Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, January 9, 2011

REMAJA 16 TAHUN "DIKENDURI" PAKCIK DAN DATUK

بسم الله الرحمن الرحيم



KUCHING: Harapan seorang remaja untuk menumpang kasih di rumah datuknya selepas ibu bapanya bercerai berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia bukan saja dijadikan ‘santapan’ lelaki bernafsu haiwan, malah bapa saudaranya turut ‘tumpang sekaki’ dengan merogolnya sehingga hamil.

Lebih mengejutkan, dalam kejadian di sebuah rumah di sini, datuk mangsa berusia 57 tahun dan bapa saudaranya turut dipercayai meratah dua lagi adik- beradik mangsa, sebelum kedua-dua suspek itu ditahan kelmarin.

Difahamkan, tiga remaja berkenaan terpaksa tinggal di rumah datuk selepas ibu bapa mereka bercerai beberapa tahun lalu dan sering dijadikan hamba seks dua lelaki jahanam itu.

Tembelang kedua-dua suspek berperangai haiwan itu terbongkar selepas ibu mangsa menyedari perubahan pada tubuh anaknya berusia 16 tahun itu lalu membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Wanita itu terkejut apabila pemeriksaan mendapati remaja berkenaan hamil sebelum membuat laporan mengenai kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, laporan diterima daripada keluarga mangsa mengatakan remaja itu dirogol sehingga hamil.

Katanya, susulan laporan itu polis menjalankan siasatan sebelum menahan suspek dan bapa saudaranya berusia 34 tahun kira-kira jam 6 petang pada hari laporan dibuat.

“Penahanan mereka dibuat berdasarkan laporan diterima mangsa dan polis masih menjalankan siasatan untuk membolehkan kedua-dua suspek didakwa atas kesalahan dilakukan.

“Setakat ini, polis hanya menerima satu laporan iaitu daripada mangsa, manakala laporan berhubung dua lagi adik beradiknya yang turut menjadi mangsa belum diterima,” katanya.

“Polis akan mendapatkan perintah reman untuk kedua-dua suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.” katanya.

Difahamkan, mangsa kini ditempatkan di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak sebagai perlindungan sementara. - [HM]


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

6 comments:

Muttallif said...

Dlam Dunia Hiwan Tiada Manusia, dlam Dunia Manusia penuh Haiwan lakhnat!!

datuk Rogol said...

aduhai macam2 skrg ni

Kak Mahh said...

Kalau WALI pun sanggup buat ??macam mana dengan orang lain yang tiadak ada kaitan pasti lebih BERANI buat lagi!

Mariah Binti Abd Rahim said...

salam..
sampai bila masalah teraniaya ini akan berterusan..
masa depan golongan perempuan kini terancam..........

Gayahspears said...

hurm :|
manusia semakin tak waras....

Sofea Faudzi said...

Salam. Dalam banyak2 kesalahan manusia, kesalahan yg satu ni bagi sy paling jahanam! Datuk dan ayah saudara sendiri meratah mereka tnpa perasaan??? Ya Allah, mdah2n mereka dlaknat d dnia dan d akhirat, smoga slpas ni tmbul kkesalan yg amat besar shngga insf!