah, saya akan mendidik anak saya melakukan perkara yang sama.

Amin tanya mana dia muka-muka hamlau yang kata nak bela Melayu di sini. Aku dah malas tanya, Amin. Tengah duit pun aku tak percaya Umno! Anak-anak abah, jangan percaya sikit pun Umno tu!

Orang Datuk Ibrahim Ali pernah bagi tau saya, Sultan Perak tak senang hati sebab kerajaan pimpinan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin (dia ni kena belajar mematuhi keputusan mesyuarat di dalam PAS dan jangan buat pandai-pandai tanpa keputusan mesyuarat) bagi tanah milik kekal kepada penduduk kampung baru Cina.

Saya pula tak senang hati dengan keputusan hakim terhadap orang-orang Melayu yang dah macam nak mampus menghempas kudrat mereka meneroka tanah. Lihat apa yang peguam Haji Salleh Buang tulis (PDF di sini):
Kes Sidek & 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, Raja Azlan Shah CJ (Malaya) memutuskan bahawa “Setinggan tidak ada hak di sisi undang-undang atau ekuiti” (Squatters have no rights in law or equity).

[+/-] Read More...

DOLAH KATA BUKAN AKU KATA

[+/-] Read More...

Dimanakah Puteri Zainah ?????? -malaysiakini

Masihkah kita ingat setiap kali menerima PM baru pasti negara ini menjadi tumpuan pemimpin dunia menghantar ucap tahniah..... Namun bila Najib naik jadi PM berlaku sebaliknya seperti Malaysia tiada di mata dunia.

Maka media tempatanlah yang main peranan hebat puja Najib. maka bukan sedikit ruang kononya eksklusif ....interview Rosmah, Toh Puan Raha (mak Najib)...

Tapi kenapa tiada media yang nak interview janda Najib Puteri Zainah. Bukan sedikit masa yang mereka hidup bersama, sehinggalah Rosmah datang membomohkan Najib. Tentu banyak cerita menarik juga boleh diceritakan Puteri Zainah isteri pertama Najib.

Selepas bertemu Rosmah, Najib tiba tiba gila dengan Rosmah sehingga sanggup menuduh isteri pertamanya ada penyakit gila babi. Tuduhan ini disiar di media dan disebut di mahkamah untuk memudahkan proses cerainya. Rosmah pula pada ketika itu isteri orang telah juga meninggalkan suaminya dan mendesak cerai dengan membayar tebus talak yang tinggi nilainya.

Persoalanya kini sudahkah Puteri Zainah pulih kerana 'gila babi"...? benarkah Puteri Zainah gila babi atau sengaja dituduh Najib untuk memudahkan cerai atau memang dia terkena buatan sihir angkara Rosmah..?

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/

Bujang Susah:
Klau aku plak lain sikit soalannya. yg aku nak tanya "dimana abodolah?". Wartawan x berminat ker nak tanya dia apa2 tentang isu semasa skrg ni? Selalunya bila PM baru menaiki takhta, sudah menjadi adat mantan PM akan dikejar oleh wartawan untuk memberi apa2 ulasan tantang isu semasa ataupun komen beliau berkenaan kerajaan baru. ni nampaknya senyap jer.. ke dah kena kurung dgn jin? hihihi... Alih2 tun maha pandir plak yg menyalak2 ...

Teringat aku satu kalimah power yg dilontarkan oleh abodolah ni bila rakyat bangun menentang pemerintahannya yg lemah.. "SAYA PANTANG DI CABAR" . Rupanya org2 umno dan timbalannya sendiri yg tendang dia masuk gol... wakakakakaa... dah kena la tu .. penyamun tipu penyangak..

[+/-] Read More...

Ali Rustam didakwa kata lucah di sidang DUN

Zaili Muhammad
Wed | Apr 22, 09 | 9:43:44 am MYT

MELAKA, 22 April (Hrkh) - DAP menuduh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melakukan gangguan seksual kepada wanita di dalam Persidangan Dun Melaka berikutan tindakan beliau membangkitkan isu Elizabeth Wong berulang-kali kepada Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng sehingga menimbulkan kekecohan.

Iklan

Ali yang bangun untuk membahaskan ucapan terima-kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka kerana merasmikan sidang Dun memulakan kekecohan apabila bertanya kepada Betty mengenai isu yang melanda Elizabeth.

"Saya nak tanya Betty betul ke isu Elizabeth tidur dengan lelaki Melayu sedangkan mereka belum berkahwin, Yang Berhormat ada tengok tak video itu," kata Ali Rustam.

Betty menjelaskan bahawa beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak menonton video tersebut.

Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad juga turut menyampuk dengan mengatakan bahawa Betty ada melihat video itu tetapi menafikannya.

Ini membuatkan Ketua Pembangkang, Adun Kesidang (DAP), Goh Leong San, bangun mencelah dan meminta Ketua Polis menyiasat Ali dan Othman kerana menonton video lucah dan melakukan gangguan seksual kepada wanita yang berada di dalam dewan itu.

Goh berkata, ucapan Ketua Menteri adalah merupakan satu gangguan seksual dan beliau mesti meminta maaf serta menarik balik kata-katanya.

"Speaker tak boleh bela Ketua Menteri sebab adakah kita balik rumah tanya isteri kita ada tonton video lucah ataupun tidak.

"Ini adalah gangguan kepada Yang Berhormat wanita, Bentara wanita dan juga semua wanita yang berada di dalam dewan ini," katanya.

Ali kemudiannya berkata,"Saya nak tanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz apa hukumnya orang yang belum berkahwin tidur bersama tapi Nik Aziz kata tak salah, inilah keadaannya sejak PAS kawan dengan DAP tidur dengan perempuan bukan bini pun boleh".

Betty sekali lagi bangun mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri boleh tahu mereka tidur bersama sedangkan orang lain semua tak tahu dan ini katanya menunjukkan Ketua Menteri ada menonton video lucah.

Suasana kembali terkawal apabila Ali Rustam merasakan ucapan lucahnya itu memakan diri-sendiri, lalu beliau berhenti daripada memperkatakan isu Elizabeth dan meneruskan ucapan terima-kasihnya. - azm


Bujang Susah:

Lorr... ali ketam ni suka tgk blue ker? Dah la terlibat dgn rasuah... Suka tgk blue plak tu.. ntah ketua menteri sapa la agaknya... muhahahaha..

[+/-] Read More...

Lelong Camry kemudian beli Mercedes?

Salmah Mat Husain
Wed | Apr 22, 09 | 6:49:48 pm MYT

KOTA BHARU, 22 April (Hrkh) - Membazir atau belanja berhemah apabila mahu melelong kereta yang baru dibeli.

Iklan

Tentunya sesuatu yang agak janggal kerana kebiasaan kereta kerajaan yang dilelong sudah berusia dan tidak ekonomik lagi untuk digunakan.

Sebaliknya 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat di Perak tidak sampai setahun sudah mahu dilelong kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN).

Tetapi itulah yang berlaku di Perak apabila kerajaan BN yang mendapat kuasa melalui rampasan secara paksa mempamerkan keanguhan biar pun baru dua bulan mentadbir.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apabila dilelong sudah tentu kenderaan yang baru pula akan dibeli kerajaan BN di Perak dengan harga lebih tinggi.

"Apabila kereta Camry dilelong harganya tentu menjadi lebih murah berbanding harga asal.

"Lainlah kalau kerajaan negeri membeli proton Exora yang baru dilancarkan, barulah munasabah.

"Nanti pendapatan hasil lelongan tersebut digunakan untuk membeli kereta yang lebih mahal, ia tentunya akan merugikan lagi," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Kerajaan kudeta di Perak dilaporkan akan melelong 16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat. Tender lelongan tersebut juga sudah dibuka.

Camry tersebut dibeli kerajaan Pakatan bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah lama digunakan kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui Perak Mac tahun lalu.

Pembelian dibuat memandangkan kos penyelenggaraan sebuah Proton V6 sehingga mencecah RM80,000.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak menjelaskan BN akan mengkaji kemungkinan tidak menyertai pilihan raya kecil Dun Penanti kerana tidak mahu membazir.

"Kenyataan itu jelas satu 'double standard' kerana dalam masa yang sama kerajaan BN di Perak pula mahu melelong kereta yang baru dibeli.

"Sekarang mereka berfikir seakan-akan menggunakan law of jungle pula," ujarnya.

Beliau juga percaya kemuncak krisis politik di Perak akan berlaku 7 Mei ini apabila diadakan persidangan Dun Perak, yang tentunya akan berlaku sesuatu.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha berkata, tindakan kerajaan kudeta BN di Perak melelong kereta baru dibeli sebagai tindakan mundur ke belakang.

Menurutnya begitu rendah harga diri kerajaan BN di Perak kerana bukan sahaja dendam kepada Exco Pakatan Rakyat tetapi marah juga kepada kereta Camry.

"Lebih parah lagi kalau mereka mahu menukar kepada kereta Mercedes selepas Camry dilelong. Di Perak sekarang yang tidak betul dijadikan betul dan yang betul dikatakan tak betul," katanya.

Menurutnya juga rakyat tidak timbul soal kereta, sebaliknya menuntut Dun dibubarkan. - mj _


Bujang Susah:

Lepas ni suruh kerajaan BN perak lelong si zamry mamak ni untuk digantikan dgn roti canai... muhahahahhaa...

[+/-] Read More...

Eksklusif: Gagasan Melayu Perak Buat Laporan Polis Terhadap Portal Berita Online Malaysiakini, Didakwa Telah Menghina Institusi Raja Perak !!


IPOH [10.56 pm] - Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web 'MalaysiaKini' kerana didakwa menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah melalui penyiaran berita bertajuk 'Raja Nazrin Defends Monarchy Against Ridicule;, Selasa lalu. Laporan itu dibuat oleh Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, jam 5 petang tadi di Balai Polis Sungai Senam, di sini. Mohd Hilmi memberitahu pemberita, laporan polis dibuat kerana GMP beranggapan berita yang disiarkan oleh laman web itu bersifat kurang ajar dan biadap terhadap institusi beraja di negeri ini. Selain itu, katanya GMP turut berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan mengambil tindakan terhadap laman web terbabit kerana menyalahgunakan teknologi maklumat sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap keselamatan negara.

[Rakyat Perak dan orang Melayu kini menjadi semakin keliru dengan kes-kes penghinaan yang berlaku terhadap institusi beraja di Malaysia. Ini kerana, sikap "double standard" itu jelas kelihatan dalam isu ini. Maknanya, bila orang UMNO dan BN menghina raja-raja Melayu maka mereka akan mempertahankan tindakan itu kononnya membela rakyat. Tetapi bila pemimpin pembangkang atau media yang tidak pro kerajaan melaporkan berita seperti itu maka begitu mudah mereka akan dituduh menghina. Maknanya UMNO dan BN telus undang-undang "hina raja", walhal mereka sebenarnya yang membuka jalan supaya rakyat boleh menyaman raja-raja Melayu di mahkamah jika terbukti ada belaku kes-kes tertentu. Kini mereka pula beriya-iya benar mempertahankan kononnya merekalah yang membela raja-raja Melayu].

(CF - http://pahangdaily.blogspot.com)

[+/-] Read More...

Demi Masa Depan BN, SPR Rupanya Tidak Laksanakan Kempen Daftar Mengundi baru Yan



Posted on Wednesday, April 22 @ 18:31:24 MYT by Reformis
Oleh addin77

"
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan bahawa mereka menerima 53,512 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, berkata Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Pertama 2009 akan dipamerkan selama seminggu mulai hari ini di 994 tempat pameran di seluruh negara. Justeru itu kepada rakyat Malaysia yang memohon bertukar tempat mengundi dan baru mendaftar sebagai pemilih diharap dapat membuat semakan status mereka.


Sekali imbas kita nampak bahawa SPR benar-benar nampak telus dan adil seperti misi mereka. Maka kami cuba mendapatkan maklumat serta tinjauan daripada rakan-rakan di seluruh negara tentang perkara ini. Maka kami akhirnya mendapat satu maklumat sulit dari Sarawak Bumi Kenyalang tidak termasuk Sabah yang berada di Malaysia Barat. Laporan mengatakan bahawa pihak SPR tidak telus dan jujur dalam mengadakan kempen menggalakkan rakyat Malaysia berdaftar sebagai pengundi. Menurut sumber kempen yang dilakukan di Sarawak amat "tidak memuaskan" bila pihak tidak menjalankan program pendaftaran pengundi baru secara serius dan agresif.

Senario ini tidak berlaku sekitar tahun 80 an dan awal 90 an dulu. SPR dilihat terlalu senyap dan berhati-hati melaksanakan tugasan mereka. Tindakan ini seolah-olah menunjukkan mereka cuba "mengawal pendaftaran pengundi baru" dikalangan golongan muda.

Ini juga menunjukkan seolah-olah ada satu strategi yang dibuat antara SPR dan kerajaan Barisan Nasional yang mahu agar ramai pengundi muda tidak didaftarkan bagi melayakkan mereka membuang undi dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka takut pengundi muda akan melakukan agenda perubahan dan menyebabkan negeri Sarawak yang menjadi aset paling berharga bagi memberi "nyawa" kepada UMNO dan Barisan Nasional terus memerintan negara ini tidak dijatuhkan. Meraka lebih rela dan mengharapkan pengundi saluran satu iaitu golongan veteran dan tua sebagai "senjata" untuk memastikan agenda itu tercapai.

Sumber : Pahangdaily

[+/-] Read More...

Wednesday, April 22, 2009

Email buat Duli Raja siraden Sheikh Teluk Intan

(218) ABO @ Bukit Gantang -
Email ini dari patik pacal yang hina mempersembahkan untuk bacaan ke bawah Duli Raja Segala Raden yang kini bersemayam di Istana Teluk Intan yang lip lap lip lap siang juga malam. Menjunjung Duli.

Adapun email ini dikirim, bukan mahu menyembah derhaka, jauh sekali untuk menderhaka, kerana patik pacal yang hina sungguh teruja dengan kurniaan bintang yang telah Tuanku berikan kelmarin. Patik juga merasa sungguh terharu apabila sehari selepas kurniaan bintang SDKA itu benar2 meruntun hati patik bila melihat alam ciptaan Tuhan turut 'menangis' gembira.

Sungguh benar Tuanku, kelmarin jam 5 petang hampir 200 buah rumah hamba rakyat di Bachok, Kelantan remuk dibadai angin taufan. Sayugia patik menyusur bicara ini memaklumkan bahwa sejak malam tadi, hampir separuh dari negeri Tuanku dari Kuala Berlumpur hingga ke Kuala Peh..Liss diterkam cahaya kilat dan petir, yang sabung menyabung. Benar Tuanku, pada pagi ini, seluruh negeri Tuanku ini juga lencun bermandikan air, kabus hingga ke tengahari. Itulah penghargaan alam kerana kemurahan Tuanku menganugerahkan bintang2 kepada segala raden di dalam kerajaan langit Tuanku. Ampun Tuanku ! Hamba pacal yang hina memulakan bicara peringkat kedua..

Maafkan patik Tuanku, bukan patik mahu menjulang derhaka kepada Tuanku kerana patik engkar hadir bertamu di majlis Tuanku tempohari. Sesuai dengan persalinan patik sebagai seorang raden, sudah pasti patik amat kalis akan sindrom spesis 'melayu mudah lupa'. Tidak Tuanku. Patik pacal yg hina tidak begitu Tuanku. Terus terang patik menyambung bicara, patik tidak dapat hadir ke majlis doa selamat di hari keputerahan Tuanku di Masjid Diraden Ansoniah itu kerana patik dan sekelian hamba rakyat terasa gementar sangat-sangat Tuanku.

Sesuai dengan persalinan patik dan sekelian hamba rakyat, ke majlis Tuanku di masjid itu senanglah hanya dengan hanya memakai ketayap dan kopiah putih berkain pelikat sahaja, Tuanku. Benar Tuanku ! Ampun Tuanku, kerana niat untuk bersama Tuanku meraikan majlis itu tidak dapat dipenuhi. Patik dan sekelian hamba begitu gerun Tuanku, bila menghampiri Masjid Diraden Ansoniah pada senja itu Tuanku, gerun kerana melihat laskar2 bertopi merah dan berbaju perisai, juga tok2 SILOP melingkari seluruh masjid itu Tuanku. Patik dan sekelian hamba rakyat bimbang disaman kerana tidak memakai helmet ke masjid, Tuanku ! Sedangkan saman tak pakai helmet itu hari pun, patik dan sekelian hamba rakyat belum mampu membayarnya. Ampun Tuanku !

Patik serta sekelian hamba rakyat juga begitu terkesima melihat bala tentera yg sungguh2 berjaga di setiap pintu masuk masjid Tuanku, adakah negeri Tuanku telah diserang Garuda ? Sedangkan esok hari Tuanku begitu ceria mengurniakan darjah kebesaran SDKA kepada sekelian raden yang Tuanku pilih ? Molek sungguh patik pacal yang hina ini menyambung bicara, sekiranya suasana ceria itu seperti hari anugerah bintang, nescaya majlis doa selamat di masjid Diraden Tuanku akan dipenuhi oleh puluhan ribu hamba rakyat Tuanku. Apakah memanda menteri Si bendahara Pasola tidak menasihati Tuanku ? Malang sungguh jika mamak Bendahara hanya menjadi si buta dihadapan Tuanku. Jika patik menjadi Tuanku, sudah pasti patik akan humbankan memanda Pasola itu ke lubang kubur, kerana kemuliaannya ada disitu, menjadi pengali kubur. Bukan memanda Bendahara di negeri Tuanku.

Akhir kalam patik menyusur bicara, patik gumbira dan sangat berterima kasih kepada Tuanku kerana Tuanku sedar walaupun Tuanku seorang kerabat DiRaden, tapi Tuanku tak aksyen. Ampun Tuanku..Duli Raja segala raden, siRadenraja Sheikh Teluk Intan.

[+/-] Read More...