Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, January 25, 2011

BODOH, TOLOL ATAU GILA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Pindaan perlembagaan gagal, tidak peroleh undi dua pertiga DUN


Ahli beberapa NGO yang membawa banner berlambangkan UMNO berarak secara aman dari Dataran Shah Alam menuju ke Bangunan SUK, Shah Alam, bagi menyerahkan memorandum membantah pindaan perlembagaan negeri hari ini.

SHAH ALAM, 24 Jan — Sebagaimana dijangkakan usul pindaan perlembagaan negeri Selangor berhubung soal pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri tidak dapat diluluskan ekoran ketiadaan sokongan dua pertiga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan Rakyat menyokong pindaan mengembalikan kuasa Sultan manakala Barisan Nasional (BN) pula menolak.

Usul itu mendapat sokongan 34 anggota dari Pakatan Rakyat manakala 20 wakil rakyat BN terus dengan pendirian tidak menyokong.

Khalid berkata penolakan usul juga membuktikan bahawa Umno yang sebenarnya tidak menghormati sama sekali institusi Raja-raja Melayu dan tetap menghalang Raja-raja Melayu daripada memainkan peranan yang sepatutnya dalam institusi Raja Berperlembagaan.

“Sikap hipokrit pihak Umno kini jelas ternampak dalam rekod mereka yang secara konsisten menafikan kuasa Raja-raja Melayu, terutamanya pada tahun 1983, 1993 dan kini, 2011,” katanya lagi.

Khalid juga menjelaskan sidang Dewan hari ini membuktikan pemimpin Umno sebenarnya tidak layak untuk menyentuh soal kedaulatan Raja-Raja kerana belang mereka telah terbongkar.

“Mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati peranan Raja-raja tetapi sebenarnya Umno yang menghakis kuasa Raja-raja melalui pindaan-pindaan Perlembagaan yang telah dilakukan,” kata beliau.

Khalid memberitahu, walaupun Pakatan Rakyat tidak berjaya untuk membuat pindaan, majoriti ahli Dewan telah menyokong. - Minsider


Note: Memang tak faham sungguh.. UMNO yang hari-hari dok menyalak mengatakan PR khianat pada Raja tapi mereka semua tak menyokong bila PR nak kembalikan kuasa Raja-raja. PERKASA dan UMNO yang hari-hari melalak mengatakan mereka setia kepada Raja tetapi kini terang lagi jelas mereka menolak Raja. Mungkin raja yang dimaksudkan oleh UMNO dan PERKASA ni ialah raja BERUK... Kah..kah..kah..kah..

Note: (foto) Lagi la tak faham bila GAPs yang membawa banner berlambangkan UMNO dan bertulis "DAULAT TUANKU" tetapi membuat demo serta menyerahkan memorandum membantah mengembalikan kuasa Raja-raja.. Tak tahu la nak sifatkan orang UMNO ni bodoh, tolol atau gila... Kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

Anonymous said...

kalo aku jadi Sultan aku ludah sekor2 tu.. pasal tu lah x jadi sultan hahaha

crazy monkeys! itulah sifat yg diterapkan pemimpin dorang. Terkinja-kinja tak tentu pasal tapi xsedar pemimpin mainkan psikologi dorang..

apapun akak minta maaf ler, guna bahasa kasar..

BUJANG SUSAH said...

kah..kah..kah..kah.. sultanah finaz

PUPPETS said...

DI INJAK-INJAK,
AKU TAK BERANI PUN
MENJERIT... LALU MAMPUKAH DAKU MENCARI SYAHID...

DALAM HATI TERSELUBUNG HASAD,
BANYAK SUNGGUH PERANCANGAN JAHAT..
DENGAN BERBEKALKAN ITU
BOLEHKAH DAKU
BERJIHAD...

DENGAN MATA
AKU MELIHAT SEGALA YANG BEJAT,
SEGALA YANG MUDARAT, CUMA TOLOL LAGI BAHLOL HATIKU..
MENYOKONG SEPENUH KUDRAT..

AHH MINDAKU YANG FAKIR,
JIWAKU YANG KIKIR
BARANG SECUIT TAK MAMPU MENYINGKIR DARI JALAN YANG BATIL.

Bella said...

whoaaa Fin what is that. Garangnya. Tak pernah tengok pun garang mcm ni. Period ke? hahahaha Sorry babe I was just joking hun!