Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, February 28, 2011

MARI BERSAMA MENIPU MELAYU

بسم الله الرحمن الرحيم

Habuan PRK : Najib lulus RM10 juta bagi pembangunan Kerdau



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di Temereloh.

Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

najib visit kerdau 270211 03Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa semua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya. - Bernama

Note: Kah..kah..kah..kah.. Najib..najib... Sebelum ni takda sesen pun.. bila ada pilihanraya kecil ni je terus bagi peruntukan rm10 juta.. ooo macam tu rupanya bukan memancing undi.. Kah..kah..kah..kah... Pengikut umno yang sengal-sengal ubi boleh la ko tipu najib... Kah..kah..kah..kah..

Note: Untuk Ahli parliment dan ADUN Pakatan Rakyat.. Cepat-cepatlah minta peruntukan daripada najib untuk kawasan anda. Tengok apa najib kata tu... " Projek ini bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya" Apa lagi... lekas-lekaslah minta peruntukan untuk kawasan masing-masing kerana najib bukan nak memancing undi tapi najib buat untuk keselesaan rakyat... Mintak la jangan malu-malu.. tengok boleh dapat tak? Kah..kah..kah..kah... Selagi takda YB yang mati jangan mimpi la bang oiii... Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

Anonymous said...

TANAH MERAH 27 Feb. - Lebih 300 masyarakat India yang menjadi penduduk majoriti di Ladang Kerilla, sebuah penempatan perladangan yang terletak lebih 100 kilometer dari Kota Bharu mendapat hadiah paling bermakna iaitu wang tunai RM100,000 bagi membina dewan serbaguna Kuil Maha Mariamman di situ.

LABUAN 26 Feb. - Perdana Menteri hari ini merasmikan Sistem Bekalan Air Labuan Fasa II di sini sekali gus menyelesaikan masalah bekalan air untuk keperluan domestik dan industri di pulau ini sehingga 2030. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia akan membolehkan segala perancangan melonjakkan pulau itu sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC), industri pelancongan, pendidikan dan minyak serta gas akan terus terjamin tanpa sebarang kekangan.


Kat tempat tu takdak pilihanraya pun dia bagi jugak bro..

Rasanya tiap-tiap hari ada ppengumuman peruntukan, projek pembangunan kat malaysia ni. takde pilihanraya pun dia bagi..


-pasepisepus-

umno bangang said...

anon.. tu je ke dua berita yg boleh lu bagi? aku malas nak search. tapi lu boleh search sendiri kat google. tengok berapa banyak penduduk malayia yg masih ada lagi xder bekalan air bersih. yg masih xder bekalan elektrik. yg masih xder jembatan. yg masih jalan rayanya x berturap.