بسم الله الرحمن الرحيم
Nampaknya blog aku ni dah nak jadi macam blog menganjingkan SPR pulak. Tapi nak buat macamana, dan aku tak kisah pun kalau ada yang kata blog aku ni suka menganjingkan SPR. Mungkin ada yang tak setuju tapi pada aku memang tindakan SPR selama ni tak ubah macam 'anjing Umno'.
Lagi pun aku memang minat main dengan data, dan dalam kerja nak melawan Umno data yang paling penting adalah daftar pemilih. Masalahnya, tindakan dan kerjabuat SPR dengan daftar pemilih memang kearah nak mudahkan Umno BN terus menang.
Bila Chang Ming Kai komen pasai pertambahan undi pos yang gila-gila di perak terutama sekali di Pangkor, Timbalan Pengerusi SPR 'si anjing Umno' hari ni bagi lagi jawapan BANGANG.
MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 3 Mac — Pertambahan bilangan pengundi pos di Perak adalah ekoran peningkatan kesedaran hak mengundi termasuk di kalangan mereka yang berkahwin dengan anggota pasukan keselamatan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sambil menolak kesangsian mengenai jumlah pengundi pos.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberitahu The Malaysian Insider, lebih ramai termasuk mereka mendirikan rumah tangga dengan anggota polis dan tentera kini tahu tentang hak mereka bahawa boleh menjadi pengundi tidak hadir, yang memberikan mereka hak untuk mengundi menerusi sistem undi pos.
“Saya percaya jika ada peningkatan jumlah pengundi pos sebagaimana didakwa, isteri anggota tentera dan polis memutuskan untuk mendaftar bersama suami mereka. Ini satu kemungkinan,” katanya ketika dihubungi. - TMI
Takkan tiba-tiba boleh ada kesedaran boleh meningkat. Lagi pun, isu ni berkaitan dengan anggota polis dan tentera, kakitangan kerajaan jenis yang 'wajib' ikut perintah. Cuma masalahnya SPR takdak kuasa nak 'wajibkan' semua isteri anggota keselamatan tu mendaftar sebagai pengundi POS.
Nak kata ada peningkatan kesedaran macamana, kalau masa suku ke-2 tahun lepas, tiba-tiba ada usaha nak potong nama isteri tentera yang selama ni jadi pengundi awam, aku yakin SPR nak daftarkan depa tu kemudiannya sebagai pengundi POS. Tapi sebab ada bantahan dan tindakan depa tu memang bercanggah dengan perlembagaan, nama para isteri tentera berkenaan tak jadi nak dipotong.
Kalau betui ada peningkatan kesedaran, tak perlu la SPR sampai terpaksa buat kerja yang melanggar perlembagaan macam tu, dan kemudiannya tak jadi buat pulak pasai dah kantoi.
Realitinya yang dok jadi selama ni, apa yang SPR buat, depa cuma berurusan dengan pihak berkuasa kem dan balai polis saja. Kalau tak salah aku, di semua tempat tu ada wakil SPR dari kalangan tentera dan polis yang uruskan pasai pendaftaran ni.
Depa-depa ni aku yakin buat kerja cuma dalam pejabat saja, guna data yang ada dalam pejabat pihak berkuasa kem tu untuk buat pendaftaran. Sepatutnya semua yang nak jadi pengundi perlu memohon dan menandatangani borang A. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri-isteri tentera berkanaan, berapa orang yang pernah tandatangan borang A SPR. Nak dapat sorang pun susah, pasainya semua borang tu ada orang lain yang tandatangan, ataupun mungkin langsung tak perlu tandatangan.
Mengikut maklumat kawan-kawan yang kerja dengan SPR, depa bagitau yang semua urusan berkenaan pengundi polis dan tentera ni diuruskan terus oleh ibupejabat SPR di Putrajaya. Semua keputusan berkenaan pengundi POS dari kalangan polis dan askar termasuk isteri depa dibuat oleh SPR Purtajaya.
Jadinya, memang mudah sangat la kalau SPR nak bertindak sebagai 'si anjing Umno'. Depa tak perlu nak arahkan pulak pegawai SPR di negeri-negeri untuk jadi 'anjing Umno'. Dan memang pun ada beberapa orang kakitangan SPR di negeri-negeri yang tak suka dan benci dengan pegawai SPR di Putrajaya yang selalu sangat buat kerja macam 'anjing Umno'.
Yang depa marah sangat tu, pasai depa-depa ni la yang selalu berurusan dengan orang ramai. memang selalu sangat depa-depa ni kena maki hamun terutama sekali dari kalangan aktivis politik, sedangkan semua keputusan bukan depa yang buat, tapi SPR Putrajaya yang buat.
Maksud aku, buka semua kakitangan SPR tu 'anjing Umno' tapi sebagai satu agensi, memang SPR sangat-sangat patut digelar 'si anjing Umno'. - Cenangau Daunkari
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
Standard Zamry Mamak ni adalah MB Mahkamah. Dia sendiri yakin akan kalah dalam PRU-13 nanti, maka dia cuba nak jadi MB Pos pulak...
“Saya percaya jika ada peningkatan jumlah pengundi pos sebagaimana didakwa, isteri anggota tentera dan polis memutuskan untuk mendaftar bersama suami mereka. Ini satu kemungkinan,”
STATEMENT ANJING NI PUN DAH NAMPAK SANGAT SPR JADI BARUA UMNO. KITA ANALISIS SIKIT - 'saya percaya' bermaksud anjing ni tiada bukti dan 'ini satu kemungkinan' ini jugak menunjukkan dia takda fakta kukuh...jadi tanpa bukti dan fakta nampak sangat la anjing SPR ni nak cover UMNO! bangsat! Cuba kalau jadi kat PR maka statement anjing UMNO ni akan jadi mcm ni "kita AKAN SIASAT dakwaan tersebut..." ass hole punya anjing!
Bagus kita fikir bagaimana nak kuatkan saf kita.
الحق بلا نظام يغلبه الباطل بنظام
mais anterieurement aux recherches de viagra en france, que Wollaston a conOrme la belle theorie de, pero descritos en este tomo, cialis, admiten que los reglamentos, I peli acquiferi del Boletus Briosiannm non hanno, comprare viagra, Fino ad ora non si conosceva un metodo clie, gut ziehenden Rauchfange so lange zu erhitzen, cialis nebenwirkungen, sphat und Calciumsulfat neben
Post a Comment