Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, March 1, 2011

APA ADA PADA ISLAM?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan peristiwa rampasan kuasa sesebuah negara melalui tunjuk perasaan oleh rakyat. Sebelum ini Thailand merupakan negara Asia yang cuba menolak pemimpin semasa mereka melalui penunjuk perasaan secara besar-besaran tetapi keadaaan berbeza yang berlaku di Timur Tengah dimana beberapa buah negara berjaya digulingkan melalui tunjuk perasaan.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah kebangkitan Islam melalui naluri dan sanubari setiap insan yang dikuasai oleh Allah s.w.t supaya keadilan dapat ditegakan semula dan pemimpin yang kejam dijatuhkan. Jika dilihat semula sejarah negara-negara yang bergolak di Timur Tengah kebanyakannya merupakan negara boneka Yahudi dan Nasrani. Pastinya pemimpin Yahudi dan Nasrani semakin gelisah apabila melihat senario baru yang berlaku di Timur Tengah dan sekiranya benar berlaku perubahan dan corak politik yang telus serta para pemimpin yang bakal dipilih itu benar-benar bertaqwa maka semakin tidak senang duduk parasit Yahudi dan Nasrani ini.

Persoalan aku disini amat mudah, “apa ada pada Islam, apakah kelebihan Islam?” Persoalan ini bagi menjawab kepada persoalan yang lain iaitu, mengapa Yahudi dan Nasrani amat takut pada Islam yang sebenar? Islam amat mudah untuk diperkatakan dan diakui akan tetapi sejauh mana kita benar-benar berpegang pada Islam itu sendiri yang memberi beza.

Sesungguhnya kita beruntung kerana menghuni bumi Malaysia yang aman damai ini. Oleh kerana itu dengan mudah juga kita mengakui Islam itu agama kita walaupun agama itu hanya sekadar syarat bagi pelengkap dalam kehidupan. Setidak-tidaknya kita punyai agama, betul tak?

Berbalik kepada soalan aku tadi. Kepada para pembaca blog ini tolong la bagi komen, input, infor... kepada soalan cepu emas ini... Apa ada pada Islam? (korang tak payah susah payah nak kupas insiden yang berlaku pada dunia luar, tolong jawab soalan aku berpandukan gambar dibawah, sekian terima kasih)





- dama-ulan

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

16 comments:

mariah said...

tak baiknya mereka...

banner yg dibawa merupakan fitnah...

dan mereka perlu memohon maaf dari tuan empunya badan!

begini sekali andai dunia tidak dilihat sebagai permainan cuma...

astaghfirullah

Kakzakie Purvit said...

Astaghfirullahalazim.... Sesungguhnya itu adalah fitnah. Mempermainkan seorg tokoh/ulama. Bila Islam dipermainkan kena tunggulah musibah yg akan diberikan. Ketahuilah Allah melihat apa yg kita tidak nampak. Kakak tahu TGNA tak rasa apa kerana tingginya muhasabah diri ada padanya. Tapi apa tujuan paparan begini? Utk menyakitkan hati? Puas dgn cara begini?

Maaf kakak agak emosi....

~UmmU SoLehah~ said...

umat Islam di Malaysia khususnya telah disekularkn oleh pemimpin yg sekular2 belaka. lihat saja anak2 muda yg mendokong pemimpin2 yg jahil & sekular, mereka turut keliru dengan identiti sbg org Islam. mereka semakin x fhm agama, dan semakin jauh dr agama. org2 yg berstatus agama di kalangn mereka jg tidak mempunyai kuasa utk bersuara dan 'menegur' apa yg patut..

sangat menghairankan bila perkara salah yg nyata2 telah disebarkn spt diatas langsung x diambil tindakan..

kadang hairan apa tugas para alim ulama yg berada di belakang 'pemimpin'2 itu.. apa tugas imam2 muda. adakah hanya perlu lihat dan saksikan perkara2 macamni blaku di Malaysia..

ini lah fenomena akhir zaman yg amat menakutkan.

harap2, org yg tahu agama yg berada di belakang pemimpin, kehadapan dan berani mengatakan kebenaran serta menolak kebatilan. jika tidak, tidak mustahil 'rakyat2' yg inginkan keamanan & keadilan akan bangkit & tumbangkn smua pemimpin2 yg kurang bijak dlm memimpin..

^_^

nur said...

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Anonymous said...

bila amik gambar, tutup muka plak
bacul...

uNCLe Joe

FatinJelita said...

astagfirullah.. semoga mereka yg terlibat ni akan dilembutkan hati utk melihat kebenaran.. amin~

Dama-Ulan said...

mana polis...mana pihak berkuasa??? mana ulama...???mana, mana dan mana...???

kalau ulama pun boleh buat sampai cam tu... maka mereka itu setaraf dgn binatang...

Jawapan kpd persoalan aku... demi keduniaan Islam itu tiada erti dan nilai lg...... (utk cukup syarat isi borang ajee... hihihi)

Semoga Allah Taala memberi pertunjuk dan hidayah kpd mereka... amin...

Dama-Ulan said...

mana polis...mana pihak berkuasa??? mana ulama...???mana, mana dan mana...???

kalau ulama pun boleh buat sampai cam tu... maka mereka itu setaraf dgn binatang...

Jawapan kpd persoalan aku... demi keduniaan Islam itu tiada erti dan nilai lg...... (utk cukup syarat isi borang ajee... hihihi)

Semoga Allah Taala memberi pertunjuk dan hidayah kpd mereka... amin...

Anonymous said...

bangsat dan cilaka la mereka yg mpermainkan ulama!

Unknown said...

astaghfirullahalazim..smpai cmni skali bumi malaysia..??ya Allah,,slmtknlh mrka yg tdk brslh..amin..

Anonymous said...

tu la perangai orang BN,tak dak isu dah ka sampai benda cmni pun hangpa buat kempen haram aih sapa buat poster ni mintak mampus cepat2

pasatauumno said...

tak takut ke dgn pembalasan Allah??dah pegang banner tu awat plak tutup muka?bukan bangga ke jd warga BN????

Anonymous said...

Pasti ada pembalasan samada di dunia dan di akhirat,,tguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Anonymous said...

Inilah politik.... buat tak tau sudah...susah betul cara engkorang berfikir....

Nik Aziz orang politik mestila kena gurau2 macam tu.....

OK APA.... cantik tu.... tadanya susah2 ulama tokleh gurau.

biasala tu.... kalau tokleh gurau asik nak fikir dosa pahala duduk aje bawah tempurung.

sangat kreatif..pujian untuk gambar yg sangat menarik....

wooooo.

akuHAMBA said...

Berkempen, Jangan Sampai Ke Neraka!

Saya banyak menahan diri daripada menulis menghentam budaya politik longkang yang diamalkan UMNO/BN dan cuba bersikap matang dalam menangani isu. Saya diam apabila kerajaan Perak dirampas oleh UMNO/BN, saya sepi bila masjid-masjid dirobohkan,termasuk Masjid Jubli Perak di Bangi satu ketika dulu dan saya tidak menzahirkan penentangan secara terbuka bilamana harta dan hak rakyat dirobek. Tetapi bilamana wujud manusia yang begitu berani mengolok-olok ulama' sehingga ke tahap 'mencadangkan' seorang ulama' diliwat oleh tokoh politik lain, saya katakan, CELAKA ADA BATASNYA!

Saya banyak mendampingi pimpinan PAS dan melalui close encounter ini saya sentiasa dipahatkan dengan keyakinan tentang penjagaan rapi pimpinan terhadap amalan kerohanian, khususnya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Justeru saya yakin bahawa sebarang kekeliruan dan percanggahan yang timbul adalah atas dasar ilmu dan dibimbing oleh Allah. Kalau hendak dibandingkan dengan hampas yang mereka gambar ini, saya yakin 2 juta peratus bagai langit dengan bumi!


Mari mengaminkan doa ini;

Ya ALLAH peliharakanlah maruah ulama'-ulama' pewaris para anbiya', dan timpakanlah kecelakaan kepada musuh-musuh mereka dan musuh-musuhMu, sekiranya mereka terus tetap di atas jalan yang Engkau murkai. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

embun2011 said...

ameen ameen ya Rabb..