Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, July 15, 2010

UMNO: MACAM-MACAM CARA NAK TUTUP PEKUNG

بسم الله الرحمن الرحيم

Umno Kelam Kabut Tak Dapat Jawab Isu Rakyat Di Bawa KEADILAN

KUALA LUMPUR 14 Jul - Serangan bertali arus terhadap KEADILAN dan lidah rasmi parti, Suara Keadilan mengesahkan keadaan kelam-kabut dalam Umno-Barisan Nasional selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terkini syarikat petroliam negara, Petronas yang merosot begitu mendadak.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata isu Felda dan Petronas yang di bawa Anwar telah mengundang tindak balas yang begitu keras daripada Umno-Barisan Nasional yang mencerminkan ketakutan mereka .
"Ini termasuk tindakan untuk tidak menyambung permit akhbar Suara Keadilan dengan alasan yang sangat remeh berhubung tajuk muka depan 'Felda Bankrap'.
"Kalaulah alasan 'Felda Bankrap' dijadikan alasan bagaimana pula kenyataan Menteri

Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala yang menjaga KPI mengatakan Malaysia akan bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi atau pun bagaimana pula tuduhan Umno bahawa Anwar adalah agen CIA, bagaimana pula tuduhan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau seorang pengkhianat Melayu yang mana tuduhan itu tidak berasas sama sekali.

"Media yang menyiarkannya, Utusan Malaysia tidak pula diambil tindakan, jauh sekali diberi amaran," tegas Ahli Parlimen Machang itu.
Beliau juga berkata tindakan terhadap Ketua Pembangkang dan Suara Keadilan adalah tindakan politik dan berniat jahat akibat kegagalan Umno-BN menyakinkan rakyat berkenaan isu-isu rakyat yang di bawa KEADILAN.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

Kamal Sanusi said...

Tu semua disebabkan mereka ni ada otak tapi tak leh berfikir. Hidup macam lembu ditarik hidung oleh tuan ke sana ke mari ajer... Bila kita kata lagu tu, depa marah.


Kah kah kah!!!...

mdsaf_kyo said...

itulah yg terjadi, apabila KPI dan tujuan hidup hanya untuk mencari kemewahan dunia....