Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, July 17, 2010

MEMPERLEKEH AGAMA LAIN

بسم الله الرحمن الرحيم


gambar hiasan

Soalan;

Apakah hukum seseorang memperlekehkan agama orang lain. ?
* harap ustad dapat menjawab pertanyaan saya dalam waktu yang singkat. Terima kasih.

Jawapan;

Kita wajib meyakini bahawa Islamlah satu-satunya agama yang benar dan direstui Allah untuk dianuti oleh sekelian manusia. Firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam” (Ali Imran, ayat 19).

Agama-agama lain adalah batil dan palsu. Kerana itu Allah tidak menerimanya dan penganutnya akan menjadi manusia-manusia yang rugi di akhirat (kerana mereka akan dihumbankan ke dalam neraka); Firman Allah (bermaksud); “Dan sesiapa mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi” (Ali Imran, ayat 85).

Merasakan dalam diri bahawa agama lain adalah lekeh dan hanya Islam sahaja yang hebat, itu adalah tanda iman dalam hati seorang mukmin. Perasaan itu wajib ada dalam hati setiap dari kita yang beriman kepada Allah dan agama Allah. Namun tidak semestinya kita perlu meluahkan perasaan itu di hadapan penganut-penganut agama lain. Dalam erti kata lain; kita memperlekehkan agama mereka di hadapan mereka. Sudah tentunya perbuatan kita itu akan mengundang balasan balik dari mereka terhadap agama kita dan juga terhadap Allah. Kerana itu, Allah melarang kita dalam ayatnya (bermaksud);

“Dan janganlah kamu mencerca berhala-berhala yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan”. (al-An’am, ayat 108).

Apa yang disuruh oleh Allah ialah kita berusaha mendekatkan orang-orang bukan Islam kepada agama Allah dengan hujjah dan perdebatan yang baik sebagaimana firman Allah;

“Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berbuat zalim dari mereka. Katakanlah (kepada mereka): ‘Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh Dengan berserah diri’” (al-Ankabut, ayat 46).

Maksud berbahas dengan cara yang baik ialah menyeru mereka kepada agama Allah dengan membentangkan ayat-ayat Allah dan hujjah-hujjah. (Lihat; al-Jalalain). Allah mengecualikan dalam ayat di atas orang-orang kafir yang bertindak zalim terhadap agama Allah atau kaum muslimin, maka mereka perlu kita hadapi dengan tindakan yang bersesuaian dengan kebiadapan mereka.

Berkata Imam al-Hakim (mengulas ayat pertama tadi, iaitu ayat 108 dari surah al-An’am); “Kita dilarang mencerca berhala-berhala kerana dua sebab;
1. Berhala itu hanyalah makhluk yang tidak bernyawa dan tidak berdosa (yakni yang berdosa ialah penganutnya).
2. Cercaan terhadapnya akan membawa kepada kejahatan yang lebih besar iaitu celaan penganutnya terhadap Allah.
Beliau menegaskan; apa yang wajib kita lakukan ialah kita membentangkan kepada penganutnya bahawa berhala itu sendiri tidak redha ia disembah dan berhala itu tidak selayaknya disembah kerana ia tidak berupaya menimpakan mudaraat dan memberi manfaat kepada sesiapa kerana ia hanyalah batu yang tidak bernyawa. Pendekatan ini tidaklah dinamakan cercaan. Kerana itu Saidina ‘Ali –radhiyallahu ‘anhu- pernah berkata; “Janganlah mencerca mereka, akan tetapi sebutlah kejelekan/keburukan amalan-amalan mereka”. (Tafsir Mahasin at-Takwil)

Berkata Imam ar-Razi; Ayat tersebut merupakan satu pendidikan kepada orang yang ingin berdakwah kepada agama Allah, iaitulah mereka janganlah menyibukkan diri dengan tindakan yang tidak ada faedah dalam mencapai tujuan dakwah. Menyebutkan berhala sebagai makhluk kaku tidak bernyawa yang tidak berkuasa menimpakan mudarat dan tidak mampu mendatangkan manfaat sudah memadai untuk meragukan penganutnya tentang ketuhanan berhala itu. Tidak perlu untuk kita mencerca atau mencacinya. (Mahasin at-Takwil)

Kesimpulannya, merasakan Islam adalah agama yang hebat dan semua agama lain adalah lekeh merupakan perasaan yang wajib ada dalam setiap hati/jiwa orang Islam. Namun, ketika berhadapan dengan orang-orang bukan Islam, uslub dan pendekatan terbaik ialah dengan kita membentangkan hujah-hujah yang baik dan bernas untuk meyakinkan mereka kepada agama Allah dan kebenarannya, bukan dengan kita memperlekeh-lekeh agama mereka kerana akan mengundang mereka memperlekehkan pula agama kita. Kecualilah pada ketika kita berhadapan dengan orang-orang kafir yang terlebih dahulu mencerca dan menghina agama kita atau Nabi Muhammad atau mana-mana ajaran Islam, maka ketika itu kita perlu memberi reaksi yang bersesuaian dengan sikap atau tindakan mereka.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tafsir Mahasin an-Takwil, Syeikh Jamaluddin al-Qasimi, surah al-An’am, ayat 108.
2. Tafsir al-Wasit, Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi, ayat 46, surah al-Ankabut.
3. Al-Muqtataf min ‘Uyun at-Tafasir, Syeikh Mustafa al-Khairi, surah dan ayat yang sama.

- USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

16 comments:

iqbalsyarie said...

Kenapa ngn PM tu?wah..mcm tgh dlm 'ihram' aje?

Nice share.Tq bro-bro sekalian~!
Latest post:Ingatkan saya sorang je malu,tapi semua org malu!!

PAS PELACUR said...

Kau pakai ayat Quran pastu kau buat gambar seorang Islam membuat upacara kafir!

Kau ni ikut ajaran ayah pin ke? Aku tau pas sesat tapi tak sangka ajaran ayah pin dah menular masuk!

Poji said...

ini lah blog yang paling bodoh pernah aku baca.....penulis blog ni memang baghal dan bahalol....ada juga orang otak lembu macam dia ni....heran...

Mohd Fairuz Mat Zin said...

salam ...
bro tolong tukar pic tu ..

Anonymous said...

TQ..TAPI SAYA TIDAK SUKA KALAU GAMBAR MANA2 PIHAK ITU DI EDIT MCM ITU..BIARLAH DIA BERBUAT ZALIM TAPI KITA JGN TIRU MCM TU...SHARING IS CARING

[AwAn kuRang kelaboo] said...

blog eiyh kelihatan memperjuangkan idea2 islam.tpi x lah elok kalo gmbar en najib di buat sebegitu.kalo pun bukan anda yg buat.meletakkan pic tersebut dlm post kelihatan menyokong perbuatan tersebut.

memperjuangkan penpdpt tidak memerlukan penghinaan.

Anonymous said...

gambar datok najib yang diaibkan begini tidak wajar apa tah lagik ianya seolah memberi gambaran akidah beliau , Menjatuhkan maruah orang dah haram apatah lagi mempersendakan akidah .walau ianya suatu dianggap lawak kita orang silam tidak boleh membiarkan perkara sebegini . Menyiarkan serupa menyebarkan dan boleh menjadi fitnah ... cukup sorang anak kecil yang melihat dalam hati atau kotak fikirannya berkata dato najib berakidah sekian sekian maka sudah menjadi fitnah , anak itu tidak berdosa sebab dia kurang akalnya tapi kita yang menanggung dosa. disyorkan gambar ini dikeluarkan dari blog saudara. Terpulang

Anonymous said...

Astagfirullahhalazim........

Assalamualaikum Tuan,

Pohon supaya mana-mana gambar yang m'aibkan dan boleh m'datangkan fitnah d'buang dan d'musnahkan dari paparan khalayak orang ramai.

Moga ALLAH sentiasa merahmati dan meredoi hidup dan mati kita semua umat islam, Insyaallah.

Gambar " Datuk Seri Najib Tun Razak " yang m'aibkan tu tolong Buang Yerrrrrrrrr.....Terima Kasih.

nadia mustafa said...

Salam, takut gambar yg diletakkan akan membuahkan fitnah~ Sesungguhnya ianya berdosa, sila buang~

Anonymous said...

Mohon saudara buang gambar PM tu..
sebagai muslim, saya pasti saudara tahu tindakan yg saudara lakukan..

tq

Anonymous said...

Приветсвую вас хочу вам сайт с кулинарными рецептами различных прекрастных блюд от которых просто пальчики оближеш! Приготавливайте вместе с нами только лучшие полезные блюда, такие как [url="http://goldrecept.ru/"]рецепты[/url], [url="http://goldrecept.ru/"]рецепты приготовления[/url] [url="http://goldrecept.ru/"]рецепты салатов[/url] [url="http://goldrecept.ru/"]рецепты домашнего приготовления[/url] , [url="http://goldrecept.ru/vbluda/101-zharenaya-kambala.html"]Жареная камбала[/url] [url="http://goldrecept.ru/vbluda/86-plov-s-kuricey.html"]Плов с курицей[/url] очень вкусный [url="http://goldrecept.ru/vbluda/264-losos-s-limonom-i-cukini.html"]Лосось с лимоном и цукини[/url] готовьте и кушайте на здаровье [url="http://goldrecept.ru/salat/"]салаты[/url] [url="http://goldrecept.ru/vipechka/"]выпечка[/url] [url="http://goldrecept.ru/vipechka/287-odesskiy-pirog.html"]Одесский пирог[/url] . Так же лучшие рецепты [url="http://goldrecept.ru/zakuski/"]закуски[/url] для вас. И ещё советую всем сайт [url="http://www.egor-buhta.ru/"]о разном[/url], где вы узнаете, что такое [url="http://vitorrent.ru/"]торрент[/url] и многое другое, [url="http://webfeste.ru/"]психология[/url] и разные советы, [url="http://lidkino.in/"]о кино[/url] и [url="http://culrecept.in/"]рецепты[/url] кулинарии.

Anonymous said...

bangang...kang die saman ko saje je..lu pk la sndri

Anonymous said...

Ini la salah satu bukti fitnah yang sangat kejam di kalangan umat islam.. sesiapa yang edit gambar ni bertaubat la.. selagi ada kesempatan..

Anonymous said...

Astagfirullahalazim... knapa di edit smpai mcm 2 gmbar pm? moga Allah ampunkan dosa org yg berbuat demikian... Brdosa bsar org yg jatuhkn maruah org lain... Hmmm....

Anonymous said...

admin fakalakebis! enuf said

anid sharani said...

Dia ni keturunan tukang fitnah sehingga akhirat. Emak dia melahirkan askar dajjal