بسم الله الرحمن الرحيم
TPM kata penduduk Kerdau menyampah pada Anwar
Video yang menunjukan ribuan manusia yang datang ke ceramah umno di Kerdau kerana orang kerdau menyampah pada anwar.. Kah..kah..kah..kah..
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya.
"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.
"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."
Pagi tadi, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid mendakwa kereta yang dinaiki Anwar dikepung dalam dibaling batu oleh sekumpulan 30 orang di Felda Jengka 22 pada Khamis malam.
Bercakap dalam sidang media harian PAS di Kerdau pagi tadi, pengamal undang-undang itu menuduh ia dilakukan penyokong Umno yang memakai baju dan ves dengan logo BN.
Ahmad Nizam juga mendakwa petugas Umno dan BN menabur paku di sekitar tapak ceramah Anwar dan pihaknya difahamkan 50 motosikal dan beberapa tayar kereta mengalami merosakan.
Dalam program itu, majlis juga mengumumkan persetujuan Muhyiddin meluluskan pembinaan masjid baru di tempat itu - kampung Badok - bernilai RM500,000 bagi menggantikan masjid lama yang sudah uzur. - malaysiakini
Note: Kah..kah..kah..kah.. Macam ni jawapan seorang Timbalan Menteri Perdana.. Hancur Malaysia... Kalau menyampah siapa-siapa pun ada hak untuk melakukan kekasaran.. Kah..kah..kah..kah.. Muhyiddin aku memang menyampah dengan perangai ko.. Boleh tak ko tolong datang sini.. aku nak baling muka ko dengan telur tembelang... Itu hak aku ler sebab aku memang menyampah tengok muka ko... Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
2 comments:
likessss la n3 nih....hihi
Mo-nyet-din for PM??? hell NO!
Post a Comment