Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, January 26, 2011

JATUH KAFIR MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم



Note: Jatuh kafir bila seorang islam itu mempersendakan hukum Allah. Bagaimana pula mereka-mereka yang menyokong serta tiada mengambil tindakan yang wajar kepada si kafir harbi yang mempertikaikan hukum islam? Tak ambil tindakan tu satu hal.. yang lebih teruknya baekkkkkk punya sokong kafir ni mempersendakan agama sendiri..

Lagi jahanam islam di Malaysia bila seorang Menteri Besar yang mengaku islam berkata "Jangan mengundi calon PAS, jika tidak.. Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri"

Manusia macam ni masih boleh dikatakan islam ke? Tahniah buat penyokong-penyokong manusia yang merosakkan islam ini. Semoga anda akan diberi syafaat pahala oleh pemimpin anda di sana nanti.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah kita dpt byk penerangan terperinci oleh Ust Azhar Idrus. Sekarang ni byk juga ahli agama (ustaz, ustazah dan juga mufti) yang membuatkan org ramai jadi confuse.

Cth yg nyata Dr Mashitah, Ust Kazim dan Harussani. Ust Kazim tu akak suka dgr cerama dia tapi tu bila sampai bab pemimpin ni dia jadi pelik sikit :(

Anonymous said...

ustaz kazim tu sengal2 ubi kak finaz. ustaz x berapa nak jadi. nak tegakkan islam tapi takut dgn pemimpin. takut kena ban pastu terus x laku pada umno.