Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, March 23, 2011

SAYA DALAM VIDEO ITU

بسم الله الرحمن الرحيم



"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

NONEShazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA. - malaysiakini


Note:Kah..kah..kah..kah.. tembelang dah start pecah... kah..kah..kah..kah.. T itu maksudnya TAMBI kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

Anonymous said...

ALLAH maha besar..kebenaran terbukti...

dr said...

kantoi bodoh je

mamawana said...

Sembahyang hajat ramai2 doa selamatkan diri dari fitnah akhir zaman dan semoga Allah swt memberi balasan setimpal cara cash pd yg memfitnah itu.

Embun Pagi said...

betul mamawana...buat solat hajat ramai2....hurmm..mmg ada iras tp xsama punnnn.......

IrfanzBlog said...

bukan niat nak cmpuri urusab politik..tapi agak risau dgn situasi skrg di negara ini..fitnah seperti menjadi satu kewajipan..

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Dunia akhir zaman dipenuhi dengan pelbagai perkara pelik dan susah untuk difikirkan.

Semoga rahmat Allah tetap menyimbahi bumi Malaysia.

TQ

Anonymous said...

PDRM JLN KAN TUGAS ANDA RAKYAT MELIHAT ALLAH JUGA MELIHAT....•

Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu (Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code). Klasifikasi Kod Kandungan.
• Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;
• Kandungan lucah – perbuatan berunsurkan seks secara nyata, pornografi, pornografi kanak-kanak;.
• Kandungan tidak bermoral – lucah, tidak bermoral;.
• Kandungan berbentuk ancaman – propaganda menghasut, menanam kebencian, mengancam keselamatan negara, kesihatan dan keselamatan awam;.
• Bahasa kesat – ucapan yang menghasut, keganasan;.
• Kandungan salah/tidak tepat – salah, mengelirukan.