بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.
Dalam kita dok blogwalking terkadang kita akan terjumpa dengan blog yang menarik minat kita. Jadi jika kita seorang blogger sudah tentu kita akan buat keputusan untuk memollow blog tu kan. Dan seperti biasa juga kita sebagai masyarakat yang berbudi bahasa mungkin ada diantara kita yang teringin difollow oleh blog yang telah kita follow tadi. Kalau tak follow balik pun sekurang-kurang orang nak la datang melawat blog kita. Tapi tunggu punya tunggu member tak nak pun follow dan mungkin langsung tak datang melawat blog kita. Mungkin kita sedikit terasa.. mungkin juga kita terfikir bahawa blog kita ini tak istimewa kan sampai orang tak sudi nak follow atau nak datang menjenguk.
Ok.. apa yang aku nak bincangkan disini kadang-kadang bukanlah kerana blog kita tu tak cukup bagus, Tapi orang tak follow atau tak masuk ke blog kita hanya kerana kesilapan teknikal kita yang kecil saja. Kita ni bukan apa.. cuma bimbang orang kata kita sombong jer bila kita tak follow blog member yang dah follow kita tu.. macam kita ni best sangat la pulak .. orang dah follow kita tapi kita buat derk jer..
Benda ni sering berlaku terutamanya kepada blogger-blogger baru. Kesilapannya ialah mereka terlupa atau tak tahu sangat macam mana nak setting profile blog mereka yang mengakibatkan sesiapa yang mereka follow tak dapat nak trace blog mereka semula.
Sebagai contoh kat bawah ni.. ada 2 orang follower blog ni yang satunya dah edit profile dia dan yang satu lagi tak. Jadi yang pertama tu kita dapat mengecces blog mereka dan yang kedua tu tak dapek den nak nolong.
Image 1
Image 2
Jadi macam mana kita nak mengatasi masalah ni? Ok.. Aku malas nak taip banyak-banyak. kita terus ke step yang pertama.
1- Sign in blog korang
2- Pastikan korang berada dipage "Dashboard"
3- Sekarang korang klik pada "Edit Profile"
4- Cari "Homepage URL" dan masukan URL/link blog korang. (macam image kat bawah ni)
Klik pada image untuk besarkan
5- Dah selesai tapi jangan lupa klik "SAVE PROFILE" sebelum keluar.
Ok dah.. semoga bermanfaat.. wassalam.
Eh.. jap.. ada satu cara lagi. kalau dah ajar macam kat atas ni pun korang x faham lagi, korang boleh tinggalkan url dan pesanan pada shoutbox blog yang korang follow tu. (itupun kalau dia ada shoutbox la). Contohnya macam kat bawah ni.
Name: Letak la nama blog korang
e-mail/Url : http://blogkorang.blogspot.com
Message : Tolong la follow aku balik.. kesian la kat aku.. asyik aku jer follow korang... kah..kah..kah..kah..
Wassalam.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
25 comments:
salam teman seperjuangan..
blog saya bukan blog politik tp saya agak aktif membantu parti di peringkat cawangan..dan saya sentiasa cuba mendapatkan maklumat terkini dan sumber2 yg dapat menambah pengetahuan saya.. maka, saya follow blog Bujang Susah.. blog yg pada saya amat menarik malah saya cadangkan kepada rakan2 lain utk berkunjung ke blog ini.. saya follow blog ini..dan tidak kisah jika saya tidak difollow balik krn bukan itu niat saya.. sebaliknya, bujang susah turut follow blog saya..saya berasa dihargai.. t kasih saudara dan teruskan menulis ! Salam buat BujangSusah..
Assalamualaikum..
bg sy,tiada paksaan utk jd follower.hehe
hak3~ boleh ek merayu seolah2 paksa orang follow blog kita cmtu? heeee~ (^_^)
terima kasih utk ilmu yg bermanfaat..tak sedar pun selama ni...ok dah edit profile....tq
Assalamualaikum... hihihi blog walking kali ke 3. 1st time masuk blog nie ajer dah dapat ilmu. terima kasih. saya follow blog nie sebab saya suka. Tak follow blog saya pun tak aper. Cuma saya tertanya2, blog saya consider blogger ke? Atau lebih kepada niaga? (soalan naif nie hihihi)
sy x kesah. nk folo ke x nk ke... up to u. sbb sy lbh pentingkan entry yg bermanfaat dan ada info. kalu lbh kpd syok sendiri... mintak maap ler
As salam
aku dah follow blog ko balik
hehehe...
blog ko aku bagi 4 bintang...
sebab aku tak tahu berapa banyak bintang yang sesuai...
yang penting blog ko BEST gak...
TQ
salam,
ape2 pun saya suka blog bujang susah..
sebab saya senang!
padahal blog saya ciput je! sudi gak dia jeling dan jenguk2..
rasa dihargai sbb blog beliau amat popular dan terkenal...macam2 info ade hingga tiap kali pasti singgah tapi malu nak tegur!
beliau peramah dan mesra alam...
heh! salah ke?
i'm sorry!!
Tq, dapat ilmu baru...
dah cube..hehe..dah dpt dh..patut la skit sgt pageview blig ici ni...tq ya..nicr info....selama ni xtau pun...
nak cuba gak lah
salam.. terbaik la blog bujang susah ni..suka senangkan org..thanks the info...
pernah kena gak dulu mcm nie, tapi ader mmber blog lain tolong britau..thnks jgak kat bujang susah, sbb info nie..teringat dulu2,pelik sbb xde org dtg lawat..heheheee
: t.q for he tutorial.
Assalamualaikum..
saya newbie kat sini dan tak tahu la kalau ada nak follow sy punya blog.. blog sy open bercerita tentang semua dan untuk di kongsi dan bercerita pun boleh..
terima kasih..
Wah...tips bagus untuk sy yang baru...ki ki ki :P
salam...
da buat..tp still tak menjadi jugak la =(
skrg nih belog sy bermasalah..hanya keluar 1 post je..mcm2 da buat..stil cmtu jugak..setting semua da betul..tp tak menjadi...aaarrrrgh tension =(
salam.. nice info.. syukran.
assalamualaikum terima kasaih atas info anda
Salam untuk tuan punya blog,
Terima kasih dengan info yang diberi kerana amat berguna kepada bloger baru seperti saya.... Salam Prejuangan.
Setting camni sy da ubah sndr lama dah. Namun sy masuk blog ni dan dapat banyak benda menarik jd sytinggalkan jejak. Lol!
Betul betul betul ...setting kene bagus
betul2... 1st time aku jumpa blogger explain knape takk follow blog org lain. aku pun tak follow blog org lin, takut tak ikhlas, bukan sombong. kalau nak melawat tu, aku lawat jela ikut sesedap hati. btw, nice blog bro.
lama x ziarah, salam singgah..
http://syedhassan-ramadhan.blogspot.com/
Amat bagus sekali blog anda dan begitu bernas dalam menyampaikan ilmu.Semuga mendapat keberkatan yang berpanjangan.
Post a Comment