Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, July 11, 2010

PETRONAS DILEMBUKAN OLEH KERAJAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Kerajaan Terus Tunggangi Petronas



Bekas Menteri BN Datuk Dr Tan Tee Kwong membidas sikap kerajaan yang menunggangi Petronas demi kepentingan politik dan kroni.

Bukan sahaja Petronas dipaksa memberi subsidi gas kepada penjana tenaga bebas yang enggan membeli pada harga pasaran, tetapi syarikat nasional itu turut diarah menjual minyak kepada syarikat-syarikat mesra BN pada harga yang rendah.

Dr Tan melahirkan rasa bimbang akan masa hadapan Petronas yang kini ditekan kesusutan pendapatan yang serius, di tangan menteri-menteri yang menurutnya hanya erti mengarah dan mendesak nadi ekonomi negara itu.

Petronas bukan hanya dirundung malang apabila perolehan syarikat itu mula menyusut, dalam masa sama keuntungannya turut digunakan untuk menampung defisit negara, dan untuk kepentingan salah seorang pemimpin Umno.

Mendedahkan hal itu dalam rancangan Fokus Berita TV Selangor, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan berkata, seorang pemimpin UMNO menjadi dalang memaksa Petronas menjual minyak kepada sebuah syarikat di Jepun pada harga yang murah.

" Ada seorang pemimpin kuat dari UMNO, mengatur suatu rancangan yang memang tidak betul. Saya sebut sekali lagi, memang suatu rancangan yang tidak betul".

" Saya dengar ada enam orang tengah dan harga market minyak sekarang agak tinggi iaitu 75 USD satu tong, saya beri penjelasan yang terperinci. Dari mulanya kos yang Petronas perlu guna termasuk kakitangan,pakar-pakar, kos produksi, satu tong kepada Petronas lebih kurang 20 USD, Petronas jual kepada orang tengah USD 40 tetapi orang tengah jual di pasaran 75 USD" tambahnya lagi.

" Terpaksa, paksa Petronas jual minyak kepada satu syarikat di negara Jepun. Kalau terus,ikut harga pasaran, memang tidak ada masalah tetapi dengan harga rendah. Harga tetap untuk 10 tahun, tidak kira walau berapa harga pasaran, dan saya dengar dengan harga yang rendah, lebih kurang 30 USD satu tong" ujarnya lagi.

Minggu lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa usul ke parlimen untuk membahaskan kesusutan pendapatan Petronas di Dewan Rakyat, bagaimanapun ia ditolak oleh Speaker Dewan atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

Usul ini dibuat selepas Petronas mencatatkan penurunan perolehan sebanyak 18.1 peratus kepada RM 216.4 bilion ringgit. Keuntungan Petronas turut menurun 54.2 peratus selepas menyerahkan dividen RM30 bilion kepada pemerintah.

Keuntungan dijangka terus menyusut dengan meningkatnya kos industri. Petronas dikatakan terpaksa mengurangkan carigali di luar negara, serta akan menjual sayap petrokimia syarikat itu, yang menurut sumber dianggarkan bernilai lebih USD2 bilion.

Petronas semakin sesak dengan kebergantungan berterusan pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk memenuhi kantung peribadi.

" Apa sebab Petronas perlu guna orang tengah jual minyak dia? Saya pun tidak faham, dia boleh jual sendiri kan?" soal Dr Tan.

" Pemimpin politik terutamanya pemimpin dari UMNO campur tangan pentadbiran Petronas. Bukan sahaja campur tangan sehingga ia terjejas, (namun) atau sedang dihancurkan jasa baik Petronas".

Menyingkap pengalaman selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Segambut,beliau sendiri pernah meminta penjelasan berhubung akaun Petronas di parlimen, namun jawapan yang diterima begitu menghampakan.

" Bila sampai giliran saya, saya minta Menteri Kewangan kedua Nor Yaakob, sebab apa kita Ahli Parlimen dan public comunity tidak boleh semak akaun Petronas. Bagaiamana dia jawab? sebab dia sudah sedia jawapan dia. Dia jawab, Ahli Parlimen dari Segambut, nampak u macam tidak puas hati. Jawapan dia, saya hanya jaga Kementerian Kewangan, Petronas di bawah bidang tugas Jabatan Perdana Menteri.Sampai sekarang Julai 2010, tidak pernah bagitau tahu parlimen akaun Petronas".


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: