Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, January 26, 2011

MUHYIDDIN SINDIR NAJIB SURUH LETAK JAWATAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Susulan sidang khas, Muhyiddin mahu MB Selangor atau Najib letak jawatan?



Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit.

“Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN,” katanya semasa sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini malam tadi.

Menjawab satu soalan bahawa terlalu banyak “politicking” di Malaysia sehingga menyebabkan kepentingan rakyat terabai, Muhyiddin berkata ia berpunca daripada tindakan pembangkang.

“Kita (kerajaan) terpaksa respons, kalau tidak nanti orang kata kita tidak buat apa-apa,” katanya.

Selangor, yang mengadakan sidang khas DUN kelmarin, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959. - MI

Note: Kah..kah..kah..kah.. Ada tersurat dan tersirat dalam kenyataan muhyiddin ni. Yang tersuratnya bolehlah kita anggap dia ni antara manusia kayu yang x layak langsung jadi TPM. Mana tidaknya dari kenyataan sengalnya tu kalau x dapat sokongan 2/3 so kena letak jawatan . Dah tu Najib tak dapat sokongan 2/3 pun kena letak jawatan la? Apa la punya sengal macam ni pun boleh jadi TPM. Dan yang tersiratnya adalah si muhyiddin ni dah gian nak jadi PM. Tu yang dia ni perli najib suruh letak jawatan sebab najib pun tak mendapat sokongan 2/3 di perliament. Kah..kah..kah..kah.. Pemimpin umno ni semuanya memang bodoh tak boleh diajar... pandai tak boleh diikut... Di malaysia macam ni pun boleh jadi TPM ke... Kah..kah..klah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

Yuni Aisyah said...

wah berani btol TPM sindir cntu....mmg ada maksud la..

Shaizul Sapar said...

kahkahkah.. berkias pulak pakcik muhyidin ni. dua tiga kucing berlari betullah. dah tu asal rakyat terabai, salahkan pembangkang. pembangkang lah punca kenaikan petrol, gula, bawang. tapi seluar dlm murah sebab kerajaan. kahkahkah..

Anonymous said...

kelakar pulak baca komen dakwat basah. Tp mmg betul pun..

Anonymous said...

dakwat apa yg basah tu.. huhuhu

iddinm said...

Muhyiddin tak perasan tu dia cakap.. Haha..Kalau dia perasan tentu dia serba salah tertembak bosnya sendiri

yad_element said...

sluar dalam murah meh skarang??

kan muhyiding ni tak sekutu ngan najib... tak tau plak muhyiding ni bleh perli camtu.. perli baik punya.. alah.. takut a tu, lepas najib turun, jawatan PM tak ke muhyiding, tp ke bik mama.. kah3...

on ibrahim said...

sapa tak kenal anak jantan yassin dari tangkak tu...

dulu dia suruh kaki tidur letak jawatan...si abang sulung dia ketawa besar...sebab tak sabar nak naik pm..

la ni dia buat semula dah..sebab dia tak sabar nak naik atas sekali..dia ingat dapat ke...

anak mahathir nak letak mana..anak hussien onn nak campak kat mana..

jauh sanagt le anak lelaki yassin..kome takda peluang le..ini umno le..jangan mimpi siang hari le kamu...

Pokok Asam said...

Salah tu. Pak Lah dah letak jawatan. Tunggu PRU ke 13 la. Tengok macam mana keputusan rakyat, kalau baik Najib masih jadi PM kalau tak baik orang lain la nampaknya.