
Kangar , perlis darul umno: Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau yang dilaporkan hilang oleh rakannya apabila tidak pulang ke rumah sewa mereka selepas membeli-belah di Jitra malam kelmarin, ditemui mati akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Arau-Kodiang, berhampiran Jelempuk, dekat sini, pagi semalam.
Mayat Umi Kalsum Abdul Majid (gambar), 21, ditemui orang awam yang lalu di situ pada jam 7.30 pagi semalam, iaitu selepas kira-kira lapan jam mangsa yang menunggang motosikal bersendirian terbabit dalam kemalangan.
Apabila menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sewa mereka di Arau, rakan serumahnya membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada jam 3 pagi semalam selepas puas mencarinya.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Superintendan Ibrahim Idris, berkata motosikal ditunggangi mangsa dipercayai terlanggar kon yang diletakkan di jalan berkenaan yang kerja pembinaannya terbengkalai sejak lima tahun lalu.
Katanya, mangsa mungkin tidak nampak kon berkenaan kerana lokasi kejadian yang gelap dan pengguna melalui jalan di situ juga dipercayai tidak menyedari kemalangan terbabit.
“Rakannya yang mendapati mangsa tiada di rumah kemudian membuat laporan polis pada jam 3 pagi tadi (semalam) kerana khuatir sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya.
"Mayatnya hanya ditemui orang awam kira-kira jam 7.30 pagi tadi (semalam) dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di tepi jalan di situ, sebelum memaklumkannya kepada polis," katanya di sini, semalam.
Ibrahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk dibedah siasat.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BH
Note: Ajal itu ketentuan Allah.. Yang menyedihkan jalan tu dah terbengkalai sejak lima tahun lalu. Sayangnya di Kerdau dan Merlimau hanya memerlukan masa seminggu saja, semua jalan dan lorong hatta halaman rumah pun diturapnya. Najib kata kerajaan turap jalan untuk keselesaan rakyat bukan untuk memancing undi di tempat adanya PRK. Tapi kini terbukti tempat yang tidak ada pilihan raya kecil walau sudah lebih 5 tahun terbengkalai projek naiktaraf jalannya kerajaan buat derk jer...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
9 comments:
macam mana nak cakap ye?
tentang permasalahan ini..
tentang ketidak adilan..
tentang penindasan..
tentang penipuan..
tentang mungkir..
tentang segalanya yang memnag terbukti perilakunya,
namun masih disorak dan disanjung,
masih disokong.
Allah Maha Mengetahui siapa yang benar dan siapa yang menipu.
Dan DIRI SENDIRI juga yg tahu diri menipu!
tetapi masih berasalan macam-macam..
Na'uzubillah.
tumpang bertanya,
siapa ADUN kawasan itu?
Siapa undi dia?
Apa dia buat selama ini?
atau
dia dah lupa dia adalah wakil rakyat?
Saya juga kerap juga melalui jalan tersebut utk bertemu anak saya yang belajar di Politeknik Syed Sirajudin.
Ya memang telah lama terbengkalai, sikit hari lagi projek akan dimulakan semula, duit saman ekor dah masyuuuk.
Ramai-ramai kita berdoa agar ADUN/MP kawasan berkenaan cepat mati (skalipun tindakan doa ini adalah salah). Lagi cepat mati, lagi cepat projek itu disiapkan.
Nak salahkan siapa pun susah...
kenapa sampai 5 tahun!!!!?? sebab duit dah habis... bayar duit utk kautim nak dapat projek tu, dah takda modal nak habiskan kerja dan nak bagi kat penyamun tu lagi... so tak siap2lah.. kontraktor dah submit VO utk tambah peruntukan nak siapkan, tapi belum lulus lagi.. Inilah standard yg digunakan di m'sia. sebab tu jambatan pun boleh runtuh, masjid runtuh, stadium runtuh, berek kediaman askar runtuh, bangunan kera-jaan runtuh dan macam2 lagi ada kat sini... tapi orang melayu suka...
salam...lima tahun apanya dah dekat 10 tahun dahhh...semua ni sebab adun kawasan tu x nak mati..tu lah realiti! cerita ni kena war warkan supaya masyarakat tau
dan untuk pengetahuan jalan ini adalah main road ye bukan jalan kampung! dia hubung kodiang dengan arau di perlis. antara alasan bangang mat isa sabu dalam tv ialah sebab penduduk tak nak pindah...ass hole! salah kan penduduk pulak
ooh jalan ni yang selalu aku lalu balik kampung..memang pun pasaipa tak siap-siap lagi? sikit-sikit traktor tolak tanah, sikit-sikit backhoe korek longkang..
kalu nak selamat, lalu jalan ni masa siang, jangan pula malam..lagi satu cuba cari jalan lain..tak susah pon
pendek kata dimana-manapun kita kenala utamakan keselamatan..
perlis darul umno??
ape rasional digelar cmtu??
sbb politik bebal ke? well?? its all 'bout mentallity, desperados!!!
Post a Comment