بسم الله الرحمن الرحيم
Adun BN dari Lenggeng bersalah terima suapan kontraktor pasir. Kenapa jatuh hukum 1 April 2011?
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menerima suapan daripada seorang kontraktor berkaitan surat sokongan permit menjual pasir, dua tahun lalu.
Mustafa, 53, yang memakai kot hitam, bagaimanapun tenang apabila keputusan itu dibacakan Hakim Amran Jantan.
Dia yang dilantik sebagai Adun Lenggeng pada 2008 didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada M Manimaran, 38, di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, Seremban, kira-kira jam 5 petang, 31 Ogos 2008.
Wang berkenaan didakwa diterima Mustafa sebagai dorongan untuk mengeluarkan permit menjual pasir kepada pengadu.
Berikutan itu, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10 (a) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Namun, Mustafa dibebaskan atas dua pertuduhan meminta wang daripada pengadu melalui orang tengah berjumlah RM2,000 dan RM3,000.
Perbuatan itu masing-masing dilakukan di Lot 1321, Mukim Pantai dan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Dato’ Kelana Makmur, di sini, pada 28 dan 30 Ogos 2008.
Amran dalam penghakimannya berkata, melalui keterangan bersumpah, tertuduh mendakwa tidak menerima atau meminta wang berkenaan daripada pengadu.
“Seorang saksi pendakwaan iaitu anggota SPRM yang berada di lokasi kejadian bagaimanapun mendengar perbualan mereka berkaitan surat sokongan mendapatkan permit menjual pasir dan besi buruk.
“Selain itu, tertuduh mendakwa tidak mengambil dan hanya mengusik wang berkenaan dalam satu sampul surat di atas meja dan memberitahu dia tidak selesa dengan tindakan pengadu terbabit.
“Namun, satu rakaman video oleh SPRM menunjukkan tertuduh masih duduk di situ dan dilihat berbual sambil menghisap rokok,” katanya.
Mahkamah menetapkan tarikh jatuh hukum terhadap tertuduh pada 1 April depan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Raya SPRM, Kevin Morais manakala Mustafa diwakili peguam Datuk Taqiyuddin Yahya dan Feisal Mustapha.
Note: 1 april 2011 bermakna genap 3 tahun usia parliment. Apabila genap 3 tahun bermakna tiada lagi pilihan raya kecil. Kah..kah..kah..kah.. pilihan raya kecil banyak habis duit ooo nak rasuah rakyat. Nak kena buatkan jalan baru.. nak buatkan masjid baru.. nak bayar umi hafilda, beli bendera, upah org gantung bendera, upah mat sempit bocorkan tayar, pecahkan cermin kereta orang.. uisshhh macam-macam lagi nak bayar.. ratus juta nak keluar lagi.. kalau tak ada pilihanraya kecil kan nyaman hidup.. pergi mati sama orang lenggeng..tak payah susah-susah buatkan jalan baru.. kah..kah..kah..kah.. pandai tak umno tipu rakyat? Kempunan la orang Lenggeng, kena aprilfool dengan umngok.. Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
membisu org2 depa psl isu ni! tkt tergugat kerdau + merlimau!
Post a Comment