بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam cerita ini, Mohd Ali dan pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India, untuk mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan.
"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'
"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!
"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd
Ali mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.
Dalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit.
Jadi sasaran
Sebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan "orang ramai" yang marah dengan laporannya itu.
Terdapat cubaan untuk memecahkan cermin pintu belakang keretanya pada malam tersebut, tetapi tiada barang yang diambil.
Kerosakan pada kenderaan tersebut dianggarkan sekitar RM400. dibaiki.
Malaysiakinikemudiannyaberkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung aporanNanban itu.
Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka.
"Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu," katanya sambil menambah mereka tidak makan ayam kerana tidak begitu suka rasanya.
Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja. - kedahlanie
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
Assalamualaikum;
hahaha... biawak mana boleh makan biawak bro... satu spesies wa cakap luuuu...
tapi kalau dah kebulur... dia bedal jugak... kah..kah..kah...
Lain kali bila tanya seseorang tu biar sejelasnya kalau tersilap makan macam mana??
patut le lidah bercabang , rupa rupe nya makn biawak. Tengok kepala biawak macamana . Kalau berkawan pun jadi biawak juge ye.
Bila Karpal bercakap bersedia berbincang mengenai negara Islam dgn PAS, siapa lebih hina UMNO atau DAP? Sudah pasti yang hina adalah UMNO. Ini kerana UMNO adalah parti orang Melayu-Islam tetapi1. tak mahu menegakkan negara Islam2. tak mahu menegakkan Islam yang ada dalam Al-Qur'an dan Sunnah3. tetap terus dalam ideologi sekular yang bertentangan dengan Islam.
Post a Comment