Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, January 19, 2011

1 LAGI PILIHANRAYA KECIL

بسم الله الرحمن الرحيم

Speaker isytihar kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong



SHAH ALAM, 19 Jan: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong.
Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.

Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau memaklumkan demikian pada satu sidang media khas di Dewan Annex di sini hari ini.

Makluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya akan dimaklumkan dalam masa terdekat. - Hdaily

Note: Tengok la apa kata SPR... tunggu SPR rujuk pada najib dulu... Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

Anonymous said...

salam tuan,
saya memang meminati blog tuan dan akan mengikuti setiap hari....
namun ada yang saya ingin memberi cadangan agar ruangan popular posts di sidebar kanan blog tuan ditukar... kerana yang jelas gambar yang xsepatutnya ditonton sentiasa menjadi penghias tepi dinding blog tuan...ini kerana kebanyakan artikel yang dipaparkan diserikan dengan gambar yang tidak baik untuk dipandang...\
maafkan saya atas teguran dan cadangan,,,

BUJANG SUSAH said...

Salam terima kasih. Widget popular post tu running secara auto. Bukan saya yang tentukan post mana yg popular tapi mana post yang paling banyak sekali pembaca akan berada di atas sekali dan seterusnya.

Kalau nak dia bertukar saudara kena la bukak dan baca post saya yang lain-lain selalu ... hehehehe

Terima kasih saudara.

wassalam.

Anonymous said...

i follow ur blog eberyday teruskan bujang

Anonymous said...

der, folo je ke? ada bran turun mancing aaa!!! hakhakakak..