Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, March 4, 2011

PAC BAKAL TUMPU 10 PROJEK BAZIRKAN WANG RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Berita Sumber TVS News



Kuala Lumpur, 29 Okt - Sepuluh masalah yang akan disiasat membabitkan ratusan juta ringgit dan menjadi antara faktor utama kenapa hutang kerajaan melonjak kepada paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Tarikh siasatan Jawatankuasa itu yang merangkumi ahli-ahli parlimen akan ditetapkan tidak lama lagi. Siasatan akan bertumpu kepada

- Tindakan Kementerian Pertahanan menggunakan peruntukan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi untuk membeli sistem audio visual, lampu hiasan bernilai RM10,000 dan kerusi sofa berharga RM26,000.

- Kenapa Kementerian sama terpaksa membayar lebih RM800,000 untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih untuk projek yang menelan belanja RM1.27 juta.

- Kenapa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mengikat perjanjian dengan pihak ketiga dan sekali gus melanggar syarat bahawa kerajaan persekutuan tidak terikat untuk membayar RM240 juta dalam bentuk bon terbitan LKIM.

- Kenapa Kementarian Kewangan tidak menamatkan kontrak sebuah syarikat yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual untuk Pelabuhan Pulau Pinang Sdn Bhd (PPSB), mengakibatkan kosnya naik RM6.71juta. Syarikat itu diberikan kontrak berkenaan tanpa ditender. PPSB kemudian bertindak untuk menambah anggaran kos projek untuk fasa ketiga dari lebih RM400 juta kepada RM600 juta. Dua syarikat kontraksotr kemudian dilantik secara terus untuk melaksanakan projek itu untuk RM682 juta.

- Kenapa Perbadanan Tabung Pusat Pengajian Tinggi PTPTN memberi pinjaman berjumlah RM23 juta kepada lebih 6.000 pelajar yang tidak memohon bantuan itu.

- Kenapa program rawatan haemodialisis Kementerian Kesihatan dibelenggui masalah termasuk pesakit menunggu terlalu lama untuk rawatan, peralatan dan perubatan masih belum diterima walaupun pembayaran sudah dibuat. Malah Kementerian Kesihatan membayar hamper RM300, 000 kepada Persatuan Haemodialisis Klang namun persatuan itu belum membuka pusat rawatan setakat ini.

- Program Makanan Tambahan kepada murid-murid Sekolah.(RMT) membekalkan makanan jauh lebih kurang daripada syarat kontrak. Mereka hanya diberikan roti putih dan marjerin dan bukan sandwic sardin serta buah-buahan dan minuman berkhasihat .

- Kenapa Kementerian Pertahanan menyerahkan dua bidang tanah kepada sebuah syarikat yang kemudian mencagarkannya untuk mendapat pinjaman bank RM465 juta. Syarikat berkenaan hanya menyiapkan 18 peratus daripada projek membina kompleks tentera bernilai RM256 juta.

- Kenapa Projek Institut Politeknik Muadzam Shah di Pahang tiga kali bertukar tangan sejak ia dimulakan pada September 2001 dengan kontrak bernilai RM219 juta. .Kos projek berkenaan kini meningkat 34.6 peratus kepada RM294.74 juta Ini tidak termasuk RM10.55 juta yang terpaksa dibayar sebagai kos perunding dan juga sejumlah RM130,000 yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi kos penyewaan bangunan untuk penuntut institut berkenaan.

- Kenapa Perbadanan Aset Keretapi (PAK) yang ditubuhkan pada 1992 iaitu selepas Keretapi Tanah Melayu diswastakan, hanya 30 peratus aset tanah berkenaan telah dipindahkan kepada PAK.Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula telah menjual lima lot kepada pemaju swasta sebelum PAK dapat mengambil semula hak milik menyebabkan PAK kerugian RM335.32 juta. - tranungkite


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: