Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, March 3, 2011

MUKA DAH TERPAMPANG PUN NAK NAFI LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

Umno Kuala Krau nafi ahli sertai PAS

Petaling Jaya: Ketua Pemuda Umno Kuala Krau, Wan Salman Wan Ismail menafikan bekas Ketua Umno cawangan Jengka 25, Muzamil Mualif dan 11 ahli lain menyertai PAS.

“Kita (Umno) telah berhubung dengan Muzamil dan beliau tidak menyertai PAS,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan bekas ketua Umno Jengka 25 ke dalam parti Islam itu malam tadi.

Muzamil bersama 11 ahli Umno cawangan berkenaan dikatakan telah menyerahkan borang penyertaan tersebut kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di rumahnya.

Wan Salman, bagaimanapun, enggan mengulas apabila diberitahu ada gambar yang menunjukkan Muzamil menyerahkan borang keahlian PAS kepada Abdul Hadi. Sebaliknya beliau mahu wartawan mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Penerangan Umno bahagian Kuala Krau, Datuk Mohamed Jaafar.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Mohamed tidak berjaya. Seorang lagi ahli jawatankuasa Umno Kuala Krau, Mohd Ali Hanafiah Ahmad ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu perkara tersebut. -FMT


Ahli Umno sertai PAS selepas Najib datang



TEMERLOH: 2 Mac: Tanah rancangan Felda yang didakwa oleh pemimpin Umno sebagai kubu kuat mereka di Kerdau akhirnya berjaya ditembusi oleh PAS setelah kempen pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau memasuki hari ketiga.
Semalam, seramai 12 ahli Umno dari Felda Jengka 25 bertindak keluar parti untuk menyertai PAS.

Lebih menarik, tindakan ahli-ahli Umno termasuk bekas Ketua Cawangan Umno Felda Jengka 25 itu menyertai PAS dibuat selepas dua hari Perdana Menteri mengadakan lawatan ke situ dengan mengumumkan projek pembangunan berjumlah jutaan ringgit.

Ahli-ahli Umno itu dikatakan kecewa dengan Najib ketika berkunjung ke Jengka yang disifatkan tidak serius mahu membantu masyarakat peneroka.

Satu majlis penyerahan borang keahlian PAS telah diadakan sempena kemasukan tersebut di rumah bekas Ketua Cawangan Umno itu sendiri, Muzammil Alif yang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Muzammil merupakan pengasas Umno di Jengka 25 dan menjawat jawatan ketua cawangan di situ selama 15 tahun. Beliau juga merupakan pembantu kepada bekas Adun Sanggang, Allahyarham Datuk Abdullah Kia.

Perkembangan tersebut dianggap satu kejayaan besar pada PAS ekoran Jengka 25 sebelum ini merupakan rancangan Felda paling sukar ditembusi oleh PAS dalam DUN Kerdau berbanding Felda Jengka 22 dan jengka 23 yang turut terletak dalam Dun tersebut.

"Ini satu tamparan hebat kepada Umno dan Najib yang baru sahaja datang ke Jengka 25, Kami harap penyertaan mereka akan mengukuhkan lagi perjuangan PAS di situ," kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media pagi tadi.

Di Kerdau, peti undi Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 menjadi tumpuan kepada PAS dan Umno yang bertanding dalam PRK di situ berikutan ketiga-tiga peti undi itu mewakili sebahagian besar dari seluruh pengundi di Kerdau yang berjumlah 8,451 orang.

Sepanjang PRK ini, Umno dikatakan mengawal dengan ketat para pengundi di ketiga-tiga tanah rancangan Felda itu daripada ditemui para perayu undi PAS termasuk meletakkan seorang pengurus Felda di setiap blok rumah peneroka untuk memantau perkembangan setiap masa. -HD

Note: Terang-terang ada gambar dia pun umno nak nafikan jugak.. Apa umno ingat PAS macam umno ke.. Ramai-ramai ambil gambar orang umno masuk umno lepas tu kata ahli PKR dan PAS masuk umno.. Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comments:

pasatauumno said...

alhamdulillah...kita doakn kejayaan mereka..mohon bantuan dari Allah s.w.t =)