Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, January 15, 2011

ROSMAH ADA PEJABAT SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri, atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Hal ini disahkan sendiri seorang pegawai yang bertugas di bahagian berkenaan ketika dihubungi KeadilanDaily.com, hari ini.

Pegawai wanita itu juga mengesahkan pejabat berkenaan bertujuan menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya sebagai First Lady dan premis itu tiada kena mengena dengan Permaisuri Agong.

Mengulas hal itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan perbuatan Rosmah melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara.

Beliau juga menganggap perbuatan berkenaan sebagai menyalah guna kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya percaya Rosmah kini diberi terlalu banyak kuasa oleh Najib. Perbuatan ini adalah suatu penderhakaan,” kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, Rosmah hanya isteri kepada Perdana Menteri, bukan menyandang sebarang jawatan menteri hingga memerlukan beliau memiliki pejabat sendiri di Putrajaya, apatah lagi atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia.

“Peranan isteri PM adalah melengkapi tugas-tugas PM berkaitan aspek sosial. Rosmah sepatutnya mengambil peranan sebagai ibu kepada rakyat Malaysia. Bukannya membazir wang rakyat dengan penubuhan bahagian itu.

“Tentunya, ia melibatkan kos kerana memerlukan kakitangan untuk digaji,” kata Fuziah lagi.

Perbuatan Rosmah itu turut mendapat perhatian ramai blogger antaranya, edyesdotcom.blogspot.com.

Kewujudan Bahagian Wanita Pertama itu bermakna kedudukan Rosmah sebagai isteri PM, kini sekurang-kurangnya setaraf dengan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

Perlembagaan Malaysia selama ini memaktubkan Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama.

Sebenarnya, ini bukan pertama kali Rosmah ‘mengangkat’ dirinya sebagai Wanita Pertama. Baru-baru ini, beliau menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menghabiskan sebanyak RM4.5 juta.

Sebelum ini, beliau juga pernah memaparkan dirinya sebagai First Lady melalui satu iklan di New York Times. - paspb2

Note: kah..kah..kah..kah... Sahlah bahawa rosmah yang tadbir malaysia ni.. Kah..kah..kah..kah..Najib..najib...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

11 comments:

Unknown said...

Fuyyo hebatlah kak mah ni,isteri PM yang dulu-dulu mana dapat kemudahan macamni.
Jemput baca N3 terbaru saya disini

Anonymous said...

Saya ingat memang wife pm digelar first lady. Betul ka perlembagaan kata pemaisuri agong yg first lady?

THE AWAN♥ said...

dia ni lebih lebihla. emm

Amirchip said...
This comment has been removed by the author.
amirchip said...

ermmm..

Romah ni menteri apa ya??? hii

hebat sekarang

linn said...

hebat sangat la bik mama sekarang. akekeke.. najib boleh jadi pemangku la lepas nih. biar rosmah yang tadbir. ngalahkan hilary clinton.

Anonymous said...

dia mana bleh guna status firstlidi,firstguni sesuai lerrr,buleh wat sumbat permata

Admin said...

sape dia ni hah...PM kah, ahlul parlimen kah, adun kah, wakil rakyat kah dah kah kah kah yg lain

x paham betui koi...kalau sebelum nih isteri PM x de la gila kuasa camni sgt...

hidup rosmah PM Malaya..

tuyuk said...

wah ada prime minister baru la

Anonymous said...

bila bohsia rahim tambichik menjadi bini najib... umpama si kudung dapat cincin umpama rusa masuk kampung. umpama beruk dapat bunga..

donk said...

kesian pada semua ...tau tak komen kita semua ni bukan di ambil tahu oleh najis pun...takut nak buka pun..

dia buka blog pro dia je..yang sanggup menjilat ju*** dia laki bini..

lepas tu ibarat lembu cucuk hidung..semua menyokong ...yang fanatik umno le..yang rasa tak dapat gaji..makan..sekolah..segala kemudahan..andai si laki bini ni turun tahta...

ada ka cam tu kepala hotak sesetengah rakyat ni...