Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, March 2, 2011

MUHYIDDIN BODOHKAN RAKYAT MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Saman trafik: TPM tolong jangan perlekeh rakyat sendiri



Kata TPM Muhyiddin “Traffic summons have nothing to do with politics”..Bernama . Itu komen seorang ahli politik dan seorang Timbalan Perdana Menteri. Penjelasan seperti ini hanya layak didengari oleh mereka yang tidak kisah dengan kehidupan atau tidak tahu apa langsung tentang kejadian dan peristiwa semasa.

Saya bukan seorang peguam atau hakim tetapi saya seorang graduan diantara jutaan graduan yang ada dan sedang melihat scenario politik di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia saya mendoakan semoga peristiwa yang berlaku di Negara luar tidak berlaku di Malaysia melainkan jika pemimpin-pemimpin yang sedia ada tidak mengambil iktibar.

Berbuih mulut kita memperingatkan pemimpin-pemimpin supaya tidak memperkecilkan rakyat sendiri. Kita juga selalu menyedarkan mereka bahawa zaman sekarang adalah zaman langit terbuka. Maksudnya maklumat sangat mudah diperolehi. Lihatlah apa yang dimiliki oleh Wikileaks.

Tentang saman trafik kata TPM tidak kena mengena dengan politik adalah satu kenyataan yang boleh dikategorikan sebagai memperkecilkan rakyat atau merendahkan pemikiran rakyat sendiri. Apa tidaknya, mereka yang memperolehi saman sudah awal-awal lagi disabitkan kesalahan dan tidak diberi peluang untuk mempertahankannya secara adil di mahkamah. Rakyat yang ketakutan terpaksa membayar denda haram ini demi mengelak dari tindakan kejam seterusnya seperti disenarai hitamkan dan tidak dapat membayar cukai jalan walaupun ada wang. Bukankah tindakan seperti ini sudah melampaui batas undang-undang?

Kekalutan seperti ini dikatakan tidak berkaitan dengan politik. Siapa yang boleh mempercayainya wahai memanda? Ambillah iktibar dari pergolakan dunia hari ini khususnya di Timur Tengah. Kasihilah rakyat sendiri. Jangan terlalu tamak dan rancanglah bagaimana mahu menjana wang dengan cara terhormat bukan mencari jalan senang dengan menadah kopiah atau topi. Kurangkan pembaziran dan program-program yang tidak menjana kewangan seperti rombongan keluar negeri oleh mereka yang tidak kena mengena dengan dasar dan perancangan kerajaan. Bezakan antara aktiviti NGO, parti politik dan kerajaan. Tunjukkan kecerdikan kita sebelum kita menunjukkan kebodohan orang lain.

Man Libya / Kedahlanie



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Bab ni aku teringat kisah aku dirotan dan dimarahi kerana membawa motor cara curi-curi kerana nak puaskan tabiat merempit. Bukan kerana urang tua tu tak tau tabiat aku,tapi dia rotan aku bila tengok roda depan bengkok. Memang aku ada langgar batu ari tu he he. Aku punya tensen lah...Pandai jawab pulak tu..lagi soal mana ayah tau aku yang bawak? Oh Oh lagi berangin lah suasana. Ini cuma cerita dulu masa aku muda dan tak faham betapa aku disayangi dari dulu hingga kini. Apa ayah aku kata: Kamu kalau ada bapa lain pun begitu lah kena rotan kalau salah..(entah akupun tak berapa mahu nak ingat sangat bahalulnya aku).Moral nya aku fikir bab-bab tanggung jawab ayah pada anaknya sama sahaja. Kecuali bapak hantu.Jadi “Traffic summons have nothing to do with politics”..ada juga betui nyer...pemerhati lok lak