بسم الله الرحمن الرحيم
LEBIH 30 RIBU HADIR MAJLIS SOLAT HAJAT
Lagi gambar boleh tengok di SINI
SHAH ALAM, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.
Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.
Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.
Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. - HarakahDaily
Bob Lokman, nama yang tidak asing lagi di persada hiburan tanah air, terutama dalam penulisan lirik lagu-lagu melayu, malam ini bersama-sama ribuan rakyat Selangor telah sama-sama menyertai Solat Hajat yang telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Kebetulan malam ini juga TV3 suku ada amenganjurkan Anugerah Juara Lagu, tapi ternyata Bob lebih berminat untuk sama-sama menyertai program solat hajat anjuran PAS Pusat ini.
Tahniah Bob!
Note: Kah..kah..kah..kah.. Jika dilihat dari sokongan rakyat, UMNO tempatnya hanya dalam tong sampah... Tapi bila pilihanraya dengan kekuatan hantu yang bernama SPR.. akhirnya UMNO juga yang menang.. Bak kata TT kalau pilihanraya boleh mengubah apa-apa sudah lama UMNO haramkan.. Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
7 comments:
syabas bro.. pasni leh la bikin lagu yg brtajuk 'UMNGOK'.. gerenti meletup punye smpi msuk AJL 26.
saya juga berharap negeri Selangor x jatuh ke BN.
BN telah guna pelbagai taktik kotor utk dpt kn Negeri terkaya
Yg penting, Kerajaan Selangor sekarang buktikan mereka lebih baik dri kerajaan dahulu
Rakyat penentu jua
berani kerana benar, takut kerana salah...
berani akan tampil, takut akan beralasan...
dan BN hanya akan terus beralasan..........
astagfirullahhalazim... allhamdulillah...
lawak la korang ni..xkn lah x bole pk...ak bkn nk sokong sape2..zaman BN, byk rasuah tp byk jgk kemajuan...zamam pembangkang nati, "mungkin" xda rasuah tp ade ke pembangunan...ke atau janji kosong?? pk la yer...
Anon bodoh!
aq xsetuju pabila agama dipolitikkan
Post a Comment