Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, January 12, 2011

WANITA BERHATI-HATILAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Gadis Diculik, Dibelasah, Dirompak, Dirogol & Diliwat 3 Jahanam

KUALA LUMPUR: Seorang wanita kini trauma dan terlantar di hospital akibat dipukul, dirompak, malah turut dirogol dan diliwat selepas diculik sekumpulan tiga lelaki dari perkarangan rumah sewanya di sebuah kondominium di Pandan Indah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat baru pulang dari rumah keluarganya di Ulu Yam, Selangor.

Sumber polis berkata, sejurus mangsa keluar daripada Perodua Myvi dipandunya, tiba-tiba muncul tiga lelaki yang terus memukul dan menendangnya.

“Mangsa ditarik masuk semula ke dalam keretanya dan ketika itu mereka masih memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam usaha melemahkannya.

“Mereka membawa mangsa ke sekitar ibu kota dan memaksanya menyerahkan barang berharga termasuk kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pengenalan peribadi (PIN) daripadanya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan mengikut arahan tiga lelaki terbabit sebelum dia dibawa ke sebuah lokasi berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Chamang, Bentong, Pahang.

Sumber itu berkata, sebaik tiba di satu lokasi sunyi di situ, seorang daripada lelaki terbabit merogol dan meliwat mangsa.

“Mangsa berjaya meloloskan diri dan meminta pertolongan daripada orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Dia dibawa membuat laporan di Balai Polis Bentong sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Bentong.

“Pada masa sama, tiga lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dengan kereta mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipindahkan ke Hospital Temerloh untuk menjalani pemeriksaan dan kini masih dirawat di hospital itu. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan trauma.

Sumber itu berkata, setakat ini polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai mengenali mangsa untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit kemungkinan warga Indonesia.

“Bagaimanapun, polis Ampang Jaya hanya menyiasat kes rompakan yang berlaku kepada mangsa. Mangsa dirogol dan diliwat di kawasan Bentong dan kami sudah menyerahkan kes terbabit kepada polis di daerah itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung dia dirogol dan diliwat.-HMetro

Note: Macamana agaknya beberapa tahun lagi selepas ini... anak-anak di tahun 1 kini sedang belajar mata pelajaran seks... Adakah kita akan hanya bersikap tunggu dan lihat? Tidak perlukah kerajaan yang ada sekarang kita gulingkan? Jika jawapannya "tidak" ini bermakna sedikit hari lagi kita akan ketawa guling-guling melihat anak-anak kita pandai melakukan seks juga jenayah seks di usia awal remaja.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

kulaan said...

klu dpt tangkap elok di sula je 3 jahanam ni..

BLack_Raider said...

Apa lah masalah diorg ni kn..tak de krja,buat kerja cari nahas..mmg tak selamat lah klo mcam tu gayanya.

mariah said...

Masyaallah.. Perkara yang dasyat namun menjadi hal yang biasa untuk didengari. Apa saya boleh bantu untuk tolong kaum saya ni.. sedih tau x. mcmne masa depan dia nanti. so, say NOOOO to BNNN!!! if anda semua nak melindungi kami kaum yang lemah ni!

Idah said...

penerapan ilmu agama pada anak2 perlu diperkemaskan lebih2 lg skrg dunia it yg semakin canggih..