بسم الله الرحمن الرحيم
100 ANGGOTA PKR TASEK GELUGOR KELUAR PARTI SERTAI,BN - meloya
TASEK GELUGOR, 23 Jan. - Seramai 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tasek Gelugor di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti berkenaan selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.
S. Thevandass yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar dari PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji kepada penduduk di kawasan Ladang Mayfield, di sini.
"Semua janji yang ditabur sebelum pilihan raya hanya janji kosong semata-mata, mereka (PKR) kata nak bantu orang India, tapi sampai sekarang apa pun mereka tidak beri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang penyertaan mereka kepada Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tasek Gelugor Dr. Mohd. Rozi Yusuf.
Note: Kah..kah..kah..kah.. Kalau kata PKR tak tunaikan janji.. sebelum PKR siapa pula yang menguasai Tasek Gelugur ni? Kah..kah..kah..kah... Tengok ayat yang last sekali tu.. Kenapa serahkan borang kepada UMNO... India ni nak masuk melayu ke apa? Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
2 comments:
salah isi borang tu..hahaha...lidah becabang
cian dia...dulu umno tipu...masuk pkr..sama juga..masuk umno balik...
dalam kepala hotak tu ada umno bee end saja ke...
orang dah kena tipu...masuk balik..kena tipu lagi...nak pergi mana lepas tu...
memang le serupa biawak...lidah bercabang..
Post a Comment