بسم الله الرحمن الرحيم
Pinda Akta Cetak: Najib Lebih Dahsyat Berbanding Mahathir
Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan melahirkan kebimbangannya dengan tindakan Perdana Menteri yang melancarkan perang habis-habisan ke atas media internet yang mendukung prinsip kebebasan di negara ini.
Katanya, tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah kabinet Datuk Seri Najib Razak meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) adalah lebih dahsyat berbanding apa yang berlaku di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap kepada Tv Selangor, Steven Gan berkata, sekatan ke atas media yang melampau itu merupakan satu petanda bahawa Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir sehingga mengakibatkan kerajaan terdesak untuk mengawal informasi yang tersebar melalui ruang maya.
"Rakyat secara umum bukan mengharapkan perdana menteri, Najib untuk melaksanakan kawalan ala-Mahathir terhadap media tetapi kita juga tak boleh berharap ini akan jadi lebih buruk dari zaman Mahathir," katanya.
"Apa yang dia cuba lakukan ialah memastikan media atas talian (online) berada di bawah kawalan sebelum pilihanraya umum, itulah sebabnya dia kini bercakap mengenai pindaan dalam akta cetak, kemungkinan pada Mac depan. Tindakan kementerian yang tergesa-gesa mahu membuat pindaan ini merupakan isyarat jelas pilihanraya umum semakin hampir,"jelas Steven
Semalam KDN mengumumkan untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya termasuk seperti laman web, blog termasuk Facebook.
Ia dilihat sebagai langkah terbaru kerajaan menyekat media alternatif seperti Tv Selangor, Malaysiakini dan banyak lagi portal di negara ini untuk menyebarluaskan maklumat yang bertentangan dengan kepentingan politik mereka.
"Ini sudah tentunya satu tamparan kepada sedikit kebebasan yang kita nikmati sejak 15 tahun dahulu," tambah Steven.
Katanya, tindakan ini juga mungkin satu perangkap dari KDN untuk memudahkan tugas mereka menyekat kemaraan laman web yang bebas mengkritik kerajaan.
Dengan melakukan pindaan ini, ia mungkin memberi laluan untuk permohonan lesen kepada media-media alternatif dan mereka yang tidak berbuat demikian dengan mudah akan dikenakan tindakan perundangan.
"Saya rasa mereka memberi kelonggaran dalam perlesenan sebagai satu kaedah kerajaan mengenakan tekanan politik kepada bukan sahaja Malaysiakini tetapi banyak lagi media atas talian. Ini juga memberi kementerian kuasa untuk mengharamkan mana-mana laman sesawang," katanya.
Steven Gan juga turut senada dengan Presiden NUJ, Hata Wahari yang menyifatkan tindakan kerajaan meminda PPPA sebagai tindakan terkebelakang kerajaan.
"Saya bimbang kedudukan kita dalam kebebasan media akan semakin menurun dan ini akan memberi tamparan hebat kepada pengamal-pengamal media, bagaimana mereka hendak mengamalkan media," kata Hata kepada Tv Selangor.
Tambah beliau, tindakan kerajaan meminda PPPA adalah bertujuan untuk terus mencengkam rakyat untuk mengikut apa juga corak pemerintahannya.
" Bermakna kata-kata Perdana Menteri bahawa era kerajaan tahu semua, tidak dilaksanakan.Maknanya sekarang ini kerajaan terus meletakkan agenda-agendanya sendiri kepada rakyat," jelasnya.
Note:Kah..kah..kah..kah.. Nampaknya Malaysia menuju ke zaman batu.. Kah..kah..kah..kah.. Democrazy ala najib.. Mana yang boleh menggugat sekat.. mana yang boleh mendedahkan keburukan mereka dikawal dan dihapus.. mana yang boleh membuka tembelang mama penguin kasi tutup.. Kah..kah..kah..kah.. dengan tujuan penyokong umno yang bodo-bodo tak tahu akan keburukan pemimpin mereka..
Note: Kalau Pilihanraya boleh mengubah apa-apa dah lama dah umno haramkan.. Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
6 comments:
kalau pemimpin2 umno bodo...pemimpin mane yang cerdik nye..nak tau jugak?
supaye senang untuk di nilai dan menilai....
January 27, 2011 11:03 AM
Ni salah satu Jakun....
anon 11:03 AM tu bukan jakun tapi baru kluar dari kepompong kebodohannya.. baru kenal internet. sbb sebelum ni hanya baca utusan dan berita hairan. sbb slama ni hanya tgk tv3 suku dan rtm. wakakakakakka
hik hik hik korang ada pernah tengok anjing kencing tongkat tiang dak? kalu pernah, try menda bodoh neh.. pas anjing kencingkan tiang tuh korang plak kencingkan tiang tu,kalau nasib korang baik tentu korang akan kena ligan ngan anjing tuhh he he he. kira sama gak ler dengan gomen yang boleh memiliki media tapi pihak yg tidak takluk pada jajahan minda mereka pasti akan diligan bila bermedia...
ITU PUN KALAU POKOK MASIH ADA. RASANYA KALAU ADA TENTULER MACAM MEDIA GAK LAR,DIKUASAI HABIS-HABISAN, MAKLUM LER MEREKAKAN 'ORANG ATASAN'
ah najib pukimak ni.. laman web lucah bersepah xder pulak kata nak sekat. blog2 politik pulak yg huru hara nak ditutupnya. Woi najib sial apasal ko sakit hati ni? pasal blog2 ni banyak pecahkan tembelang ko kan. Pasal blog2 ni menyebabkan surat khabar pembohong dan pengampu ko tu dah x laku kan. babi punya najib!!!
Post a Comment