Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, January 26, 2011

LIM GUAN ENG BANGUN PERTAHANKAN ISLAM.. UMNO DIMANA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Guan Eng bidas MCA takutkan bukan Islam tentang Islam



LABIS, 25 Jan — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.

Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.

“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.

“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.

“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.- TMI

Note: Kah..kah..kah..kah.. Cina DAP mahukan islam.. tapi umno tolak islam.. sedangkan umno mengaku islam.. Kah..kah..kah..kah.. Bukan islam (lim guan eng) bela islam.. tapi islam umno(najib dan penyokongnya)bela pelakon porno kutuk dan caci maki islam... lawak..lawak...

Note: Mana perginya kerajaan umno islam di Malaysia Sudah tiada lagikah? Tahniah umno kerana bisu dan terus membisu.. Tahniah perkasa kerana tak berani buat demo. Tahniah zol nordin kerana tak berani buat ulasan. Tahniah jamil khir kerana langsung tak ambil port. Tahniah harus sana sini kerana suruh chua soi lek minta maaf.. semoga teguran itu berserta dengan kesungguhan dan demi kerana Allah dan islam.. dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

zalizalu said...

mari nyanyi ramai2:

satu kita bersatu lalalalal...
UMNO terus malas untuk rakyat malaysia... lalalalalaa

Anonymous said...

Lagu Umngok

bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu.. tipu terus menipu kita tipu melayu..

bersama kita bersama menjunjung hasrat semua.. berjasa kepada cina, anak bini dan bik mama...

lambang kita yg rebah dipandang keji dan hina.. bersatu bersedia tiada cogan katanya..

umno terus lara tipu rakyat malaysia..

wakakakakakaka

Kuda Perang said...

Lidah biawak kabut, bercabang dua, kejap tuduh kata PAS buang perjuangan Islam, kejap depa kata PAS masih (dan tidak akan lupa) perjuangkan Islam...!!!
Sebenarnya depa yang bermuka-muka demi mendapat belas ehsan sejumlah undi daripada rakyat!!!

anak sedara rosmah said...

sapa cakap pemimpin umno islam..contohnya pm..tpm..mb johor..kalau dah melawan dan mempermainkan hukum islam tu..maknanya bukan islam le...

lim guan eng dia kenal islam..tu yang dia bangun melawan..ingat kes rahim tambeee cheek..rogol budak..lge juga lawan...

malu kita yang islam ni tau...

Anonymous said...

aku sukalah Anon 12.34pm sungguh kreatif! hehee

Anonymous said...

Hati bila dah sakit ni kekreatifan mula terserlah kak finaz..

Bella said...

hahaha..patutlah Fin dari tadi dok nyanyi lagu umno. Heran juga dalam hati sejak bila boss aku masuk umno. Oh Fin! lol

psstt, tuan punya blog saya minta izin buat pautan ye (walaupun dah tertulis tak yah minta izin tapi saja nak minta izin juga hehehe..)