Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, July 11, 2010

SAMAN EKOR: PRODUK BARU 1 MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Saudara Pengarang,

Izinkan saya membuat sedikit ulasan terhadap Ops Warta 11 yang heboh diperkatakan itu. Saya tak mahu sentuh perkara yang telah berlaku cuma ingin membawa kepada satu perkara yang boleh diperbahaskan dan bolih dikaji di sudut perundangan terhadap tindakan PDRM itu.



Pertama:-

Saman ekor yang dikenakan kepada pemandu yang dikatakan memandu laju itu benarkah ianya betul-betul tepat? Ini kerana pihak PDRM menggunakan Alat Perangkap Had Laju. Persoalannyan adakah alat itu telah dibuat Kalibrasi ( calibration ) sebelum digunapakai dan berapa kerapkah ianya di kalibrasikan dalam tempoh setahun? Ini kerana saya menjadi keliru dan marah apabila menerima saman ekor dan ditahan kerana memandu laju untuk disaman di Lebuhraya Utara-Selatan dekat dengan Muar. Saya dikatakan memandu melebehi hadlaju sehingga 103 km/j walhal odometer kereta saya menunjukkan sekitar 90 - 92 km/j. Apabila saya bersoaljawab dengan pegawai polis bertugas dia tak jawap dan saya dilepaskan. Tapi saya masih keliru kerana menerima saman ekor ditempat lain. Untuk makluman saya adalah seorang 'pemandu berhemah' dan sentiasa menurut had kelajuan yang ditetapkan dimana-mana jalanraya iaitu sentiasa memastikan meter odometer kelajuan kereta saya didalam hadnya. Apabila kena saman; saya persoalkan tentang ketepatan mesin perangkap hadlaju yang digunakan olih PDRM itu telah dibuat kalibrasi yakni memastikan jika kelajuan yang diperangkap itu sama dengan kelajuan odometer kereta berkenaan.(benchmarking)

Kedua:-

Kecendrongan kereta-kereta mewah dan orang-orang ternama dan bergelar memasang 'crest' (lambang) dihadapan plat keretanya. Ini menimbulkan persoalan terhadap ketelusan anggota PDRM yang bertugas untuk meneruskan saman apabila mendapati kereta yang dipandu laju itu mempunyai 'crest' VVIP, Exco, MP, ADUN, J.P dan pelbagai bintang Anugerah. Apakah rakyat yang mewah seperti ini dibebaskan dari menerima saman manakala rakyat jelata yang marhain terus dikenakan saman? Justeru itu saya syorkan pihak berwajib mengeluarkan satu arahan supaya diharamkan pemasangan 'crest' di bahagian hadapan plat kereta kecuali kes-kes tertentu sahaja.

Sekian, Terima Kasih.

Saya Yang Benar,

(Rahim Hj. Mohamad Saleh)
Batu Buruk, Kuala Terengganu,
Terengganu. - tranungkite

Note: Kisah Benar Produk Baru 1 Malaysia

Ada sorang mamat ni pergi renew insuran kereta dekat seribu ringgit pasal nak renew road tax. Pastu pergi JPJ nak bayar road tax. tapi x boleh sebab dia ada beberapa keping saman ekor.. Pegi semak ada 6 keping. mamat ni dengan marah dan dendam keluar duit Rm 900 bayar kompaun tiga keping. Pergi balek ke JPJ untuk bayar Road tax.Tak boleh lagi. Sebab tiba-tiba muncul saman baru, yang tinggal tiga tadi di tambah dengan kemunculan saman baru.Road Tax tak leh keluar jugak. Insuran dah bayar plak.

Yang seronoknya sebab dulunya mamat ni penyokong kuat BN tiba-tiba berubah fikiran. Bertaubat dan bersumpah tak mau undi BN lagi. Betul punya marah ni... hehehehe... Aku percaya produk baru 1 Malaysia ini amat berkesan memalingkan undi rakyat kepada PR! hehehehe..

" penyokong PR marah pada PDRM tu biasa.. tp kalau penyokong BN marah PDRM tu luar biasa".. hehehe... tak percaya ? percayalah...




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

z-tune said...

salam

izin share kt facebook.

ty.

Anonymous said...

macam2 cara nak korek $ rakyat,
kad kredit kene caj $50 setahun,
kalu yg credit card sampai 10k, 20k tu ko caj seribu setahun pon dorang x kesah, masalahnye yg limit 2k pon kena, n sama bayarannya? kpale wak dia!

cukai buggy car boleh dimansuhkan serta merta, org2 miskin x pernah naik buggy car, atau mungkin x pernah jumpe pon buggy car tu, apatah lagi nak main golf.

TERIMA KASIH MALAYSIA!!!

Anonymous said...

Cerita seperti En Rahim ni kalau nak tulis buku boleh buat berjilid-jilid.Apa yang menteri cakap semua orang tidak boleh mengatasi undang-undang...semuanya bullshit(maaf)pengalaman saya dan kawan-kawan dengan PRDM + Polis Raja DiMalaysia bab pilih kasih dalam bertindak memang terang tak payah bersuluh,hebohlah macam mana pun,kaum marhaen macam kita ni susah nak lepas,yang lepas ada puak yang cakap tak serupa bikin ni(pak - pak Menteri dan "orang2 besar)..berdoalah kita agar perkara ni tak berlaku dan pelakunya sekarang ditunjuk jalan yang lurus.