Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, July 17, 2010

DI MALAYSIA DIHALALKAN BERBOGEL DI DALAM FILEM

بسم الله الرحمن الرحيم

Babak bogel Zul lulus! ha..ha..kat Malaysia Pelakon boleh berbogel maa..!!



Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

SELEPAS dunia perfileman dikejutkan dengan kontroversi aktor Arja Lee berbogel dalam filem ... Dalam Botol, kini tiba pula giliran vokalis kumpulan Handy Black yang sebelum ini dikenali sebagai Zul Handy Black.

Hanya berbekalkan sebuah filem seram iaitu Mantra yang telah menemui penonton di pawagam bermula semalam, namanya secara tiba-tiba meraih perhatian.
Bukan hanya kerana filem itu merupakan filem pertama yang mengangkat Zul atau kini dikenali sebagai Zul Suphia'an sebagai pelakon utama untuk watak Muzir, iaitu seorang pengamal ilmu hitam.

Bahkan filem juga menimbulkan kontroversi apabila Zul,35, dengan beraninya berlakon tanpa seurat benang dalam satu adegan pemujaan.
Adegan bogel yang cukup sensitif belum menjadi satu kewajipan dalam minda masyarakat Malaysia dan ia ternyata memberi impak yang cukup besar untuk buah tangan terbaru pengarah Azhari Mohd. Zain itu.

ZUL berbogel dalam Mantra kerana mengikut kehendak skrip, namun jika dikehendaki berbogel lagi dalam filem lain, dia tidak akan melakukannya seperti mana dalam Mantra.

Filem Mantra yang turut dilakonkan Hasnul Rahmat dan Ana Dahlia itu bagaimanapun lulus bersih daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) meskipun diklasifikasikan sebagai 18. Ini bermakna adegan bogel Zul itu lulus untuk dipertontonkan kepada penonton filem!

Dia yang ditemui baru-baru ini memberitahu, tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambil untuk berbogel dalam filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta itu.

Kosmo!: Apa yang menyebabkan Zul berani untuk melakonkan adegan bogel itu?
Zul: Saya telah diberitahu awal tentang adegan bogel. Sebelum bersetuju untuk melakukannya saya bertanya terlebih dahulu kepada pengarah dan penulis skrip (Shahriman Wahab) sama ada adegan ini benar-benar perlu atau tidak. Selepas berbincang, adegan bogel sangat perlu kerana ia salah satu ritual dalam amalan ilmu hitam. Pengarah mahu beri gambaran yang jelas tentang ilmu hitam, kalau hanya guna tengkorak atau makan kemenyan, itu sudah biasa dilakukan, jadi kami tampil dengan satu yang lebih realiti.

Apabila Zul borbogel dalam filem, ia tidak secara langsung memberi promosi percuma kepada filem Mantra. Tidakkah ia kelihatan seperti sengaja menimbulkan kontroversi murahan?

Kalau setakat mahu timbulkan kontroversi murahan, saya tidak sanggup buat adegan bogel. Banyak lagi cara boleh timbulkan kontroversi selain berbogel. Saya lakukan kerana perlu dan ingin beri kesedaran kepada penonton apa akibatnya apabila terjebak dengan ilmu hitam.

Adakah Zul sememangnya orang yang tidak kisah dengan pandangan orang lain atau terlalu berani?

Saya memang berani. Berani kerana saya buat benda yang betul. Semasa bersetuju dengan pengarah untuk adegan bogel saya sudah sedia dengan segala tohmahan dan kritikan yang akan saya terima.

BUKAN mahu mencari populariti murahan, Zul sekadar merealisasikan karakter lakonannya.

Mungkinkah Zul lakukannya kerana terdesak atau dipaksa sesiapa?

Tidak. Saya lakukan dengan rela hati, tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Kalau untuk populariti memang tidak benar kerana saya sudah popular dengan lagu Kau Yang Bernama Seri 10 tahun dulu. Saya berbogel kerana bersebab. Jangan sampai jadi seperti Ariel Peterpan sudahlah (ketawa).

Bagaimana perasaan Zul ketika melakonkan adegan itu di hadapan krew produksi?

Saya akui, saya gementar bila lakonkan adegan itu. Namun, dalam masa yang sama saya bersyukur kerana kerjasama yang diberikan oleh seluruh tenaga produksi. Saya bukan berbogel sepanjang masa ketika penggambaran, saya pakai seluar ketat dan tuala. Hanya ketika penggambaran hendak dimulakan baru saya tanya kepada pengarah posisi mana yang dia mahukan. Apabila saya sudah berada dalam posisi itu, baru saya tanggalkan seluar dan tuala serta tutup mana yang patut. Habis sahaja penggambaran krew akan terus membalut tubuh saya dengan tuala.

Rela berbogel untuk kali kedua?

Saya tidak tahu lagi kerana saya perlu meneliti skrip terlebih dahulu. Kalau saya buat pun tidak akan melebihi apa yang saya lakukan dalam filem Mantra kerana itu sudah paling maksimum saya beri.

Ceritakan pengalaman ketika menjalani penggambaran filem Mantra.

Kalau hendak tahu sepanjang penggambaran kami semua dikelilingi makhluk halus. Saya diganggu dua, tiga minggu sebelum penggambaran lagi iaitu ketika saya perolehi skrip. Saya ingat saya seorang saja yang kena rupa-rupanya pengarah dan Hasnul juga mengalami pengalaman yang serupa.

ZUL dan Ana mendokong watak penting dalam Mantra.

Benarkah semua mantera yang digunakan dalam filem Mantra merupakan mantera sebenar untuk memanggil makhluk halus?

Semua mantera yang digunakan adalah mantera betul untuk memanggil makhluk halus dalam bahasa Jawa. Bila tiba bab mantera itu sahaja tiba-tiba sahaja angin yang kuat akan datang. Bayangkan hari-hari saya baca mentera itu, secara tidak langsung saya memanggil makhluk halus untuk datang. Saya juga rasa dimasuki makhluk halus kerana lokasi penggambaran di Lenggong, Perak, merupakan kubur lama yang berusia 500 tahun, selain Penjara Pudu. Pengarah juga melihat saya dan Hasnul berbual dalam bahasa Jawa pada malam hari di bilik selepas penggambaran selesai sedangkan kami berdua tidak tahu bahasa Jawa dan tidak ingat langsung kejadian itu.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

12 comments:

Unknown said...

Dia kata...dia berani kerana betul????astaghfirullah...betul2 tarik bala utk negara 1 malaysia ni...kenapa jahat sangat pemimpin kita?kenapa bengap sgt 'ust-ust' yg duk dlm lembaga penapisan filem tu?

Pasni mesti akan ada pompuan bogel pulak..tahniah...kerjaaan Malaysia berjaya melahirkan Porn star yg 'halal' di sisi undang2..Tahniah..

Ya Allah...sakitnya hati bila syariat islam dipijak-pijak

Latest post:Ingatkan saya sorang je malu,tapi semua org malu!!

Hanim said...

nape yek...
org Islam..di lahirkan dlm keluarga Islam..
tapi x fhm tntang Islam...

fara said...

tak tahu nak kata apa lagi ngan dunia lakonan ni!! benda yang salah pun jadi betul! yang haram pun leh jadi halal... dunia yang penuh lakonan la katakan.. tak faham sungguh!!

btw kata they all aksi tu boleh tarik orang ntuk tengok! tapi pada saya bila tahu ada adengan macam tu.. lagi la tak nak tengok!! tak sanggup mencemarkan mata dengan semua ni.. n tak sanggup juga rasanya beramai2 di dalam panggung hanya untuk dipaparkan dengan sesuatu yang hanya boleh memalukan diri sendiri.. dia mungkin tak malu!!
tapi saya malu!! ouh tidak.. kuat pula saya membebel... geram nih.. hehehe...

ok sekian terima kasih.. =p

Boo said...

salam,
aku lagi lah.
aku pergi tengok kot semalam!!!!!

aku beria-ria tanak tengok filem omputih coz x nak ade censored...sekali filem melayu ade gak..kok pelakon die cina ke hape ke takpe..ni org islan sndr!
rasa nak angkat kaki dari panggung!

senang sangat dia jual maruah agama kita!

dalam citer tu konon2 dia menaikkan ayat suci al-quran..tapi sekali ade scene bogel! malu oi dengan agama lain...buat kena gelak je!

hish! sakit jiwa ngan rules malaysia ni!

Asma said...

Dier bogel betol2 ker...

Giler, alang2 bogel biar la nmpak sumer terus. Kan tak malu sgt. Pasni muncul la citer "porn" Malaysia yg dijamin halal oleh Lembaga Penapisan Filem...

Zaman skrg ni dh takde idea nk wat citer baek ke. Dh taknak ajar rakyat buat perkara baek.. Yg burok jgk nk tnjuk, yg burok jgk org suka...

Astraghfirullah al-azhim...

Tornado Assassin said...

sbg seorg assassin yg menjadi buruan CIA,NSA,FBI dn sbgainya...
sy setuju ngan keputusan zul...hihihiiihi

Alang2 menyeluk pekasam ,minum je la air pekasam tu,

Alang2 artis2 Malaysia(bkn sume) pakai baju adk2 diorg yg berumur 5 hingga 6 thn..

Lebih baik diorg bogel terus....
Barang baik tuuu....

hihihihihihihihihihihihihihihihihi
AMARAN: Don't do this at home......
or any place else...
This is just sarcastic statement

hihihihihihihihihihihihihihihihihih

berani said...

berani kerana betul?!? apa yg betul zul? berani kerana benar lah zul. benar ke kau berani?!? dengan akibat perbuatan yg tentu kena ditanggungjawabkan! mcmana nak jwb nanti? hai zul, sungguh merugikan keberanian kau..dan kau akan menyesali keberanian bodoh kau ni!

Muara said...

Berani kerana bodoh dengan berani kerana benar adalah dau maksud yang jauh berbeza....

Sesebuah filem tetap hidup walaupun tak ada bogel...

.. inilah acuan sekular....

yabodoh said...

ya bodoh sangat kerana sanggup apa saja demi seni, demi filem, demi ...?! tapi tak berani tak sanggup buat apa saja demi iman kepadaNYA, demi akhirat yg kekal. semuga zul sedar..takde sapa yg hargai 'pengurbanan' awak tu..

Anonymous said...

Aq suka lg die.. Tp orgnye.. wekwekwek.. nauzubillah.. ape yg betul pun aq xtau le.. hemm.. tanda2 kecil qiamat...

Anonymous said...

i see man.....
xtau ke awak dengan pengarah awak tu yg aurat lelaki tu dari pusat ke lutut???
bertaubatla,...cukup la sekali...

aisyah humaira said...

MasyaAllah..x taw nak slahkan spa..pelakonkah?..pengarahkah?..atau penulis skrip sbb bt skrip mcm 2..huhuhuhu...tulun jawab..ada kna mngena dgn hidup syeee..huhuhhu