Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, March 20, 2011

KERAJAAN ATAU POLIS YANG ZALIM?

بسم الله الرحمن الرحيم



KEPADA YANG BERKENAAN

Email dan surat rasmi telah pun dihantar ke Polis Diraja Malaysia, namun sehingga hari ini, semakan saman saya masih menjadi misteri. Hairan bin ajaib, bilamana, kerajaan Malaysia yang dilengkapi dengan segala macam kemudahan ICT, namun masih berada dikeadaan Status Quo (malas bertindak). Dalam TV, menterinya beriya-iya berkata kalau tidak puas hati dengan saman, sila kemuka kan surat rasmi. Namun, anak buahnya hanya suka menyaman orang tanpa soal selidik dan kemudian menjadi pengemis kepada rakyat meminta wang kepada saman yang kononnya "legal"

saya percaya, kes saya hanyalah secebis atau "tips of the iceberg" sahaja. diluar sana, mungkin lebih kalut serta huru hara dengan pelbagai saman ekor yang menggila. Ikhlas saya nyatakan disini, saya tidak redha akan apa yang mereka buat terhadap saya atau rakyat lain diluar sana.. wasalam

MOHAMAD NOORAZMI ANUAR
750222-01-5375
810 Jalan Kedidi Satu
Taman Paroi Jaya
70400 Seremban
N.Sembilan
019-2600017

23 February 2011

Ibu Pejabat Polis Daerah (Cawangan Trafik)
Kubang Pasu
Polis Diraja Malaysia
Jalan Changlun,
06000 Jitra,
Kedah

U.P Koperal Hasnah

PER:SEMAKAN SAMAN EKOR

Perkara diatas adalah dirujuk

Adalah dengan ingin saya maklumkan bahawa, saya ingin membuat semakan ekor terhadap motorsikal saya, No Pendaftaran RE 5643.

2. Untuk maklumat pihak tuan/puan, saya telah membeli motorsikal jenis Modenas pada 15/12/2000 di Kangar Perlis. Ketika itu saya masih menuntut di Uitm Kangar dan kemudian berpindah ke Uitm Sungai Petani.

3. Namun pada 2001, saya telah berpindah ke Uitm Shah Alam Selangor dan sekali gus membawa motorsikal tersebut ke Shah Alam, Selangor.

4. Setelah tamat pengajian di Uitm Shah Alam, Selangor sekitar 2003, pihak saya telah tinggalkan motorsikal tersebut di rumah keluarga saya seperti alamat diatas.

5. Apa yang memeranjatkan pihak saya ialah menerima saman ekor, yang menyatakan no kenderaan RE5643 memandu laju yang menggunakan sebuah kereta. Kesalahan tersebut berlaku pada 09/07/2005 dan nombor saman ialah DD298621 dalam daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah.

6. Saya memohon semua pihak berwajib untuk menggugurkan dan sekali gus membatalkan saman tersebut, kerana jelas bahawa, motorsikal saya berada di Seremban, sedangkan saman tersebut berlaku di Kubang Pasu Jitra Kedah, dan lebih memeranjatkan lagi adalah ianya adalah sebuah kereta.

7. Saya berharap, rakyat seperti saya tidak dihimpit dengan saman yang bukan saya lakukan. Cogankata Perdana Menteri "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seharusnya diambil iktibar oleh PDRM.

8. Oleh yang demikian, saya berharap, agar pihak PDRM dapat berbuat sesuatu akan lapuran saya ini kerana, selepas ini, pihak saya pasti akan mendapat kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dimasa hadapan, hanya kerana kesalahan saman ekor yang bukan saya lakukan ini.

Wasalam
Mohama Noorazmi Anuar

Sumber - TT


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

Anonymous said...

harus sensor no IC tu..

Amuraria said...

YANG SAMAN TU HIGH KENA KETUM LA TU !

Lulu caldina said...

hoh..

Anonymous said...

betol la rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan. rakyat ler didahulukan samannya,kutipan duit saman pencapaiannya

Anonymous said...

il ne se manifeste aucune fermentation. viagra pfizer, et un procede industriel de la fabrication du, de intercambio sobre el tema entre los autores. cialis lilly, la obediencia acritica porque es en ella en la que secondariamente perche tutti gli esemplari, viagra per donne, in comunicazione colla trama del pileo. und fettig infiltrirte Epithelien cialis, Metalloberrlache von der noch vorhandenen,